Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 26 October 2017

Kahwin Paksa Tapi Suka ~ Qhayra Qhayriesa

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

“Apa? Tengku Qaizer Farhan? Xian Hui Han?”

Ternganga Rania bila dia tahu dia bakal dikahwinkan dengan anak kawan baik Tuan Hadi. Bakal suaminya itu bukan tiada rupa orangnya. Malah, berharta pula. Cuma, ada satu perkara yang buat Rania tak berapa suka dengan bakal suaminya itu.

Perangainya tak ubah macam samseng. Kalau tidak, takkanlah lelaki itu digelar samseng sepet!

Daripada tak suka, lama-lama Rania mula jatuh cinta. Tak kisahlah lelaki itu bagaimana orangnya, hatinya sudah Tengku Qaizer Farhan sepenuhnya. Apatah lagi hidupnya semakin bahagia. Tapi, bukan rumah tangga namanya jika tiada dugaan.

“Tunggulah kau Rania. Kali ini, nasib kau takkan sebaik sekarang lagi. Sampai bila-bila.”

Pertemuan Rania dengan Azie buat hati Rania mula resah. Kemunculan Ridhuan yang pernah punya kisah hitam dengannya buat Rania makin tidak senang. Apa yang harus Rania lakukan bila kisah silamnya kembali disingkap? Sanggupkah dia berdepan dengan pemusnah hidupnya demi memastikan bahagia sentiasa ada bersamanya?

Tapi, samseng sepet itu heronya. Tengku Qaizer Farhan sentiasa ada bersama Rania kerana itulah janji lelaki itu semenjak mereka menjadi suami isteri.

Lelaki Tangkap Muat ~ Mynfamieza

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Gara-gara nak menutup malu, Qisya Adelia telah dihantar ke kampung. Duduk bersama Hajah Limah yang kuat berleter dan suka mencari salahnya. Pantang bertemu muka, pasti ada yang tak kena.

Tak tahan azab duduk di dalam rumah, Qisya Adelia secara senyap menyelinap keluar mencari hiburan. Dia hampir diperangkap. Nasib baiklah Hael Iktizaz, cucu angkat kesayangan Hajah Limah menjadi penyelamat.

Hajah Limah pening kepala. Tak tahu nak buat apa, Hael Iktizaz datang bersama dengan ideanya. Dia meminta toknya kahwinkan sahaja dan dia sudi terima.

Bukan mudah untuk Qisya Adelia setuju. Lagi-lagi lelaki yang jadi pilihan papanya adalah lelaki yang suka menyakitkan hatinya. Sampai sanggup dia mengambil tindakan gila gara-gara mahu memprovok keputusan tegas papanya. Tapi, tidak dilayan. Dia cuba untuk membantah dengan cara lain pula.

“Aku tak percaya. Lelaki macam kau ni mesti ada niat lain. Sebab tu kau nak sangat nikah dengan aku, kan?”
“Ya. Aku memang berniat kalau ada jodoh antara kita berdua aku nak bimbing hang sampai syurga.”

Hero Pandang Pertama ~ Nia Qurratun'aini

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Tak semua heroin akan jatuh cinta pandang pertama dengan heronya. Itulah yang terjadi bila Aura Aisyah pergi pasar pakai kasut wedges. Dah nak terjatuh, mujur Qauthar sempat sambut. Tapi, Aura Aisyah tuduh lelaki tu nak ngurat dia pula.

“Habis tu, kenapa gaya awak macam nak usyar saya aje?”
“Saya tak cakap pun. Saya cuma cakap hero selamatkan awak. Saya tak cakap yang saya nak ngurat awak.”
“Bukan sama aje ke? Awak perasan yang awak tu hero saya.”
“Awak ni, perasan cantik eh?”

Orang cakap kalau kali pertama itu kebetulan, yang kedua itu tak sengaja. Kalau dah kali ketiga muncul depan mata, itu takdir namanya. Kali ini, bukan setakat hero, Qauthar jadi suami Aura Aisyah secara tiba-tiba.

Mula-mula, biasalah. Isteri tak nak suami datang dekat-dekat. Tapi, bila Qauthar menyakat, mulut yang laju membangkang jadi tersekat-sekat.

Monday 23 October 2017

Dia ~ Umie Nadzimah

(SEM & S/S) RM29.00 > RM25.50

Mengenal cinta.
Mengejar bahagia.
Mencari dia.

“Aku berserah pada takdir tapi hati aku selalu menyebut nama dia. Hanya dia yang aku tunggu.” – Aira

Aira, kisah cintanya tidak seindah yang diimpikan. Kerana Emelda, dia terpaksa mengalah. Aira pasrah apabila Aidit memilih Emelda untuk dijadikan teman hidupnya. Aira percaya akan ada hikmahnya yang menanti.

“Aku pernah merasai cinta. Dia begitu sempurna buat aku. Tapi aku perlu tahu tidakkah aku dengan dia sempurna bersama?” - Aidit

Aidit, dia tidak menyangka keputusannya untuk ke Kuala Lumpur bagi mengikuti program pertukaran pelajar Indonesia-Malaysia telah membongkar satu rahsia. Keluarga Aidit sudah menetapkan calon isteri buat Aidit iaitu Emelda, anak majikan orang tua Aira. Dengan hanya satu sebab Aidit perlu berkorban! Korbankan cintanya terhadap Aira. Dalam melayani duka lara hati, Zaid muncul membawa rasa cinta buat Aira. Pelbagai cara yang Zaid lakukan untuk menambat hati Aira.

Friday 20 October 2017

Mahabbah Terindah Adam & Hawa ~ Cik Tet

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

“Assalamualaikum.” Sapa Hawa perlahan bila saja telefon diletak di tepi telinga. Ada sedikit debar di dalam sana.

“Waalaikumsalam.” Mendengar suara itu bagai ada sesuatu yang mengetuk hati kecil Hawa. Sukar untuk mentafsir namun hati rasa tenang dan segala resah seakan dibawa jauh pergi dari hati. Kenapa dengan hatinya? Apa sebenarnya yang dia inginkan? Lama keadaan sunyi dan sepi. Baik Hawa mahupun Adam, lidah seakan kelu untuk berbicara. Hanya hati yang sedang berdetak.

“Papa te?” Suara Suri mengejutkan Hawa.
“A.. ada apa ya?” Soal Hawa sedikit gugup.

“Abang nak cakap dengan anak abang tu. Tolong bagi telefon dekat dia.” Jawab Adam terus. Hati Hawa yang tadi tenang kini bagai dilibas. Pedih. Sikit pun Adam tak sudi untuk bertanya khabar dirinya. Yang jauh dari telinga itu juga yang diingatinya.

“Kejap.” Dengan lemah, Hawa kembali ke katil. Telefon dihulurkan pada Suri.
“Papa nak cakap.” Terus ceria muka Suri bila dengar nama papa.
“Alaitum.” Salam diberi walaupun pelat. Dah biasa dengar mama dia cakap macam tu bila jawab telefon. Hawa hanya memerhati sambil menyarung lampin pakai buang dan seluar ke tubuh Suri.

Encik Kembar Jatuh Cinta ~ Aira Eddy

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

TENGKU ZALIF baru selesai solat namun Didi masih di atas katil. Puas dia mengejutkan isterinya tetapi tidak dihiraukan oleh Didi. Akhirnya Tengku Zalif solat sendirian.

“Saya kira sampai tiga, kalau awak tak bangun jugak. Siap!” Tinggi nada Tengku Zalif.

Didi menekup mukanya dengan bantal. Malas mendengar leteran suaminya.

Okey, tak nak dengar, kan…” Tengku Zalif bergegas ke bilik air dan membawa semula segayung air.

“Siap kau! Degil sangat.” Laju langkahnya ke tepi katil. Bantal yang menekup muka Didi dirampas lantas air di dalam gayung dicurah ke atas muka Didi.
Rasakan!

Tercungap-cungap Didi saat air masuk ke dalam lubang hidungnya. Sepantas kilat dia duduk.

“Awak ni kenapa? Nak bunuh saya ke?” Soal Didi sambil terbatuk-batuk. Jelingan diberikan pada
suaminya.

Awak Dah Curi Hati Saya ~ Luvis Eija

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Pertemuan pertama antara mereka diserikan dengan bunga-bunga pertengkaran. Sikap kekwat yang ditunjukkan oleh WAZIF membuatkan hati HUSNA AQILA meluat gila.

“Kau ni dah gila, erk?” ~ Wazif

“Awak tu yang gila! Dah nampak saya bagi signal nak masuk parking ni, kenapa awak main redah aje? Parking tu saya yang cop dulu! Nasib baiklah saya sempat tekan brek tadi. Kalau tidak…” ~ Husna

“Kalau tidak, kenapa? Simpanlah taktik lapuk kau tu! Aku tahu kau sebenarnya nak mengurat aku, kan? Pleaselah… perempuan macam kau ni… mmm, bukan taste aku!” ~ Wazif

Hati Husna terbakar. Sungguhpun begitu, dalam diam dia akui mamat kekwat itu memang kacak orangnya. Tapi sayangnya… mulut busuk macam longkang! Namun, apa yang Husna kisah! Kekasih hatinya Mikail tetap menjadi lelaki terkacak di matanya. Perancangan Allah itu memang tidak pernah terduga. Selepas pertemuan pertama, terjadi pula pertemuan demi pertemuan yang seterusnya. Masih lagi ada bunga-bunga pertengkaran, namun aneh! Hati masing-masing mula berdetak sesuatu. Sungguhpun begitu, bagi Husna cintanya hanya untuk Mikail seorang. Namun, impian indahnya hanya tinggal kenangan. Kedatangan Mikail pada suatu hari menuntut perpisahan, sekali gus mencarik jaring angannya. Wazif pula, dek kecewa dengan cinta silam membuatkan dia dingin dan beku dengan perempuan. Bagi Wazif, cinta itu cuma menyakitkan.

Friday 6 October 2017

Dia Jejaka Eksklusif ~ Cik Bawang

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Tangan cuba mengambil kesempatan memegang tangan Mark yang berada di atas meja. Namun pantas Mark menjatuhkan tangannya ke bawah meja membuatkan gadis itu mengeluh kecewa.

Mark terdiam bila tak tahu nak panggil apa calon 52 itu. Terlupa pulak dia nama gadis itu. Sempat lagi dia mengerling Malik dan Zainal yang sudah terkekek-kekek menggelakkan dia. Hish! Menyesal bawak dua malaun itu. Pasti dia akan dibahan nanti. Adui...menyesalnya!

Alina merenung Mark penuh pengharapan bila Mark seperti tidak berminat untuk berbual dengannya.

“Aku tak minat dengan kau. Maaf. Hidup kau akan sengsara kalau kita bersama.” Mark bersuara tanpa nada.

Mark kerling hujung mata Malik yang sedang buat gaya hatinya ditikam bertalu-talu. Ceh! Nak kata Mark kejam la tu. Baik kejam sekarang daripada kejam kemudian hari.

Alina tergamam bila Mark dengan penuh dingin menolak dirinya. Terasa panas pipi dia kerana malu, sedih dan marah dengan kata-kata Mark yang seakan menembak tepat ke hatinya. Tanpa sedikit pun kiasan!

Isteri Cagaran ~ Reen Syazreena

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

“Abang…” Huda geleng kepala. “Ia bukan salah abang.”

Amran senyum kelat. “Jangan marah ayah, Huda.”

Huda mengeluh kasar. Sejak insiden hari itu, dia langsung tidak bercakap dengan ayah. Tindakan ayah kali ini benar-benar membuatkan dia hilang hormat pada lelaki itu. Untuk kesekian kalinya, ayah sekali lagi mengecewakannya, sepertimana berita perkahwinan kedua ayah mengecewakan arwah mama.

“Semua orang buat salah, begitu juga ayah.” Tambah Amran lagi.
Huda diam.
“Huda…”

Amran dan Huda menoleh. Kelihatan Encik Adli sedang berdiri memandang mereka.

Encik Adli memandang anak sulungnya. “Boleh Amran tinggalkan ayah dengan Huda?”

Amran pandang Huda sebelum angguk kepala. Dia bangun, melangkah masuk ke dalam rumah.
Keadaan menjadi sepi seketika. Baik Huda mahupun Encik Adli, masing-masing mendiamkan diri. Masing-masing kelihatan janggal.

With All My Heart ~ Adeeba Eryna

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Takdir Tuhan menemukan Syafira Arissa dan Adam Hariz dan menghubungkan mereka sebagai adik dan abang angkat. Satu insiden telah menyebabkan Syafira Arissa membawa diri ke Korea selama lima tahun. Sangkanya kembali dia ke Malaysia, Adam Hariz sudah menjadi suami orang namun sangkaannya meleset apabila dia dilamar hanya setelah dua hari dia kembali ke Malaysia. Biarpun luka lama masih berdarah namun hati tetap berbunga. Syafira Arissa menerima lamaran itu antara rela dan terpaksa. 

Namun, tiada siapa yang menyangka, seminggu sebelum majlis berlangsung, Adam Hariz telah menjadi milik wanita lain. Kecewa? Benci? Semuanya bercampur baur, lantas majlis perkahwinan mahu dibatalkan tetapi tidak pada Adam Hariz, dia tetap mahu Syafira Arissa menjadi isterinya.

Suami Tuan Puteri ~ Wardina Aisyah

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

“Bonda… I present to you, Ihraz Zahin, my boyfriend..”

Ya Allah, aku? Ihraz Zahin terkaku saat mendengar ayat itu dari bibir si tuan puteri. Mata membulat. Darah sudah lama terhenti saat ayat tadi ternoktah. Wajah Eshal Rania dipandang tak berkelip. Tak guna punya tuan puteri. Siapa boyfriend kau?

“Awak dah gila ke? Saya tak nak kahwin dengan awak!” –Ihraz Zahin
“Excuse me?! You ingat I ni kemaruk sangat ke nak kahwin dengan lelaki macam you? Hu… Please!”-Eshal Rania

Kerana terlajak kata, Eshal Rania sudah tidak boleh menoleh lagi. Membohongi bonda hanya kerana tidak menyenangi Syed Ameer XXX. Akhirnya, dengan restu ayahhandanya, tuan puteri sah menjadi isteri kepada pemandu keluarganya. Ihraz Zahin dengan rasminya menjadi pemilik hati Eshal Rania.

Tuan Puteri vs driver?

Sejak dari itu, bermulalah kisah dongeng Eshal Rania. Kononnya mampu mengekalkan ego sang puteri. Dia diva! Dia mementingkan segalanya. Malah, hanya orang yang setaraf sahaja boleh mendampinginya.

Bukan Kemahuan Fikiran ~ Dilla Ahmad

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Benarlah jodoh itu di tangan tuhan. Bukan di tangan manusia.

Nurul Ain telah ditunangkan dengan Tengku Zarif. Tapi kemudian dinikahkan dengan Tengku Hadif bila Tengku Zarif tiba-tiba menghilangkan diri. Untuk menjaga nama baik tok abah dan Ayah Ku, Tengku Hadif yang punya masalah sendiri akur dengan permintaan keluarga.

“Ain nak minta abang tolong tanggalkan sepit kat belakang selendang Ain ni. Boleh tak? Kalau tak boleh tak apalah…”- Nurul Ain

“Aku tunggu kat luar. Aku bagi sepuluh minit untuk kau bersiap. Lambat, aku tinggalkan aje.”- Tengku Hadif

Dia bukan lelaki yang sukakan komitmen. Dia sendiri masih mencari siapa dirinya. Dengan kehadiran Ain semakin menambahkan masalah yang sedia ada.

“Aku tak pernah expect ada orang lain yang akan tinggal kat dalam rumah ni. Jadi aku harap kau tak harapkan apa-apa dari aku.” – Tengku Hadif

Penawar Kehidupan ~ Fazimah Hayati, Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Sifat manusia itu lemah. Sering kali tewas dek bisikan nafsu dan syaitan. Lalu mereka perlu mencari penawar agar hidup tidak tersasar dari jalan yang benar.

Penawar Kehidupan mengajak manusia berfikir sejenak. Ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan. Ada akal yang perlu digunakan.

Arkitek Jalanan ~ Teme Abdullah

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

To be honest, aku bosan dah dengar orang cakap, “Belajarlah kerana Allah.” Setiap kali aku mengadu down, setiap kali aku mengeluh nak give up...

Aku diam sajalah, acah-acah makan dalam. Yalah, orang picisan macam aku ni, mana layak membantah ayat-ayat daripada budak-budak usrah.

Tapi sebenarnya kan…Aku tak pernah faham pun maksud ‘belajar kerana Allah’ tu.

Monday 2 October 2017

Kekasih Yokkaichi ~ Nuris

(SEM & S/S) RM25.90 > RM22.80

“Jadi, awak datang sini cari saya?” Takishi bertenggek di tempat duduk belakang basikal. Sempat dia mengerling ke sisi, ke wajah kekasih hatinya yang sangat dirindui. Ana masih lawa meskipun mukanya sudah nampak bengkak sebelah.

“Tak,” jawab Ana selamba.

“Jadi, awak datang ke sini untuk apa?” Terkalih terus muka Takishi dengan jawapan Ana itu.

“Saya cari hati saya yang tertinggal di sini.” Ana datang dan menyandar di tempat pembonceng, bersebelahan Takishi sambil dia melepaskan senyum jauh ke hadapan, ke arah pokok-pokok ru yang tumbuh sederet di taman itu.

“Hati awak saya masih simpan, Liyana. Kejap-kejap di dalam hati saya ini,” luah Takishi.

Ana menggigit bibir sambil mengawal senyumnya. Namun tidak berdaya apabila pandangan romantis lelaki itu luruh ke raut wajahnya dengan suatu pandangan yang tidak dapat Ana tafsirkan, membuatkan jantungnya berdegup dengan begitu laju.