Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Saturday 18 January 2014

Keajaiban Sains Dalam Hadis ~ Dr. Zaghlul Al-Najjar

Kelahiran Rasulullah s.a.w yang membawa rahmat dan sinar cahaya ke seluruh alam bukan sahaja untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, bahkan lebih dari itu. Nabi Muhammad s.a.w juga memberi penekanan serius kepada ilmu pengetahuan yang merangkumi imu-ilmu duniawi dan ukhrawi. Ilmu-ilmu ukhrawi menjurus aspek-aspek aqidah, ibadah, muamalat, munakahat dan perundangan Islam. Manakala ilmu-ilmu dunia meliputi aspek ekonomi, politik, sosial, sains dan lain-lain lagi.

Buku "Keajaiban Sains Dalam Hadis" ini menyelusuri aspek-aspek perubatan dan sains yang terdapat dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. Buku ini perlu dibaca oleh seluruh umat Islam kerana ia akan membekalkan kepada mereka pelbagai maklumat berkaitan, yang bukan sahaja mampu menambah ilmu pengetahuan, bahkan mampu meningkatkan keimanan dan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w, kekasih Allah.

*****

(SEM) RM58.00 - RM51.00
(S/S) RM61.00 - RM53.70

Ramalan-ramalan Rasulullah s.a.w. Yang Kini Terbukti Menurut Sains ~ Yanuar Arifin

Lebih 1400 tahun yang lalu, tanpa peralatan moden dan makmal yang lengkap dan canggih, Rasulullah S.A.W telah meramalkan pelbagai perkara yang akan dilalui dan terjadi kepada umat manusia yang akan datang. Kesemua ramalan ini dicatatkan dalam hadis-hadis baginda S.A.W. Lebih-lebih lagi kini dengan kelengkapan penyelidikan yang serba canggih dan moden telah membuktikan setiap ramalan dan kenyataan Rasulullah S.A.W itu benar. Ini disahkan sendiri untuk pakar sains sama ada Islam dan bukan Islam.

Apa yang dihuraikan di dalam buku ini disertakan dengan data-data yang tepat dan sandaran nas-nas yang benar, membentangkan fakta-fakta yang menakjubkan yang disahkan dan terbukti oleh sains dan para pakar di dalam bidang tersebut. Ramalan dan kenyataan baginda S.A.W tentang manfaat berbekam, bahayanya air liur anjing, bahayanya seks bebas, bahayanya minuman beralkohol, hinggalah kepada ramalan berkenaan akan datangnya kaum yang gemar melakukan bidaah dan berpecahnya umat Islam kepada 73 golongan ternyata terbukti secara ilmiah dan kajian sains.

Dengan apa yang dihidangkan di dalam buku ini, akan memberikan ilmu dan manfaat yang besar kepada kita. Semoga dengan kebenaran yang ditunjukkan oleh Allah ini akan menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Thursday 9 January 2014

Jana Duit Dengan Membayar Hutang ~ Anuar Haniff, Dr Mohd Nizal Haniff

Life Is Too Short. Oleh itu, bebaskan diri anda daripada fenomena ‘Kaya Hutang’ sambil menjana pendapatan mencecah ribuan ringgit! Pelaksanaan ilmu pengurusan hutang ini amat penting lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi serta kewangan yang kian mencabar yang boleh digambarkan dengan kos kehidupan yang kian meruncing, budaya konsumerisme dan sudah semestinya, fenomena ‘KAYA HUTANG’ yang semakin menular dalam kalangan rakyat Malaysia (terutamanya belia negara kita serta kesan negatifnya kepada kedudukan kewangan sebenar golongan muda yang menjadi aset penting negara masa hadapan).

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI BUKU ‘JANA DUIT DENGAN MEMBAYAR HUTANG’?
Antara pengajaran penting yang anda bakal pelajari daripada membaca buku ini adalah:-
• Mengenali fenomena hutang/riba yang akan menentukan keberkatan serta ketenangan kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat.
• Tahu membezakan antara hutang baik dengan hutang tidak baik.
• Kelebihan-kelebihan mempunyai bebanan hutang yang minimal.
• Perancangan Hutang Hayat (PHH) yang merangkumi teknik-teknik penjimatan ribuan ringgit berkaitan pinjaman pendidikan/PTPTN, kenderaan, perkahwinan serta perumahan.
• Langkah-langkah praktikal untuk mengurangkan bebanan hutang.
• Langkah-langkah membebaskan diri daripada ‘Kaya Hutang’.
• Langkah-langkah kewangan untuk menyuburkan serta memberkatkan harta/aset anda.

*****

(SEM & S/S) RM14.00 - RM12.30

Bidadari di Ujana Perjuangan ~ Norfaradina Ab. Ghafar

“Aku pulang untuk meneruskan perjuangan. Perjuanganku masih panjang di tanah airku.”

“Aku tahu akan sampai masanya kami boleh dapat apa yang dihajati. Akan tiba masanya kami beroleh apa yang dihajati.”

“Sujud yang pertama selepas 16 tahun ini sangat indah. Sangat indah dan insya-Allah akan sentiasa indah.”

“Fatma, panggil aku Fatma. Fatma az-Zahra, seperti anakanda kekasih kita, Muhammad.”

Perjuangan srikandi muda dalam mengharungi suka duka di bumi asing. Mampukah mereka menempuhi setiap dugaan dengan tabah? Adakah impian mereka bakal tertunai? Berbaloikah setiap pengorbanan yang mereka lakukan untuk mengecapi nikmat yang kekal abadi? Selamilah dan hayati perjuangan mujahidah di ujana kehidupan mereka yang penuh pancaroba dalam mencari cinta Allah SWT.

*****

(SEM & S/S) RM16.00 - RM14.10

Non-Muslim Menurut Kaca Mata Rasulullah ~ Mohd Hafiz Daud

Dunia mengagumi Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni dengan kepelbagaian kaum dalam masyarakat. Hubungan antara masyarakat Islam dengan masyarakat non-Muslim di Malaysia juga tiada perbalahan besar tercetus antara kedua-duanya. Sangat nyata sekali, perlu ada “sesuatu” yang dapat mengharmonikan masyarakat Islam dan non-Muslim.

Justeru, masyarakat Islam perlu sentiasa merujuk tanggapan Rasulullah SAW tentang masyarakat non-Muslim ketika zaman Baginda. Bagaimana Baginda melayan non-Muslim? Bagaimana tanggapan Baginda terhadap non-Muslim? Bagaimana pemerintahan Islam boleh harmoni walau adanya masyarakat non-Muslim? Rungkaikan persoalan global ini dengan memiliki buku ini. Insya-Allah, kita akan dapat menerapkan seni interaksi Rasulullah SAW bersama masyarakat non-Muslim dalam kehidupan seharian.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

X-Plorasi Surah-surah Al-Quran ~ Muhammad Luqman Makhtar

Seronoknya Mengenali al-Quran. Baik teka silang kata, cari kata, rungkai perkataan misteri atau sebagainya,kepuasan dapat menyelesaikan satu-satu uji minda sangat manis. Otak benar-benar dirasakan segar dan aktif. Dalam masa yang sama banyak maklumat am yang dipelajari secara seronok dan santai. Itulah pengalaman yang ditawarkan dalam buku ini. Melalui 111 cabaran uji minda, pembaca bukan sahaja disajikan dengan sembarangan fakta, bahkan berkaitan nama surah al-Quran.

Dengan pendekatan uji minda, belajar tentang al-Quran tidak lagi sukar dan membosankan. Kita tahu bahawa banyak perkara yang kita tidak tahu. Tetapi kita tidak tahu berapa banyak perkara yang kita tidak tahu. Dan kita hanya tahu selepas kita mengetahui perkara yang sebelum ini kita tidak tahu. Jom ukur berapa banyak yang kita tahu dan tidak tahu tentang surah-surah kalamullah!

*****

(SEM & S/S) RM10.00 - RM8.80

Sembang-sembang Politik Islam ~ Muhammad Zuhaili Saiman

Sesungguhnya politik dan Islam tidak dapat dipisahkan, justeru politik adalah sebahagian daripada cara hidup manusia. Panduan terbaik yang seharusnya ditekankan dalam berpolitik adalah prinsip berpolitik yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Sesungguhnya, sistem berpolitik di negara ini dahagakan penerangan dan ilmu yang benar bagi meningkatkan kefahaman pemimpin dan rakyat dalam berpolitik.

Kelebihan buku ini ialah ia memberikan panduan dan tip bagaimana cara berpolitik mengikut panduan yang digariskan dalam Islam, menyediakan kisah-kisah dan strategi berpolitik Rasulullah dan para sahabat semasa zaman kebangkitan Islam, padat dengan sorotan persoalan-persoalan penting bagi mematangkan minda politik Muslim, dan sarat dengan info berguna sebagai panduan berpolitik berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

*****

(SEM & S/S) RM12.00 - RM10.60

Travelog Dua Tanah Suci ~ Hamirdin Ithnin

Batu itu hidup. Batu itu bernadi. Bernadi seperti nadi manusia ... dup, dup, dup, dup ... pada ketika itu, air mata saya jatuh berderai tanpa henti, dan secara spontan saya mengakui akan keagungan dan kekuasaan Allah. Lalu saya mengadu dan merintih pada-Nya, betapa kerdilnya saya dan betapa banyaknya dosa yang telah dibuat. Saya terus melekap pada batu Kaabah itu sambil menangis dan berdoa, namun batu itu terus-terusan...dup, dup, dup, dup....Saya biarkan keadaan itu berterusan, lama rasanya. Lebih dari 5 minit. Setelah berasa puas, saya lepaskan semula lekapan itu. Kemudian, saya lekapkan dada sekali lagi ke batu Kaabah, tetapi kali ini batu itu tidak punyai apa-apa reaksi. Cuma sekadar batu.

Bagi menyemarakkan lagi keinginan dan menyebarkan ilmu tentang ibadah haji dan menyingkap hikmah Kaabah, buku ini amat wajar dimiliki oleh hamba Allah yang mencintai syiar-syiar Islam dan merindukan bumi Makkah Al-Mukarramah.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Tuesday 7 January 2014

Tanda-tanda Kiamat: Tanda Kecil & Tanda Besar ~ Yusuf Bin Abdullah Bin Yusuf Al-Wabil MA

Hari Kiamat sudah dekat, manusia semakin ramai dan bumi sudah semakin sempit. Ekonomi semakin meningkat dan pembangunan semakin pesat. Manusia berlumba-lumba membuat bangunan mewah dan tinggi, hutan ditebang dan alam sudah tidak seimbang lagi. Di samping itu, rasa kasih sayang sesama manusia semakin hilang. Dimana-mana terjadi pembunuhan sehingga ada orang yang tergamak membunuh anaknya, begitu juga membunuh ayah atau ibunya. Sekarang, sifat cemburu dan dengki semakin banyak bersarang di hati manusia, begitu juga sifat munafik dan ketidakjujuran. Itu semua merupakan tanda kiamat.

Benarkah keadaan dunia sekarang sudah semakin sedemikian rupa? Memang begitulah keadaanya sekarang ini. Tetapi yang menjadi persoalan sekarang ini, benarkah hari kiamat sudah dekat? Dari dahulu lagi yakin zaman Rasulullah s.a.w dikatakan hari kiamat sudah dekat ternyata sampai sekarang dunia belum kiamat. Kalau begitu, apakah janji Rasulullah s.a.w tidak tepat atau kita yang salah dalam memahami kiamat yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w itu?

*****

(SEM) RM45.00 - RM39.60
(S/S) RM49.00 - RM43.10