Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 27 January 2017

Anjung Rindu ~ Alia Zara

(SEM & S/S) RM29.90 > RM26.30

“Nama pun screaming room. Jadi sesuailah dengan jeritan kamu tu,” kata Madd I Z.

Zsa Zsa Bella seorang blogger. Kunjungannya ke Hong Kong telah menemukan dia dengan seorang jejaka yang digelar ‘Harajuku’ bernama Madd I Z. Kedua-dua yang memiliki nama pelik ini teramat ego. Masing-masing ingin mengenakan antara satu sama lain sehingga termeterai satu perjanjian.

“Buat apa berembun lama-lama kat situ Bella. Masuklah,” ujar Nenek Fatma.

Sejak Sungai Melaka berubah wajah, Zsa Zsa Bella sering menunggu di anjung. Setiap malam menjadi rutinnya. Sejak pulang dari Hong Kong, dia semakin kerap berada di situ.

“Wah! Ibu dah tak sabar nak menerima menantu, ya. Lepas tu, tak sabar-sabar nak menimang cucu dan lepas tu, menangis sebab bergaduh dengan menantu,” usik Madd I Z.

Madd I Z pernah menyerahkan urusan mencari jodoh kepada orang tuanya dan mereka telah menerima Damia Qistina sebagai calon menantu. Namun, setelah bertemu Zsa Zsa Bella, perasaan lain menular dalam hatinya.

“Ibu berkenan tak dengan Bella?” tanya Madd I Z.

Bangkit: Pujuklah Hati 4 ~ Bonda Nor

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

“Hidup ini perlu kuat, kawan! Sebesar apa pun ujian, harus percaya Tuhan ada dan tidak pernah tinggalkan kita!”

Buku Bangkit: Pujuklah Hati 4 ini padat dengan kisah-kisah harian yang berlaku di sekeliling kita. Kadang kala apa yang berlaku, kita merasakan begitu tertekan tanpa menyedari pasti ada hikmah di sebalik setiap ujian itu.

Justeru, buku ini memberi motivasi dan panduan dalam menangani masalah yang dihadapi dengan membuatkan kita melihat hikmah di sebalik ujian itu. Dalam masa yang sama membuatkan kita yakin dengan pergantungan hanya kepada Allah SWT.

Katak di Luar Tempurung ~ Syed Alwi Alatas

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Man ‘arafa Nafsah ‘arafa Rabbah

Jangan sekali-kali membunuh impian yang baik. Selama impian itu mulia dan tidak bertentangan dengan agama, maka sila kejar dan raih. Jangan biarkan orang lain menguburkan impianmu. Impian itu adalah permulaan daripada sebuah pencapaian.
Pada masa kini, boleh dikatakan ramai yang menghadapi konflik self-confidence dan self-esteem. Apabila terdapat sedikit kekurangan atau kecacatan pada diri seperti gemuk, berkulit gelap, miskin dan sebagainya, kita hilang keyakinan diri. Kita lupa bahawa kita ada banyak lagi kelebihan lain yang Allah berikan.

Malangnya apabila kita terlalu memikirkan kelemahan dan kekurangan diri, kita terus mundur kebelakang, tertindas dan tidak berdaya maju sehingga gagal untuk menyelidik kelebihan diri yang boleh digunakan untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Oleh itu, buku ini ingin mengajak pembaca membangunkan keyakinan diri, tidak lagi berterusan berkata “tak boleh”. Sebaliknya, katakanlah “saya boleh” dan lakukannya tanpa keraguan. Yakinlah setiap daripada kita memiliki kemampuan yang unik yang dijadikan-Nya. Kita hanya perlu mengetahui kelebihan yang kita miliki dan menggunakannya sebaik mungkin.

Tinta Tarbawi ~ Ustaz Mohd Hazri, Hashim Al-Bindany

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

TINTA TARBAWI menghimpunkan koleksi kalam nasihat daripada Ustaz Mohd Hazri bin Hashim al-Bindany yang mengambil ibrah daripada ayat-ayat Tuhan dan sabda Rasul Junjungan serta kalam alim ulama dahulu. Berkisarkan pelbagai persoalan kehidupan yang bersangkut paut dengan niat, hukum hakam dan juga isu semasa. Antara tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku ini:
* Dosa, jangan dipandang remeh
* KPI Muslim
* Andai kau tahu
* Bonus daripada Allah
* Cara kita hidup, begitulah cara kita mati

Moving Out ~ Ane-Alja

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

" Agak-agak selepas lima, 10 atau 15 tahun lagi, kita di mana dan buat apa?" Suami saya selalu menjentik soalan ini ke dalam minda saya.

" Entah!" respon saya tanpa berfikir panjang. Malas memikirkan benda yang tidak nampak.

" Ermm.. bosan juga , kan? Rutin, rutin, dan rutin," tanpa sedar saya mengeluh kebosanan.

*****
Saya mengakui, sejak lebih lapan tahun kami pulang dari luar negara, kami menjalani rutin hidup yang sama. Namun satu soalan daripada suami saya merungkai sebuah harapan untuk sayan dan anak- anak. Bertitik tolak daripada satu soalan itu, maka itulah detik permulaan perjalanan hijrah kami ke Australia.

Ajari Aku Tentang Syurga ~ Khairul Ghazali

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Jika seorng wanita pernah memiliki dua orang suami di dunia, suami yang mana yang akan menjadi suaminya di akhira? Mengapa kebanykan penghuni syurga terdiri daripada orang miskin? Hinakah menjadi orang kaya sehingga orang miskin didahulukan masuk ke syurga? Jika persoalan ini pernah menjentik minda kita namun tidak pula kita ketemu jawapannya, jelas ada sesuatu tentang syurga yang masih belum kita tahu.

Syurga itu destinasi impian setiap insan. Indahnya syurga itu, sehingga memikirkannya sahaja sudah membuatkan kita berebut mahu berbuat pahala. Seronoknya syurga itu, sehingga membayangkannya sahaja sudah menjadikan kita tunduk patuh kepada suruhan Tuhan . Apa yang penting, pilihan terletak di tangan kita. Kenali syurga dengan sebaik-baiknya, pasti kita akan teruja untuk menggapainya.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Penghargaan
Perkampungan di Akhirat
Pengertian syurga
Keindahan syurga
Nama-nama syurga, ahli, dan cahayanya
Syurga di langit ketujuh
Kehebatan sungal al-Kautsar di syurga

Tuesday 24 January 2017

Yes! Kau Milikku ~ Raziqa

(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

“Kau orang nak hidup, baik kau orang blah dari sini! Sebelum aku laporkan pada polis. Pergi!”
Bertempiaran Gedeng dan konco-konconya menyelamatkan diri. Saiful membetulkan kemejanya. Lengan baju dilipat sampai ke siku. Dia mendengus kasar.
Memang nasib menyebelahi kau hari ini. Kalau tidak dah lama aku berkabung atas kematian bakal bini aku ni, desis Saiful dalam hati.
Perasaan benci sudah menggunung bila rancangannya terbatal atas ugutan atuknya. Dia mengambil tali yang berada di pokok berdekatan dan dicampaknya ke dalam lubang.
“Naik!” arahnya malas. Saiful masih belum melihat wajah bakal isterinya itu.
Alih-alih, aku jugalah yang selamatkan perempuan ni! Pembunuh menyelamatkan si mangsanya. Bukan lucu ke bunyinya tu? Sempat lagi dia berseloroh dalam hati.

KARMIZA bukan main suka bila dapat tahu bahawa penyelamatnya itu merupakan orang yang akan dijodohkan dengannya. Apalagi, sikap daring dan terlajak sayang harus ditonjolkan. SAAT dia mengetahui siapa yang merancang pembunuhannya…Karmiza melarikan diri. Namun, lama manalah dia boleh pergi jika sudah terikat dengan Saiful.

Aku Nak Kaulah Cik Senget ~ Kay Delaila

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Disebabkan batch pertama yang keluar dari kilang akan tiba di lokasi terpilih, telah buatkan cik puan penulis tak senang duduk di rumah. Jom tenangkan hati... jab... (dup dap dup dap dup dap)
mesej di tingkap hijor...

mesej 1
"Kay... awak punya nanti ambik kat rumah mami Wan ya. Esok petang."
KD : ok... dup dap dup dap dah...

mesej 2
"Kay... esok saya gi ambik kat umah mami. Saya baca dulu ya."
KD : ok... double dup dap dup dap dah...

mesej 3
"Kak Kay jangan lupa janji kita... nak TT Cik Senget. Akak datang sini kan."
KD : ok... triple dup dap dup dap dahh...

Den tak tahu kenapa... walaupun dah biasa lalui situasi terbit karya, tapi makin lama den jadi makin seram. Rasa macam gayat je hahahaha... adakah ini penyakit biasa? atau luar biasa?

Monday 23 January 2017

Aku Bukan Spy ~ Rehal Nuharis

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Sebuah pesawat yang membawa seramai 239 orang penumpang hilang begitu saja dan menjadi tanda tanya seluruh dunia. Empat orang berjaya ditawan di dalam kapal terbang itu tetapi mereka tidak menemui Dato' Mohd Sharif, orang kelima yang sepatutnya juga berada di dalam kapal terbang itu.

"Apa yang buat kau ke sini? 1481 kilometer untuk sampai ke sini. Mesti ada sesuatu yang penting untuk kau kan?"
"Aku rasa alasan kita sama saja."
"Untuk ini?" Ditunjukkan telefon di tangannya itu.
"Di dalam itu."

Semua kebenaran itu diketahui Yasmin selepas dia mengetahui identiti sebenar Putra. Lelaki yang dicintainya itu.

Friday 13 January 2017

Encik Sebelah Jiwa ~ Zara Ryana

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

"Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to Maria. Happy birthday...to...you..." Effan cuba menyanyi lagu sempena hari jadi Maria.

Itu pun malu-malu kucing dia lontarkan vokalnya.

"Comelnya Encik Effan nyanyi." Maria tertawa kecil.

Terasa berderau darah panas menyerbu ke muka Effan. Muka maskulin macam ini dikatakan comel?

Pengantin Untuk Encik CEO ~ Aunie Ayunie

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Cinta tidak akan hadir jika tidak memberi. Cinta tidak akan manis jika tiada pahitnya.

Ahmad Ziyaad Adfie tidak pernah menyangka hatinya akan terpaut kepada gadis polos itu. Gadis yang selalu buat dia marah dan gadis yang selalu mencaras kata-katanya. Gadis itu buat dia tengok bulan sambil tersenyum. Gadis itu buat dia angau macam orang sasau. Gadis itu buat dia lupa pada kekecewaannya suatu masa dahulu. Gadis itu ialah Tihany Lailatul Amelia.

“Encik Ziyaad nak jatuh cinta dengan aku? Mustahil. Kalau aku jadi perempuan terakhir dalam dunia ni pun belum tentu dia akan pandang aku.” Tihany.

“Ahmad Ziyaad Adfie adalah lelaki yang setia pada kata-katanya, Sekali saya lafaz cinta selamanya saya akan setia.” Ziyaad.

Saat Ziyaad lafaz cinta, jantung Tihany seakan-akan terhenti. Mana mungkin lelaki yang ada segalanya seperti Ziyaad jatuh cinta dengannya. Ziyaad pula susun strategi baik punya untuk menjadikan Tihany miliknya yang sah. Dalam kekeliruan itu, Tihany terpaksa akur.

“Awak…Awak rasa lima jam tu cukup ke untuk jinakkan kucing liar dari Kedah ni?” Tihany.

Kesungguhan dan kedegilan Ziyaad membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Mencintai tak semestinya memiliki dan memiliki tidak semestinya akan bahagia. Bila dugaan datang membadai, mereka hampir tumbang dalam lautan cemburu dan ego. Atas nama cinta, Ziyaad bangkit demi harga sebuah perkahwinan. Dia tidak akan benarkan kisah asmara mereka tersadai begitu sahaja.

Duda Pujaan Dara ~ Hanny Esandra

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Si dara yang bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah.

Lalu, Ainee Marwah bertemu dengan Tengku Razeen. Si duda yang mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yang sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda.

Sikap Ainee Marwah yang gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara untuk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen.

Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yang buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dengan Dora yang Ainee Marwah gelar… Doraemon!

“Botol kicap, botol cuka. Saya ni bermimpi ke?”- Ainee Marwah
“Kain sutera, kain guni. Saya tanya betul-betul ni.”- Tengku Razeen

Al-Adab Al-Mufrad dan Terjemahan Himpunan Hadits Mengenai Adab ~ Al-Imam Al-Bukhari

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid Pertama) menghimpunkan hadits-hadits Rasulullah dan atsar para Sahabat berkenaan adab dan akhlak Islam yang mesti ada pada setiap umat Islam. Antara tajuk yang terdapat dalam jilid pertama ini:
* Adab dengan ibu bapa
* Keutamaan dan kelebihan silaturahim
* Adab terhadap jiran
* Akhlak sesama Muslim

Cahaya Yang Menerangi ~ Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

CAHAYA YANG MENERANGI menghimpunkan soal jawab bersama Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki dalam isu akidah dan hukum-hakam feqah. Soalan-soalan yang diajukan semasa sesi pengajian talaqqi ini dijawab oleh Syeikh Nuruddin secara spontan. Ustaz Muhadir telah mengambil inisiatif untuk membukukan soal jawab ini supaya manfaatnya dapat menyebar lebih luas kepada masyarakat. Antara permasalahan yang dijawab oleh Syeikh Nuruddin:
* Membawa atau memegang al-Quran digital
* Solat menghormati waktu
* Bangkai cicak dalam makanan
* Air mata orang hidup menitis ke muka mayat
* Pakaian bernajis disekalikan dengan pakaian lain di dalam mesin basuh dan banyak lagi.

Thursday 12 January 2017

Berdialog Dengan Allah ~ Khairul Ghazali

(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

Bercinta dan berdialog dengan Allah?

Bagaimanakah caranya bercinta dan berdialog dengan Allah, sedangkan Allah tidak dapat dilihat. Mungkinkah kita mencintai sesuatu yang tidak dapat kita lihat kewujudannya?

Penulis menghuraikan peranan kalbu dan hati untuk berdialog dengan Allah melalui pelbagai amalan. Yang penting amalan tersebut dapat kita sempurnakan dengan sepenuh hati atas nama cinta kepada Allah.

Update Iman Laju-laju ~ Ahmad Damha

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Jahanam Niat Mulia
Timah Hamit cuti hari tu. Dia duduk saja-saja kat rumah.Badannya tak sihat, nak pergi kerja pun liat. Dah sangap tengok TV dari pagi, nak tidur pulak awal lagi, dia pun pasang laptop, nak melayari Internet katanya. Dia buka blog-blog orang, dah bosan baca gosip-gosip artis dan sebagainya, dia pun buka youtube pulak. Nak try dengar ceramah-ceramah agama niat asalnya. Kot- kot ada ilmu boleh dapat sebelum mengantuk matanya. Nak eja "ceramah", dia pun taip c....baca seterusnya m/s 119

Unta from Australia
Mus: Alhamdulillah ustaz, saya dah pun sempurnakan ibadah korban saya tahun ni.
ustaz: Alhamdulillah, bagus. Enta Korban lembu ke kambing?
Mus: Unta, ustaz. Kebetulan ada kenalan saya jual unta. Tapi itulah, ada usykil sikit.....baca seterusnya m/s 25

3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel Warna ~ Adlil Rajiah, Najmi Haniffah

(SEM & S/S) RM45.00 > RM39.60

Sejak blog saya menjadi viral, saya sering terima pelbagai soalan daripada ibu bapa. Antaranya, macam mana nak atasi anak tantrum? Kenapa anak orang pandai, anak saya tak pandai? Anak saya ketagih gadget, apa saya nak buat? kenapa anak orang lain baik, anak saya pula degil? Jadi, saya sediakan semua jawapannya berdasarkan pengalaman saya membesarkan anak saya, Ashraf Haikal.

Dan antara penyelesaian untuk soalan ini, hanya semudah 3 kertas, 3 krayon dan 3 pensel warna.

Saturday 7 January 2017

Kekasih Sebelah Rumah ~ Lily Suriani

DISKAUN 5%
(SEM & S/S) RM26.00 > RM24.70

Sembilan tahun di UK, Fadhlan pulang membawa misi di hati. Mahu menyunting ‘adik’ sebelah rumah. Tapi, mahu meyakinkan Hanis Farhana yang dia sudah lama jatuh cinta pada si gadis tersangatlah susah. Lebih-lebih lagi antara mereka sudah wujud Thaqif. 

“Bukan Hanis ada sorang abang aje ke?” Thaqif menduga. 
Hanis terdiam. Bagaimana dia harus menjawab soalan itu? 
“Abang ni anak jiran rumah sebelah.” Fadhlan menjawab bagi pihak Hanis. 

Tangan bersahaja memaut bahu si gadis. Bagi Hanis Farhana pula, Fadhlan telah mungkir janji. Kata mahu dia menunggu tetapi Fadhlan sediri yang cari lain. Bagaimana dia mahu percayakan Fadhlan sedangkan adik lelaki itu sendiri kata Qalisha itu bakal kakak iparnya. Jadinya, Fadhlan harus bekerja keras untuk merebut kembali hati Hanis. Dia perlu yakinkan Hanis yang dia tak pernah mungkir janji. 

“Qalisha macam adik je pada abang. Dia kan kawan baik Ayie. Abang cuma sayang Honey. I love you so much.” – Fadhlan 
Saat hati sudah bertaut, mereka perlu main sembunyi-sembunyi. Nak keluar berdua pun harus sorok-sorok. 
“Selalu buat kerja macam ni?” Haidar menyergah. Hanis geleng. Takut-takut memandang si abang. “Kau pun sama Fadh, bukannya nak mintak izin.” Si abang membebel lagi. 
“Along nak bagitahu ibu jap.” Haidar pura-pura mahu menelefon ibunya. 
“Along...please...janji tak buat lagi.” Hanis sudah tahap merayu. 
“Kalau buat lagi...siaplah! Along bagitahu ibu, kawinkan adik cepat-cepat.” 
“Aku suka aje kahwin cepat-cepat ni. Honey, lain kali kita buat lagi erk.” 
Fadhlan kenyit mata. Nakal. Berjayakah Fadhlan jadikan Hanis permaisuri hatinya atau Hanis Farhana akan terus kekal menjadi orang rumah sebelahnya sahaja?

Biar Aku Yang Setia ~ Nani Yuhanna

DISKAUN 5%
(SEM & S/S) RM26.00 > RM24.70

Pertemuan pertama Lis Jasmine dengan Aki Razin sangat tidak menyenangkan. Aki tu adik Annur dan Annur itu kawan Jasmine. Tapi kenapa Jasmine rasa lelaki itu tak sesuai sebagai adik kawannya? Sebab mulutnya tak sopan seperti kakaknya.

“Jadi orang ni jangan nak perasan sangat walaupun betul diri cantik.”-Aki Razin 

Pertemuan demi pertemuan, Jasmine akui, Aki bukan saja bermulut tak sopan, tapi beku dan kejung juga. 

“Dalam mulut awak tu ada jongkong emas ke sampai nak senyum pun tak boleh?”- Lis Jasmine. 

Jasmine tak tahu, Aki jadi begitu disebabkan kisah lampau yang menyakitkan. Bagi Aki, perempuan semua sama, tidak jujur dan tidak setia. Tapi makin lama mengenali Jasmine Aki jadi selesa. Dari ‘tidak biasa’, dia mula ‘terbiasa’ dengan kehadiran Jasmine. Tanpa ucapan cinta atau janji setia, tiba-tiba Aki melamar Jasmine dan Jasmine yang sejak awal sudah ada ‘rasa’ di hatinya buat Aki terus setuju. Tapi payahnya mendengar lafaz cinta dari bibir Aki buat Jasmine ragu-ragu, wujudkan cinta di hati Aki untuknya? 

“Betul ke kita berkongsi perasaan yang sama, Aki?”– Lis Jasmine 
“Tak cukup ke usaha saya membahagiakan awak selama ni?” – Aki Razin 
Mampukah mereka bahagia andai di dalam hati masing-masing tertunas keraguan? Bisakah mereka saling setia andai kata cinta tidak pernah diungkapkan?

Friday 6 January 2017

Syarah Safinah An-Naja ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

Hard cover (SEM & S/S) RM60.00 > RM52.80
Soft Cover (SEM & S/S) RM45.00 > RM39.60

MISHBAHUD DUJA SYARAH SAFINAH AN-NAJA ini merupakan edisi kemaskini daripada kitab SYARAH SAFINATUN NAJA. Kitab ini ditambah lebih banyak syarahan, permasalahan, keterangan, fawa’id (faedah-faedah), tanbih (perhatian), catatan dan tatimmah (penyempurna), di samping hikmah dan hikayah, untuk menjadikan ia lebih lengkap dan lebih bermanfaat kepada semua pembaca. Nota-nota tambahan daripada kitab-kitab feqah yang muktabar disertakan bersama dengan sumber rujukan.

Tajuk dan bab yang dibincangkan dalam kitab ini sangat penting diketahui semua umat Islam, lelaki dan perempuan sebagai pedoman untuk beribadah dengan sempurna:
* Bersuci
* Solat
* Pengurusan jenazah
* Puasa
* Zakat
* Haji dan umrah.

Room Mate ~ Khaidir Helmi

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

ROOMMATE membawakan kisah Awira yang merupakan pelajar baru di sebuah universiti tempatan dan di situlah dia mengenali Sofi sebagai rakan sebiliknya atau yang sering dipanggil sebagai roommate. Pelbagai kejadian aneh telah berlaku kepada Awira sejak dia menjadi pelajar di situ. Antara gangguan yang berlaku, Awira menyaksikan di depan mata kepala Sofi melekat di dinding bilik mereka.


Awira telah terlibat dengan permainan ghaib yang menjadi kegilaan pelajar-pelajar di situ. Permainan yang menyeru kanak-kanak kecil bernama Bloody Mary, dipercayai boleh menunaikan seluruh hajat orang yang meminta. Sofi rakan sebilik Awira juga terjebak dengan

permainan tersebut. Sofi menjadi tertekan kerana sering diugut oleh “benda” terbabit. Dalam keadaan terdesak, Sofi telah menjadikan Awira sebagai cagaran untuk Bloody Mary. Awira semakin tertekan kerana sering diganggu.

Amalan Selepas Solat ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

AMALAN SELEPAS SOLAT menghimpunkan amalan-amalan yang disusun khas untuk dibaca setiap kali selepas solat fardhu. Setiap amalan adalah bersumberkan daripada al-Quran, hadits dan amalan ulama sejak dahulu.

Amalan yang bersanad dan istimewanya, pembaca boleh mendapatkan ijazah daripada penulis. Antara amalan yang dimuatkan dalam buku kecil ini:

* Wirid al-Qusyasyiah
* Wirid al-Fatihah Imam Ghazali
* Hizbun Nawawi
* Ratib al-Haddad
* Ratib al-‘Attas
* Doa Fakhrul Wujud
dan banyak lagi.

Tuesday 3 January 2017

Sumpah Sundal Sutinah ~ Dhieya Adlynna

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Setiap warga Hospital Prima tahu sebaris nama ini. Kisahnya, sentiasa diceritakan dari satu mulut ke mulut lain. Kononnya Sutinah sudah menghantui Hospital Prima sejak 20 tahun dulu. Sehinggalah mereka semua dikejutkan dengan kejadian pelik. Seorang demi seorang dijumpai mati dalam keadaan mengerikan. Lebih mencurigakan, apabila pihak pentadbiran menyembunyikan punca sebenar kejadian itu sehingga mencetuskan rasa takut di kalangan warga Hospital Prima. Nabila seorang jururawat di hospital itu mula merungkai kejadian ngeri di sebalik gangguan Sutinah.

Apa sebenarnya sedang berlaku? Benarkah ia ada kaitan dengan Sutinah? Ataupun, mungkin juga Hospital Prima sudah terkena sumpah sundal Sutinah.

"Kau beruntung, sebab tak perlu nampak benda tak sepatutnya." ~ Bunga
"Tapi... tetap nampak kerusi malas yang tiba-tiba sahaja bergerak sendiri. Saya rasa... itu lagi seram..." ~ Nabila
"Aku bukan apa Bella. Aku takut... aku takut! Kalau-kalau nanti aku pula yang akan menjadi mangsa seterusnya..." ~ Tina

Monday 2 January 2017

28 Hari Di NICU ~ Abdul Muhaimin

(SEM & S/S) RM35.00 > RM30.80

"Pesakit Sindrom Edward merupakan pesakit yang 'incompatible with life', kerana mengikut vrekod mereka tidak akan bertahan lama untuk hidup."

28 hari di NICU merupakan hari-hari yang penuh dengan perasaan cemas, gusar, sedih dan pilu. Saat pakar perubatan menoktahkan takdir bahawa anak saya, pada bila-bila masa sahaja akan meninggalkan saya, pada detik itu saya percaya anak saya boleh menempuh segalanya dengan kekuatan kasih sayang kami sekeluarga. Maka bermulalah kembara kami, kembara menjaga amanah Allah, kembara merungkai persoalan hidup dan masa depan. Sesungguhnya, kembara ini kembara yang panjang.

Bismillah Yang Hilang ~ Dr. Mohd Shafiee Hamzah

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

BISMILLAH YANG HILANG. Cuba tengok solat kita. Bila kita baca al-Fatihah, kita akan sebut bismillah. Tidak sah solat kita kalau tertinggal bismillah. Tapi lepas kita bagi salam, bismillah mula hilang dari kehidupan kita. Kenapa dalam solat tadi, bismillah selalu dibaca? Tapi lepas habis solat, bismillah pun lesap. Ke mana hilangnya bismillah yang kita baca dalam solat tadi?

Expectation ~ The Bingkisanhati

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Kata mereka, aku hina dan tak layak jadi baik, masa silam aku jahat.

Aku senyum.
Aku sabar.
Aku pekakkan telinga.

Mereka tak tahu, aku punya matlamat ingin terbang ke syurga.
Kenapa perlu fikirkan expectation orang lain.
Sedangkan expectation Allah lebih penting.
Kuatlah! Kau tidak keseorangan.