ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 26 January 2018

Calon Suami Bukan Pilihan ~ Reeani Annur

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Gara-gara syarat Mak Bie yang menetapkan adik tak boleh langkah bendul kakak, Nadira hadapi satu masalah besar. Kena cari calon suami dan kahwin cepat-cepat supaya Usop boleh kahwin cepat-cepat juga. Usop cadangkan Nadira kahwin dengan Azeem, lelaki yang dah lama ada hati kepada Nadira. Tapi, Nadira tak nak.

Menjadi calon suami bukan pilihan Nadira memang tak pernah mudah bagi Azeem. Sebab sebelum mereka dapat jadi suami isteri, dia dah kena reject dengan Nadira sebanyak 20 kali. Lepas dah kahwin pun Nadira tetap juga susah nak terimanya. Tapi, dia tak risau. Sebab ada macam-macam pelan memikat yang dia dah rangka. Tunggu nak jalan saja.

Memang tak seronok hidup bersama lelaki yang dia tak cinta. Nak mesra-mesra rasa segan habis. Tapi, Azeem rasa hidupnya begitu bermakna dapat jadikan Nadira sebagai isteri. Paling seronok dapat usik-usik dan nakal-nakal dengan Nadira.

“Lebih baik kau berjaga-jaga, Nad.”
“Berjaga-jaga apa?”
“Sebab tak lama lagi kau akan jadi gila bayang dekat aku sampai tahap kau tak boleh hidup tanpa aku

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...