Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 11 January 2019

Mukjizat Surah Al-Kahfi ~ Muhammad Mokhtar

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Fitnah dajal adalah fitnah yang paling dahsyat. Fitnah dajal bukan sekadar fitnah fizikal, bukan juga sekadar gosip-gosip liar. Fitnah dajal itu adalah fitnah yang halus, seumpama silap mata. Fitnahnya membuatkan perkara yang baik kelihatan buruk. Sementara perkara yang buruk pula kelihatan baik. Namun, Allah s.w.t. itu maha adil. Dia menyediakan kita bekalan. Bekalan itu adalah surah Al-Kahfi.

Mukjizat Surah Al-Kahfi menekuni satu per satu perbincangan perihal surah Al-Kahfi. Kita dapat mengetahui banyak perkara, seperti sebab turunnya surah ini, tafsiran ayat, dan kelebihan-kelebihan ayatnya.

Mukjizat Surah Al-Kahfi hanya dari segi bacaan, tetapi merangkumi rahsia isi-isinya. Antaranya adalah:
Rahsia Ashabul Kahfi
Rahsia Zulkarnain
Rahsia pengembaraan Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s.
Rahsia teguran Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Ternyata, ini adalah surah pendinding dajal. Ini adalah mesej daripada Allah s.w.t. kepada kita.

Tumpang ~ Ramadan Omar

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

“Aiman!” panggil Mokhtar. Dadanya berdebar. Peluh merenik di dahi. Rasa terkejut masih menguasai dirinya.

“Kenapa pak cik? Aiman nak balik,” kata Aiman apabila Mokhtar menariknya. Moktar duduk melutut. Menjadikan dia separas dengan ketinggian Aiman sekarang. Kedua-dua tangannya memegang bahu Aiman. Dua matanya memandang ke dalam mata Aiman.

“Itu ayah Aiman ke?” soal Mokhtar sambil mengunjuk kepada Hafizi di dalam kereta. Aiman bingung. Dia berkalih melihat Hafizi yang sedang menanti di kereta. Kemudian dia berkalih semula memandang Mokhtar.

“A’ah. Ayah Aimanlah tu. Kenapa pak cik?” soal Aiman hairan.

“Aiman tengok betul-betul. Memang betul ke tu kereta ayah Aiman?” soal lelaki tua itu lagi. Mukanya jelas kerisauan. Aiman berkalih lagi. Dia membaca nombor plat kereta ayahnya. Satu-satu disebut nombor plat kereta tersebut.

Friday, 4 January 2019

Denganmu Lebih Indah ~ Azieana

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

“Papa tak suka Lissa berkawan rapat dengan Razman,” tutur Datuk Rafiq Husni sebaik sahaja Razman beredar.
“Papa jangan risau sebab Lissa memang tak pernah suka dengan Razman tu. Lissa kawan dengan dia atas dasar saudara. Tak lebih daripada itu. Kalau ada yang terlebih, bukan daripada Lissa. Lissa harap papa akan faham dan tidak menuduh Lissa yang bukan-bukan.” 

Melissa tidak mahu papanya salah sangka antara hubungan dia dengan Razman.

“Hmm, baguslah sebab papa memang dah lama berhasrat nak jodohkan Lissa dengan anak kawan papa.”
“Papa, Lissa tak setuju.” Melissa terus membantah kerana terkejut dengan rancangan papanya secara tiba-tiba.
“Kenapa? Hal ni dah lama papa bincangkan dengan dengan keluarga Tan Sri Hadi dan dia turut bersetuju untuk jodohkan Lissa dengan anaknya tak lama lagi!” 
Datuk Rafiq Husni merenung wajah Melissa.

Kau Yang Kutunggu ~ Zaza Qry

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Alna…” panggil Rayyaz. Alna pantas mendongak. Awak dah terima bunga tu, jadinya kita declarelah ya,” kata Rayyaz sambil merenung mata Alna.

Alna melarikan matanya daripada direnung Rayyaz.
“Nak declare apa pula?” soal Alna. Dia tak pasti apa yang mahu diisytiharkan oleh Rayyaz. Pelik benar gaya Rayyaz sekarang.
“Kita bercinta,” kata Rayyaz.
Alna terbeliak matanya mendengar ayat ‘kita bercinta’ itu. Nak bercinta apa pula. Ini kali kedua Rayyaz luahkan perasaannya. Kali ini mengajaknya bercinta.
“Awak sedar tak apa yang awak cakapkan ni, Rayyaz?” tanya Alna. Dia semakin fokus kepada Rayyaz. Tak dinafikan dia rasa sesuatu. Tapi, tak tahulah apa yang dia rasa. Dulu bukan main lagi kutuk dia pakai baju tak cukup kain. Sekarang pun Alna masih sama. Tup-tup, sekarang diajak bercinta pula.
“Awak lupa ke, awak tak suka saya pakai macam ni,” kata Alna sambil memandang tubuhnya yang bersalut dengan dress lengan panjang dan labuhnya hingga bawah lutut.

Bisikan Syaitan ~ Asraf Shaari

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Dibuli dan didera secara fizikal dan emosi, Adam menjadi tidak keruan. Entah sampai bila dia mampu bersabar dan bertahan sedang keluarganya dihina seperti sampah di jalanan hanya kerana kisah silam arwah ayahnya, Encik Talaha. Tekanan kian terasa apabila dia mula terdengar bisikan seperti cuba menghasutnya melakukan sesuatu yang sememangnya tidak masuk akal.

Selain itu, ibunya pula yakni Puan Kamariah difitnah membela hantu raya. Bukan itu sahaja, wanita yang paling disayanginya itu terpaksa menahan dugaan akibat sikap masyarakat yang tidak menerima mereka seadanya. Dia ingin menuntut keadilan. Dia mahu musuh-musuhnya mati. Hanya kematian mereka dapat memuaskan hatinya. Namun, dia tidak menyedari perbuatannya itu bakal mengundang padah kelak.

Izinkan Cinta-Mu Yang Pertama ~ Puteri An-Nur

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

Dunia percintaan sememangnya indah jika pasangan setia. Tetapi tidak bagi Nur Syahadah apabila dia diuji dengan kecurangan tunangnya yang bermain kayu tiga. Lebih perah, tunangnya curang dengan kakaknya sendiri. Setelah dikecewakan, Nur Syahadah akur akan jodoh yang dipilih oleh abinya iaitu Yusof.

"Nur mesti terima Muhammad Yusof. Dialah lelaki yang terbaik untuk anak abi ni." ~ ABI

Walaupun pada mulanya agakberat untuk Nur terima, tapi dia percaya pilihan abinya adalah yang terbaik untuk dirinya di samping dia mahu tinggalkan kenangan yang lalu dan bina hidup baru. Nur terima seadanya Yusof walaupun mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain.

"Kata orang, tak kenal maka tak cinta tau. Dah kenal mesti awak suka." ~ Yusof

Nur sahut kata-kata Yusof dengan pertaruhkan hidupnya. Padanya, kebahagiaan atau derita, semua itu sudah ditetapkan Allah. Seusai dirinya sah menjadi suri hati buat Yusof, barulah Nur mengerti bahawa dunia Yusof yang dulu bukanlah seperti yang dia lihat kini.

Cerita Bilik Pengetua ~ Dr. Hayya Bilal

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Buku ini berkongsi cerita mengenai kewujudan satu sosok tubuh yang banyak mempengaruhi dunia pendidikan di negara kita. Mereka dipertanggungjawabkan untuk memimpin sesebuah sekolah. Pemimpin atau pengetua inilah yang menggalas tanggungjawab ini.

Di dalam buku ini dikumpulkan pelbagai anekdot berkisarkan pemimpin sekolah yang ditulis hasil daripada temu bual, pengalaman, kes-kes benar dikutip, diolah, ditambah asam, garam, gula dan cili. Dengan pelbagai ragam dan situasi, menjadikan buku ini lengkap perasanya. Kita akan rasa tercuit hati dengan situasi yang lucu, geram pun ada dengan kisah yang tak disangka, sedih dan berbagai perasaan lain semasa membaca buku ini.

Tapi yang pastinya, buku ini sangat menghiburkan. Anda akan terhibur dengan pelbagai kisah yang dikongsi seperti Gangster Kampung Pisang, Staff Bermasalah, Tuisyen Felda, Pengetua Puaka, Panglima vs Bomoh dan lain-lain. Selain daripada pelbagai kisah menarik yang dihidangkan, ia juga ditulis dalam bahasa yang santai dan ringan, yang akan membuatkan bacaan kita lancar sehingga ke akhir muka surat.

Cerita Dalam Kampus ~ Raihan Abu Bakar

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Kalau kau masuk U,
Kau jangan ikut perangai budak-budak
dalam buku ini,
Mati la nak,
Sampai ke tua pun tak konvo

Budak Kelas Belakang ~ Emylia Mohd Nor

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

"Coretan penuh nostalgia buat perindu dekad-dekad ikonik yang telah hilang ditelan zaman. sebagai bonus, terbongkar jua akhirnya himpunan rahsia kehidupan asrama perempuan yang selama ini tersorok di sebalik pagar. Apa lagi? Marilah sekodeng!"
-SHAH IBRAHIM- Penulis buku Budak Meja Belakang

"Salah satu daripada prinsip yang saya percaya adalah, setiap kita mempunyai kebolehan dan kemampuan mencapai impian jika kita mahukannya. Di mana pun kita bermula, dan dari mana kita berasal, itu tidak penting. Apa yang penting ialah keinginan untuk berubah menjadi yang lebih baik. Kepercayaan dan prinsip ini diterjemahkan dengan baik dalam buku ini. Gaya penceritaannya yang bersahaja dan spontan membuatkan seolah-olah pembaca berada di tempat penulis. Tahniah kepada Puan Emylia kerana berkongsi kisahnya dengan keberanian dan kerendahan hatinya."
-MUHABIR IBRAHIM- Penulis, Kaunselor &Perunding Latihan

Wednesday, 2 January 2019

Rindu Yang Tertinggal ~ Dea Zoraya

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Mawar Hana – Gadis bermata Hazel berketurunan Irish yang memasang cita-cita untuk bergelar seorang doktor pakar. Namun sebuah tragedi hitam telah meragut pergi impian dan semangatnya untuk meneruskan kehidupan. Kekejaman dan ketidakadilan yang dilempar terhadap dirinya telah membuatkan Hana trauma terhadap kehidupan. Sukar untuk dia melupakan luka yang masih meninggalkan parut di dalam diri walau sudah bertahun masa berlalu.

Amar Taufiq – Dia pernah egois suatu masa dulu. Kerana itu selama tujuh tahun hidupnya ditemani kekesalan yang tidak pernah berpenghujung. Kemaafan adalah satu ‘permata’ yang dia tidak bisa beli dengan wang ringgit. Beribu-ribu kali dia cuba lari daripada mimpi ngeri yang membelenggu dirinya namun seringkali itu juga dia gagal kerana dia sedar dirinya adalah pendosa.

“Saya benci awak...terlalu benci. Saya sumpah hidup awak tidak akan bahagia. Nama Amar Taufiq akan menjadi manusia yang paling saya benci selama saya masih bernyawa. Awak dengar sini baik-baik, suatu hari nanti awak akan datang melutut dan cium kaki saya ini untuk memohon keampunan. Masa tu awak akan sedar ego yang selama ini awak pertahankan akan menjadi racun yang merosakkan jiwa dan diri awak.” - Hana.