Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 31 December 2015

Strategi Jihad Bisnes ~ Muhammad Ali Hashim

“Bisnes wajar dijadikan pilihan utama generasi muda berjihad!”

Sesungguhnya, bisnes sangat wajar dijadikan satu perjuangan jihad. Sumber motivasi paling hebat bagi usahawan yang menjayakan Jihad Bisnes terdapat pada janji Islam bahawa usahawan yang amanah dan jujur akan mendapat ganjaran istimewa di akhirat kelak.

Justeru, buku Strategi Jihad Bisnes ini menggunakan pendekatan yang tegas dan jelas dalam menyatakan prinsip perniagaan yang harus dipraktikkan dalam setiap perniagaan umat Islam. Setiap bab di dalam buku ini menerapkan unsur-unsur yang harus ada dalam setiap jihad usahawan Islam. Malah setiap bab menjelaskan peri penting pengamalan waqaf korporat dan jihad bisnes demi memastikan keunggulan bisnes umat Islam.

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI BUKU INI?
- Menyuntik kesedaran peri penting berbisnes dengan strategi yang berkiblatkan Islam dan bukannya Barat yang penuh kerakusan.
- Memangkin semangat jihad untuk menjana kekayaan ummah.
- Perkongsian kejayaan seorang tokoh yang banyak melakar kejayaan dalam dunia usahawan.
*****
(SEM & S/S) RM49.00 > RM43.10

Tahniah, Anda Hamil! ~ Muhammad Mawardi Zakaria, Siti Fairuz Zulkefeli, Mohammad Rizalmazli Salim, Muhammad Yusuf A. Kadir

- Sebagai persediaan awal bakal ibu dan bapa menyambut kelahiran anak buat kali pertama.
- Boleh dijadikan panduan sepanjang tempoh kehamilan, kelahiran dan perkembangan anak-anak sehingga 3 tahun.
- Setiap maklumat disampaikan dengan bahasa yang jelas, mudah difahami dan disertakan gambar yang menarik.
- Setiap maklumat diakui oleh pakar bidang yang bertauliah.
- Supaya ibu bapa sentiasa peka dengan perubahan fizikal dan mental anak-anak.
*****
(SEM & S/S) RM69.00 > RM60.70

Baginilah Muslim Berniaga: Meraih Keuntungan Berserta Keberkatan ~ Dr. Mohd Sukki Othman, Mohammad Zaini Yahaya

Islam membawa rahmat ke sekalian alam. Setiap hukum dan peraturan dalam Islam adalah untuk menjamin kesejahteraan kehidupan duniawi dan ukhrawi. Inilah pegangan setiap Muslim yang beriman dan bertakwa. Tindak-tanduk setiap Muslim mesti berasaskan prinsip ini walaupun dalam kegiatan mencari nafkah, antaranya perniagaan.

Beginilah Muslim Berniaga mengetengahkan aspek etika berniaga dalam Islam. Apa yang difahami dengan etika? Berapa ramaikah usahawan yang mementingkan etika dalam aktiviti perniagaan mereka? Berapa ramaikah pula usahawan yang tidak menyedari urusan perniagaan mereka menyalahi etika dalam Islam? Atas kepentingan inilah, buku ini mempunyai signifikannya tersendiri untuk dimiliki oleh pembaca terutamanya yang berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Buku ini mengetengahkan etika-etika mulia yang boleh diamalkan dalam perniagaan.
Buku ini menekankan kaedah mengamalkan etika mulia dalam hubungan antara sesama peniaga dan juga antara peniaga dengan pelanggan. 

Buku ini menjelaskan secara terperinci berdasarkan hadis sahih berkaitan hukum-hakam yang perlu dititikberatkan oleh setiap peniaga dan usahawan.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Aku Betul, Engkau Sesat ~ Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Isu mengenai perbezaan pendapat selalu dibincangkan. Lantas timbul persoalan, apakah perlu isu ini dibincangkan lagi buat kesekian kali.

Penulis punya objektif tersendiri dengan mengajak pembaca berfikir; apakah asas kepada timbulnya perbezaan dan adakah jalan perdamaian untuk meleraikan perbezaan tersebut? Penulis turut cuba mengupas tujuh topik utama, antaranya senario umat Islam hari ini, terpecahnya kelompok sunni dan Syiah, aliran akidah, amalan masyarakat dan pelbagai lagi.

Tatkala perdebatan dalam kalangan masyarakat makin meruncing, buku ini muncul dengan harapan agar kita semua bersikap insaf dalam menekuni apa yang terjadi. Menyedari bahawa usaha kiya hari ini dan selamanya ialah menyatukan umat kepada Tuhan Yang Satu.
*****
(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

Amalan Murah Rezeki: Agar Hidup Bertambah Berkat ~ Dato' Siti Nor Bahiyah, Dr. Hj. Zahazan Mohamed, Mahfuzah Omar

Kita sering berdoa agar dimurahkan rezeki. Bukan itu sahaja kita tambah lagi dengan bermohon rezeki yang halal. Orang yang murah rezeki sebahagian besar tanggungan kehidupannya telah selesai.

Orang yang sempit rezeki sering berhutang keliling pinggang. Begitu juga orang yang boros berbelanja. Orang yang berhutang, siangnya sentiasa diburu ketakutan.Malamnya membuat tidur tidak lena.

Buku ini memberi petua bagaimana mendapatkan rezeki murah. Perjalanan yang ditempuh sekali gus membawa sifat takwa dalam kehidupan seperti bertaubat, takut kepada Allah, sentiasa mengingati Allah, tawakal, beribadah, membetulkan niat, istiqamah dalam bertugas, mengerjakan haji dan umrah, menjalin silaturahim, bersedekah, berdoa dan bersyukur.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Cintaku Made In Berlin! ~ Nuraziazila Latif

Hidup Hannah tidak seperti gadis lain, dia terpaksa bekerja sambilan untuk menampung hidup dan pelajarannya tanpa bantuan sesiapa. Disebabkan projek istimewa yang diuruskannya, Hannah sering berjumpa dengan penyanyi pujaan ramai, Bell. Semakin lama berbicara bersama, akhirnya ada perasaan cinta yang tercipta. Namun hubungan yang mereka bina bukan semudah disangka.

“Ajal maut di tangan Tuhan. Bagaimana kalau ditakdirkan kita terpisah seperti mama dan papa awak? Seperti umi dan abah saya?”

“Saya tak boleh nak berjanji yang hebat-hebat untuk awak. Tetapi saya janji yang kita tak akan membuat kesilapan sepertimana ibu bapa kita lakukan.”

Walaupun banyak janji yang telah sama-sama ditaburkan, entah kenapa, tiba-tiba ada perasaan yang berbeza telah hadir dalam diri Hannah untuk pensyarah kesayangan semua pelajar, Ahmad Zukry.

“Encik Zukry nampak happy sejak dua menjak ni.”
“Saya happy sebab ada orang kata dia sayangkan saya.”

Monday 28 December 2015

Resipi Roti: Himpunan 30 Resipi Roti ~ Zura Miranda

Variasi 30 resipi roti yang diolah menjadi pelbagai hidangan menarik. Menggunakan bahan asas iaitu roti sandwic, buku ini memberikan idea kepada pembaca bagi menghasilkan pelbagai hidangan

Tunggu apa lagi, dapatkan buku ini bagi mengetahui 30 resipi roti yang mudah dan menarik.

ANTARA ISI KANDUNGAN
1. Roti Jala
2. Roti Canai
3. Roti John
4. Puding Roti
5. Karipap Roti
6. Roti Gulung Sandwic
7. Lempeng Roti
8. Bebola Roti Goreng
9. Aiskrim Roti Goreng
10. Roti Kukus Kurma Bersantan
11. Biskut jejari Coklat
12. Puding Roti Crackers
13. Agar-Agar Roti Milo
14. Roti Goreng Rangup
15. Mufin Telur
16. Salad Roti
17. Lasagna Roti
18. Piza Roti
19. Puding Roti Marble
*****
(SEM & S/S) RM6.50 > RM5.70

Resipi Keju: Himpunan 30 Resipi Berasaskan Keju ~ Chomie

Variasi 30 resipi keju dari pelbagai bahan. Dari hidangan pembuka selera, hidangan utama sehingga pencuci mulut. Semua resipi berasaskan keju boleh diperoleh dari buku ini.

Tunggu apa lagi, dapatkan buku ini bagi mengetahui 30 resipi mudah dan menarik.

ANTARA ISI KANDUNGAN
1. Kuih Cara Tuna Keju
2. Jagung Bersalut Keju
3. Kentang Goreng Keju & Daging
4. Ice cream blueberry cheese
5. Baked Nasi Goreng Cheese
6. Sup Brokoli Berkeju
7. Pisang Goreng Berkeju
8.. Popia Berkeju
9. Twice Baked Potato
10. Popia Pisang Berkeju
11. Cheesy Chicken
12. Cendawan Goreng Keju
13. Fetucini Sos Tomato
14. Spiral Cheese
15. Oreo Truffle
16. Friuty Cheesy
17. Kek Keju Meleleh Kukus
18. Udang Goreng Berkeju
19. Apam Cheese
20. Pai Rigatoni
*****
(SEM & S/S) RM6.50 > RM5.70

Sunday 20 December 2015

Misi Menantu Mr. Bad Guy ~ Ailah Diela

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Hanya Kamu Johanna ~ Dilla Ahmad

"Nak ke mana tu?" - Syed Harraz
"Nk sambung kerja gualah, bro!" - Johanna
"Aik? Layanlah aku makan dulu. Aku sorang-sorang aje makan ni." - Syed Harraz
"Lu tu bukan suami gua, bro... Nak kena layan bagai!" - Johanna

Bagaimana kesudahan kusah gadis gothic ini?
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Thursday 17 December 2015

Kau Dalam Hatiku ~ Qaseh Farina

“Iskandar, anak lelaki Haji Mahadi dan Hajah Kamariah tu berkenan sangat dengan Zizah. Jadi, dia dan keluarganya nak datang hari ini merisik Zizah.”

Dalam banyak-banyak benda, itulah perkara yang paling Azizah tidak gemar. Dia tak suka jodohnya diatur. Selama ini, bukannya dia memilih. Kerana kesilapan lampau, dia tak berani hendak terima mana-mana lelaki dalam hidupnya.

“Dah lama saya berdiri dekat luar rumah awak ni. Dari tadi saya fikir, nak jumpa awak ke tidak. Hati saya ni, rindu. Dia nak juga jumpa awak.”
“Hah?! Awak gila ke apa? Datang rumah anak dara malam-malam buta.”
“Awak kalau merungut, nampak seksi mulut awak tu pada mata saya. Nampak saja garang, tapi manja sebenarnya.”

Azizah tunjuk sikap sarkastik. Supaya Iskandar menyampah kepadanya. Namun, sikap Iskandar yang gemar mengusik itulah menjadi penyeri hidupnya. Hingga dia terlupa segala derita. Aneh sungguh jiwa ini. Memang sukar ditebak. Pada awalnya, dia begitu membenci Iskandar. Mahu menolak Iskandar. Tetapi kini, hanya sesaat Allah SWT palingkan hatinya. Tanpa dipaksa, Iskandar mula diterima sebagai sebahagian dari hidupnya.

Erti Sebuah Janji ~ Alisya Syafina

Peristiwa lalu menyebabkan sehelai sapu tangan menjadi saksi sekaligus menjadi janji kepada hati Auni. Dan tanpa Auni ketahui, ia juga menjadi sebuah janji kepada diri empunya sapu tangan itu.

Namun Auni kecewa apabila mengetahui pemilik sapu tangan itu sudah berpunya lalu membawa hati yang lara dengan meninggalkan Malaysia.

“Auni dapat bunga lagi?”
“Auni takut. Yalah, Auni tak tahu siapa yang hadiahkan bunga ni.”

Auni runsing. Sejak pulang dari luar negara, dia sering menerima tiga kuntum bunga ros berserta kad ucapan. Namun tiada pula nama pengirim yang tertulis pada kad tersebut. Dia tidak dapat mengagak gerangan yang selalu mengirimkan bunga-bunga itu kerana hatinya tidak pernah terbuka untuk mana-mana lelaki selain ‘dia’ yang kekal bertakhta dalam hati.

“Awak??? Apa awak buat kat sini?”
“Cantik kan baju ni, saya nak belilah.”
“Tapi saya yang tengok dulu baju ni.”

Wednesday 2 December 2015

Tika Itu... Inai Masih Merah ~ April Snow

Hannan Zahirah Lee Louver. Betapa besarnya cinta dia kepada Haniff Mirza sehingga dia sanggup berkorban segalanya. Tapi, cinta mereka menjadi racun dalam hati Tengku Kamalia, bonda Haniff. Rancangan diatur lalu tersingkirlah Hannan daripada ikatan perkahwinan dengan cara paling keji tika inai masih merah di jari.

Pertemuan semula Haniif dengan Hannan meyakinkan Haniff yang dia punyai peluang kedua untuk bersatu semula dengan Hannan. Namun kini, hidup Hannan sudah ada Izz Arman Khair. Cinta mereka makin menuju ke puncak bahagia. Mahligai perkahwinan makin nyata. Lelaki ini separuh daripada nyawanya. Tidak mungkin dia berpaling biar apa pun yang terjadi.

“Dendam itu hanya bara yang membakar dalam diam. Percayalah, Hannan. Jika you parah terluka... I sudah lama lumat dicencang rasa sakitnya. Kita sama-sama terseksa. Berilah diri kita peluang untuk sama-sama kembali membina bahagia yang suatu waktu dahulu milik kita. Milik you dan I.” - Haniff Mirza

Namun, Hannan tidak sesekali lupa apa yang pernah terjadi. Tidak sama sekali!

“Jangan mengharap titis hujan di gurun, Haniff. Jangan menunggu kerdip cahaya mentari di kala pekat malam. Hati yang mati takkan bangkit biar dipuja mentera terhebat. Jangan mengharap sesuatu yang takkan berlaku. Hati seorang Hannan Zahirah sudah lama mati buat you.” - Hannan Zahirah.

Cinta Hati Sayang ~ Hairynn Salehuddin

CARL ZARIF… Hatinya begitu terusik setiap kali melihat penderitaan adiknya, Carl Naim. Dia perlu menuntut bela atas penderitaan adiknya. Mana mungkin dia akan biarkan darah dagingnya merana tanpa pembelaan. Dia pasti akan lunaskan dendamnya itu. Pasti!

LARA ALINA… Tiada apa yang lebih penting dalam hidupnya selain Sofea Yasmin. Anak kecil yang dijaga sejak kecil lagi sehingga terpaksa mengorbankan pengajiannya. Tiada perasaan benci kepada Hana Kamila kerana meninggalkan anak kecil ini. Dan hidupnya penuh dengan kasih sayang.

Tanpa diduga, ada kisah di sebalik kematian Hana Kamila. Ada hubungan yang masih terjalin dan belum terputus. Atas sebab itu Lara Alina akur dan berkongsi kasih membesarkan Sofea bersama insan yang masih menyayangi dan sanggup menerimanya.

“Papa dan mama mahu mereka jadi sebahagian daripada keluarga kita.” - Tan Sri Roslan

Permintaan Tan Sri Roslan itu tidak dapat diterima oleh Carl Zarif. Biarpun seluruh keluarganya dapat menerima kehadiran mereka berdua, tetapi tidak bagi Zarif. Walaupun Hana Kamila sudah tiada, perasaan dendam tersebut kini beralih pula kepada Lara Alina.

Fiqah Kecantikan ~ Dr. Mohd Izhar Ariff, Dr. Ahmad Dahlan Salleh

Buku “Fiqah Kecantikan” ini bertujuan menyuntik kefahaman dan keyakinan pembaca dalam menentukan imej wanita solehah yang benar-benar mendamaikan hati. Buku ini juga untuk menarik wanita bagi memilih prinsip imej dan penampilan Muslimah yang bertepatan dengan syariat Islam

Mengapa buku ini perlu dimiliki?
– Perbincangan yang santai dan berfakta.
– Hujah dan dalil yang dikemukakan ringkas dan padat serta memudahkan pemahaman.
– Ilustrasi dan grafik yang berwarna penuh mampu menarik perhatian pembaca.
– Sesuai dijadikan bahan usrah. sebagai rujukan dan hadiah buat teman serta ahli keluarga.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Kahwin Muda ~ Aizuddin Hamid

Buku ini mengupas kesemua persoalan kahwin muda melalui huraian yang mudah dan ringkas untuk memudahkan pemahaman pembaca. Hal ini demikian kerana perkahwinan yang diredai Allah perlu bermula daripada asas yang kukuh. Justeru, perkahwinan memerlukan persediaan daripada segala segi meliputi material mahupun rohani.

Mengapa buku ini perlu dimiliki?
– Memberi inspirasi kepada golongan muda supaya menyalurkan fitrah cinta melalui jalan yang betul iaitu melalui perkahwinan.
– Mengemukkan panduan yang berlandaskan syariat bagi mereka yang belum bernikah untuk mempersiapkan diri sebelum melayari alam rumah tangga.
– Memaparkan pengalaman penulis yang bernikah pada usia muda.
– Huraian yang padat, mudah difahami dan ringkas disertai ilustrasi yang menarik.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Pemburu Kesepian di Bumi Geordy ~ Dr. Maszlee Malik

Buku ini merupakan catatan ala travelog mengenai pelbagai corak kehidupan yang berjaya dikutip oleh penulis dari tahun 2007 sehingga 2009, hasil sebahagian daripada permukimannya di Durham, England. Bukanlah tujuannya untuk menunjuk-nunjuk ataupun membuka kisah peribadi sebagai tatapan umum, tetapi lebih kepada satu catatan sejarah untuk diambil ibrah atau pengajaran daripadanya jika terdapat apa yang bermanfaat.

Pengisahan pengalaman dalam buku ini dipersembahkan dengan kepelbagaian fakta, pengalaman peribadi, humor, anekdot-anekdot dan juga pelbagai nasihat untuk dijadikan renungan bagi para pembaca. Penulis percaya bahawa perjalanan hidup setiap individu lebih lengkap dan seimbang dengan memberi makna kepada kehidupan individu lain.

Hal demikian kerana setiap daripada kita adalah pelengkap kepada yang lain. Antara kisah dan pengalaman yang mencuit rasa dan mampu menjentik minda bawah sedar para pembaca ialah kisah-kisah perjuangan umat Islam untuk survive di bumi yang majoritinya non-Muslim. Ada juga kisah teladan tokoh-tokoh non-Muslim yang perjuangannya melebihi perjuangan Muslim itu sendiri.

Step-by Step Solat Lelaki & Perempuan ~ Fauzi Abdul Hamid

Buku ini ditujukan khas untuk umat Islam yang mula belajar solat dan ibadat berkaitan dengannya. Selain itu, buku ini sebagai rujukan dan panduan untuk ibu bapa yang mendidik anak tentang solat di rumah. Seterusnya sesuai bagi guru-guru yang mendidik asas solat dan memperkenalkan solat kepada ank muridnya.

Oleh itu, “Step-by-Step Solat” ini memberikan panduan dan tip bagaimana mendirikan solat secara teratur dan sempurna. Penyampaian yang mudah dan jelas berserta sisipan fotografi dan ilustrasi yang menarik. Terdapat penjelasan teori serta praktikal panduan mengerjakan ibadat khusus. Buku ini praktikal untuk dipelajari di rumah dan sekolah. Turut sesuai menjadi bahan bantuan pengajaran. Info dan cara beribadat yang diterangkan jelas dan terperinci mudah difahami oleh para pembaca.
****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Kewangan Peribadi Soal Jawab Bersama Anuar Haniff ~ Anuar Haniff

Perancangan kewangan saban hari menjadi semakin kritikal. Demi menangani cabaran-cabaran kewangan yang terus memberikan tekanan kepada kehidupan seharian kita, buku ini penuh dengan persoalan kewangan harian diikuti dengan resolusi kewangan yang relevan lagi praktikal. Antara perbahasan yang bakal anda pelajari daripada membaca buku ini adalah seperti cara memaksimumkan sumber pendapatan dan membuat wang bekerja untuk anda melalui pelaburan strategic.

Selain itu, terdapat juga cara mengurus serta mengurangkan hutang piutang dengan efektif. Di samping itu, buku ini berkongsi cara untuk membina asas kewangan peribadi yang kukuh serta cara melabur dalam Amanh Saham Akhirat buat bekalan/amalan selepas kematian.
*****
(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60