Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 30 September 2016

Saya Sayang Awak ~ Fazila Adam

Arleena Sofea… Gadis tinggi lampai dan ceria, sentiasa menggamit mata lelaki-lelaki yang memandangnya. Muhammad Ryzal… Sejak mengenali Arleena Sofea gadis itu sering diburu. Baginya gadis itu ibarat permata yang cukup tinggi nilainya.
Ian Rayyan... Baginya kata-kata suka, sayang dan cinta mahal harganya. Tidak perlu dilafazkan. Cukuplah dengan perbuatan dan layanannya kepada gadis idaman. “Be mine?” - Ryzal

Arleena Sofea buntu. Kenapa setelah kata putus diambil semuanya berubah? Kenapa saat dia menantikan jawapan, lelaki itu hanya mendiamkan diri? Setelah dia berumah tangga, kenapa dia selalu menjadi tempat amukan lelaki itu? Dia reda dengan bebanan yang digalas di bahunya, asalkan lelaki itu bahagia.

Sikap bersahaja Arleena membuatkan Ian Rayyan semakin benggang. Hatinya tidak tega hendak menyakiti gadis pujaannya namun rasa benci dan marah dalam dirinya tidak dapat dikawal. Rasa cinta yang ada tidak dapat dipadamkan. Daripada terus menyakiti gadis itu, lebih baik dia mengundur diri. Tanpa pesan dia menghilang.

Monday 26 September 2016

Semusim di Barzakh ~ Hadi Fayyadh

Tiada siapa yang pernah menjengah ke Alam Barzakh, melainkan mereka yang telah pergi TIDAK akan kembali. Keadaannya yang sebenar hanya disampaikan melalui apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW, jadi apakah benar Novel ini ingin menyingkap sesuatu yang mustahil?

Adakah ia adalah BARZAKH yang diceritakan? Bacalah dan terokailah hikmah yang sarat di dalam pelayaran bahtera sastera jiwa agama yang telahpun digarapkan. Ia bukan suatu FITNAH atau rekaan, tetapi berdasarkan pengalaman sebenar seseorang.

Anda akan memahami realitinya yang bakal menggugah jiwa untuk kembali mengingati Tuhan dan kematian..
*****
(SEM & S/S) RM29.90 > RM25.40

Friday 23 September 2016

Organ ~ Sufi Abqari, Ebriza Aminnudin, Eqbal Mohaydeen, Ninie Othman

Definisi
Organ memiliki tujuan tertentu yang saling berkait rapat antara satu sama lain dalam proses kehidupan makhluk. Organ memiliki fungsi yang berbeza. Sebagai contoh jantung tersusun dari jaringan saraf, jaringan darah dan jaringan otot. Gabungan sekumpulan organ-organ ini membentuk suatu sistem organ dimana setiap makhluk hidup memiliki organ-organ di dalam tubuhnya.

1) Zombie Tit
“Aku selalu memukulmu, mengherdikmu, memakimu. Membunuh setiap impian dan cita-citamu. Malah meracuni keberanian yang cuba mekar di dalam hatimu. Hanya satu yang ingin aku ucapkan. Maafkan aku.” - Sufi Abqari.

2) Valentine Berdarah.
“Organ-organ ni akan aku abadikan sebaik yang mungkin. Bukan senang untuk memancing mereka semua ke sini. Aku harus mendapatkan lebih banyak lagi agar Bandar Fussia berpenghuni. Aku tidak akan keseorangan lagi. Ha... ha... ha...”
- Ebriza Aminnudin.

Wednesday 21 September 2016

Signal Kiri Untuk Cinta ~ Nia Qurratun'aini

“Lepaskan saya. Jangan nak pegang-pegang saya macam ni.”
“Awak yang cuba nak pegang saya dulu tadi.”

Irdina Wira cuba membidas. Mulutnya bergerak-gerak. Akan tetapi, otaknya tidak mampu menerbitkan sebarang perkataan agar bibirnya berbicara.
“Memandangkan saya dengan awak nak mandi, apa kata kita mandi sama-sama? Nak?”
Irdina Wira terkelu. Dia cuba memutuskan tautan pandangan. Namun, matanya terpaku memandang raut yang berkumis dan berjambang sedikit nipis itu. Gila ke nak mandi sama-sama? Detik ini, setiap denyutan nadi sudah menjadi tunggang-langgang. Dada Irdina Wira mula berombak.
“Awak senyap, maknanya setuju.”
“Awak jangan nak ngada-ngada. Saya tumbuk kang.”
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Misi Tawan Hati Ex ~ Emma Rusdi

“Tapi bos, manusia sentiasa buat silap, kan? Kesilapan tu boleh dibetulkan ke?” - Melati
“Ada kesilapan yang boleh dibetulkan. Dan, ada yang tidak.” - Arraz

Tujuh tahun berpisah dengan Arraz dan akhirnya mereka bertemu kembali. Pertemuan sekali ini sangat bererti buat Melati. Namun, sikap Arraz dan kehadiran Dayana membuatkan dia semakin menjauhkan diri.
Saat dia bertekad untuk pergi daripada hidup Arraz, suatu tragedi telah berlaku. Arraz koma dan hilang ingatan apabila dia sedar daripada koma, Arraz masih menganggap Melati adalah isterinya. Demi Dahlia, anak mereka yang Arraz tidak ketahui kewujudannya, Melati menerima permintaan Dayana dan keluarga Arraz. Dia berpura-pura masih menjadi isteri Arraz.
Namun, permintaan demi permintaan Arraz tentang haknya sebagai suami akhirnya memaksa Melati melukakan hati lelaki itu sekali lagi.
“Because your love is not for me anymore. Your love is for Dayana. She is your fiancĂ©e.”
Namun, Arraz menyedari bahawa cintanya masih utuh buat Melati. Dan, Arraz takkan lepaskan Melati untuk sekali lagi!
*****
(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Pengantin Lelaki Untuk Aku ~ Norra Hassan

“Tahun ni, kalau ada lelaki masuk merisik kamu, mak nak terima.”
Kalau kena paksa kahwin, harimau pun boleh hilang semangat. Jadi, misi sebelum habis tahun ialah kena cari calon suami! Kena dapatkan cepat sebelum emak tiri carikan calon pengantin lelaki untuknya. Okey, mula-mula kena ada calon terlebih dahulu.
Jumpa. Orangnya ada di hadapan mata selama ini. Kawan baik sendiri. Jadi, kena jatuh cinta dahulu. Sudah jatuh cinta? Maka langkah seterusnya, mulakan misi memikat si dia.

Bagi Amana, misi ini macam makan kacang sambil petik jari. Mudah sangat. Ialah, Danial kan sudah lama menjadi bujang terlajak. Mesti lelaki itu ada keinginan untuk menjadi seorang suami.
Alih-alih, antara mereka ada Nazmil yang menjahanamkan segala strategi. Juga ada Nazra yang kononnya sepadan sangat dengan Danial. Danial pula blur sangat, tidak faham isyarat cintanya. Dan dia pula terlanjur berjanji hanya akan menjadi kawan baik lelaki itu sehingga ke mati.
“I love you, Danial.”
Adakah lafaz itu akan dapat diungkapkan di hadapan lelaki itu atau sekadar menjadi bicara mimpi?
*****
(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Mat Cleaner UK ~ Ahmad Affzan Abdullah

Ada orang yang jadi tukang cuci sebab pilihan sendiri. Ada orang memang tak ada pilihan, sekadar itu sahaja kebolehan mereka. Bukan semua orang boleh cuci najis dan kotoran orang lain, tapi tukang cuci dah lalui itu semua. Mereka dah mudahkan kerja kita. Mereka kotorkan tangan supaya tangan sendiri tak kotor.

Ini semua kita perlu hargai.

Kerja sebagai tukang cuci ini memang penat. Kotor. Busuk. Tapi apabila kami berjumpa dengan pelanggan dan tetamu yang melayan kami seperti manusia, penat lelah kami itu seolah-olah hilang ditiup angin.

Ya, kami tukang cuci ini juga manusia. Ada hati dan perasaan. Ada masa kami tertekan, ada masa kami sedih, ada masa kami terluka.

Sama seperti pekerja kolar putih. Kmai juga ada tugasan yang perlu disiapkan dalam masa tertentu. Jadi kami ada pelanggan yang baik hati membantu meudahkan kerja kami. Alangkah gembiranya kami.

Terima kasih pelanggan yang baik hati.
Terima kasih kerana melayan kami seperti manusia.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Mentaliti Jamban ~ Khairul Abdullah

Bacalah buku ini.
Orang yang tak baca,
Beraknya tak puas.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Pembantu Dari Neraka ~ Noorfadzillah

Bila Tok Pawang Itam kembali dari Kalimantan membawa sesuatu yang berpuaka. Ini soal 'benda' dalam guci itu. Ini tentang keharmonian Kampung Long Nira dan sekitarnya yang tidak lagi aman damai. Ini kisah pertemuan, misi Suraya dan Doktor Tengku Amir yang bukan satu kebetulan. Pertentangan pendapat apabila berdebat soal dunia perubatan moden dan kelebihan ayat-ayat suci al-Quran. Sehinggalah kedua-duanya terlibat dalam satu pertembungan berhadapan dengan sesuatu yang syirik dan angker di Kampung Long Nira, Sabah. Inilah pertarungan hitam putih tiada sempadannya. Keturunan Adam dan Hawa tidak akan tunduk pada sumpah dendam iblis selagi nyawa dikandung badan. Lalu, neraka apakah yang dipersembahkan oleh Tok Pawang Itam?

“Ingat! Setiap enam bulan purnama, bagi dia makan. Dia akan jadi pembantu terbaikmu. Perjanjian kita, bagi dia darah. Janin muda atau bayi baru lahir lagi menjadi kesukaannya.” - Nyai Dewor Lampor

“Kita bukan sendiri di dunia ni, doktor. Ada alam lain yang doktor kena tahu kewujudannya.” - Suraya

“Pak cik, tolong jangan lagi sebarkan cerita-cerita macam ni kepada petugas hospital ni. Lagipun ada pak cik nampak dengan mata kepala sendiri ke yang hantu itu wujud?”
- Doktor Tengku Amir
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Friday 16 September 2016

Move On! ~ Reyna Ibrahim

Dulu saya anggap hidup saya biasa-biasa sahaja, tidak mungkin diuji atau dilambung ombak kehidupan. Namun ujian Allah petanda sebuah cinta dan rindu buat hamba-Nya, sampai masa dikirim-Nya ujian hati kepada saya, saat itu bersedialah wahai hati.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Solat Musafir ~ Zul Aimran Omar

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa ‘mengqasarkan’ (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.” (Surah an-Nisa’ 4: ayat 101)

Elemen utama yang menjadi tunjang Islam ialah solat. Allah SWT telah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk menghimpunkan dan memendekkan solat jika mereka berada dalam keadaan musafir.

Buku ini memberikan pencerahan tentang panduan menunaikan solat jamak dan qasar serta persoalan masyarakat mengenai solat musafir.

Antara isu menarik yang dibincangkan:
- Bagaimanakah cara untuk solat jamak dan qasar dengan solat Jumaat?
- Cara solat qasar sahaja, jamak dan qasar, dan jamak sahaja.
- Bolehkah orang musafir menjadi makmum kepada imam yang tidak musafir?
- Adakah solat musafir masih relevan?
*****
(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30

99 Stress Free Mummy ~ Zatika Izati Puade

Resume seseorang yang bergelar ibu, jika dizahirkan di atas kertas, pasti panjang berjela.

Bertugas tanpa mengira masa, si ibu juga tiang seri sesebuah keluarga. Seribu satu kerenah dan ragam anak-anak yang sedang membesar pastinhya mengundang stress jika tidak diurus dengan betul. Bukan mudah sebenarnya mendapat gelaran syurga di bawah telapak kaki seorang ibu.

Buku ini mengumpulkan 99 kisah ibu dan anak yang ditulis secara santai. segala insiden mencuit hati antara penulis dan anak-anak beliau dihimpun dan ditampilkan sebagai anekdot. Bagi penulis, segala yang terbit dari bibir seseorang anak kecil itu jujur, tidak berselindung demi menjaga hati, bahkan ada ketikanya tersentap dibuatnya.

"LIFE IS WORTH LIVING AS LONG AS THERE'S A LAUGH IN IT"
-L.M MONTGOMERY-
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Anak, Jika Tiada Bersangka Baiklah Dengan Allah ~ Salilah Saidun, Auni Aslah Mat Daud

Kadangkala, soalan yang berdurasi satu saat ini cukup membuatkan suami isteri bersedih selama seminggu, sebulan, atau mungkin setahun. Mereka hanya mampu mempersoalkan, tetapi adakah mereka pernah berfikir tentang perasaan pasangan yang belum dikurniakan anak?

Bersabarlah wahai mereka yang belum dikurniakan anak, kerana mempunyai anak bukanlah segalanya dalam kehidupan, sebaliknya menjadi hamba Allah yang sejati adalah fokus utama dalam hidup.

Antara topik yang menarik:
Hadirnya mungkin nikmat, tiadanya bukan bererti musibah
Kisah Nabi Ibrahim AS
Jangan takut menjadi miskin kerana anak
Bersabar, redha dan bersyukur dengan ketentuan Allah SWT
Merancang masa depan andai tidak dikurniakan cahaya mata hingga usia tua
jangan bandingkan kekurangan kita dengan kelebihan orang lain.
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Friday 9 September 2016

Dongeng Yang Sempurna ~ Ayuni Syafiqah

"I hate birthdays. They just remind me of how old I am and how long I’ve been alone in my whole life.” – Azy Rania.

Sejak bertemu Farish Luqman, Azy mula percaya dengan cinta pandang pertama. Kehadiran Farish memberi satu sebab untuk dia tidak berasa sunyi lagi seumur hidupnya. Namun, tidak semudah itu jalan untuknya mengejar bahagia. Azy pasrah apabila dia tahu lelaki yang dia cintai dalam diam itu rupa-rupanya lelaki yang telah lama bertakhta di hati kakaknya sendiri. Sedar diri hanyalah watak ketiga dalam kisah cinta Maiya dan Farish, dia nekad mengundur diri. Farish pula pasrah melupakan cinta yang kian mekar untuk Azy.
Namun begitu, wasiat arwah ibu yang tidak pernah dikenali selama ini mengubah segala-galanya. Hakikat yang jodoh antara dia dan Farish sudah ditentukan bertahun-tahun lalu mengikat Azy dalam dilema. Menerima bermaksud mengkhianati. Namun jika itu satu-satunya harapan yang ada untuk dia menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak dan mencari bahagia, Azy rela dibuang oleh keluarganya sendiri.
“Sebaik saja pernikahan itu sah, Azy bukan anak papa lagi.” – Aswad.

Cinta Lelong ~ Sakura Ria

Dia menawan. Dia hebat. Dia punya segala-galanya kecuali satu perkara…cinta! Ya,dia tidak punya itu kerana dia percaya cinta sejati sudah tidak wujud di muka bumi ini. Dialah Ammara Delisha, pemain cinta terulung abad ini.

Gelaran pemain cinta itu disandang penuh bangga demi sebuah dendam yang masih belum terlunas. Setiap sakit yang ditanggungnya perlu dibayar dengan harga yang sama kerana semuanya terlalu pahit untuk ditelan sendirian.
Ikhtar Wazien. Lelaki yang berani menyentap Ammara Delisha daripada dunia ciptaannya sendiri. Keberanian lelaki itu jugalah yang telah hadirkan pelbagai rasa dalam hati Ammara Delisha.
“Ara,jom kahwin?” – Ikhtar Wazien
“Ikhtar, janganlah main-main I tak suka ok. I datang jumpa you bukan sebab nadengar jenaka bodoh you ini.” – Ammara Delisha
“I nak you. Itu bukan perkara main-main Ara sebab I bukan pemain cinta seperti you.”– Ikhtar Wazien
Betapa banyak kali pun Ikhtar Wazien mencuba, Ammara Delisha tetap dengan pendiriannya. Janji lelaki tidak boleh dipercayai! Dia tidak mahu menyandarkan hatinya pada sembarangan lelaki kerana sejarah lampau banyak mengajarnya tentang hal yang satu itu.
“Katakan I beli cinta you, agak-agak berapa harganya?”- Ikhtar Wazien

Monday 5 September 2016

Tasawuf Moden ~ HAMKA

Ramai manusia yang diperdayakan oleh cahaya samar kerana dia dalam gelap. Perasaannya didahulukan daripada pertimbangannya. Dia datang kepada cahaya yang baru itu. Sampai di sana, yang dicarinya tidak ada sama sekali. Akan kembali pulang ke tempat asal, jalan yang telah lebih gelap daripada dahulu, lantaran ia tidak sabar menunggu cahaya yang sejati.

Memang, sebab-sebab buat mencapai bahagia amat banyak, tetapi kita manusia mencari juga yang lain. Dia ada dalam tangan kita, tetapi kita cari yang ada di tangan orang lain kerana yang di tangan orang itu kelihatan indah.

ANTARA ISI KANDUNGAN
1. Pendapat-pendapat tentang Bahagia
Sebab Timbulnya Penyelidikan
Pendapat Budiman tentang Bahagia
Pendapat Aristoteles
Pendapat Ahli Fikir Zaman Sekarang
Golongan Kedua
Pendapat Nabi Muhammad (S.A.W)

Falsafah Hidup ~ HAMKA

Takjub, hairan, dan terasa bahawa diri kita dipenuhi oleh tanda tanya, seribu macam ataupun satu tanda tanya.

"Apakah ini? Dari manakah datangnya? Apakah kesudahannya?"
Rahsia dan penuh rahsia.

Bila sedang berfikir hendak menyelidiki, hendak tahu apakah rahsia itu, kembalilah segala tanya yang sulit tadi kepada yang bertanya, "Mengapa saya bertanya? Siapa saya?"

Rahsia.

Demikianlah terus menerus, falsafah tidak akan berhenti, selama manusia masih berfikir selama manusia masih bertanya, selama batin manusia masih merasa adanya rahsia itu.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Hidup
Akal untuk Manusia
Mengatur Kerja
Akal
Alamat
Timbangan Orang Berakal

Lembaga Budi ~ HAMKA

Keutamaan budi, itulah tujuan yang akhir. Dan menyingkirkan diri dari kebinatangan, itulah cita-cita yang mulia. Bukit itulah yang didaki orang budiman. Setengah jatuh dan setengah bangun, ada yang tidak tahan, ada yang lemah kakinya, lalu terjatuh dan tidak bangun lagi. Ada pula yang tegak kembali, dan melangkah terus perlahan-lahan dan tidak mengenal putus asa.

Diribut runduklah padi
Dicupak Datuk Temanggung
Hidup jikalau tidak berbudi
Duduk tegak ke mari canggung

Hidup berbudi itulah tujuan kita!

ANTARA ISI KANDUNGAN
Budi Yang Mulia
Sebab Budi Menjadi Rosak
Penyakit Budi
Tinjauan Ibnu Maskawih
Pendapat Muhyiddin Ibnu Arabi

Ragam Hidup Berumahtangga ~ Mohd Fadli Sulaiman

Allah SWT menciptakan manusia saling berpasang-pasangan sejak azali lagi. Sebagai contoh, Allah mencipta Nabi Adam dan Hawa. Kemudian daripada mereka berdua, manusia berkembang biak dan bertebaran di muka bumi hingga ke hari kiamat. Tujuan Allah mencipta kita semua adalah untuk kita beribadah kepada-Nya. Untuk mengembangkan lagi umat Nabi Muhammad, kita dituntut untuk berkahwin dan perkahwinan amat digalakkan dalam Islam.

Setelah diijabkabulkan, pasangan suami dan isteri akan menjalani rumah tangga bersama-sama. Susah, senang, suka, duka dan pelbagai perasaan akan ditempuh bersama. Itulah hakikat ikatan perkahwinan. Oleh itu, dalam bahtera rumah tangga pasti akan berlaku bermacam-macam ragam, cubaan dan ujian. Ini menunjukkan bahawa dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan suami isteri, perselisihan ialah satu kemestian. Perselisihan merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh diperbaiki dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi.
*****
(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

Friday 2 September 2016

Kau Yang Kunanti ~ Ida Farisya

“Mira muak tahu tak dengan janji abang tu. Janji yang tak mungkin abang akan tunaikan kerana dalam hati abang hanya ada Sofiana.

Mira ni cuma pengubat kesunyian abang aje. Atau mungkin sekadar pelepas nafsu abang di saat abang menginginkan Sofiana!” - Amirah

Hati yang terluka sukar untuk dipujuk hanya dengan kata-kata indah. Bagi Amirah kepercayaan yang diberikan buat suami hilang begitu sahaja tika cinta dan sayangnya diabaikan.

“Mira jangan lupa. Mira tu masih isteri abang yang sah!” - Hakim

Tidak pernah terniat dalam hati Hakim ingin melepaskan Amirah daripada hidupnya. Dia pernah melakukan kesilapan dan dia akan pastikan semua itu tidak akan berulang lagi. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan Amirah semula.

“Jangan ingat aku akan biarkan kau berdua bersama semula. Sampai ke mati aku takkan biarkan. Hakim milik aku seorang!!!

Aku akan musnahkan satu-satunya jalan untuk Hakim kembali kepada Amirah! Kau memang silap Amirah kerana cari pasal dengan aku!!!” - Sofiana