Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Phidot. Show all posts
Showing posts with label Phidot. Show all posts

Wednesday, 18 November 2020

Menunggu Kamu ~ Phidot

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Tidak pernah Idrus menyangka kedatangannya ke Miri akan menemukan dia dengan Miss Icy. Gadis yang dikenali dan dihubunginya menerusi e-mel, akhirnya dapat dilihat depan mata.

Tanpa angin ribut, gadis itu tiba-tiba menghilang. Langsung tiada e-mel buat dirinya lagi. Tambah-tambah lagi Miss Icy meluahkan rasa cinta terhadap dirinya, tetapi Idrus tolak dengan alasan setiap perasaan yang hadir hanyalah bersifat sementara.

Sedar, cinta tidak mungkin berbalas, Narissa menghilangkan diri tanpa khabar dan cuba untuk melupakan Idrus. Menjauhkan diri bagi mengelak daripada berterusan mengejar cinta yang tiada jawapannya.

Ya, Narissa memang gila kerana cintakan lelaki yang tidak diketahui wajahnya melainkan gambar kaki dan pemandangan yang disertakan dengan kapsyen yang menarik hati.

“Do you think we can be happy?”
“Yes, we can. To be love and to love someone, we have to have courage, no matter how it is. Trust me, you will be the happiest person. And of course, we will be happy together. We can make it happen.”

 

Friday, 22 November 2019

Biar Hanya Aku ~ Phidot

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

“Wh… wh… who are you…?”- Zahra 
“What do you want?”- Noh 

Kali pertama bertentang mata tajam Noh, Zahra sudah dapat menjangka kehidupannya bakal berubah 360 darjah. Mukanya tampan sampai tahap boleh terlanggar tiang lampu, tetapi sekali dia buka mulut, Zahra makan hati berhari-hari dengan setiap kata-kata berbisanya. 

 “I bagi you masa 20 minit untuk belikan I americano.” - Noh 
“Kalau I balik ke sini sebelum 20 minit tamat, what will I get from you?” - Zahra 

Noh, kalau boleh memang tidak dapat melihat Zahra berasa senang walaupun sekejap. Tak cukup mengarah itu ini, ke blind date Noh Zahra dibawa bersama, walhal Zahra sudah terang-terang tidak mahu. Namun apakan daya, Zahra cumalah PA lelaki sedingin Noh. Disebabkan Zahra, Noh menjadi seorang yang banyak bercakap ketika. Zahra pula, tanpa menyedari, mulai jatuh cinta dengan Noh. Namun, demi satu rahsia besar, dia terpaksa melupakan perasaannya sendiri. Dia lebih rela mengundur diri daripada kecewa di kemudian hari. 

Friday, 19 April 2019

Hatiku Memilihmu ~ Phidot

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“I am so sorry.”

Risa tergamam sebaik saja melihat pemilik suara yang meminta maaf kepadanya itu. Dia mahu menjauhkan diri daripada lelaki itu, namun dalam keadaan berhimpit begitu memang susahlah.
Ah, sudah. Jangan tengok dia, Risa.
“Hai, saya Naufal. Awak?”
Tengok tu. Dia dah mula bertanya. Isy!
Risa cuba mengawal air mukanya yang nampak resah. Dia langsung tidak menoleh. Namun, dia dapat rasakan pandangan mata Naufal yang tidak lepas memandangnya.
Aduhai, feri oh feri. Cepat-cepatlah sampai dekat Nami Island tu. Mahu saja dia meminta kapten feri menambah kelajuan feri supaya cepat sampai. Bolehlah dia larikan diri daripada lelaki penyibuk ini.
Isy, menyampah. Asyik terjumpa dia saja. Bukannya tak setampan pelakon Korea yang diminatinya, namun entah mengapa hatinya berasa menyampah dengan Naufal.
“Susahnya nak tahu nama awak ni.”
Bibir Risa terus mencebik mendengarkan keluhan Naufal. Dia buat-buat tidak dengar.

Thursday, 21 January 2016

Cinta Pemanis Hati ~ Phidot

Niatnya hanya satu, mahu hidup berdikari tanpa pertolongan keluarga. Kehidupannya sebagai seorang kerani di Adam Group mula berubah huru-hara semenjak cucu Tengku Dahlia melanggar bahunya tanpa mahu meminta maaf.

“Tadi encik keluar dari lif, encik ada terlanggar apa-apa tak? Contohnya, bahu orang.”
“Ada rasanya. Tapi, benda remeh aje, kan? Kenapa ya? Boleh ringkaskan?”

Sikap selamba Adam yang menyakitkan hati itu membuatkan Hana terus menggelar lelaki itu Mr. Tak Ada Adab. Ingatkan itulah kali pertama dan kali terakhir Hana berdepan dengan lelaki yang penuh menyakitkan hati, namun sangkaannya meleset sama sekali. Mereka bertemu sekali lagi apabila Adam muncul menggantikan tempat Tengku Dahlia sebagai CEO Adam Group.

Tujuan utama Adam menjadi CEO pun disebabkan mahu mengambil hak miliknya semula daripada Hana. Kalau bukan disebabkan itu, jangan harap dia mahu munculkan diri lebih awal. Dan disebabkan itu, dia sanggup menaiki tren buat pertama kali dalam hidupnya.