Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday, 5 August 2020

Kalung ~ Zahida Zarkasi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Kenapa aku dipulaukan hanya kerana kau menyebelahi dia?
Kenapa aku disingkirkan hanya kerana aku mempercayai dia?
Kenapa aku harus dibenci hanya kerana kau mencintai dia?

NIA, seorang gadis bandar yang dipaksa pulang ke kampung bersama adiknya IRFAN. Sebuah kampung di pedalaman yang mendatangkan mimpi ngeri buat mereka berdua. Didera fizikal dan mental oleh mak long, ibu saudara yang tak berhati perut. Tinggal dalam serba kekurangan, benar-benar menguji kesabaran.

“Mereka duduk sini sementara saja Nah. Bila Yah dengan suaminya menyusul nanti mereka akan pergi. Nah kena bersabar. Mereka tu bukan orang lain. Anak saudara kita juga.” – PAK LONG

“Anak saudara abang sorang saja tau! Bukan anak saudara Nah! Nah tak nak bertanggungjawab kalau sesuatu berlaku pada mereka!” – MAK LONG

Kehadiran kalung misteri membuatkan Nia tertanya-tanya, siapakah pemilik sebenar kalung tersebut. Pencariannya menemukannya dengan seorang lelaki misteri berdarah Inggeris, penghuni banglo berhantu. ARIES, digelar pembunuh licik, kerana sering bebas dari tuduhan.

Hidup Nia diuji satu demi satu. Kematian demi kematian dan kemuncaknya adalah kehilangan si dia kekasih hati. Menjadikan Nia sukar hendak membezakan antara realiti dan khayalan.

13 tahun kemudian, jawapan yang dicari semakin menghampiri...