ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 11 June 2020

Bayu Aweera ~ Cik Tet

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Dari mana Bayu tahu nama penuh Sonia? Siapa yang dah pecahkan rahsianya yang satu itu? Bayu sedang menyiasat tentang diri dia ke? “Sonia anak saya. Sampai bila-bila pun dia tetap akan jadi anak saya.” Pintu kereta ditolak dengan kuat. Namun lengan Cempaka sudah ditarik Bayu, menahannya daripada turun.

“Kau jangan cuba nak lari daripada aku. Aku juga ada hak ke atas Sonia.” “Jangan ingat awak boleh rampas dia daripada saya. Dia anak saya!” Tangannya direntap dengan kuat. Tanpa menunggu, Cempaka terus turun dari kereta dan meluru masuk ke dalam bilik di belakang kedai. Menyorok dekat situ dengan tubuh yang menggigil. Tubuh kecil Sonia masih dipeluknya dengan kemas. Sedikit pun dia tak lepas.
“Nyanya anak umi cik, kan? Nyanya takkan pergi tinggalkan umi cik, kan?” Sonia hanya menggeleng. Pelik dengan sikap umi cik nya yang berubah dengan tiba-tiba. “Nyanya anak umi cik. Umi cik takkan biarkan sesiapa pun rampas Nyanya daripada umi cik. Perempuan tu tak boleh tahu pasal Nyanya. Umi cik takkan biarkan dia apa-apakan Nyanya.” Wajah Sonia dipeluk ciumnya dengan bertalu-talu. Tak dapat dibayangkan kalau dia terpaksa berpisah dengan Sonia. Sejak lahir, dia yang menjaga Sonia. Dia yang membesarkan Sonia dengan bersusah payah. Dia takkan khianati janji dia dengan Melati.
“Nape umi cik nanyis ni?” “Umi cik nangis sebab umi cik sayangkan Nyanya. Umi cik tak sanggup kehilangan Nyanya. Apa yang harus umi cik buat ni, sayang? Umi cik takkan biarkan dia rampas Nyanya daripada umi cik.” Tubuh Sonia dipeluk dengan kemas bagi menggambarkan hati yang sedang bercelaru. Teringatkan sesuatu, tubuh Sonia ditarik menghadap mukanya. “Pak cik tadi ada tanya Nyanya apa-apa tak?” Sonia pandang saja muka Cempaka sebelum mengangguk. “Nyanya cakap nama Nyanya siapa?” Si kecil itu mengangguk lagi.
“Dia tanya nama ayah Nyanya siapa?” Kali ini Sonia pandang muka Cempaka dengan riak yang berlainan. Seolah-olah sedang berfikir. “Pak cik tadi tanya nama ayah Nyanya siapa?” Ulang Cempaka lagi. Selalunya memang Sonia akan beritahu siapa nama ayahnya kalau ada yang bertanya. Dia akan beritahu nama penuhnya berserta dengan binti sekali. “Pak cik Tajul yah yang tanya.” Cempaka mengangguk dalam air mata. Baru dia tahu kini dari mana Bayu mendapat tahu pasal nama penuh Sofia. Tajul yang merisik dekat ladang kuda kelmarin rupanya. “Sayang... kita pergi dari sini, ya? Tempat ni dah tak selamat untuk Nyanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...