Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday, 20 July 2022

16 Puncak Gunung ~ Haizan Runsah

(SEM & SS) RM38.00 > RM36.00

Memang benar. Hutan dan gunung sarat dengan segala keindahan, keajaiban dan ketenangan. Mustahil kita tidak terpukau dengan hamparan kehijauan rerumputan dan pepohonan, aroma wangian semula jadi, melodi alam yang saling bersahutan, deruan sungai yang tenang, desiran angin lembut, langit cerah membiru, awan-gemawan putih yang menyeliputi puncak, sinaran matahari terbit dan terbenam. 

Namun merasai nikmat keindahan ini tidak semudah disangka. Ada cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi dengan kemantapan fizikal, kekuatan minda dan ketabahan jiwa. Namun cabaran ini sebenarnya membawa rahmat kerana ia membuka pintu-pintu luar biasa yang tersembunyi dalam diri dan berkembang menjadi manusia yang lebih baik serta semakin mendekatkan diri dengan Pencipta alam semesta. 

Catatan pengalaman pengembaraan dan pendakian di dalam buku ini merangkumi: 

9 gunung TERTINGGI di Semenanjung Malaysia: 
1) Gunung Tahan 2) Gunung Korbu 3) Gunung Gayong 4) Gunung Yong Belar 5) Gunung Chamah 6) Gunung Yong Yap 7) Gunung Ulu Sepat 8) Gunung Batu Putih 9) Gunung Irau 
Gunung TERTINGGI di Malaysia Gunung Kinabalu 
Gunung KEEMPAT TERTINGGI di Malaysia Gunung Kaingaran 
Gunung TERTINGGI di Jepun Gunung Fuji 
Gunung berapi TERTINGGI di Indonesia Gunung Kerinci 
Gunung TERTINGGI di Kepulauan Jawa Indonesia Gunung Semeru 
Gunung KETIGA TERTINGGI di Filipina 
Gunung Pulag Sea of Cloud, Betong Thailand Gunung Silipat

Awak Sebenarnya Budak Biasa Yang Luar Biasa ~ Haizan Runsah

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Kita adalah LUAR BIASA. Sama ada sedar atau tidak sedar. Jangan memandang kisah kesukaran dan kegagalan menyebabkan kita lemah. Pandang kesukaran tersebut dari sudut hikmah yang besar. Bukan memandang kesukaran itu, menghancurkan hidup. Daripada sibuk meratapi kegagalan, lebih baik memikirkan bagaimana menangani kegagalan. 

Buku ini berkisar PENGEMBARAAN hidup LUAR BIASA daripada orang biasa yang hidup miskin di kampung. Namun mempunyai impian besar. Pengembaraan yang bermula zaman kanak-kanak, sekolah, universiti sehingga mempunyai kerjaya yang diimpikan. Berkat doa dan semangat tidak putus asa menyebabkan KEAJAIBAN demi KEAJAIBAN muncul ketika mengharungi pelbagai cabaran hidup.

 


Thursday, 14 July 2022

Al-mahdi: The Last Savior ~ Siti Sujinah Sarnap

(SEM & SS) RM37.90 > RM37.00

Kita mengenal Imam Mahdi dan ciri-cirinya hanya melalui Rasulullah sallallahu "alaihi wasallam. Oleh itu sebaik-baik tempat untuk merujuk tentang perkara in adalah hadis-hadis baginda. Terdapat beberapa ramalan dan konspirasi mengenai keadaan akhir zaman yang penulis kongsikan untuk renungan bersama. la dikaitkan dengan hadis-hadis tentang Imam Mahdi dan situasi yang berlaku di dunia sekarang ini.

Kedatangan Imam Mahdi sangat dinantikan oleh umat Islam yang kini sedang tenat diserang dari pelbagai sudut. Negara-negara umat Islam dijajah, ditindas, akidah mereka diseleweng, diasak dengan pelbagai fahaman yang menyesatkan. Mush kita yang pasti adalah mereka yang bersekongkol dengan zionis seta hamba-hamba Dajal. Namun malangnya telah timbul sejenis virus amat berbahaya yang sedang menyerang umat Islam kini. Dan amat dibimbangi virus ini akan menjadikan mereka tidak fokus kepada kedatangan Imam Mahdi.

"Musuh akan mengerumuni kamu dari semua penjuru, sebagaimana mereka berkumpul menghadapi makanan." Ditanya,"Adakah kami waktu itu sedikit?" Baginda berkata, "Bahkan kamu ramai. Tetapi kamu bagai sampah yang dibawa air hujan. Allah akan menghilangkan rasa takut pada hati mush kamu dan akan menimpakan dalam hati kamu "Wahn'. Ditanya,"Apa itu 'wahn?" Baginda berkata, "Cinta dunia dan takut mati." Buku ini cuba mengupas tentang benarkah Imam Mahdi akan muncul, siapa dia, siapakah pula pengikutnya. Semoga ia memberi panduan kepada yang sedang tercari-cari kebenaran.

New World Order: Konspirasi Dunia Gelap Penyambung Agenda Dajjal ~ Jagad A. Purba

(SEM & SS) RM37.90 > RM37.00

Tujuh tahun sejak buku ini pertama kali diterbitkan, pemangkin konspirasi global The New World Order - One World Luciferian Government, Novus Ordo Seclorum, The New Order of the Ages, The Aquarian Age, The New Age Movement, Globalisation, From Many One- dalam kuasa One World Dictatorship Government semakin kukuh dan valid dari hari ke hari.

Kali ini, penulis cuba mengulas lanjut dalam bidang NWO. Rancangan purba ini merangkumi kuasa dan daya dalam pelbagai bidang, termasuk politik, ekonomi, ketenteraan, sosial, budaya, sejarah, pendidikan, sumber asli, depopulasi kedaulatan untuk mengawal tubuh, perilaku dan akal individu. Rancangan kuno NW ini diwujudkan dalam konspirasi global dengan pelbagai konspirator dan elit global yang berlindung dalam secret societies (masyarakat tersembunyi kuno dan moden) seperti Freemasonry dan The Bavarian Illuminati dengan pelbagai barisan
hadapan (frontlines) seperti The Bilderberger, Trilateral Commission, Council on Foreign Relation, Club of Rome, United Nation.

Buku in memberikan pemahaman asas tentang The New World Order, rangka kerja asas tentang bidang yang diusahakan oleh konspirator, namun terlebih dahulu pembaca diberi pengetahuan pra (pre-knowledge) sebagai modal pemahaman. Kerangka dalam buku ini dapat digunakan sebagai panduan untuk memetakan langkah-langkah konspirator global dalam melaksanakan matlamat NW seta sebagai rujukan bagi menjalankan penyelidikan mereka sendiri dengan lebih mendalam. Selain itu, buku ini menjadi peringatan (warning) bahawa kedaulatan setiap necara dan kebebasan individu semakin
dihancurkan. Jikalau tidak mampu menghentikan NWO, sekurang- kurangnya improvisasi individu dalam perjuangan mengekalkan akidah boleh melambatkan bencana besar akhir zaman ini.

Kelebihan berselawat


 😇Sentiasalah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Buatlah baik kerana kebaikan kita lakukan hanya kerana DIA


Buat perkara baik, cakap baik-baik, fikir baik-baik. Moga Allah datangkan pada kita perkara yang baik-baik. 💞

The Art of Closing Sales ~ Adilla Rahim

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

‘Closing’ ialah satu proses jualan produk atau servis yang kita jual sehingga mendapat transaksi daripada pembeli. Dalam jualan, proses yang paling penting dan mencabar adalah ‘closing sales’.

Percayalah, dalam proses jualan, proses ini yang paling ramai ‘tumbang’. Proses inilah yang menentukan sama ada pembeli mahu beli dengan kita ataupun mencari penjual lain. Jika dalam proses ini, pembeli mencari penjual lain, maka ‘art’ dalam ‘closing’ anda masih ada lompong. Anda wajib baca buku ini!

Apa yang menarik mengenai buku ini,• Paparan buku yang berwarna penuh.
• Disampaikan dalam bahasa yang santai dan mudah.
• Setiap teknik didatangkan sekali dengan contoh yang boleh dibuat terus!
• Merangkumi semua teknik yang dapat disesuaikan pada semua jenis perniagaan.

Anda hanya perlu beli, baca dan jadikan buku ini sebagai panduan dalam perniagaan anda.

Semoga berjaya!

 

Business Like Muhammad: Strategi Memulakan Bisnes Bagi Pemula ~ Ahmad Shukri Yusoff, Ainon Mohd

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

“Syarat Utama Bagi Memulakan Bisnes Baharu Tidak Semestinya Perlu Ada Wang Juta-Juta, Tetapi Perlu Ada Ilmu ‘Juta-Juta’”

Nabi membawakan kebaikan bukan hanya kepada umat Islam sahaja, bahkan penduduk seluruh dunia. Banyak ilmu perniagaan yang beliau tunjukkan dapat dipraktikkan oleh orang Islam mahupun bukan Islam.

Buku ini ditulis khusus untuk bacaan sesiapa sahaja yang berminat hendak menceburi dunia bisnes pada suatu hari nanti. Sesuai dengan tujuan itu, idea-idea dan pandangan dalam buku ini dapat dijadikan bahan berfikir sebelum membuat keputusan bisnes apa yang mahu dimulakan.

Dalam buku ini, kita akan belajar:
  • Idea bisnes baharu bagi pemula
  • Cara Nabi dalam mengendalikan bisnes beliau
  • Ilmu strategi dalam menguruskan risiko gaya nabi
  • Idea membesarkan pasaran dan memaksimumkan keuntungan
  • Dan banyak lagi.
Buku ini sesuai menjadi rujukan kepada pemula bisnes.

The Art of Handling Objections (Bahasa Melayu) ~ Adilla Rahim

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

‘Handling Objections’ ialah satu proses dalam menguruskan emosi pembeli. Pembeli yang berpotensi tinggi membeli adalah pembeli yang tertarik dengan cara penjual menyantuni mereka.

Dalam menguruskan pelbagai karenah pembeli, sudah tentu kita sebagai penjual kadang-kadang ‘pening kepala.’ Bagaimana kita mahu menghadapi penolakan mereka dan menukarkannya semula menjadi pembelian. Sudah tentu ada ‘art’ dan rahsia dalam mengendalikan penolakan menjadi pembelian seperti yang diharapkan. Bagi anda yang masih ‘pening’ apabila dalam situasi begini, anda wajib baca buku The Art of Handling Objections!

Apa yang menarik mengenai buku ini:
• Paparan buku yang berwarna penuh
• Disampaikan dalam bahasa yang santai dan mudah
• Setiap teknik didatangkan sekali dengan contoh yang mampu dibuat terus!
• Merangkumi semua teknik yang dapat disesuaikan pada semua jenis perniagaan

Anda hanya perlu beli, baca dan jadikan buku ini sebagai panduan dalam perniagaan anda.
Semoga berjaya!

Glow Inside & Out ~ Auni Baharin

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

‘To me, reviving our inner beauty means reclaiming our happiness and well-being.’

Happiness and well-being are adornments of this temporary life. They lift up the heaviness in our chests when navigating through obstacles and challenges in our journey towards the eternal destination; akhirah. Though happiness in its truest sense is a gift from the Creator, we also hold some degree of power on the reigns of our life to improve our well-being.

Inspired by the scientific input from Positive Psychology and understandings from the al-Quran and Sunnah, Glow Inside & Out presents to you 10 steps to rejuvenate your happiness and well-being. If following the 10-step Korean skincare routine can give you radiant “glass skin”, then the author is hopeful that the 10 main insights from this book could ignite the spark to your inner glow.



 

Fahami 40 Sunnah Solat Berdasarkan Mazhab Syafie ~ Mustafah Mohd Suki, Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi

(SEM & SS) RM22.00 > RM21.00

Kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh tulisan Prof. Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhayli antara kitab yang menjadi rujukan utama dalam bidang fiqh Mazhab Syafie di Malaysia.

Buku ‘Fahami 40 Sunnah Solat Menurut Mazhab Syafie Berdasarkan Kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh’ ini menghuraikan secara khusus sunnah-sunnah dalam solat menurut Mazhab Syafie.

Apa yang menarik mengenai buku ini adalah: 
  • Satu-satunya buku di Malaysia yang membahaskan secara khusus mengenai sunnah-sunnah solat yang terdapat dalam Mazhab Syafie.
  • Penyampaian bergambar yang ringkas dan mudah difahami.
  • Sesuai dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran di mana-mana institusi pendidikan.
Semoga buku ini menjadi wasilah terhadap pemahaman dan penghayatan dalam menghayati kemanisan solat

Fiqh Bencana Alam ~ Prof. Dr. Basri Ibrahim Al-Azhari

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Bencana alam adalah situasi yang mengundang kesusahan dan kesukaran kepada kehidupan manusia. Ia menimbulkan pelbagai permasalahan fiqh baharu dan rumit yang menyebabkan kerunsingan kepada mangsa terutamanya yang beragama Islam kerana ia melibatkan ibadah dan interaksi harian. Hal ini memerlukan penjelasan dan panduan daripada para fuqaha agar masyarakat awam dapat memahami dan mengamalkan syariat Islam yang benar bersumberkan panduan wahyu pada situasi darurat.

Antara isu menarik yang dibincangkan dalam buku ini:
- Bagaimana cara bersuci ketika berlaku banjir?
- Bolehkah menunaikan solat ketika bencana jika tidak mengetahui arah kiblat?
- Bolehkah memberikan bantuan zakat kepada orang bukan Islam?
- Apakah rukhsah bagi orang yang berpuasa yang berkeperluan menyelamatkan mangsa bencana?
- Bagaimana cara memandikan jenazah yang meninggal akibat kebakaran?
- Bagaimana menguruskan isu-isu fiqh jual beli ketika bencana alam?
- Bolehkah kita membantu membersihkan rumah ibadah bukan Islam?

Buku Fiqh Bencana Alam ini dapat dijadikan rujukan perbincangan dan pemahaman berkaitan persoalan-persoalan fiqh bencana alam buat umat Islam bermazhab Syafi’i.

Healing the Heart ~ Sharifah Nadirah, Muhammad Anas

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

“So truly with hardship, there is also ease; truly with hardship there is also ease.”
(Surah Ash-Sharh: 5 & 6)

One of the things we struggle with is fulfilling the expectations we set upon ourselves. We race against time and compete with one another to achieve our dreams, only to find ourselves feeling frustrated when things don’t go our way.

Over time, the frustrations and despair harden the heart.
Over time, we find it is hard to be kind to ourselves and accept our flaws.

Because everyone else seem to be living their life “perfectly”.

But isn’t Allah the only One who is Perfect? Aren’t His plans for us perfect?

How do we make peace with this frustrated feeling in our heart?
 

Berselawat ke atas Nabi junjungan


💗 Mari kita ringankan mulut berselawat ke atas Nabi s.a.w. Moga kita dijauhi dari menjadi orang yang kedekut.

Orang tak suka kita, kita jalan terus. Jangan terlalu risau.



Orang tak suka kita, kita jalan terus. Ada sebab yang terhijab yang hanya Allah yang tahu. Pasti ada kebaikan buat kita & juga dia pada masa hadapan. Dan, insyaAllah kita akan ketemu dengan yang serasi dengan kita 😊

Buku: Tere Liye. 2015. #aboutlove . PTS Publishing House. Selangor.

Friday, 8 July 2022

Pendidikan Perkahwinan dan Fiqh Anak ~ Dr. Abdullah Nasih Ulwan, Isfadiah Mohd Dasuki

(SEM & SS) RM45.00 > RM44.00

Perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia. Islam turut menggalakkan umatnya berkahwin kerana daripadanya terdapat banyak kebaikan dan kelebihan. Perasaan ingin berkeluarga dan memiliki keturunan yang baik menjadi asbab utama sesebuah perkahwinan tercipta. Tetapi, apakah saranan Islam bagi memiliki keluarga yang disyariatkan oleh Allah? Adakah kebahagiaan hanya lahir daripada perasaan cinta dan tanggungjawab semata-mata?

Pendidikan Anak-Anak dalam Islam, dirombak dan disusun semula sehingga dibahagikan kepada empat jilid. Dalam Jilid pertama ini:
Pendidikan Perkahwinan dan Fiqh Anak memfokuskan kepada proses memilih pasangan hidup dan perkara asas yang perlu difahami selepas kelahiran anak.
Rumah Tangga Ideal dan Hubungannya dengan Pendidikan
Hukum-Hukum Am Berkenaan Anak yang Baru Lahir
Perasaan Psikologi Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak
Kaedah Asas yang Perlu Ada Ketika Mendidik

Pendidikan Keimanan Dan Akhlak ~ Dr. Abdullah Nasih Ulwan, Isfadiah Mohd Dasuki

(SEM & SS) RM45.00 > RM44.00

Asas kekuatan diri dan kejayaan seorang Muslim adalah memenuhi tuntutan fitrah yang memerlukan iman dan akhlak dalam kehidupan. Pemahaman iman yang kukuh dan keindahan akhlak tidak akan terbina dalam masa sehari pada anak-anak. Ibu bapa sebagai guru pertama perlu maklum apakah akhlak yang perlu diberikan penekanan kepada mereka sebagai bimbingan dan panduan. Oleh itu, ketahui bagaimana cara Rasulullah s.a.w. dan Islam mendidik anak-anak yang masih kecil dalam membina iman dan memperelok akhlak.

Pendidikan Anak-Anak dalam Islam, dirombak dan disusun semula sehingga dibahagikan kepada empat jilid. Dalam Jilid kedua ini:
Pendidikan Keimanan dan Akhlak memfokuskan kepada proses menerapkan dua pendidikan utama kepada anak-anak iaitu pendidikan iman dan pendidikan akhlak.
Kaedah Mendidik Anak yang Efektif
Tanggungjawab Pendidikan Iman
Tanggungjawab Pendidikan Akhlak
Faktor-Faktor Keruntuhan Akhlak Anak dan Cara-Cara Mengatasinya

Pendidikan Psikologi Mental dan Fizikal ~ Dr. Abdullah Nasih Ulwan, Isfadiah Mohd Dasuki

(SEM & SS) RM45.00 > RM44.00

Pada usia anak yang semakin meningkat, minda mereka mula menerima ilmu-ilmu kehidupan dunia. la menjadi tanggungjawab besar ibu bapa kepada anak dengan memberikan pendidikan yang baik bagi mengisi pemikiran, pergerakan dan perasaan psikologi mereka. Islam turut mewajibkan setiap orang yang beriman menuntut ilmu kerana Allah berfirman dalam al-Quran. "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?" (Surah az-Zumar, ayat 9)

Pendidikan Anak-Anak dalam Islam, dirombak dan disusun semula sehingga dibahagikan kepada empat jilid. Dalam jilid ketiga ini: Pendidikan Psikologi, Mental, dan Fizikal memfokuskan kepada proses memenuhi keperluan pendidikan psikologi, memahami keperluan pendidikan mental, dan melengkapkan keperluan pendidikan fizikal anak-anak.
Tanggungjawab Pendidikan Mental
Saranan Penting dalam Konteks Pendidikan
Tanggungjawab Pendidikan Jasmani
Tanggungjawab Pendidikan Psikologi

Jin, Sihir & Ilmu Ghaib Dalam Masyarakat Melayu ~ Hj. Abu Bakar bin Abdul Jamak

(SEM & SS) RM44.00 > RM42.00

Buku ini melangkaui kejadian-kejadian alam ghaib yang penuh misteri dan di luar membatasi akal fikiran manusia. Alam ghaib yang Ghaib dimaksudkan di sini banyak melibatkan persekitaran antara alam jin, manusia dan malaikat.

Tujuan buku ini adalah untuk menimbulkan kesedaran kepada setiap orang tentang apa yang berlaku dipersekitaran kita yang melibatkan alam jin, kepercayaan masyarakat melayu, ilmu ghaib hitam dan amalan-amalan yang bercanggah dengan kehendak agama dan bangsa.

Anda akan dapati :
1. Mengenali jenis-jenis sihir dan ilmu ghaib hitam.
2. Penyakit-penyakit misteri dan kronik dalam dunia ilmu ghaib.
3. Merungkai gangguan Jin-jin Hinggap dan jin-jin penunggu dalam ilmu Ghaib Hitam.
4. Mengenali jin-jin sihir dalam menjatuhkan perniagaan kecil dan besar.
5. Bagaimana ilmu ghaib hitam dan sihir merosakkan kesejahteraan masyarakat melayu.

LATAR BELAKANG PENULIS
HJ. Abu Bakar Sedek merupakan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi PETRONAS dan sebelumnya Universiti Tenaga Nasional, semenjak 2001, telah dianugerahkan Ijazah Amalan Perubatan Alternatif Islam dan ljazah Sarjana Pemasaran dari The University of Newcastle, Australia. Beliau juga adalah pakar perunding perubatan alternatif sejak 10 tahun dan berkebolehan mendiagnosis penyakit-penyakit ghaib serta telah memberi rawatan alternatif lebih dari seribu orang dengan pelbagai jenis penyakit-penyakit ghaib berpunca dari ilmu hitam dan sihir terhadap individu, perniagaan, keluarga, organisasi bisnes, peniaga kecil dan besar.

Dendam Pengabdi Jin ~ Dr. Jacknaim M.D

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

DR JACK NAIM SEORANG DOKTOR PERUBATAN YANG TIDAK ASING LAGI DALAM DUNIA PENULISAN. BELIAU TERKENAL DENGAN BUKU BELIAU DIAGNOSIS2: PROGNOSIS YANG TELAH MENJADI BUKU BEST SELLER SEBELUM INI. TERBARU BELIAU TAMPIL DENGAN BUKU FIKSYEN PERTAMA BERJUDUL DENDAM PENGABDI JIN. 

BELIAU MEMBAWAKAN KEPAKARAN BELIAU DALAM ILMU MODEN DAN MENGGABUNGKAN DENGAN PELBAGAI FAKTA DARI SUMBER YANG LAIN UNTUK MENGHASILKAN SEBUAH CERITA SERAM YANG BERBEZA DARI YANG LAIN.

Panggilan buat mereka yang suka membaca buku


Peminat buku ada gelaran tersendiri di setiap negara. Ini menunjukkan bahawa buku mempunyai kuasanya yang tersendiri. Tidak kira buku bercetak mahupun e-buku, ia mampu membawa setiap pembaca ke satu daerah yang merangsang pemikiran & ilmu.

Buku sangat berkuasa & berpengaruh sehinggakan Napoleon Bonaparte pernah berkata, “Aku lebih takut dengan empat orang penulis daripada 1,000 senapang.”

Kalimah Al-Quran yang pertama menekankan kepentingan membaca, “Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan” (Al-Alaq, 96:3-4). Ini menunjukkan bahawa tanpa ilmu, membaca & juga mencatat, kita akan ketinggalan dalam sudut tertentu.

Membaca jelas sekali mengangkat martabat buku di tempat yang tinggi dalam sejarah tamadun manusia. Ada pepatah mengatakan, “Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.”

Syukur dan Sabar, dua-duanya Allah sayang


 Syukur & Sabar

Kombinasi yang Allah berikan kepada kita sama seperti ciptaan Allah yang lain
Syukurlah hari ini kerana kita masih lagi hidup, masih boleh bergerak, masih punya rezeki untuk dimakan.

Sabarlah jika rasa sedih, tertekan, tak tahu nak selesaikan masalah bagaimana. Ingat! Allah beri kita ujian sabar ini kerana DIA tahu kita mampu hadapi. Sabar. Doa. Usaha. Tawakal