NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 10 March 2016

Cinta Tingkat Tujuh ~ Nia Qurratun'aini

Kamus hidup Shukri Alfatah tiada perkataan kahwin. Sikap dingin terhadap perempuan menyebabkan Alfatah kena cop mohor sebagai anti perempuan dan... alah, selera yang tak normal tu. Tidak semua tahu apa yang dia lalui atau identitinya yang sebenar. Shukri Alfatah ialah kembar Sophea Alfiah, pelakon terkenal. Oleh kerana masalah kembarnya menjadi bahan gosip di media, Alfatah terpaksa menjaga Rayhan Muzaffirah dan Rayhan Muzaffar, sekali gus membuatkan kehidupan lelaki itu menjadi huru-hara kerana budak-budak tersebut. Ini memang pening! Nampaknya dia harus mencari seseorang untuk menjaga si kembar. 

“Kau dah cakap minta maaf sekali tadi, kan? Aku dengar. Aku tak pekak. Satu lagi, dah langgar orang, tak payah nak senyum-senyum. Cakap sikit nak senyum, cakap sikit nak senyum. Tak payah nak gedik sangat.” Kata-kata Alfatah saat pertama kali berjumpa di tingkat tujuh membuatkan mulut Nilam Qadheera melopong. 

Siapa tidak sakit hati bila orang tak kenal suka hati saja cakap kita gedik? Sejak itu, Nilam Qadheera memang berangin bila nampak kelibat Alfatah. Namun, tanpa sedar dan di luar jangkaan, Alfatah telah mengupah Nilam Qadheera sebagai pengasuh untuk anak-anak saudaranya. Maka, bertembunglah makhluk dingin dan manusia berangin. Alfatah memang cerewet orangnya. Nilam Qadheera pula selamba suka menjawab. 

Namun, pandangan mata Alfatah mula berubah tatkala menyedari cara layanan dan didikan gadis itu terhadap anak-anak saudaranya. Nilam Qadheera yang banyak membebel melawan arahannya tidak pasal-pasal menjadi comel. Tembok hati Alfatah seakan-akan mula retak. Namun, kehadiran Rudaini Ellina mengubah segala-galanya. Jawatan pengasuh yang disandang Nilam Qadheera lantas berubah menjadi isteri. Dan kerana peristiwa itu juga identiti Nilam Qadheera turut terbongkar.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...