Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 12 November 2020

Abang Bodyguard Nakal ~ Cik Zalikha

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Kertas itu ditunjuk pada Dani. Terbeliak biji mata Dani membacanya. 

“AMANI!” keras Dani. Tak sangka Amani sanggup berkata begitu pada Puteri. Sepatutnya dia harus bersyukur kerana orang seperti Puteri sudi menjaga kanak-kanak OKU seperti Amani. Bukannya menghina! “Kenapa Amani cakap macam tu? Tak baiklah! Dia yang tolong jaga Amani waktu abang pergi kerja! Kalau tak ada dia, siapa nak jaga Amani? Dia yang bagi Amani makan tau selama ni!” herdik Dani. 

Amani mendiam, dia tidak menulis apa-apa lagi. Terus dia mencampakkan anak patungnya ke tepi dan bangun berlari anak masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempasnya kuat. Dani mengeluh kecil. Dia meraut wajah untuk seketika, cuba untuk menenangkan diri. Terasa serba salah pula kerana meninggikan suara pada Amani. Dia tahu, dia tidak sepatutnya berkasar dengan budak kecil seperti Amani yang sensitif dengan kata-kata berbaur amarah. 

AISYA merengus geram. Hampir lima kali juga dia menghubungi Dani tetapi satu panggilan pun tidak dijawab. Dia terus bangun daripada duduk disofa, lalu kedua-dua belah tangannya memeluk tubuh. Sesekali jam di dinding diperhatikan Aisya yang sudah menandakan pukul 7:10 pagi. Aisya menjulingkan anak matanya keatas, dengan menayang muka menyampah. 

“Pekerja yang amanah konon… janji kata sampai pukul 7, tapi sekarang dah lebih 10 minit! I dah agak, dia pasti akan lambat punya. Pekerja macam dia memang tak boleh diharap. Entah apa yang dia racun papa untuk terima dia pun I tak tahu.” sinis Aisya, berkata seorang diri. Tanpa menunggu masa lagi dia terus mencapai beg tangan gucci miliknya menuju kearah pintu utama. Baik aku minta tolong pak cik guard sahaja yang hantar daripada tunggu dia! Baru sahaja dia hendak memulas tombol pintu, ada seseorang lebih pantas memulasnya lantas ditolak kearah Aisya. 

Dush! 
Tubuh Aisya jatuh terjelepok ke atas lantai. Terasa ada denyut didahinya kerana terhantuk pada pintu yang dibuka tadi. Aisya mengerang kesakitan. Dia menyentuh sedikit dahinya yang terasa pedih itu. Terbeliak biji matanya melihat ada cecair merah pekat yang terlekat pada jarinya. “Oh my gosh, what is this?” 

Cepat-cepat dia bangun, berlari pantas mendapatkan cermin besar yang tergantung diruang tamu. Terlopong luas mulutnya apabila melihat luka kecil disitu. Habis rosak solekannya itu hanya disebabkan satu luka kecil. Aisya menjerit, kuat. Terhinjut bahu Dani mendengarnya. Lantas dia berlari laju mendapatkan Aisya yang masih lagi berdiri dihadapan cermin. Berdebar-debar jantung Dani saat ini takut jika terjadi sesuatu yang tidak elok pada wanita itu. 

“Cik Aisya okay ke tidak tu? Maaflah sebab saya lambat. Adik saya ada buat masalah sikit tadi.” 
“You tanya I okay ke tidak? You look at this!” herdik Aisya, menunding jari kearah dahinya yang terluka gara-gara tindakan Dani membuka pintu tanpa izinnya. Dani mengecilkan sedikit matanya memandang kearah luka itu. Tak adalah teruk mana.