NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 28 June 2012

Promosi Penghabisan Stok 25% Jun-Julai 12


PROMOSI PENGHABISAN STOK 25% kembali lagi...
  • DISKAUN 25% daripada harga asal diberikan kepada setiap judul buku-buku terpilih di bawah (tidak termasuk caj pos). Promosi hanya untuk SENASKHAH BUKU SETIAP TAJUK...
  • Promosi bermula dari 28/6/2012 - 1/7/2012
  • Harga adalah sama bagi pembeli dari Sabah/Sarawak. JOMMM... SIAPA CEPAT DIA DAPAT (bergantung kepada tempahan emel pertama buku tersebut)
Buku Prima & Alaf21
  1. Venom Suria: RM25.90 = RM19.40 (DITEMPAH)
  2. Aku Bukan Untukmu: RM22.90 = RM17.20 (DIBELI)
  3. Miss Pisau Cukur: RM22.90 = RM17.20 (DIBELI)
  4. Cinta Awek dan Pakwe: RM25.90 = RM19.40
  5. Sisa Sebuah Cinta: RM22.90 = RM17.20
  6. Tuhan Sedang Menguji Kita: RM19.90 = RM14.90 (DIBELI)
  7. Sunan Musafir: RM22.00 = RM16.50 (DITEMPAH)
  8. Mahar Setulus Hati: RM21.00 = RM15.80
  9. Lambain Kaabah: Himpunan Kisah Benar: RM8.00 = RM6.00
  10. Ombak Rindu: RM19.90 = RM14.90 (DITEMPAH)
  11. Zakat Terapi Kekayaan: RM18.00 = RM13.50
  12. Adam & Hawa: RM19.90 = RM14.90
  13. Fitrah Kasih: RM18.00 = RM13.50
Intens Idea & PTS
  1.  Kan Kukejar Cinta Kamu: RM28.90 = RM21.70
  2. Cinta... Tiada Akhirnya (Ombak Rindu 2): RM22.90 = RM17.20
  3. Rindu Cintaku (Ombak Rindu 3): RM23.90 = RM17.90 (DITEMPAH)
  4. Wasilah Cinta Weera: RM20.00 = RM15.00
  5. Awak Semanis Red Velvet: RM17.50 = RM13.10 (DIBELI)
  6. Prince Charming: Siapa Awak?: RM18.00 = RM13.50 (DIBELI)
Galeri Ilmu, Telaga Biru & Al-Hidayah
  1. Hero: RM20.00 = RM15.00
  2. Aku Terima Nikahnya (Hard Cover): RM55.00 = RM41.30 (DITEMPAH)
  3. Rindu Andalusia: RM23.00 = RM17.30 (DIBELI)
  4. Rona-rona Cinta Damascus: RM23.00 = RM17.30 (DIBELI)
  5. Kaum-kaum Yang Pupus: RM25.00 = RM18.80 (DIBELI)
Kaki Novel & SR Pub.
  1. Hadirmu Takdirku: RM18.00 = RM13.50
  2. 566 Hari Mencari Cinta: RM18.00 = RM13.50 (DIBELI)
  3. Rembulan Berdarah: RM24.00 = RM18.00
  4. Bila Pungguk Rindukan Bulan: RM17.00 = RM12.80 (DIBELI)
  5. Rindu Tanpa Kata: RM22.90 = RM17.20
  6. Lafazkan Kalimah Cintamu: RM26.90 = RM20.20 (DITEMPAH)
Fajar Pakeer & Jemari Seni
  1. Tiada Dua: RM23.00 = RM17.30
  2. Perlu Kamu: RM19.00 = RM14.30
  3. Kemelut Di Muara Rindu = RM21.00 = RM15.80
  4. Mr. Right Buat Ann: RM20.00 = RM15.00 (DIBELI)
  5. Dikau Tidak Pernah Jauh: RM19.00 = RM14.30
  6. Hanya Dia Sufi: RM19.00 = RM14.30
  7. Si Mangkuk Tingkat: RM20.00 = RM15.00 (DIBELI)
  8. Ros Biru Untuk Dia: RM20.00 = RM15.00 (DITEMPAH)
  9. Kopi Susu Sepatu Biru: RM21.00 = RM15.80 (DIBELI)
  10. 3 Jantung Hati: RM19.00 = RM14.30
NB Kara & Karyaseni
  1. Asyik Sang Puteri: RM21.90 = RM16.40 (DITEMPAH)
  2. Telur Rebus Asam Boi: RM14.00 = RM10.50
  3. Menunggu Kereta Api: RM29.50 = RM22.10
  4. Galau Di Hati Seri: RM21.50 = RM16.10
  5. Sayang Seorang Qaiser: RM22.00 = RM16.50
  6. Jauh Dari Cinta: RM21.00 = RM15.80 (DITEMPAH)
  7. Cinta Kontrak: RM20.00 = RM15.00 (DIBELI)
  8. Suami Aku Ustaz: RM22.00 = RM16.50 (DIBELI)
SELAMAT MEMBELI-BELAH... :)

Tuesday, 26 June 2012

Promosi Penghabisan Stok 25%... Siapa cepat dia dapat


PROMOSI PENGHABISAN STOK kembali lagi dengan DISKAUN 25%.
Nantikan kemuculannya pada 28 Jun 2012 ini sehingga 1 Julai 2012.
Diskaun hanya senaskhah setiap tajuk... SIAPA CEPAT DIA DAPAT...

Monday, 18 June 2012

Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik ~ Farisha Imani

NURA ALIA seorang gadis periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi, seorang anak Datuk yang kaya dan handsome! Walaupun dia tahu Syed Azmi seorang womaniser, Nura Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelaran itu demi cinta mereka bersama.

Akhirnya, dari cinta ia berubah benci! Syed Azmi juga hampir-hampir meragut kesucian Nura Alia. Nura Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.

“Aku bencikan kau, Syed Azmi! Kau memang lelaki tak guna!” -NURA ALIA

Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya, Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter kepada abang Syed Azmi yang autistik, Syed Azwan a.k.a Boboy, budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam terpaksa dia rela melayan setiap kerenah Boboy.

“Boboy! Boboy memang suka menyusahkan akak, kan?! Eee… geramnya aku!” -NURA ALIA

Selama tujuh tahun, BOBOY hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia kanak-kanak autistik yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam. Sejarah silam yang membuatkan dia menyimpan rasa bersalah sehingga ke hari ini.

Namun, semuanya itu berubah apabila Nura Alia hadir dalam dunianya. Hati Boboy berdegup lagi. Dalam diam, dia menyayangi si babysitternya itu.

“Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan kakak. Kita sayangkan kakak!” BOBOY

Tapi, tiada siapa yang dapat menghalang suratan takdir. Nura Alia dan Boboy akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan. Pada saat cinta semakin bersemi, muncul pelbagai halangan yang menggugat rasa cinta yang baru hadir itu. Masing-masing masih menyimpan banyak rahsia. Rahsia yang mampu mengundang rasa kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.

Rahsia siapakah yang bakal terbongkar dahulu? Apakah nasib ‘cinta’ yang baru bersemi dalam hati mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?

“Maafkan abang, sayang. Selama ni abang dah tipu Lia. Abang sebenarnya bukan Boboy yang autistik. Abang masih Syed Azwan yang normal. Abang…” -SYED AZWAN

*****

(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM33.00 - RM29.00

Dan Sebenarnya... Cinta ~ Syafa' Ikhwan

Nama saya Nur Sufrina binti Abdul Razak. Seorang pelajar universiti dan sangat berminat dalam bidang penulisan. Gadis yang biasa-biasa saja, tetapi orang kata senyuman saya manis. Tapi tak ada sesiapa pun yang tahu, saya memikul tanggungjawab yang sangat berat. Ya, tanggungjawab selepas peristiwa hitam itu terjadi dalam hidup saya dan keluarga saya.

“Kalau apa-apa jadi kat akak, tolong akak jaga anak ni. Lindungi dia macam anak Suf sendiri. Kakak merayu. Jangan benarkan Firdaus ambil anak ni! Jangan benarkan! Janji dengan kakak. Ya, Suf?” –Nur Sazrina

Ya, Rohaizat memang sentiasa ada ketika saya susah dan senang. Tapi saya masih tak pasti. Adakah dia orangnya?

“Kenapalah Sufrina? Kalau awak tak cintakan saya, saya tak boleh salahkan awak. Tapi kenapa saya tak boleh lupakan awak? Kenapa mesti awak yang saya cinta?!” – Rohaizat

Tiba-tiba, dia hadir. Saya asyik tersenyum sendiri apabila teringatkan sikap egonya itu.

“Tak elok perempuan marah. Nanti cepat berkedut. Tengok, kedut-kedut kat muka awak tu dah makin nampak.” – Amirul Haikal

Adakah dia sebenarnya yang saya cari selama ini? Tapi, saya takut dia tak dapat menerima kehidupan saya yang sebenarnya…

“Saya cuma lelaki bodoh yang sentiasa ditipu oleh perempuan yang sama!” – Amirul Haikal

Akhirnya, siapakah yang menjadi pilihan hati saya, sedangkan sangat sukar untuk saya membuat keputusan ini? Saya memang sayangkan dia! Tapi kalau saya memilih dia, mampukah dia menerima kehidupan saya yang sebenarnya.

*****

(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Wednesday, 13 June 2012

Bila Allah Menduga Kita ~ Syed Alwi Alatas

BILA ALLAH MENDUGA KITA lebih terperinci tentang aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.

Kita harus ingat, setiap saat Allah SWT akan menduga umatNya dengan berbagai-bagai ujian, tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulanglah pada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia, malah di akhirat kelak.

Oleh itu setiap perkara yang datang perlulah ditangani dengan bijak, jangan bertindak terburu-buru dan selebihnya berserah kepada Allah SWT.

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Tuesday, 5 June 2012

Bukan Sekadar Resipi ~ Roza Roslan, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim

Ya, buku ini BUKU SEKADAR RESIPI kerana di dalamnya terkandung kisah yang mencuit hati. Terkandung di celah-celah resipi yang diketengahkan terselit kebesaran dan keagungan Ilahi untuk kita renungkan. Santai, namun berisi. BUKAN SEKADAR RESIPI pasti mencuit hati pembaca.

Bukan Sekadar Resipi adalah sebuah bingkisan lahir dari hati Puan Roza Roslan. Ia adalah utusan daripada seorang ibu – kepada ibu-ibu lain – yang ingin membangunkan nilai-nilai murni di kalangan ahli keluraga. Natijahnya, pembentukan akhlak keluarga sebenarnya bermula di dapur!
Air tangan masakan siapa yang lazimnya menjadi hidangan anak-anak dan seisi keluarga kita selama ini?
-Sabtu M. Ali

Buku yang sangat mesra sehingga menyebabkan saya tersenyum simpul, tertawa kecil, berasa sebak dan sayu, serta ada ketikanya minda saya perlu berfikir panjang mengenangi pelbagai nikmat Allah yang sering dilupakan. Jika ada yang memerhatikan saya membaca buku ini maka ia tidak masuk akal untuk melihat kesemua elemen tersebut muncul pada raut wajah saya.
-Datin Norashikin Zaini

Membaca buku ini benar-benar mengimbau kenangan lalu dan mengusik jiwa. Ada ketikanya saya terpaksa memberhentikan pembacaan kerana seolah tulang ayam tersekat di kerongkong, ada sebilah pisau menusuk ke jantung. Air mata tidak mampu disekat lagi. Ia berguguran di pipi.
Gila untuk senaskah buku masakan!
-Ratna Roslan

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM37.00 - RM32.60

Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu ~ Fatimah Syarha, Dr. Farhan Hadi

Qani’ah Syumaila, pelajar SPM di sebuah sekolah agama berasrama penuh. Sederhana. Sopan. Berakhlak mulia. Muslimah yang taat kepada Tuhan-Nya. Lembut tapi berkepimpinan. Memimpin aktiviti kerohanian di asrama dengan hikmah dan menyenangkan hati banyak pihak. Pemidato di sekolah.

Akhlak Qani’ah yang mulia, penyayang, dan baik tutur bicaranya menyebabkan namanya dikenali dan diminati baik oleh pelajar perempuan dan juga lelaki. Sering menerima surat-surat cinta. Dia yang mengenali ‘kriteria’ lelaki soleh terlebih dahulu sebelum ‘pemilik cintanya’, tidak mudah menyerahkan cintanya kepada sesiapa sebelum yakin menemui lelaki yang tepat.

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Senyumlah ~ Syed Alwi Alatas

Hidup setiap manusia tidak terlepas daripada berdepan dengan masalah sama ada ringan atau berat. Ketika menghadapi permasalahan ringan dalam hidup, kebanyakan manusia jarang berputus asa, namun tidak sedikit daripada mereka yang mengeluh dan kehilangan mood kerananya.

Ketika menghadapi masalah berat pula, ada yang hilang arah dan pedoman hingga terlupa kepada Sang Pencipta.

Lantaran itu, ada orang yang sangat membenci masalah dan berusaha lari daripadanya. Ada yang berputus asa kerananya, justeru menjadikan keadaannya semakin buruk dan menderita.

SENYUMLAH ditulis untuk membantu pembaca melihat masalah dengan cara pandang yang baru. Setelah membaca buku ini, mudah-mudahan pembaca akan menjadi lebih bahagia dan lebih faham bahawa setiap permasalahan itu sama ada berat atau ringan, ia pasti akan berlalu akhirnya.

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Monday, 4 June 2012

Buka Mata Hati ~ Miqael Arshad

Ryan atau nama sebenarnya Nuriyana binti Solehuddin, anak kepada penternak lembu yang berjaya. Sangat suka dengan bola sepak dek pengaruh daripada abang-abangnya. Namun dia terpaksa memendamkan minatnya terhadap sukan bola gara-gara ingin berlagak ayu di hadapan jejaka idaman.

Di kolej, Ryan menyukai Shukor, pemain bola sepak kolej yang tidak pernah mengendahkan kewujudan Ryan yang kasar dan lasak itu. Shukor lebih memandang kepada perempuan ayu yang lemah lembut dan sopan santun. Azram pula teman sekelas Ryan yang sentiasa mencari fasal dengannya. Namun tanpa Ryan sedar, ada mata yang sentiasa memandang. Ada hati yang sentiasa merindu.
Siapalah yang dapat menerima Ryan itu seadanya? Mampukah Ryan meninggalkan hobi lasaknya demi cintanya kepada seorang lelaki? Dan, dapatkah Ryan membuka mata hatinya untuk menerima si dia yang sabar menunggunya? Ryan pun ada hati dan perasaan juga. Walaupun lasak dia tetap perempuan. Hati dan perasaannya tetap untuk kaum Adam.

*****

(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM21.00 - RM18.50

Secantik Balqis ~ Nur Sufi


Pada penantian letaknya nilai kesetiaan…
Pada pengorbanan letaknya nilai kejujuran…
Pada cinta letaknya nilai kasih sayang…
Pada rindu letaknya apabila kita berjauhan….

Sejak kecil Balqis tidak tahu apa erti bahagia yang sebenar. Dia tidak tahu mengapa dia dimusuhi, tapi Balqis tidak pernah memusuhi. Tuhan telah tumpahkan dalam hatinya, kasih sayang yang sangat luas.

Setiap kali musibah melanda, ada sahaja insan yang datang menghulurkan bantuan seikhlas hati. Sesungguhnya Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya yang teraniaya. Dugaan yang datang dilalui dengan penuh sabar dan menguatkan imannya kepada Sang Pencipta.
Sikap polos Balqis inilah yang membuahkan cinta di hati Sulaiman sejak dulu.
Umpama mawar putih, sesuci dan seharum itulah cinta Sulaiman.
Umpama Sungai Nil yang tidak pernah berhenti mengalir, begitulah setianya kasih Balqis.
Apakah akan utuh cinta mereka, seutuh cinta Ratu Balqis kepada Raja Sulaimannya?

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...