Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Saturday 12 September 2020

Hero Si Pembuli ~ Farra Farisha

(SEM & SS) RM33.00 > RM32.00

Marsya Izara tidak pernah terfikir menjadi janda pada usia muda. Bertemu semula dengan Zahim Rizqi sahabat lama ketika kecil dan merangkap bos di tempat kerjanya menjadikan hidup Marsya bertambah haru-biru. Rizqi yang pernah menyimpan dendam pada Marysa mengambil peluang yang ada untuk melunas dendamnya itu. Bermula hanya membalas dendam lama kelamaan, membuatkan Rizqi bertambah gembira pula bila dapat membuli dan mengusik Marsya. Kena pula dengan Marsya yang memang kuat melawan arahan dan kata-kata Rizqi. Semua itu membuatkan Rizqi rasa tercabar. Tak habis membuli dan mengusik, Rizqi menggoda pula Marsya hingga membuatkan kekasihnya sendiri salah faham.

"Kau ni memang ada hati dengan boyfriend aku tu kan?" - DAYANA

" Hello saya tak ada hati langsung dengan baby awak tu." - MARSYA IZARA

Aksi membuli dan mengusik Rizqi pada Marsya akhirnya bertukar kasihan bila melihat pada Marsya akhirnya bertukar kasihan bila melihat Marsya sering menjadi mangsa lelaki hidung belang dan suami yang tak bertanggungjawab. Rizqi sanggup mengaku tunang dan akhirnya suami demi melindungi Marsya dan terus dihina.

"Habis siapa lelaki ini?" - HELMI HARISH

"Aku Zahim Rizqi bakal suami Marsya." - ZAHIM RIZQI

Walaupun tak suka dengan cara Rizqi, Marsya akhirnya rasa selesa dan selamat bila ada Rizqi yang sentiasa mahu menjadi penyelamatnya di setiap keadaan. Bahagia yang dikecapi tidak bertahan lama bila kekasih Rizqi cemburu dengan Marsya.

"Sekarang you pilih I atau pun you pilih perempuan janda tu?" - DAYANA

"I rasa I tak perlu jawab semua tu."- ZAHIM RIZQI

Siapakah yang dipilih Rizqi? Marsya atau pun kekasihnya Dayana? Sanggupkah Rizqi menjadi hero Marsya buat selamanya ? Mampukah Rizqi merawat luka di hati Marsya.?