Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 10 July 2020

Gangster ~ Wan Rohayu

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Lelaki itu entah dari mana munculnya. Datangnya bak ribut. Memecah masuk kereta Bija, mengugut mencederakan Bija, malah menghuru-harakan juga perasaan Bija yang baru diceraikan.
Setelah diceraikan, hidup Bija sentiasa dalam tekanan; stigma masyarakat gelaran janda suka merampas suami orang. Dia sering dituduh dan diumpat keji. Malah dia juga sangat terbeban dengan masalah hutang bekas suaminya. Namun, hidupnya mula berubah setelah bertemu dengan Sunny, seorang gengster.

Sunny yang pada mulanya hanya ingin membalas budi, mula menjadi bayang-bayang ke mana saja Bija pergi. Setiap kali hati Bija disakiti, hati Sunny juga terasa sakitnya. Setiap kali Bija menangis, Sunny ingin menghapus duka di wajah itu.
Sunny cuba buat tidak tahu, Sunny cuba buat tidak peduli, tetapi dia tidak boleh… tidak boleh melihat wanita itu susah, menangis dan disakiti. Mustahil untuk dia buat tidak tahu lagi!
“Kau ni selalu mencari marah aku, kan? Kau tak reti jaga diri kau, itu kau punya pasal, tapi jangan depan mata aku. Kau ni buat aku tak boleh tengoklah!”- Sunny Andhika
Sunny lelaki misteri, namun terlalu banyak perkara tidak habis tentang dirinya. Mengaku gengster, tetapi bukan pada hatinya. Gengster tetapi bukan gengster. Bija ingin mencari tahu, hanya menunggu masa.
“Awak siapa sebenarnya?”- Bija
“Aku bukan gengster…” – Sunny Andhika