ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 24 February 2014

Kerana Dia Bidadari Syurgaku ~ Nana Rumaysa

Menyedari diri tidak sempurna, Nur Nadimah tidak memuja insan seperti Zikri Darius. Hatinya milik Ruslan yang boleh dikatakan sekufu dengannya. Namun, kecewa melanda apabila Ruslan menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Ada dua sebab kenapa Zikri Darius membenci Nur Nadimah. Satu, wanita itu dianggap cuba memisahkannya dengan wanita pujaannya, Syafina. Yang kedua, Nur Nadimah memiliki kekurangan yang paling tidak disukainya. Bagi Zikri Darius, wanita itu terlalu buruk berbanding dengan wanita yang pernah dilihatnya di atas muka bumi.
Namun begitu, percaturan Allah tiada siapa yang tahu. Dek kecewa ditinggalkan Syafina, Zikri Darius akur untuk berkahwin. Tanpa diduga, wanita yang menjadi isterinya itu adalah wanita yang terlalu dibencinya selama ini.

Ternyata, bukan mudah untuk hidup bersama orang yang tidak dicintai. Namun, kesabaran dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Nur Nadimah membuahkan hasil. Sehinggalah pada satu hari, berlaku satu peristiwa hitam yang membabitkan Zikri Darius dan Syafina hingga membuatkan Nur Nadimah berlalu pergi.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Kerdipan Bintang Cinta ~ EMP

Peristiwa hitam yang berlaku dalam hidup membuatkan Danisya menanggung penderitaan melawan kemurungan selama tiga tahun. Selama tiga tahun itu jugalah, Danisya dihantar berubat sehinggalah semangatnya yang telah lama hilang pulih semula. Lalu, keputusan untuk menyambung pelajaran yang tertangguh terus disuarakan.

Sejak mula belajar, Danisya belajar erti berkawan dan bergaul dengan rakan sekeliling. Perkenalan dengan Izdham, lelaki penjaga kaunter kafe di kampus telah membawa Danisya untuk lebih mengenali warna-warni kehidupan. Semakin hari, Izdham semakin pandai mengambil hati hingga tanpa sedar, cinta mula bersemi antara mereka.

Lamaran dihulur Izdham sebagai bukti cinta yang ingin disimpul mati. Danisya pula menerima meski usia masih terlalu muda dan mentah. Namun, bahagia yang didamba seolah-olah terhenti di tengah jalan apabila rahsia yang dipendam Izdham selama ini terbongkar. Danisya cuba menerima, namun hatinya tidak sekuat yang disangka. Izdham pula semakin lelah memohon kemaafan yang ternyata memang bukan untuknya. Lalu, masih mampukah cinta yang ada memberi peluang kepada mereka berdua untuk mencuba sekali lagi?

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Kabus Rindu ~ Monalita Mansor

Zaweeya terdambar di sebuah mukin mimpi yg mematangkannya. Satu persatu peristiwa terjadi,membibitkan rindu dalam samar. Menambah keliru, rindu yg mekar rupanya menjadi rebutan sehingga membuahkan dendam.

Wafi merasakan keanehan menyelubungi dirinya semenjak peristiwa di Masjid Kuala Dulang; peristiwa di mana Zaweeya menyerunya sebagai indera Laksamana. Terasa dirinya sehebat Hang Tuah. Keanehan itu telah membuahkan kasih terhadap Zaweeya.

"Lebih berdosa kalau mencuri. Lebih-lebih lagi mencuri hati." ~Wafi.

"Bukan saya sengajakan." ~ Zaweeya

"Boleh saya minta sepotong hati awak sebagai hukumannya?"~Wafi

*****

(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM21.00 - RM18.50

Dia... Aku Punya ~ Izma Qahiera

Aku tak pernah berangan untuk dipuji cantik. Apatah lagi datang jejaka mengatakan dia jatuh cinta pandang pertama dengan aku. Tak pernah dan takkan terjadi. Sebab aku sedar diri aku, hanya seorang gadis yang biasa-biasa saja dan mungkin…. luar daripada kebiasaan?
Aku bahagia dengan kehidupan aku, tapi kenapa ada saja yang mengganggu emosi aku?

Dan… cinta. Aku bukan tak percaya kepada cinta. Aku juga ingin dicintai seikhlas dan sepenuh hati. Tapi untuk mencuba sekali lagi, aku tak berani. Cukuplah sebelum ini aku dikecewakan oleh cinta seorang lelaki.

Tapi… tanpa aku sangka, perkara yang aku tak pernah angankan selama ini, akhirnya muncul.
Ya, rasa itu memang ada dan dia juga memang benar-benar wujud! Dia muncul saat aku sudah serik untuk percaya kepada janji-janji lelaki. Bagi aku, dia sama seperti mereka, hanya ingin menduga aku.

Setelah aku cuba melepaskan rasa ini terhadapnya, setelah berbagai-bagai fitnah dan cemuhan yang hadir antara aku dan dia, adakah masih ada peluang untuk aku mendapatkan cinta itu? Adakah lelaki itu yang sememangnya aku nantikan untuk menjadi yang pertama dan terakhir dalam hayatku ini?

“Sayang I kepada you, sama macam I sayang kepada nyawa I sendiri. Cinta I kepada you tak pernah mengharapkan lebih daripada apa yang I dapat sekarang. Kalau you cuba mengubahnya, itu bukan cinta namanya. Itu kompromi. Dan dalam percintaan tidak wujud sifat kompromi. Yang wujud hanya rasa ingin saling melengkapi. Kita menerima antara satu sama lain seadanya.”

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Dilarang Masuk ke Dalam Hatiku ~ Mia Kiff

BERNIKAH? Dalam usia yang begitu muda? Oh, tidak. Kifayah mempunyai cita-cita dan impiannya yang tersendiri. Tapi tak siapa yang faham tentang itu! Malah Kifayah dipaksa mengahwini lelaki yang baginya akan memusnahkan seluruh masa depan yang dia inginkan.

Dek tak sanggup merana kemudian hari, Kifayah mengambil keputusan untuk melepaskan diri. Namun, dalam tempoh menjadi pelarian itu, Kifayah bertemu cinta hatinya. Munculnya seorang lelaki yang berjanji akan menyelamatkan dia daripada kesengsaraan.

Namun, lain yang dirancang, lain pula yang terjadi. Hero dalam hatinya itu lesap pada saat-saat genting. Sedang melawan perasaan itu, muncul pula penyelamat yang tersesat dalam masalahnya.

Antara kehendak keluarga, budi dan cinta, siapakah yang harus Kifayah pilih? Namun begitu, Kifayah tidak mahu mementingkan diri. Mampukah dia mengecapi bahagia bersama lelaki yang tidak diinginkannya?

Setelah semuanya terlambat, haruskah dia kekal berpegang kepada janjinya bersama lelaki yang dulunya pernah bertakhta dalam hatinya? Sedangkan dia memiliki insan yang lebih berhak ke atas dirinya iaitu, suami…
“Mencintai sayang, membuatkan abang melarang mana-mana perempuan daripada masuk ke dalam hati abang. Kalau ada yang nak mengurat, abang akan tahan. Ops!!! Dilarang masuk ke dalam hatiku!”­

*****

(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM33.00 - RM29.00

Wednesday, 19 February 2014

Sunan ~ Ramlee Awang Murshid

DEK kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam tetapi pada masa yang sama berminat dalam seni persilatan. Di sinilah perawakan Saifudin terbentuk. 

Dari anak manja di Punggor berubah menjadi pemuda yang pendiam. Ajaran agama Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Meniti usia remaja, Saifudin terjebak cinta tiga segi. Engku Aminah dari kerajaan Pagar Ruyong tertarik dengan akhlak terpuji lelaki itu. Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman menjadi penghalangnya kerana ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Menantu 'Mithali' ~ Khayriesha

EMMA RAISHA... Dia tidak sangka nasibnya akan berubah dalam sekelip mata. Dibenci daddynya semenjak kecil, mummynya pula meninggal dunia, putus cinta dengan kekasihnya, dibuang kerja dan rumahnya turut disita. Semuanya berlaku dalam tahun yang sama. Akhirnya dia tidak punya sesiapa di sisi kecuali rakannya sahaja.

Atas alasan itu, dia sanggup menerima pertolongan daripada rakannya, RAJA AFFENDY. Seorang lelaki bakal mengubah hidupnya seratus peratus. Pada saat Andy ditimpa kesusahan, Emma juga ingin membantu kerana lelaki itu telah banyak membantunya.

“You cakap you boleh tolong. Kalau macam itu, kahwin dengan I jom?” ~ ANDY

“Errr...” ~ EMMA

Akhirnya, demi kepentingan diri sendiri, Emma menerima lamaran tersebut. Namun dia tak sangka akan ada syarat-syarat yang menguji kesabarannya.
“Mama I fussy sangat. You tolong menangi hati mama I. You tolong jadi menantu paling mithali buat mama I. Boleh tak?” ~ ANDY

Menantu mithali? Oh tidak!!! Kenapalah dia harus jadi menantu mithali? Kalau menantu yang dikesali itu barulah dia tahu! Syarat pertama, Emma sudah mula merungut. Syarat kedua, Emma sudah berfikir dua tiga kali. Syarat ketiga, dia mula resah. Syarat keempat, macam tak masuk akal. Dan syarat seterusnya, terus Emma berdendam dengan bakal mertuanya.

Saat dia mula dapat menerima apa yang tersurat, dia tak sangka semua yang berlaku ibarat di atas pentas lakonan. Dia tak sangka ada agenda yang tersembunyi di sebalik segala kesusahannya. Kehadirannya daddynya semula turut membuatkan dunia Emma Raisha berubah.

Berjayakah Emma yang liar itu menjadi menantu mithali untuk mama Andy? Adakah cinta yang tiba-tiba hadir akan direstui oleh orang tua mereka? Dan cinta yang berputik di tempat penuh maksiat adakah akan mendapat keredaan-Nya?

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Monday, 17 February 2014

Atlas Rasulullah s.a.w ~ Sami Bin Abdullah Al-Maghluts

Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah s.w.t. bagi menyampaikan seruan dakwah kepada umat manusia. Ketika membawa panji kebenaran, pelbagai dugaan dan pancaroba dihadapi Baginda Nabi dan para sahabat. Sirah perjalanan agung Rasulullah s.a.w. dicatatkan secara terperinci dalam buku Atlas Rasulullah s.a.w. ini bagi memberi pengajaran dan pedoman kepada
para pembaca.

Lembaran kisah perjalanan hidup insan agung ini memuatkan:
  • Sejarah Kelahiran sehingga Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. 
  • Peta Perjalanan Dagang Nabi Muhammad s.a.w. ke Bushra sebelum Nabi Diangkat Menjadi Rasul. 
  • Sejarah Nabi Diutus Menjadi Rasul sehingga Peristiwa Hijrah 
  • Amalan Keagamaan Pada Zaman Jahiliah 
  • Sejarah Pembangunan Kaabah, Masjidil Haram, dan Masjidin Nabawi 
  • Bandar-Bandar yang Menjadi Pusat Peradaban Pada Zaman Rasulullah s.a.w.
  • Bukti Ilmiah Makkah Berada di Pusat Bumi
  • Peta Perjalanan Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan Kaum Muslimin 
  • Peperangan yang Dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. dan Beberapa Ekspedisi Perang yang Lain
  • Piagam Madinah yang Tersohor 
  • Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat Menggali Parit semasa Perang Khandaq 
  • Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. Mampu Memimpin Lebih daripada 100,000 Kaum Muslimin bagi Melaksanakan Ibadah Haji yang Pertama dalam Sejarah Islam 
  • Strategi Perang Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat 
  • Rasulullah s.a.w. Mengajarkan Ayat-Ayat Al-Quran kepada Jin Nasibin 
  • Strategi Formasi 313 Pasukan Badar dapat Mengalahkan Hampir 1000 Kaum Quraisy

*****

(SEM) RM85.00 - RM74.80
(S/S) RM88.00 - RM77.40

Thursday, 13 February 2014

Cerita Cinta Ahmad Ammar ~ Grup Penjejak Tamadun Dunia

Ahmad Ammar, sebaris nama yang tidak dikenali semasa hayat, namun menjadi kebanggaan selepas pemergiannya. Tiada yang diinginkan melainkan sebuah syahid. Tiada yang diperlukan selain redha ALLAH dan tiada yang lebih mengujakan selain bertemu bidadari-MU di syurga abadi. Alangkah bertuah ayahanda dan bonda dapat melihat perjalanan akhir anakanda tercinta dengan sebuah pengakhiran yang baik.

Subhanallah... indahnya rencana-MU ALLAH. Benar, ia bukan kebetulan. Engkau pergi ketika membawa misi ALLAH dan Rasul. Moga jannah jua sebagai ganti. Tenanglah adinda Ammar di sana. Tabahlah duhai ibu bapa dan keluarga. Wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati. Perjuangan kita perlu diteruskan. Impian Ammar adalah realiti kita.

*****

(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Saturday, 8 February 2014

Imam Mudaku Romantik ~ Izzah Haneefa

“Laila, kita qiamullail, jom?” - Faqih
“Kenapa?” - Khalisah
“Kita solat tahajud sama-sama.”
“Hah? Wajib ke?”
“Memanglah tak wajib. Nak masuk syurga sama-sama tak?”

Nasib kaulah, Khalisah! Kau yang beria-ia sangat nak suami imam atau ustaz, kan? Nah, sekarang kau tanggunglah kalau kena ceramah dengan dia!

LAILA KHALISAH, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda atau ustaz menjadi suaminya. Kemunculan MUHAMMAD FAQIH dalam kehidupannya telah banyak mengubah isi keluarga wanita itu.

Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu.

Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah.

“Khalisah sendiri tak tahu anak siapa yang ada dalam kandungannya sekarang. Sebab selain dengan suaminya, Khalisah sebenarnya dah banyak kali tidur dengan saya, semenjak dia belum berkahwin dengan Faqih lagi.” – IZHAM

Campur tangan kedua ibu bapa mereka menambahkan lagi keperitan hidup rumah tangga mereka. Disebabkan fitnah itu Faqih dan Khalisah dipisahkan. Khalisah dihalau dari rumah oleh ibu mertuanya. Manakala, mama Khalisah pula meninggalkannya di satu tempat yang asing baginya.

“Laila, di mana Laila sekarang? Khalifah-khalifah kecil kita dah lahir ke belum? Abang minta maaf sangat kerana abang tak mampu bersama-sama Laila menyambut kelahiran khalifah-khalifah kecil kita.”

Adakah bahagia milik mereka?

*****

(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S0 RM31.00 - RM27.30

Jika Mawar Pudar Warna ~ Aulia Iman

Dialah Amira, seorang gadis polos dan lurus bendul. Kerana sikapnya yang mudah dipermainkan, dia telah hilang harga sebuah kesucian. Kerana kisah pada suatu malam dengan Edrian, dia hilang segalanya. Masa depan dan cinta!

“Kononnya Asyraf lelaki mulia yang sanggup terima buruk dan baik aku! Tapi, bila hari pernikahan semakin tiba, dia tinggalkan aku tanpa alasan! Aku putus harap untuk percaya kepada manusia bernama lelaki!”

Dia, Taufiq. Seorang anak muda yang pentingkan status dan pangkat. Dia bersetuju menebus maruah Amira. Apatah lagi, permintaan Dato Amri, abahnya Amira datang bersama satu tawaran hebat, Kristal Property akan diserahkan kepada dirinya sebagai hadiah perkahwinan. Tiada langsung ruang buat Amira dalam hatinya, melainkan secebis tanggungjawab sesama insan.

“Kalau kau solat, apa pasal kau habis dulu? Aku yang imam, akulah yang habis dulu!”
“Dah awak baca lambat, lambatlah awak habis! Saya baca pendek, sayalah habis dulu!”

Menjalani kehidupan rumah tangga bersama insan yang polos, ternyata membuatkan hidup Taufiqbertukar 360 darjah. Dia yang serius, dia yang garang dan dia yang bengis, akhirnya bertukar karakter. Senyum dan usik-mengusik mewarnai hari-hari berikutnya.

“Bagi sayalah, saya betul-betul nak jadi model. Ala, model pakaian macam dalam majalah tu!”
“Kau bukan cantik mana pun nak jadi model! Sudahlah gemuk! Buang karan aje! Tak suka!”
“Saya minta maaf. Kalau awak tak kasi saya jadi model, tak mengapalah! Saya jadi tea lady di ofis awak. Kalau awak tak nak saya jadi tea lady, saya jadi cleaner... cukuplah! Kalau cleaner pun tak boleh, saya jadi mak guard! Jaga kereta awak di tempat parkir!”

Ketika langit cerah, bunga-bunga di taman berkembang mekar, Taufiq berasa sesuatu yang indah sedang menular ke dalam jiwa. Namun perasaan indah itu, berlalu pergi tatkala Adila, tunang yang ditinggalkan meminta ruang untuk bersatu. Sungguh Taufiq tidak berdaya menyangkal bahawa kasihnya masih utuh buat Adila.

Masih tegarkah Amira apabila bakal ditinggalkan lagi buat kali ketiga? Semuanya mekar mewangi dalam Jika Mawar Pudar Warna.

*****

(SEM) RM29.00 - RM25.50
(S/S) RM32.00 - RM28.20

Wednesday, 5 February 2014

Aku Ada Wali ~ Fatimah Syarha, Dr. Farhan Hadi

Drama yang diadaptasi dari novel karya Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi di TV Alhijrah.

SYUMAILA, seorang anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama 'cinta'.

Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang.

Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara 'menghampiri jalan-jalan zina' sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi! Baginya inilah saat 'menahan', apabila berbuka penuh 'keterujaan'.

Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa.

Manfaat Buku Ini:
☆Membuka minda masyarakat hidup ini penuh ujian. Hadapi ia dengan ketabahan.
☆Menginspirasikan qudwah hasanah kepada para gadis untuk menjadi seorang yang 'mahal' terhadap maruah diri.
☆Menginspirasikan cara yang diberkati kepada para lelaki: Dekati wali, cinta yang ditawarkan lebih dipercayai.
☆Membimbing generasi muda agar tidak menghampiri zina. Bermula dengan membaikkan raja yang bernama 'hati'.
☆Mujahadah itu sakit, melaluinya sangat perit kerana di hujungnya ada 'sakinah' yang berbukit-bukit.
☆Lalui saat 'berpuasa syahwat', baharu datang rasa lazat saat 'berbuka'. Ibu bapa akan terinspirasi untuk lebih memahami rasa hati golongan muda-mudi.
☆Bagi mereka yang ingin menceburi bidang penulisan skrip drama ataupun filem, buku ini sesuai dijadikan rujukan.

*****

(SEM & S/S) RM29.90 - RM26.30
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...