“Semua tutup mata. Hanya buka disaat aku sebut kala camellia.”
Hana, gadis biasa yang mula mencari cara menyara keluarga.
“Kamu yakin ke resort tu masih beroperasi? Pak cik tengok keadaan sini sunyi saja. Macam tak ada orang.”
Kisah lama yang dahagakan nyawa.
“Dia bunuh sesiapa sahaja yang masuk ke sini. Kemudian, dia seru dan puja semangat untuk bangkitkan semula orang yang dia dah bunuh.”
Kerana matinya satu nyawa, Hana mula terjerat, sehingga nyawanya pula menjadi taruhan.
“Kalau kau tak nak mati, awal-awal lagi kau dah dengar cakap aku, Hana. Mungkin dengan kematian saja kau akan terus kekal di sini.”
Hana ingin lari, tidak mahu lagi menjadi pengabdi, tetapi dapatkah dia selamatkan diri bersama yang lain?