ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday, 5 August 2020

Perempuan Yakuza Itu ~ Zura Rahman

(SEM & SS) RM29.00 > RM26.10

ASP Rafique Edruce- seorang pegawai polis aka criminal profiler telah mengambil keputusan untuk bercuti setelah sekian lama dia tidak berbuat demikian. Dunia manga dan anime yang menjadi idolanya telah membawanya ke Jepun. Tujuannya, menggali sejarah 47 Ronin, namun lain yang dijumpainya.Pertembungannya dengan seorang gadis Jepun di atas bas persiaran membimbit rasa umpama bunga sakura yang lebat berkembang. Reina- seindah namanya, dia bagai watak manga yang turun ke bumi.

“Could you take me back with you?” - ReinaReina- 

Dia bukan sembarangan wanita. Dia perempuan seorang yakuza yang sangat berpengaruh di Tokyo. Menyentuh perempuan Yakuza itu bermaksud bermusuh dengan naga, bermain dengan api.

Bella- Seorang gadis manis yang sedang menyambung Masters Degree di New Zealand. Merangkum anak angkat Tuan Edruce; isteri yang dikahwini Rafique dalam terpaksa. Bella tak pernah serik menagih cinta lelaki itu, cinta pandang pertama yang tidak pernah pudar.

“Belle… you tak kenal I. Macam mana you nak kahwin dengan I?” ~ Rafique Edruce
“Yang I tahu, I cintakan you.” ~ Bella

Hubungan jarak jauh dan kahwin paksa cukup pakej untuk merenggangkan perkahwinan yang tidak pernah dipinta oleh Rafique. Antara rasa sayang yang sedang berkembang dengan si cantik Jepun dan cinta yang belum berputik dengan si manis Melayu, dia seperti berada di tengah-tengah Shibuya scramble crossing!Antara keinginan hati dan kepentingan keluarga, Rafique tersepit. Menjadi sebahagian daripada Keluarga Edruce umpama satu sumpahan kepadanya. Sehinggalah dia mengetahui sesuatu tentang perempuan yakuza itu. 

Kes pembunuhan bersiri di Malaysia pula, telah menyelak lembaran kehidupan lama Keluarga Edruce. Mendedahkan rahsia kematian ibunya. Apabila dua kes yang berbeza bertemu pada satu titik, sesuatu yang mengejutkan berlaku. Menjadi berani bukan lagi satu pilihan. 

Jatuh cinta tidak lagi dapat dielak.Sekarang… sudah tiba waktunya dia betulkan semua perkara. 
“Aku mungkin bukan the Dragon of Kanto, tapi aku… Rafique Edruce.”

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...