Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday, 20 July 2020

Rumah Angker ~ Rhe, Syasya De Luna, Nurharyati Ishak, EB Reeza, Lyla

(SEM & SS) RM27.90 > RM25.10

Kisah tentang 3 orang lelaki penagih dadah yang terjebak dengan dunia misteri apabila 2 orang daripadanya telah menceroboh masuk ke sebuah kediaman orang kaya yang sudah lama tidak diduduki setelah dia meninggal dunia.

Banyak misteri yang berlaku sebelumnya, tetapi dani dan yus masih berdegil untuk menceroboh kediaman tersebut walaupun telah dilarang oleh manap.

Langsung tidak diketahui oleh manap bahawa rakan2 penagihnya itu telah pergi ke rumah tok deraman secara diam2 pada tengah malam itu.
Sehinggalah heboh satu kampung mengatakan remaja itu hilang tanpa dapat dikesan, manap mula menyiasat sama ada benarkan rakan2nya itu pergi ke rumah tok deraman pada malam terakhir pertemuan mereka di pondok usang di hujung kampung pada malam itu.

Nyata tekaannya tepat apabila dia terlihat moto dani tersadai di sebalik rumpun pisang belakang rumah tok deraman. Sejak hari itu, manap mula berasa resah.

Polis sudah mencari di merata karwasan tetapi tidak berjumpa. Manap selaku sahabat mereka juga diambil keterangan tetapi manap masih berahsia. Sehinggalah suatu hari, manap berasa dia perlu mengkhabarkan tentang perkara itu kepada tok penghulu.

Semasa dia menjejak kaki ke sana, ibu dani juga turut berada di situ. Dia berterus terang kepada tok penghulu apa yang telah berlaku kepada budak2 berdua itu. Lalu dengan pertolongan pihak polis, orang kampung menyerbu ke rumah tok deraman.

Waktu itulah mereka nampak dani tertiarap di lantai rumah, sudah beberapa hari meninggal dunia. Manakala kelibat yus langsung tidak ditemui. Melalui siasatan, pihak polis mendapati terdapat kesan 2 pasang tapak kaki di kawasan tersebut yang mengatakan rumah itu telah dicerobohi oleh 2 orang. Sebab itu ibu yus mempercayai bahawa anaknya masih berada di rumah itu.

Bermulalah pencarian menggunakan ilmu ghaib. Ibu yus diberitahu oleh bomoh bahawa anaknya memang berada berdekatan situ. Tetapi makhluk yang telah menyorokkan yus terlalu kuat kuasanya sehingga membuatkan bomoh itu lari lintang pukang akibat ketakutan.