Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 8 July 2022

Panggilan buat mereka yang suka membaca buku


Peminat buku ada gelaran tersendiri di setiap negara. Ini menunjukkan bahawa buku mempunyai kuasanya yang tersendiri. Tidak kira buku bercetak mahupun e-buku, ia mampu membawa setiap pembaca ke satu daerah yang merangsang pemikiran & ilmu.

Buku sangat berkuasa & berpengaruh sehinggakan Napoleon Bonaparte pernah berkata, “Aku lebih takut dengan empat orang penulis daripada 1,000 senapang.”

Kalimah Al-Quran yang pertama menekankan kepentingan membaca, “Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan” (Al-Alaq, 96:3-4). Ini menunjukkan bahawa tanpa ilmu, membaca & juga mencatat, kita akan ketinggalan dalam sudut tertentu.

Membaca jelas sekali mengangkat martabat buku di tempat yang tinggi dalam sejarah tamadun manusia. Ada pepatah mengatakan, “Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.”