Belian & Pertanyaan:
Monday, 24 January 2022
Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia ~ Dr. Mahathir bin Mohamad
Minhajul Abidin Wasiat Imam Ghazali ~ Imam Al-Ghazali
Imam Al-Ghazali merupakan tokoh Islam yang terkenal dan telah banyak menghasilkan kitab-kitab terkenal seperti Ihya Ulumuddin dan lain-lainnya. Sehingga kini kitab-kitab beliau dijadikan bahan rujukan umat Islam di seluruh dunia. Minhajul Abidin merupakan sebuah lagi karya Imam Al-Ghazali yang tidak kurang hebat dan terkenal di kalangan ilmuan Islam.
Kini kami berjaya mengemaskinikan terjemahannya di dalam edisi Bahasa Malaysia. Intisarinya kaya dengan tip-tip penting untuk difahami setiap Muslim yang ingin mempertingkatkan kefahaman ke arah menuju kepada tahap seorang Muslim sejati yang soleh dan pastinya diredhai Allah SWT
Tinggal Satu Bintang ~ Acik Lana
Tengku Bakti seorang yang memiliki pakej lengkap dalam hidupnya. Segak, kaya raya dan berjaya. Namun kelebihan tersebut menjadikan dia manusia yang megah dan sombong. Maka hiburan dunia telah menjadi 'makanan' harian untuknya. Berpoya-poya dan berpesta tanpa pernah memikirkan dosa pahala. Dia enjoy begini!
Namun satu peristiwa ngeri yang berlaku membuatkan Tengku Bakti tersentak. Hidupnya mula tunggang langgang, berpusing seratus lapan pulah darjah. Ternyata dia bukan lagi lelaki yang sempurna yang dulu! Dihimpit kesengsaraan akibat dendam dari hati yang pernah dia hancurkan, Tengku Bakti separuh mati menanggung pembalasan.
"Memang kau orangnya. Kau yang muncul dalam mimpi aku setiap malam. Dasar perempuan sihir. Kau memang nak aku mati! -Tengku Bakti
Terheret ke dalam dunia misteri Tengku Bakti, Seri tersekat dengan permainan takdir yang amat mengelirukan. Kenapa dia? Sedangkan mereka sangat berbeza dari segala segi.
Elak lakukan dosa
Allah Maha Pengampun jadi janganlah sewenang-wenangnya 'lupa daratan'. Jika sempat bertaubat, takpe juga. Jika time tu nyawa pun Allah dah ambil balik, apa pun tak dapat bantu.
Buku: Serban Putih. 2016. Daielogy.
Elakkan menunda waktu
JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA...
Buatlah secepat & sebaik mungkin. Kerana pada satu tahap, suka atau tidak, kita terpaksa menghadapinya juga untuk menyelesaikan masalah.
Buku: Muharikah. 2017. Hidup yang Aku Pilih. Iman Publication. Selangor.
Friday, 21 January 2022
Perubatan Al-Quran Rawatan Gangguan Jin, Sihir dan Saka ~ Haji Lokman Abdul Hamid
Communicate Like Muhammad: Sunnah Komunikasi Nabi ~ Ahmad Saifuddin Yusof
Tiga perkara akan disedari apabila membaca buku ini;
1. Nabi Muhammad sebagai model terbaik untuk dicontohi teknik dan cara berkomunikasi dengan orang lain ketika bersosial, memimpin dan memberi motivasi.2. Tonggak utama teknik komunikasi Nabi Muhammad ialah konteks dan pilihan perkataan yang tepat.
3. Komunikasi yang betul akan menghasilkan kesan positif.
Buku ‘Communicate Like Muhammad’ bukanlah membawa hukum atau sunnah baru. Buku ini memaparkan teknik dan kaedah yang terselindung di sebalik tirai hadith Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam.
Mungkin ada perkara yang bercanggah dengan amalan yang biasa kita lazimi setiap hari sama ada di rumah, di pejabat atau di dalam organisasi kita. Justeru, teknik dan kaedah komunikasi Nabi Muhammad perlu dilatih sentiasa supaya kaedah itu terikat kemas dalam komunikasi kita setiap hari. Latihan setiap hari akan mewujudkan kelaziman baru dalam hidup kita sehingga dapat menghasilkan kesan positif ketika kita bersosial, mendorong dan memimpin orang lain.
Teknik dan kaedah dalam buku ini adalah universal untuk semua orang tidak mengira bangsa dan agama. Tidak ada bacaan ritual dan mentera tertentu untuk mengamalkan kaedah komunikasi Nabi Muhammad. Hanya 3 langkah.
Baca, faham, buat.
Menulis Dari Hati Biar Sampai Ke Hati ~ Pahrol Mohamad Juoi, Hasrizal Abdul Jamil, Zamri Mohamad
Cerita sentiasa mempengaruhi manusia, baik jalan kiri atau pun kanan. Bagaimana kita dapat membangunkan cerita yang membawa kepada jiwa yang lentur dan akal yang akur? Dalam bahagian ini, penulis membawa pengalaman yang dapat dijadikan rangka fikir dan rangka kerja dalam pengkisahan baik berbentuk fiksyen, kembara dan kisah hidup.
Bahagian 2: Menggali, Menyusun Teladan dan Hikmah dalam Penulisan Kisah Hidup
Kisah hidup akan mati sebagai laporan semata-mata jika tidak disilangkan bersama hikmah dan pengetahuan yang datang bersama. Penulis memberikan panduan bagaimana merangka kisah hidup yang membentuk nilai menggunakan bahan pembacaan dan pengamatan yang datang bersama.
Bahagian 3: Menulis menggunakan 4 Kuadran Diri
Bagaimana menulis menggunakan kuadran modal diri? Untuk topik ini, kita akan melihat bagaimana modal diri sendiri boleh digunakan sebagai asas bagi menghasilkan penulisan persuasif yang dapat mendekati pembaca dan relevan. Sesuatu yang relevan akan bertahan lebih lama, menjangkaui tempoh yang kita jangkakan.
Mutiara Ilmu Akidah ~ Dr. Ahmad Arif Zulkefli, Dr. Ayman Al-Akiti
ANTARA KANDUNGAN
Perbahasan yang Pertama: Beriman kepada Allah SWT
Sifat Wajib Bagi Allah
Sifat Mustahil Bagi Allah
Sifat Harus Bagi Allah
Ayat-Ayat Mutasyābihāt
Perbahasan yang Kedua: Beriman kepada Malaikat
Perbahasan yang Ketiga: Beriman kepada Kitab-kitab Allah SWT
Perbahasan yang Keempat: Beriman kepada Rasul
Definisi Nabi dan Rasul
Muʿjizāt: Definisi, Hukum dan Dalil
Muʿjizāt dan Sihir
Muʿjizāt dan Karāmah
Sifat Wajib Bagi Nabi
Sifat Mustahil Bagi Nabi
Sifat Harus Bagi Nabi
Keistimewaan Nabi Muḥammad SAW
Muʿjizāt Nabi Muḥammad SAW
Perjalanan hidup Nabi Muḥammad SAW
Membongkar Misteri Yakjuj Makjuj: Makhluk Perosak Alam ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Sehingga kini, suku bangsa yang disebut sebagai Yakjuj dan Makjuj masih menimbulkan kontroversi. Ada yang menyebut bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah bangsa Tartardan Mongol, pasukan Gengiz Khan (Hulagu), sejenis makhluk aneh, haiwan dan sebagainya.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Al-Bukhari, Rasulullah SAW menyebutkan bahawa Yakjuj dan Makjuj itu memiliki fizikal berbadan bulat, bermata sepet dan berkulit kuning. Makhluk yang bernama Yakjuj dan Makjuj ini akan muncul menjelang hari kiamat nanti.
Baitulmaqdis / Jerusalem Dalam Cengkaman Israel ~ Dr. Nor Aishah Hanifa
Hargailah kasih sayang ibu
Hargailah ibu. Bagaimana sedihnya kita bila kena marah, tapi dia tetap sayangkan kita. Tetap mahu kita sihat, gembira & tiada masalah.
Buku: Kamalia Kamal. 2020. Ya Tuhan, Aku Nak Move On. Kuala Lumpur.
Jom buat perkara baik
Hidup hanya sekali. Jom usaha buat kebaikan.
Mati itu pasti, hidup InsyaAllah.
Buku: Hisham AR. 2018. Untuk Hidup 2 Kali. Mustread Sdn Bhd. Selangor.
Tomboy Berkebaya Merah ~ Fizziany
Gelang ~ Fizziany
Tarik Aku Ke Syurga ~ Haitun Kamarazaman
Disebabkan satu rahsia yang terbongkar, Zamri terdesak untuk meraih keampunan daripada Hajah Raudah.
“Kalau nak umi ampunkan kamu, ada syaratnya." - Hajah Raudab
Zamri akhirnya terpaksa akur untuk bernikah dengan seorang wanita bernama Zara, walau hatinya tidak pernah terbuka untuk insan bernama wanita. Setelah bernikah, Zara tidak pernah disentuh. Justeru itu, dia dapat merasakan keanehan pada sikap Zamri yang bagaikan tidak pernah memandangnya sebagaimana seorang suami memandang isterinya.
“Boleh tak awak tolong saya sekali? Saya merayu sangat-sangat. Anggap saja pertolongan ini sebagai membalas budi kerasa saya tidak memohon cerai walaupun setelah tahu awak tidak normal....- Zara
Saturday, 1 January 2022
Sirah Nabi Muhammad s.a.w ~ Syaikh Sofiyurrahman
Menebus Rindu ~ Hany Hisham Musa
Kerana Dia Pilih Aku 2 ~ Tok Yu
Wisata Terbang Inspirasi: Himpunan 50 Jurnal Si Pengembara! ~ Ida Ra
- Shafiq Azli
"Bumi Allah ini maha luas, saujana pandangan. Kembara ke segala pelosok dunia membuka mata dan minda kita untuk mangagungkan kebesaran ciptaan-Nya."
- Mustaffa Siraj
"Ini cerita pengalaman pertama saya ke luar negara hanya bersama dengan seorang rakan, tanpa ahli keluarga. Ya, bunyinya sangat tidak adventurous kan? Saya memang tidak begitu berani mencuba. Saya sendiri hairan bagaimana saya boleh membuat keputusan spontan untuk ke luar negara hanya bersama rakan saya."
- Nurul Aini Ahmad
"Ini bukan propaganda komunisme! Ini catatan sambutan Hari Kemenangan Perang Dunia Kedua di Odessa, Ukraine. Zaman kini, komunisme dianggap ketinggalan dan tidak sesuai dalam membina daya saing insani."
- Azizul Ismie
Selamat Tahun Baru 2022, Tahun untuk terus berjuang
SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA FOLLOWER, ULAT BUKU & KAKI NOVEL.
MOGA TAHUN BARU INI MEMBERIKAN ANDA KEKUATAN, KEJAYAAN, SEMANGAT BARU DAN KESIHATAN YANG BAIK. DOA. USAHA. TAWAKAL.