Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday, 11 June 2020

Cik Andam Gojes ~ Azizah Ami

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

TERSEDAK Rinie tatkala Alif membawa seseorang ke rumah untuk diperkenalkan padanya. Macamlah dia tak kenal dengan Abu tu. Setiap kali dia ke bengkel, mata lelaki itu galak memandang daripada atas ke bawah. Gatal bukan main! "Keluarlah berkenalan dengan dia." Alif memaksa. "Abang Long tak nampak ke Rinie tengah makan tengah hari ni? Abang Long pergilah layan dia. Suruh Rinie pula dah," rungut Rinie lalu meneguk air kosong dengan laju. Arin dah menggeleng geram. "Lepas makan, Abang Long nak Rinie jumpa kawan Abang Long tu. Kalau tak, siap Rinie!" Jari telunjuk tepat mengenai hidung Rinie. Eleh, macamlah aku takut sangat.

Abang Long aku ni...kalau tak cari pasal dengan Kak Long, dia cari pasal dengan aku pula. Kalaulah dia tu adik aku, memang dah lama aku tomoikan muka dia! Geram Rinie. "Cepat sikit makan!" Tegas Alif. Terhenjut tubuh Rinie. Kuat betul suara Alif. "Kak Long..." Menjuih bibir Rinie. Arin buat isyarat agar Rinie bertenang seketika. Sebaik sahaja Alif keluar daripada dapur itu, segera Arin merapati Rinie. "Makan lekas, lepas tu Rinie keluar ikut pintu belakang. Motor Kak Long ada kat tepi rumah. Nanti Kak Long ambilkan kunci." Cadangan Arin buat Rinie bersyukur sangat-sangat kerana dianugerahkan kakak ipar sebaik itu. Bukan sahaja baik, cantik dan bijak pula tu! Kontra sangat dengan Abang Long dia. Rinie menyarung tudung dan kemudian keluar dengan membawa topi keledar milik Arin.

Sempat lagi dia peluk kakak iparnya itu sebelum keluar daripada rumah. Motor Arin ditolak perlahan-lahan sehinggalah tiba di simpang masuk rumah mereka. Rinie gelak sendiri. Dah macam apa je Abang Long aku tu. Sesuka hati dia je nak menjodohkan aku. Dia dulu tu, tahu pula cari sendiri! Desis hati Rinie. Dia menunggang motor dengan senyuman melebar di wajah. Alang-alang dah keluar baik dia terus ke rumah Hannan. Alif masuk semula ke dapur. "Mana Rinie?" Kepalanya menjengah ke luar rumah. Arin tenang sahaja memandang suaminya.

Lega hati dia Rinie sempat keluar sebelum Alif masuk semula ke dapur. "Pergi beli gulalah. Kan gula dah habis." Arin menjawab tanpa memandang suaminya. "Aik! Baru semalam abang beli tiga bungkus. Takkan dah habis? Mandi gula ke apa?" Berkerut dahi Alif. "Eh, iya ke? Tak ada pun?" Pandai betul Arin berlakon. Walhal, dia yang sorok gula tu dalam periuk sebaik sahaja Rinie menyusup keluar. "Sekejap nanti baliklah tu." Arin terus angkat air kopi ke depan. "Tu, ada pula gula?" Jari menuding pada seteko air kopi yang ditatang oleh Arin. "Ni je yang tinggal. Habis tu, kita nanti tak payah guna gula ke?" Terjongket kening Arin. "Tak payah. Kencing manis!" jeling Alif lalu mengekori isterinya ke ruang tamu. "Jemput minum Abu. Kak Arin nak ke dapur. Ada kerja sikit."