“Saya jadi tukang cantasnya!”
“Kalau saya jadi cincinnya?”
“Saya jadi tukang gadainya!”
“Kalau saya jadi kumbangnya?”
“Saya jadi tukang sembur racun. Syuh! Syuh! Pergi sana kumbang perosak bunga!”
Dalam melayari alam rumah tangga, Irvan dan Maryam saling berusaha menjadi yang terbaik. Irvan begitu menjunjung kerjayanya yang menjadi cinta pertamanya sebagaimana Maryam yang asyik dengan bumble beenya. Never date a cop. And never marry a cop! Heartless. Emotionless. Like Robocop.
Sifir rumah tangga tidak mudah. Ada-ada saja perselisihan di antara mereka berdua. Bagaikan sarang busut, besar dan teguh luarannya tapi berkerangka rapuh di dalamnya. Seorang tidak memahami bidang kerja suaminya, seorang lagi merasakan tidak ada apa yang perlu difahamkan. VAT 69 atau 69 Komando milik negara. Kahwin dengan mereka bermakna kahwin dengan negara.
Kalaulah kau tahu apa yang aku tahu, kau takkan mampu ketawa apatah lagi tersenyum untuk selamanya...
“Mengenalinya… baru saya sedar rupanya masih ada insan yang tidak mementingkan wang ringgit… masih ada insan yang sanggup berkorban… masih ada insan yang tidak akan mengemis penghargaan… meminta nama mereka diabadikan di jalan… meminta kisah-kisah mereka ditulis agar dikenali ramai. 69 Komando, kisah mereka hanya diketahui oleh Tuhan… sebagaimana kisah seorang lelaki dalam surah Yasin ayat dua puluh…. Namanya tidak disebut tetapi jasanya disebut oleh Allah dalam al-Quran.”
“Sampaikan kepada mereka yang berkenaan. 69 Komando menjadi barisan hadapan dalam mempertahankan kedaulatan negara. Sudah berjuang berpuluh tahun dari zaman komunis sehingga sekarang. Sentiasa bersedia ditugaskan ke mana sekali pun. Terpisah dari keluarga. Menyerahkan diri dan jiwa kepada negara. Sedikit pun tidak mengeluh kerana ini pilihan mereka. 69 Komando yang berdiri dengan penuh integriti. Penuh bermaruah. Tidak sesekali meratap dan merintih meminta imbuhan dan pingat walau jasa mereka setinggi langit, seluas daratan. Dan segala kehebatan mereka dibawa sehingga mati. Hilang lenyap tanpa diketahui...”