Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 29 January 2016

Aku Mahu Anakku Super Al-Quran ~ Amri Mohd Nason, Aishah Hashimee

- 3 langkah mudah didik anak hafal Al-Quran.
- Berdasarkan pengalaman peribadi penulis mengajar anak-anak hafal Al-Quran sejak kecil.
*****
(SEM & S/S) RM17.00 > RM15.00

Hitler Der Fuhrer ~ Al Ghazali

Ketika ini Hitler sudah memegang jawatang tertinggi dalam Parti Nazi. Dia juga akhirnya berada pada puncak kekuasaan di Jerman.

Pembangunan negara mula rancak. Kemiskinan mula dibenteras. Kemajuan Jerman mula diperkatakan dunia.

Namun tetap luka semalam, semasa Perang Dunia Pertama masih Hitler rasakan. Beliau mula merancang strategi bagi mendapatkan semula wilayah yang jatuh ke tangan musuh, mula memasang impian bagi mengharumkan kembali maruah bangsa Jerman ke seluruh dunia.
*****
(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Tuesday 26 January 2016

Saat Kau Hadir Dalam Hidupku ~ Xuanza

“Bro! Senang cerita macam ni la. Aku dah mintak maaf dengan kau, kau tak boleh cakap elok-elok ke? Tolonglah... jangan malukan orang Malaysia. Budi bahasa tu budaya kita, bro.”
“Um... Budi bahasa budaya kita? Eheh... I think you should look in the mirror before looking out the window.”

Wah... Mamat ni memang dah lebih. Sangat menjengkelkan dan menyakitkan hati! Fareed Dayyan!!!! Kenapa perangai kau macam setan! Tak seperti abangnya, Fariedz Dazrien yang lebih berlemah lembut berbicara dengan gadis cun berhati sensitif macam aku ni.

“Nia, please inform me before you go somewhere else next time.”
“Why should I? I bukan budak kecil.”
“Betul you bukan budak kecil, tapi mama amanahkan I untuk jaga you. Your safety is my responsibility.”

Tiba-tiba, aku dapat lamaran daripada sebuah keluarga yang tanpa aku sangka. Macam mana benda ni boleh berlaku kat aku?! Dan…
How could I possibly expecting HIM to be my so-called fiancée and future husband. Heh... Husband? Urgh...

Adakah aku bersedia untuk menjadikannya suamiku, sepertimana yang diharapkan oleh keluargaku sendiri terutamanya nenek? Padahal aku sudah ada ‘kekasih’ yang aku cintai, namun aku sedar, takkan direstui sesiapapun.

“I don’t have any choice. Can I say no?”
“You can always say no. It’s your life and your decision. You’re the one who’s going to live every single day with the choice you made.”
*****
(SEM & S/S) RM29.00 > RM25.50

Thursday 21 January 2016

Pillow Fight: Love You Till Jannah ~ Yussamir Yusof

Suami adalah manusia biasa.
Imannya turun dan naik.
Kadangkala imannya tinggi setinggi Gunung Uhud.
Kadangkala imannya rendah serendah batu di atas tanah.

Isteri jua begitu.
Emosinya tenggelam dan timbul.
Ada ketika manjanya membelai jiwa semanis gula.
Ada ketika rajuknya mengganas persis ribut tropika.

Suami ataupun isteri, masing-masing sering terlupa, rumah tangga adalah wadah untuk berkongsi segala rasa. Perkahwinan itu satu perkongsian, bukan satu persaingan. Andai kita menang pun, apalah gunanya. Kerana kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal dan berteduh di bawah bumbung yang sama.
*****
(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50

Cinta Pemanis Hati ~ Phidot

Niatnya hanya satu, mahu hidup berdikari tanpa pertolongan keluarga. Kehidupannya sebagai seorang kerani di Adam Group mula berubah huru-hara semenjak cucu Tengku Dahlia melanggar bahunya tanpa mahu meminta maaf.

“Tadi encik keluar dari lif, encik ada terlanggar apa-apa tak? Contohnya, bahu orang.”
“Ada rasanya. Tapi, benda remeh aje, kan? Kenapa ya? Boleh ringkaskan?”

Sikap selamba Adam yang menyakitkan hati itu membuatkan Hana terus menggelar lelaki itu Mr. Tak Ada Adab. Ingatkan itulah kali pertama dan kali terakhir Hana berdepan dengan lelaki yang penuh menyakitkan hati, namun sangkaannya meleset sama sekali. Mereka bertemu sekali lagi apabila Adam muncul menggantikan tempat Tengku Dahlia sebagai CEO Adam Group.

Tujuan utama Adam menjadi CEO pun disebabkan mahu mengambil hak miliknya semula daripada Hana. Kalau bukan disebabkan itu, jangan harap dia mahu munculkan diri lebih awal. Dan disebabkan itu, dia sanggup menaiki tren buat pertama kali dalam hidupnya.

Suamiku Pembuli Cinta ~ Iman Kyunhee

Wafiyyah Iman, hidup cerianya dilengkapi dengan mak, abah dan adik lelakinya. Tapi, siapa sangka di sebalik sikap happy go luckynya, dia mempunyai kisah silam yang memeritkan. Sejak pertemuannya dengan seorang lelaki yang dia kira agak misteri, jantungnya mula berdegup tidak tentu hala. Petanda apakah ini? Dia sendiri tidak pasti!

Irsyad Rykarl, kehadiran lelaki misteri ini sungguh tidak terduga. Kenapa semua perkara tentang dia lelaki ini boleh tahu? Namun, siapa akan menjangka bahawa Irsyad Rykarl sebenarnya mahu dia menjadi teman hidupnya!

"Awak kenal saya tak sampai pun setahun…”
“Hmm... Dah terlebih kenal pun sebenarnya.”
“Apa dia?”

Tapi kalau dah namanya jodoh, lari ke hujung dunia pun akan bertemu juga. Irsyad yang caring, Irsyad yang menawan, Irsyad yang menggoda, perempuan mana saja yang tidak cair? Mungkin jantung dan hati boleh tercabut dari tangkainya.

Dudaku Suamiku ~ Zaza Qry

Reesa Aimee bukanlah perempuan ideal untuk Adam Syarez berkahwin, namun dengan Reesa Aimee juga dia melayari perkahwinan. Tidak panjang usia perkahwinan itu, mereka membawa haluan masing-masing. Enam tahun terpisah membuatkan Adam Syarez melupakan segala-galanya tentang Reesa Aimee. Takdir Allah itu indah, mereka bertemu semula apabila Reesa Aimee sudah mempunyai anak dan seorang ‘suami’.

“Umarif tak tolong?” tanya Syarez agak panas hati apabila niatnya yang baik ditolak oleh Reesa.
“Tolong... ” Panjang jawapan Reesa.
“Tolong apa macam ni? Tengok, dia dah berjalan kat sana. Agaknya dia tolong dalam bilik tidur aje kut!”

Cemburukah Adam Syarez kepada bekas isterinya yang sudah berbahagia dengan suaminya? Dia sendiri yang meninggalkan Reesa Aimee kerana mahu kembali kepada Suzy, namun jika difikirkan memang Adam Syarez cemburu.

“Awak hanya senyum untuk Adam saja ke? Untuk orang lain tak boleh nak ukirkan senyuman ke?”

Lost? Al-Quran Kan Ada... ~ Zamri Zainuldin, Khairi Ismail

Kadangkala di saat hati sedih, buntu memikirkan masalah kehidupan yang tidak berkesudahan, kita lebih suka mencari keseronokan lain untuk melupakan masalah. Namun, Allah SWT telah menitipkan Al-Quran kepada umatNya agar kehidupan manusia terpandu dengan baik.

Jika terasa diri jauh daripada Tuhan, buka dan bacalah Al-Quran. Sayangilah Al-Quran melebihi apa yang ada di sekeliling anda, kerana ia kalam Allah.

Pastikan Al-Quran sentiasa ada.
*****
(SEM & S/S) RM17.00 > RM15.00

Monday 18 January 2016

I'm A Backpacker: Europe ~ Khairul Abdullah

Meneruskan tradisi buku bestseller pertama I'm A Backpacker: Korea, kini Puteh Press datang lagi dengan buku kedua dalam siri travel bertajuk I'm A Backpacker: Europe.

Buku ini bukan sebuah buku travelog yang mencatatkan pengalaman penulis. Tetapi buku ini adalah buku yang menunjukkan cara/how-to, bagaimana untuk mengembara di Eropah. Keistimewaan utama buku ini adalah bagaimana mahu travel di sebuah benua yang terkenal sebagai elit, tetapi dengan bajet terhad.

Dengan wang kurang daripada RM6000, pembaca ditunjukkan cara bagaimana mereka dapat mengembara ke-12 bandar besar di Eropah seperti Milan, Paris, Madrid, dan Berlin. Bukan sahaja pembaca dapat berjimat, mereka juga dapat merancang sendiri perjalanan seperti mana yang dikehendaki.

Buku ini adalah umpama Lonely Planet, tetapi versi untuk rakyat Malaysia. Buku ini:
- sepenuhnya berwarna.
- dipenuhi dengan gambar-gambar daripada koleksi peribadi penulis.
- pembaca mampu sesuaikan panduan untuk keperluan seorang mahupun secara berkumpulan.
- pilihan tarikh, tempat, aktiviti, jenis pengangkutan, penginapan, tukaran wang, makanan, pakaian, dan banyak lagi.
- daripada penulis yang sudah pergi sendiri ke tempat-tempat ini dan pernah menetap di Eropah.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Bab 1: Tentang Benua Eropah
Schengen Area dan Pengecualian Visa
Musim, Cuaca, dan Suhu
Bahasa dan Budaya
Acara-Acara Besar dan Terkenal

Rich Dad's: Conspiracy of The Rich - 8 Peraturan Baru Wang ~ Robert T. Kiyosaki

Kita semua sedang melalui fasa kemelut ekonomi yang boleh dikatakan sebagai kritikal. Masalah ini bukan sahaja melanda golongan biasa, malah golongan usahawan dan juga korporat turut terkesan.

Selain berkongsi pandangan beliau tentang landskap ekonomi global serta kesannya terhadap orang ramai Menerusi buku Rich Dad's Conspiracy of The Rich ini, beliau juga turut memperkenalkan 8 Peraturan Baru Wang iaitu:

Peraturan Baru #1 Wang: Wang adalah Ilmu Pengetahuan
Peraturan Baru #2 Wang: Belajar Bagaimana Menggunakan Hutang
Peraturan Baru #3 Wang: Balajar Mengawal Aliran Tunai
Peraturan Baru #4 Wang: Bersedia Menghadapi Masa yang Buruk
Peraturan Baru #5 Wang: Keperluan pada Kepantasan
Peraturan Baru #6 Wang: Belajar Bahasa Wang
Peraturan Baru #7 Wang: Hidup ini Ibarat Sebuah Pasukan Sukan
Peraturan Baru #8 Wang: Belajar Mencetak wang Sendiri

Menerusi buku ini, Robert membawa pembaca meneroka sisi positif serta peluang yang boleh dicapai di sebalik kekusutan ekonomi yang melanda.

Buku ini ditulis secara online dan interaktif oleh Robert. Sepanjang penulisan beliau, pembaca dapat turut sama memberikan komen serta berkongsi pendapat yang relevan dengan setiap bab yang ditulis.

Friday 15 January 2016

Sesal Separuh Nyawa ~ Myra Ameer

“Awak rasa kita takkan jumpa lagi lepas ni?”- Fara “Kita dah janji kan kita akan jadi kawan sampai bila-bila?” - Razlan
Pertemuan pertama di padang sekolah ketika berusia 12 tahun telah mengikat Fara dan Razlan dalam satu hubungan dan janji. Malangnya perhubungan baik tersebut tidak disenangi oleh Datin Mona dan Datin Liza disebabkan dendam lama yang disimpan.
Sengaja memisahkan mereka, Datin Liza telah menghantar Fara ke Melaka untuk terus menetap di sana dan ketika itulah bermulanya persahabatan baik antara Fara dan Fendi.

Setelah sembilan tahun berlalu, Fara dan Razlan dipertemukan semula apabila mereka belajar di satu universiti yang sama di Dublin. Pertemuan yang langsung tidak Razlan sedari sehingga Fara dijadikan sebagai mangsa bulinya.

Fara yang kecewa dengan penerimaan Razlan, membuat keputusan untuk menukar pengajiannya ke Amsterdam dan belajar di sebuah universiti bersama-sama Fendi.

“Kau masih tak nampak, eh? Kau ni buta sangat ke?”- Fara “Dah malam, gelap. Memanglah susah nak nampak.” - Razlan
“Kau memang dah lupa!” - Fara “Weiii… Ingat kau nangis-nangis ni aku kesah?” - Fara
“Aku kesah sebab ada benda yang tak boleh diganti!” - Fara

Setelah menyedari siapa Fara sebenarnya, Razlan terus mencari. Bermula dari situ, hubungan mereka kembali bertaut sehingga membibitkan rasa cinta dan menyebabkan Melissa, adik angkat Razlan dan Fendi cemburu.

Serasi di Hati ~ Rose Harissa

DISKAUN 5%
(SEM & S/S) RM28.00 > RM26.60

Dia lelaki berdosa. Dalam usia muda, sudah menjadi ’anak ikan’ pada Zalina Asha, isteri seorang VVIP yang tak pernah puas dengan suami sendiri.

“Lately ni aku asyik kena berkepit dengan si tua tu. Bosan tau? Lembik! Dahlah bau cerut! Tak macam Zarul, rasa manis macam jagung.” – Zalina

Hidup dalam kemewahan tapi jiwanya kosong. Sehinggalah dia ditemukan dengan Intan Edrinaz di alam maya. Baru kenal, dia rasa rapat dengan wanita itu dan boleh bercerita apa saja termasuk kisahnya bersama Datin Zalina.

“Ala… kesiannya! Nampaknya you dah tak freelah lepas ni ye? Dah nak kena rantai balik!” Edrinaz gelak-gelak.
“Sakan gelak? Sampai hati you! I bosan tau! You tau tak, lepas ni I for sure kena ‘gulai’ cukup-cukup!” Zarul cuba menagih simpati. Tak timbul rasa malu bila berbicara begitu.
“Ala, okey apa? You pun dah lama ‘puasa’, kan?” Suka betul Edrinaz mengusik Zarul.

Bagi Edrinaz, Zarul memang kacak. Punya tarikan tersendiri. Tapi, setia dan kasihnya pada sang suami tak pernah tergugat. Walaupun dia rasa dia tidak dilayan selayaknya sebagai isteri.

Thursday 14 January 2016

Ensiklopedia Serangga dalam Al-Quran Untuk Anak-anak ~ Ummu Ammar

Buku "Ensiklopedia Serangga dalam Al-Quran untuk Kanak- kanak" ini mengajak kita semua berfikir, bertaddabur dan bersyukur dengan setiap ciptaan Allah SWT, Rabbulalamin, Tuhan semesta alam. Risalah ini bukan sahaja mengajak kita berfikir tentang kewujudan Allah SWT, tetapi lebih daripada itu, berusaha mengajak pembaca menjadi hamba yang patuh akan suruhanNya.

Mungkin dengan mempelajari serta mencontohi sifat dan sikap yang ada pada serangga itu akan dapat menjadikan kita hamba Allah SWT yang taat dan patuh.
*****
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Madinah Munawwarah: Kelebihan & Sejarah ~ Dr. Abd. Basit Ab. Rahman

Madinah Munawwarah merupakan tempat hijrah Rasulullah SAW. Selain itu, turut menjadi tempat bertapaknya iman pada akhir zaman, markas pimpinan, madrasah pendidikan dan bimbingan serta tarbiah Islamiah. Tempat ini penuh dengan kesan-kesan sejarah yang tidak ternilai dan mempunyai keistimewaan yang tinggi disisi Allah SWT.

Oleh itu, terhasillah risalah ini bagi kaum muslimin untuk mendalami sejarah asal-usul dan ketamadunan pembinaan pusat perkembangan agama Islam di Madinah. Buku ini juga merungkai hikmah yang terdapat di sebalik kewujudan bandar istimewa ini.
*****
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

47 Superstar Syurga ~ Umar Muhammad Noor

Apakah Wasiat Yang Dimaksudkan Itu? Ketahuinya Di Halaman (25)
Pada malam harinya, seseorang melihat Thabit bin Qais dalam mimpi. Dalam mimpi itu, Thabit berkata kepadanya, "Saya berpesan kepadamu satu wasiat. Janganlah engkau mengatakan ini hanya sebuah mimpi lalu mengabaikan wasiatku ini".

Mengapakah Abdullah Menangis? Ketahuinya Di Halaman (54)
Abdullah diturunkan dari tiang salib. Sebuah tungku berisi air panas diletakkan di atas sebuah api yang besar. Dua orang tawanan Muslim dibawa ke tungku tersebut. Satu per satu tawanan tersebut dilemparkan ke dalam air mendidih, sementara Abdullah terus ditawarkan untuk berpindah ke agama Nasrani. Abdullah menangis. Raja Rom menyangka hati beliau mula lemah. Dia bertanya, "Mengapa engkau menangis?".

Siapakah Isteri Baginda Yang "Panjang Tangan" Itu? Ketahuinya Di Halaman (153)
Suatu hari Rasulullah memberitahu isteri-isteri Baginda, "Orang yang paling cepat menyusuli aku dalam kalangan kamu ialah orang yang paling panjang tangannya." (Riwayat Muslim)

#PROFMUHAYA'S QUOTES ~ Prof Dr. Muhaya Mohamad

#Profmuhaya's Quotes adalah himpunan status FB terpilih daripada Facebook Prof Muhaya. Status-status ini merangkumi pelbagai aspek seperti keagamaan, motivasi, kekeluargaan, perhubungan, dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan kehidupan insan. Setiap status sama ada yang panjang ataupun pendek, mempunyai nilai inspirasi yang tersendiri dan hasil daripada cetusan idea Prof Muhaya. 

Olahan ayat yang mudah difahami dan ditambah dengan persembahan yang menarik dan berbeza pada setiap muka surat, pastinya membuatkan pembaca berpuas hati memilikinya. Buku ini sesuai juga dijadikan hadiah kepada insan tersayang supaya mereka turut mendapat inspirasi dan aura-aura positif daripada bait-bait status Prof Muhaya, hanya daripada senua buku bertajuk #Profmuhaya's Quotes.
*****
(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30

Be Cool: Pujuklah Hati 2 ~ Bonda Nor

Sequel kepada Pujuklah hati. Perkongsian kisah yang biasa berlaku terhadap diri, pasangan dan sesiapa sahaja yang tampak sukar, sebal dan pelbagai namun sekiranya diamati ia merupakan kisah ‘semua’ orang. Jika di tangani dan dilihat takdirnya dari mata hati serta fikiran yang positif, semuanya akan jadi mudah dan tenang-tenang sahaja.
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Tuesday 5 January 2016

Kedua ~ Reen Syazreena

DUA minggu bergelar isteri, Zara Amani mendapati suaminya kembali kepada kekasih pertamanya dahulu. Menjadi isteri solehah, taat dan setia kepada suami, Zara bukan orangnya. Menggoda, bermanja dan sengaja menyerah diri kepada suami juga, dia bukan orangnya. Cemburu pula bagaikan jauh panggang dari api.
MASALAHNYA, setia kepada yang dicintai adalah sikap Amir Haikal. Pantang baginya orang lain memburukkan Tania, kekasih hati yang dicintai sekian lama.

MENYEDARI diri pilihan kedua dan tidak suka dilabel perampas, Zara tidak pernah kisah kewujudan Tania. Amir pulang atau tidak, dia meneruskan kehidupan dengan nada kebiasaannya ke kelab. Masalahnya Tania selalu bikin gawat dalam hidupnya…

Tania memandang Zara dengan sinis. Dia dapat mendengar jeritan Amir yang memanggil namanya dari luar.
“Kau akan kalah kali ini,” ujar Tania dengan senyuman sinis.
Zara memandang Tania dengan hairan. Dia dapat dengar jeritan Amir yang makin lama makin dekat. Dia bertambah hairan apabila melihat Tania menjatuhkan dirinya ke lantai. Apa yang Tania sedang lakukan ini?
Saat Amir tiba, dia lihat Zara sedang berdiri memandang Tania yang kini berada di lantai. Zara menolak Tania! Pantas dia meluru ke arah Zara dan… satu tamparan hinggap di pipi Zara.
Zara terkesima. Terus dia membalas balik tamparan itu. Nafasnya turun naik. Dia memandang Amir. Amir menelan air liur. Dia tergamam. Diusap pipinya. Perit juga tamparan Zara.

BERBULAN mereka membawa haluan masing-masing, malah sudah membuat keputusan untuk bercerai. Namun perancangan keluarga meminta bercuti sempena ulang tahun pertama perkahwinan buat Amir dan Zara serba tak kena!

Jodoh Aku Cuma Kau Saja ~ Domi Nisa

IRDINA bernikah dengan Rayyan saat kekasih hatinya, Dani memandang sayu kepadanya. Dia akur kalau keputusan yang diperlukan sangat singkat. Bukan mudah sebenarnya kalau Rayyan itu abang Dani.

RAYYAN, seorang pelukis dan pemilik galeri lukisan yang mengetahui hubungan Dani dan Irdina, bermati-matian menghalang perhubungan mereka, tanpa menyangka dialah jodoh Irdina. Saat hati gusar dan enggan, Rayyan yang digelar ‘Singa Period’ oleh Irdina bertukar jadi ‘Singa Miang’ gara-gara wujudnya sebuah diari hitam.

“Ab….”
Terkejut beruk aku dibuatnya. Sebaik saja aku berpaling ke belakang, terasa satu kehangatan di pipi. Abang Rayyan, entah bila dia menghampiri dan lepaskan kucupan lembut di pipiku.
“Kau nak goda aku kan? Okey…untuk pengetahuan kau, aku tak dapat tahan lagi walaupun aku masih marah dekat kau. Apa lagi, jomlah tidur! Lain kali tak payah rujuk buku nak pikat suami. Allah bagi akal fikirlah sendiri.” 

Resipi Alergi: Tanpa Telur dan Bahan Tenusu ~ Nazihah Nasir

Himpunan 40 resipi yang menarik dan mudah disediakan. Paling penting, bahan-bahan yang digunakan tidak membahayakan mereka yang alergi. Tidak menggunakan bahan tenusu, telur dan gluten. Resipi yang disertakan adalah makanan biasa untuk orang normal, cuma penulis menggantikan bahan 'terlarang' dengan bahan yang pesakit alergi boleh makan. Resipi aiskrim tanpa telur, cinnamon roll dengan susu badam, kek menggunakan minyak masak dan banyak lagi. Buku ini dihasilkan untuk mereka yang alergi pada telur, bahan tenusu dan gluten. Ia tidak terhad pada resipi untuk kanak-kanak, juga boleh digunakan oleh orang dewasa.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Wafel & Sos Strawberi
Kebab Ayam
Tortilla Wrap
Tortilla Roll
Chicken Nugget
Chicken Pie
Shepherd Pie
Salmon Quiche
Roti Buku
Chicken Sandwich
Cinnamon Roll
*****
(SEM & S/S) RM35.00 > RM30.80

Rich Dad's: Cashflow Quadrant Capai Kebebasan Kewangan ~ Robert T. Kiyosaki

Pernahkah kita tertanya-tanya...
- Mengapa sesetengah pelabur mampu menjana pendapatan lumayan dengan risiko yang sedikit sementelah pelabur-pelabur lain hanya mampu balik modal sahaja?
- Mengapa terdapat individu yang kerap bertukar-tukar profesion sedangkan ada individu lain yang nekad berhenti kerja dan membina empayar perniagaan sendiri?
- Adakah perubahan Zaman Perindustrian kepada Zaman Maklumat memberi makna dan kesan kepada kita dan keluarga?
- Bagaimana kita dapat memanfaatkan perubahan ini sekaligus melaras laluan hidup demi mencapai kebebasan kewangan yang diimpikan.

Menerusi buku Cashflow Quadrant ini, Robert akan mendedahkan rahsia bagaimana ilmu kewangan mampu membantu kita mencapai kebebasan kewangan tanpa perlu bekerja keras, malah membayar cukai yang sedikit berbanding mereka yang berhempas pulas bekerja siang dan malam.

Pernahkah kita tertanya-tanya...
- Mengapa sesetengah pelabur mampu menjana pendapatan lumayan dengan risiko yang sedikit sementelah pelabur-pelabur lain hanya mampu balik modal sahaja?

Monday 4 January 2016

Bila Papa Jatuh Cinta ~ Cik D

DISKAUN 5%
(SEM & S/S) RM26.00 > RM24.70

Lebih empat tahun dia mengelak, pertemuan tanpa sengaja itu buat hati Adinie Syifa kembali dilanda gelombang. Rupanya, dia tak pernah mampu lupakan lelaki itu. Bagi duda kacak bernama Ahmad Dhani pula, ditemukan semula dengan Dinie buat hatinya kembali ‘hidup’. Memang cintanya pada anak bekas pekerjanya itu tak pernah pudar. Tapi, misi untuk meraih cinta si gadis bukan mudah. Dia yang sentiasa tenang dalam bicara dan tingkah, harus berubah watak menjadi lelaki yang menjengkelkan.

"Macam mana encik tahu kereta Dinie pancit?" Pinggang Dinie cekak, di bawah sinaran mentari begini, tubuhnya cepat saja hangat nak bangkit marah. 
"Lelaki sekacak saya sentiasa bersiap bersedia dengan sebarang keadaan." Dhani senyum. 

Ada sesuatu yang cuba diselindungkan. Kalau hati dah kata mahu, apa cara sekali pun dia sanggup. Walau harga yang mahal harus dia bayar untuk mengangkat Dinie menjadi isterinya. 

Pun begitu, kisah mereka tidak tamat setelah bergelar suami isteri. Rupanya, Dinie tak pernah belajar dari silapnya sendiri. Kerana satu perkataan curiga, semuanya berantakan. 

Cik Calla Lily dan Encik Boss ~ Airisz


AKU? Nama aku Chinta Adara, tapi semua orang panggil aku CIK TA. Hidup aku tak berapa nak selesa selepas balik dari team building di Janda Baik. Ada orang selalu kirim calla lily dengan tagline ‘tunggu abang’. Siapa pula la yang minat kat aku? Memang pelik ni.

Tapi masa team building tu, aku memang garang habis. Yalah, ada ke patut letak aku dalam kumpulan anak dara tua? Aku muda lagi kut. Kena la dia orang dengan aku sekali. “Eh, kau orang tak ada nama lain ke nak letak?”

“Saja suka-suka, cik. Kita nak enjoy!”
“Enjoy kepala hotak korang."

Ini kes memalukan. Kali ni cawangan mana yang handle? Pakai otak ke tidak?”

“Jadi, cik nak nama kumpulan apa?”
“Fast and Furious!”

Cantik! Memang dapat pun tukar nama kumpulan. Tapi hampeh juga, sebab semuanya ahli lembik belaka. Sebab itu ke ada orang hantar aku bunga calla lily?

Aku pun perasan juga, masa team building tu ada sorang mamat ni macam minat aje kat aku, tapi masalahnya peserta team building kali ni kebanyakannya pegang status suami orang. Tak pun duda orang. Tak mau aku kalau duda.

Nanti satu kampung gelak sebab aku dapat duda. Tapi memang serius, selang sehari selepas tu aku terima calla lily. Siapakah gerangan dia?
*****
(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50

Bila Hati Berkata... Biar Hati Terasa ~ Bonda Nor, Muhd Kamil Ibrahim

Ia soal menjaga dan mendidik hati supaya hampir kepada pencipta. Penulis berkongsi pengalaman dari pelbagai sudut kehidupan untuk menjuruskan hati kepada sesuatu yang bermanfaat agar hati kita menjadi tempat sentuhan hidayah Allah SWT dan setia dengan kebenaran. Moga dengan asbab tersebut kita beroleh ketenangan yang sebenarnya.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Suami Hensem Isteri Ohsem ~ Ahmad Shafiai Uda Jaafar

Menyelami perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam sebuah perhubungan dan berkongsi tip serta cara komunikasi yang baik untuk membentuk sebuah ikatan perkahwinan yang berkekalan. Buku ini berbentuk soal jawab agar pembaca lebih fokus dan bersistem dalam memahami keperluan dan kehendak pasangan berdasarkan fitrah yang Allah jadikan.

Orang lelaki semasa berurusan di kaunter bayaran mereka akan menggunakan duit besar (wang kertas) agar urusan pecah duit dibuat oleh cashier. "JIMAT MASA".

Orang perempuan pula akan cari duit syiling yang ada di dalam beg sebelum menggunakan wang kertas. "JIMAT DUIT".

MENGAPA?

Hanya dengan kesabaran dan menghormati perbezaan keperluan dan kehendak masing-masing dapat mengekalkan kebahagiaan suami dan isteri.
Cubalah!
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60