Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday, 5 August 2020

Keranamu Tuan Ziyad ~ Daisy Zahra

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Gara-gara tertumpahkan air secara tidak sengaja kepada anak majikannya pada hari pertama bekerja, menyebabkan hidup Insyirah sentiasa disusahkan oleh Ziyad sejak insiden tersebut.

“Kau buta ke? Tak nampak aku lalu sini tadi? Ke kau memang tak tahu buat kerja?”
“Ss... saya minta maaf tuan.”
Marahlah macam mana pun, katalah apa sekalipun, Insyirah tetap bersabar. Perkenalannya dengan Harraz, yang bekerja sebagai pemandu membuatkan hubungan kedua mereka menjadi rapat. Adanya Harraz yang sentiasa menolongnya ketika berada di dalam kesusahan membuatkan Insyirah bersabar untuk terus bekerja di Zainal Holdings. Cinta yang mula berputik di antara mereka berdua membawa keduanya sehingga ke perancangan untuk berumah-tangga, biarpun sepupu Insyirah, Aira memandang sinis akan perkahwinan tersebut.
Kerana satu kejadian, tanggapan Ziyad yang menganggap Insyirah sebagai seterunya mulai berubah. Hati gadis itu ingin ditawan, tapi sayangnya sudah terlambat.
“Saya dah cintakan orang lain” - Insyirah.
Ziyad kecewa setelah cintanya ditolak oleh Insyirah. Dia punya segala-galanya, tapi bukan cinta Insyirah yang diingini. Satu malam, terjadinya peristiwa yang mengubah segala-galanya. Insyirah meletakkan kesalahannya itu sepenuhnya kepada Ziyad. Tidak perlu dipujuk atau dirayu.
“Manusia boleh berubah, kan?” - Ziyad
Namun, ketentuan Allah melebihi segala-galanya. Kalau dah memang jodoh, tetap takkan ke mana, biarpun sungguh dia benci lelaki itu. Segala-galanya Insyirah lakukan hanya demi Qayyim. Ziyad pula menerima kerana rasa bersalah yang masih ada.
“Dan abang memang tak boleh jadi macam Harraz pun sampai bila-bila. Syira kena terima hakikat tu. Tapi, selagi abang suami Syira, abang tetap akan jaga Syira dan Ayim sampai bila-bila. Walaupun Syira tak suka, faham?”
Adanya Tania yang menginginkan Ziyad sejak dulu. Benarkah Ziyad mencintai dirinya atau sekadar ingin menebus kesalahannya lima tahun yang lalu? Segala-galanya yang berlaku adalah kerana lelaki itu. Bolehkah perkahwinan mereka tetap terus bertahan?