Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday 21 November 2012

The Wedding Breaker ~ Evelyn Rose

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Tuesday 25 September 2012

I Love You, Stupid! ~ Melur Jelita

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I'm bad and I'm dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan

Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...” – Abang pedas

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris
“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!”

*****

(SEM) RM39.00 - RM34.30
(S/S) RM42.00 - RM37.00

Monday 3 September 2012

Jurnal Inspirasi Diri ~ Prof. Dr. Muhaya Mohamad

Sebuah jurnal yang akan membimbing anda ke arah melakukan transformasi terhadap 5 aspek penting dalam hidup anda. Turut di muatkan bersama jurnal ini, kata-kata motivasi sebagai pencetus kekuatan dan membakar semangat yang akan memberikan hasil dan impak yang besar kepada hidup anda. Anda akan teruja kerana ia pasti akan memberikan perubahan kepada hidup anda!

Jika anda masih tercari-cari satu aset untuk memulakan perubahan dalam hidup, junal ini merupakan pilihan terbaik buat anda sebagai peneman setia agar anda dapat:
  • Belajar membuat pilihan yang tepat dalam menentukan keputusan kepada hidup anda
  • Menghentikan tabiat negatif serta-merta
  • Menggunakan kekuatan minda untuk membuat perubahan
  • Membina fikiran positif di samping membuka ‘mata hati’ anda
  • Meningkatan kekuatan dalaman diri melalui pendekatan kerohanian
*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Thursday 2 August 2012

Setitis Kasih Darmia ~ Naniey TJ

Jika diam itu boleh selesaikan masalah, maka Darmia rela tunduk membisu menerima makian dan hinaan dari keluarganya sendiri tanpa dia tahu di mana kesilapannya.

“Kau tak guna!. Patutlah bapak kau tinggalkan mak kau. Tak balik-balik sampai sekarang. Sebab kau ni bawak sial!” pekik Latifah

Darmia pasrah dibesarkan hanya dengan kasih sayang ibu. Belum puas dia bermanja, ibunya terlebih dahulu di jemput Illahi. Mujurlah masih ada Opah dan Haliza yang sudi menjaga dan mengambil berat. Kasih Haliza buat Darmia melebihi sayangnya untuk adik kandungnya sendiri, Anis Alisa

Peluang belajar sambil bekerja yang ditawarkan oleh Haliza disambut Darmia dengan rasa gembira. Namun kemunculan Khairul Amir, lelaki misteri yang pernah melafazkan ijab kabul padanya 4 tahun yang lalu sebagai majikannya merangkap kekasih Haliza mengharu-birukan keadaan. Lelaki itu muncul bersama dendamnya yang tidak pernah padam. Rahsia yang di simpan tidak boleh di bongkarkan.

“Kau dengar sini baik-baik. Aku takkan biarkan hidup kau senang selepas kau susahkan hidup aku. Kau dah buat aku malu dulu. Kau letak maruah aku kat tapak kaki kau. Sekarang kau pulak rasa apa yang aku rasa”

“Kalau itu dapat puaskan hati encik, baiklah. Saya akan ikut apa yang encik inginkan. Tapi tolonglah jangan lukakan hati Kak Liza. saya rayu pada encik.”sendu Darmia

Buatlah apa saja, Darmia rela asalkan hati Haliza tidak di sakiti. Asalkan Haliza tidak tahu rahsia mereka. Percaturan tuhan siapa yang tahu. Berkali-kali bibir lelaki itu mengucapkan benci namun berkali-kali juga hatinya enggan berkompromi. Semakin Darmia menjauh semakin galak Khairul Amir mengejar biarpun dia tahu pasti akan ada hati yang terluka. Dalam satu insiden yang tidak disengajakan, rahsia yang cuba dikuburkan terbongkar jua. Hati Haliza dan Darmia hancur bagai dipukul ombak tsunami yang meranapkan bumi Aceh.

“I love you. Love you so much. Setelah you bagi harapan pada I untuk sehidup semati dengan you, mudahnya you nak I lupakan you. Macam mana I nak lupakan you, Mir. You satu-satunya lelaki yang I cintai dalam dunia ni” Tangis Haliza

Kisah persengketaan dua beradik yang tidak pernah padam dalam memori Latifah bagai di ulang tayang. Kerana sebuah dendam, pengorbanan dan keegoan semuanya menjadi kucar-kacir. Khairul Amir tekad, biar hilang segalanya di dunia ini, setitis kasih Darmia terus di nanti.

*****

(SEM) RM26.90 - RM23.70
(S/S) RM29.90 - RM26.30

Friday 13 July 2012

Bakal Isteriku, Gangsternya! ~ Crystal Anabella

Zyya Adrianna Bella, nama yang indah secantik rupanya, tapi perangai macam gengster. Berumur 17 tahun dan bersekolah dalam sebuah sekolah persendirian yang didirikan papanya, Tan Sri Iskandar. Dikelilingi hero-hero yang sentiasa menjaga kebajikannya, Rayya, Ilham, Faryzal dan Nazarul.
Tengku Syamrein Ashraf, pewaris tunggal empayar Harizen Corporation yang baru pulang dari Amerika. Niat di hati ingin mencari Zyya yang dirindui. Akhirnya bertembung dengan Bella, langsung jatuh hati. Sanggup jadi tutor peribadi di sisi ‘Gangster Princess’ hanya kerana nak ubah perangai Bella supaya jadi Zyya.

“Awak tau tak Bella, walau setinggi mana pun awak dijunjung, jangan sesekali awak terniat untuk menindas orang di bawah awak. Saya tahulah awak tu princess, tapi tak payahlah sampai nak cederakan orang lain! Awak tak ada otak ke untuk berfikir mana yang baik mana yang buruk!”

Mampukah Syamrein mengubah perangai Bella yang agak gengster dan menyakitkan hati itu? Apakah dia sebenarnya memang sudah jatuh hati pada Bella? Bisakan Bella yang gangster menjadi seorang yang lemah lembut? Apa yang pasti, Syamrein dan Bella, bolehkah berjalan seiring?

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Monday 7 May 2012

Sunan Musafir ~ Ramlee Awang Murshid

Allah menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531 - Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Wednesday 2 May 2012

Takdir Itu Milikku ~ Siti Rosmizah

“Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati.

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku!

*****

(SEM) RM33.90 - RM29.80
(S/S) RM36.90 - RM32.50

Saturday 11 February 2012

Kan Kukejar Cinta Kamu ~ Fauziah Ashari

Alma binti Datuk Seri Hakim - Penggoda, nakal, selamba, romantis, anak manja papa.

Mukramin Raiyan bin Muzzammil - Lemah iman, cucu kesayangan, harapan abah, hilang identiti, keliru.

Daya tarikan Alma - Berani tanpa peduli orang. Lucu tanpa sedar (selamba) dan cantik di mata Raiyan.

Daya tarikan Raiyan - Tampan di mata Alma. Anak musuh papanya. Pelik, kenapa perlu berhati-hati dengan keturunan Datuk Raqib sedangkan Raiyan ‘okey’ aje...

Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan). Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.” Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!

Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm...buat muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia. Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi boson kot. Argh! tak boleh jadi ni! - Alma

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.

“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler...

*****

(SEM) RM28.90 - RM25.40
(S/S) RM31.90 - RM28.00

Tuesday 31 January 2012

Cenderahati untuk pertunangan/perkahwinan/hadiah


Salam para pengunjung blog semua.

Kali ini, kami di Belidiskaun menawarkan buku-buku doa & wirid untuk dijadikan cenderahati atau buah tangan dari anda kepada rakan-rakan atau tetamu. Buku-buku ini sesuai dihadiahkan pada majlis-majlis tertentu seperti majlis pertunangan, perkahwinan, tahlil, aqiqah dan juga untuk disedekahkan kepada surau, masjid atau rumah-rumah anak yatim dan warga emas.

Diskaun dari 12% hingga 20% ditawarkan mengikut kuantiti. Ianya seperti di bawah:
1. Diskaun 12%: 1-100 naskhah
2. Diskaun 15%: 101 - 300 naskhah
3. Diskaun 20%: 301 naskhah dan ke atas

Untuk belian buku-buku doa & wirid cenderahati ini:
  • deposit sebanyak 50% diperlukan untuk tempahan awal (selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh tarikh buku-buku diingini). 
  • Caj penghantaran bergantung kepada kuantiti buku. 
  • Kurier Pos Laju atau Skynet digunakan.
  • Sebarang perubahan harga buku tertakluk kepada penerbit.
Judul buku-buku yang dijual untuk cenderahati ini & harga asal:
Telaga Biru:
  1. Doa & Zikir Harian (Hj. Zahazan Mohamed) - RM6 (SEM) / RM8 (S/S)
  2. Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari (Hj. Zahazan Mohamed) - RM12 (SEM) / RM14 (S/S)
  3. Zikir Pagi Petang & Selepas Solat: Jawi / Rumi (Dr. Abd. Basit Abd. Rahman) - RM4 (SEM) / RM6 (S/S)
  4. Al-Mathurat: Wirid & Doa Rasulullah (Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna - RM4 (SEM) / RM6 (S/S)
  5. Al-Mathurat Kecil (Dr. Badrul Amin) - RM1 (SEM) / RM1.50 (S/S)
  6. Manzil Amalan Menangkis Kejahatan Jin (Maulana Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi) - RM1.50 (SEM) / RM2.50 (S/S)
  7. Menyingkap Kehebatan Nama-nama Allah (Mohd Wahid Hanif & Azrul Ismail) - RM10 (SEM) / RM12 (S/S)
PTS:
  1. Yasin & Tahlil - RM3.50 (SEM) / RM4.50 (S/S)
  2. Hadiah Daripada Pengantin (Muzayyanah Abdullah) - RM3 (SEM) / RM5 (S/S)
  3. Manzil Rasm Uthmani (Maulana Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi) - RM2.50 (SEM) / RM3.50 (S/S)
  4. Amalan 24 Jam dalam Kehidupan Rasulullah SAW (Zulkarnain Dollah) - RM4 (SEM) / RM5 (S/S)
  5. Al-Ma'thurat (Imam Hassan Al-Banna) - RM3 (SEM) / RM4 (S/S)
  6. Doa Murah Rezeki (Wan Shuhairi Wan Mohamad) - RM5.90 (SEM) / RM8.90 (S/S)
  7. Koleksi Doa Terpilih Dari Al-Quran (Marzuki Mohd Noor) - RM4 (SEM) / RM5 (S/S)
  8. Yasin, Tahlil & Doa (warna hijau, pink, biru, kuning) - RM3 (SEM) / RM4 (S/S)
Al-Hidayah:
  1. Manzil Resm Uthmani Poket Nipis (Maulana Muhammad Zakaria) - RM1.00 (SEM) / RM1.60 (S/S)
  2. Manzil Resm Uthmani Poket Tebal (Maulana Muhammad Zakaria) - RM1.50 (SEM) / RM2.10 (S/S)
  3. Al-Ma'thurat Sugra (Imam Hassan Al-Banna) - RM1 (SEM) / RM1.60 (S/S)
  4. Amalan Surah-surah Pilihan (Tuan Hj. Syahrin Jasah) - RM3.90 (SEM) / RM4.50 (S/S)
  5. Al-Ma'thurat serta Yasin & Terjemahan (saiz kecil, sederhana, besar) - Harga boleh emel kami kerana saiznya yg berbeza)
Jika saudara/ri ingin melihat tajuk-tajuk yang lain (kerana ada byk tajuk yg tidak dpt ditulis di sini), cover buku, helaian buku dan harga-harga selepas potongan diskaun, bolehlah emelkan kepada kami. InsyaAllah, kami akan lampirkan salinan pdf kepada saudara/ri. Jika ada buku-buku lain yang berkenan & ingin meminta kami mencarinya, boleh lampirkan butir-butir buku kepada kami. 

Terima kasih.

Booksville Ent. - Books For All