Malah, sikap membanggakan bangsa sendiri telah menyebabkan rami sejarawan Barat menggelapkan peranan Tamadun Islam di Benua Eropah yang membawa kepada cahaya aka Renaissance. Tamadun Yunani dan Rom telah mewarnai pensejarahan dunia selari dengan perkembangan tamadun awal di belahan lain dunia seperti Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir Kuno dan Huang He serta Tamadun Alam Melayu.
Warkah ini cuba menyelongkar dari sudut pandang yang pelbagai termasuklah politik yang melibatkan kepimpinan dan kawasan bag kedua-dua tamadun tersebut. Seterusnya turut disorot dari sudut perkembangan ekonomi dan sosial. Penulis juga cuba memaparkan pensejarahan Tamadun Yunani dan Rom melalui sudut bukti monumen dan karya ulung yang mash tersisa dan dapat dilihat serta dirujuk pada hari ini. Pelbagai monunen agung mash tersisa walau sudah ribuan tahun termasuklah parthenon, colloseum dan aqueduct. Karya ulung seperti lliad dan Odyssey serta The Histories masih menjadi rujukan sehingga kini.
Kegemilangan tamadun tersebut juga merentasi sempadan benua dengan kehebatan tokohnya seperti Zulqarnain, Luqmanul Hakim dan ramai lagi figur hebat yang masih diulang sebut sehingga ke hari ini. Malah sejarah kenabian juga sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada Tamadun Awal Eropah ini terutamanya berkesinambungan daripada Tamadun Rom Timur aka Byzantium.