ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 14 September 2020

Kill me Love Me ~ Fizziany

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Naufal Hadi, bapanya seorang ahli politik terkemuka negara. Ibunya seorang ahli perniagaan berjaya. Punyai seorang kakak yang sangat prihatin terhadapnya. Namun, dia leka dan gemar berfoya-foya. Menghabiskan masa muda dengan perkara sia-sia. Hidup langsung tak kenal erti tanggungjawab sementelah sejak kecil, semuanya sudah tersedia depan mata. Sehinggalah satu ketika, dia terlanggar seorang lelaki dengan anak kecilnya sehingga menyebabkan kematian.


Bagi seorang Izara Hana, kejadian langgar lari yang meragut nyawa orang-orang yang tersayang telah menyebabkan dia berdendam. Parut luka menjadi semakin dalam seiring masa beredar. Namun, dia terpaksa memendam diri sendirian lantaran terpaksa berjuang seorang diri menyelamatkan perniagaan kedai runcitnya yang hampir muflis. Itu sahajalah punca rezekinya demi menyara diri & ibunya yang lumpuh. Lagipun, kedai runcit itu bersifat sentimental dalam hidupnya. 


Lantaran dibelnggu rasa berdosa, Hadi kembali menjejak ahli keluarga mangsa langgar lari. Dia menemui Hana lalu menyamar untuk memohon kerja di kedai runcit Hana. Kebetulan, Hana yang sangat memerlukan pekerja dengan gaji rendah, terpaksa menerima permohonan Hadi.


Di situ hadi mula kenal erti tanggungjawab dan susah payah. Dia mula kenal Mimi, si pelayan kedai makan sebelah yang tergila-gilakan dia dan Salma,, lelaki Indonesia yang sukakan Hana. Paling parah, hadi mula tertanya-tanya dirinya sendiri. Mengapa Hana yang tak pernah pakai secalit gincu itu, yang selalu bergelumang dengan ikan dan sayur, yang selalu pakai baju macam budak sekolah menengah itu nampak makin menggoda di matanya?
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...