“Rynn, awak dengar sini. Adam Fakhri tidak akan pernah menyerah kalah. May the best man win.” - Adam Fakhri
Aura Adam mencuri pesona. Kasih Adrynna terhadap Khalif tidak seteguh mana. Ironinya jauh di mata, jauh juga di hati. Demi cinta tak bertepi, Khalif memaafkan khilaf Adrynna. Kasih mereka kembali berkembang. Semuanya kembali menjadi seperti pelangi sesudah hujan. Namun, ada duri di celah-celah kebahagian itu. Nadira yang obses, sanggup berputih tulang kerana Khalif.
“Jangan nak mengarut! Khalif tak ada apa-apa hubungan isimewa dengan dia.” - Khalif
“Dia yang memujuk saya supaya melayan dia ketika kami ditangkap khalwat oleh pencegah maksiat hari itu.” - Nadira
“Kalau sukakan Nadira, tinggalkan Rynn.” - Adrynna
Mustajabnya doa Khalif di sepertiga malam. Keruh menjadi jernih. Sayangnya saat indah itu hanya sedetik. Cinta mereka diuji sekali lagi.
“Abah dan ibu telah terima lamaran orang lain untuk Rynn. Rynn tak dapat menolak.” - Adrynna
Adrynna kecewa. Membina mahligai cinta bersama Khalif hanya tinggal impian. Sedangkan Khalif tenang menerima suratan takdir. Semudah itukah Khalif menyerah? Dapatkah cinta mereka bersatu apabila masing-masing sudah membuat pilihan sendiri?