Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 1 February 2021

Penyukuh Buat Penuntut: Bagi Adab-Adab Menuntut ~ Dr. Ayman Al-Akiti

(SEM & SS) RM17.00 > RM15.30

Adab dan akhlak yang mulia mesti menjadi keutamaan dalam pembentukan diri setiap Muslim. Lebih lagi yang bergelar pelajar dan penuntut ilmu agama.

Kitab asal; Tanbih al-Muta‘allim mengandungi 77 bait syair berkenaan adab dan etika menuntut ilmu, ditulis dalam bahasa Arab oleh ulama besar di Jawa Timur, Indonesia iaitu Kyai Haji Ahmad Maysur Sindi al-Tursidi al-Indunisi.

Dr. Ayman al-Akiti bukan sahaja menterjemah kitab asal, malah mensyarahkan setiap bait dengan huraian berpandukan kitab-kitab besar karangan ulama muktabar.

Semoga pembaca dapat memahami setiap bait yang dibincangkan dan mengamalkannya dalam kehidupan khususnya sewaktu menuntut ilmu.