Dakwah bukan sekadar berlaku apabila kita berada di pentas popular yang ramai audiensnya. Komunikasi dakwah juga ada daripada khalayak kumpulan kecil sahaja.
Dalam lingkungan keluarga, di sekolah, bersama kawan rapat, bahkan juga saat berdiri tegak tanpa komunikasi di tengah-tengah masyarakat. Menerusi kisah-kisah kejayaan, kita ambil inspirasi dan teladan. Menerusi kisah-kisah kegagalan, kita bina sempadan!
Lain waktu, lain cabarannya. Lain orang, lain sukatan besar kecil ujian yang akan menimpanya! Namun yang pasti, naskhah CHAIYOK! ini membawakan kisah-kisah hebat dan sangat istimewa! Tidak semua orang berpeluang melaluinya, namun kini sebagai pembaca naskhah ini, semua orang boleh rasa pahit getirnya
CHAIYOK! adalah bahasa pasar masyarakat kita yang diinspirasikan daripada sebutan perkataan bahasa Cina dan Korea. Ia diertikan sebagai satu suntikan motivasi yang bermaksud BERUSAHALAH! atau BERSEMANGATLAH!