Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday, 25 June 2020

Sama Seperti Sayangmu ~ Rose Aleyna

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Kerana amanah arwah Haji Ibrahim, Syasya Lyana dan Adh Khusyairi disatukan sebagai pasangan suami isteri. Permulaan kisah mereka penuh drama. Ada saja perang dingin dan angin ribut taufan yang membadai. Malah, mereka saling membenci dan menyakiti. 

"Aku memang akan cari perempuan yang lebih layak berbanding kau untuk dijadikan seorang isteri. Malah, aku akan cari seorang isteri yang jauh lebih sempurna." - ADH 

Namun, rahsia Tuhan tak siapa yang tahu. Dalam saling membenci, ada cinta yang mencuit hati. Kebencian akhirnya berubah menjadi satu kesayangan. Bukan mudah untuk mengaku cinta. Tetapi kerana mereka merasai sayang yang sama, pengakuan cinta akhirnya terlafaz. 

"Tolong janji dengan Syasya yang abang tak akan pernah abaikan Syasya. Dan tolong, jangan pernah lafazkan perkataan 'cerai' di hadapan Syasya." - SYASYA 

Namun, rumah tangga mana yang tak pernah diuji? Begitu juga dengan kisah hidup Syasya Lyana. Tidak cukup diuji dengan kebencian Nana dan ibu mentuanya, dia diuji pula dengan kehadiran bekas tunang suaminya. Kerana suami adalah Syurganya, Syasya telah membuat satu keputusan yang sukar. 

Bila hati kian terluka, mampukah mereka meneruskan syurga cinta yang kian retak menanti belah itu? Ataupun, kisah cinta mereka hanya terkubur sebagai satu pengalaman yang menyakitkan? Dan adakah cinta mereka masih setia di situ? Segalanya bakal terjawab dalam Sama Seperti Sayangmu karya terbaharu Rose Aleyna ini.