Tanpa angin ribut, gadis itu tiba-tiba menghilang. Langsung tiada e-mel buat dirinya lagi. Tambah-tambah lagi Miss Icy meluahkan rasa cinta terhadap dirinya, tetapi Idrus tolak dengan alasan setiap perasaan yang hadir hanyalah bersifat sementara.
Sedar, cinta tidak mungkin berbalas, Narissa menghilangkan diri tanpa khabar dan cuba untuk melupakan Idrus. Menjauhkan diri bagi mengelak daripada berterusan mengejar cinta yang tiada jawapannya.
Ya, Narissa memang gila kerana cintakan lelaki yang tidak diketahui wajahnya melainkan gambar kaki dan pemandangan yang disertakan dengan kapsyen yang menarik hati.
“Do you think we can be happy?”
“Yes, we can. To be love and to love someone, we have to have courage, no matter how it is. Trust me, you will be the happiest person. And of course, we will be happy together. We can make it happen.”