Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 6 January 2020

Check It Out! ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00
CHECK IT OUT! adalah himpunan kisah-kisah benar 25 orang penulis berkaitan tabayyun. Cakupan penceritaannya pelbagai. Ada kisah-kisah mangsa fitnah. Ada kisah dari perspektif orang yang mendengar fitnah. Bahkan ada juga kisah pengakuan penulis yang tersalah langkah hingga memfitnah. Kesemuanya menjurus kepada satu perkara, betapa bahayanya jika maklumat tidak diuruskan dengan baik!

Cakap, salah. Tak cakap, pun salah. Memang, kadang kita jadi serba salah. Pesan Rasulullah, kalau tidak ada perkara yang baik, diamlah. Pesanan ini memang perlu kita pegang erat-erat. Tapi dalam pada itu, kita juga harus akur pada pesanan baginda agar kita sentiasa menyuburkan jiwa pendakwah.

Maka, selain berhati-hati, kita juga mahu menginsafi peluang dan kesempatan bernyawa yang masih berbaki ini. Ya, mengapa mesti diam kalau kita boleh berbicara yang baik-baik dan menyebarkan kasih sayang! Kita tidak mahu duduk diam saja. Kita mahu berbicara. Bicara yang boleh menjadi sungai yang mengalirkan pahala berterusan buat kita.