NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 13 July 2017

Lebih Daripada Indah ~ Zara Ryana

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Dia bukanlah ratu cantik, ratu kebaya atau yang seangkatan dengannya. Tetapi, seperti nama yang tertulis pada surat beranak dan kad pengenalan, namanya adalah Ratu Althia.

Tak pernah bercinta. Tetapi, bila berjumpa dengan Edrus yang berjaya mengusik naluri perempuannya, dia mula rasakan hidup huru-hara. Lagi bertambah huru-hara apabila Ratu Althia dapat berita mamanya nak berkahwin lagi.

Nak kahwin pula dengan adik kepada Edrus iaitu Taufiq. Puan Misbah menentang keras. Edrus terdesak untuk menghalang hubungan itu.

“Awak suka ke mama awak kahwin lain?”
“Mestilah tak suka.”
“Kita boleh halang dia orang daripada berkahwin. Tapi, awak kena tolong saya.”

Ratu Althia setuju untuk bercinta dengan Edrus. Namun, ada kebenaran yang mungkin melukakan sekeping hati.

“Saya tak nak dengar apa-apa. Semua tu dah cukup jelas, Ed. Rupa-rupanya perasaan awak terhadap saya selama ni pun satu lakonan. Bagus lakonan awak. Awak memang layak dapat anugerah pelakon lelaki terbaik. Kalau awaklah calon untuk anugerah tu, saya akan undi banyak-banyak.” - Ratu Althia

Bagi Edrus, cinta kepada Ratu Althia bukanlah lakonan. Kerana iri hati dan dendam adik sendiri, dia dikhianati. Dan, cinta siapakah yang paling teguh akan bertahan hingga ke penghujungnya? Ratu Althia bakal dapat suami atau bapa tiri?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...