ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, 16 May 2018

Andainya Takdir ~ Wan Mahani Wan Hassan

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Bersediakah hati mendakap suratan?

Penyakit cemburu buta Airil yang menimbulkan barannya menyebabkan rumah tangga mereka berada di hujung tanduk. Hampir tiga tahun menanggung derita, kesabaran Fatihah sudah sampai pada hadnya. Sementelah lagi campur tangan daripada Normah, mak Airil dalam rumah tangga mereka, makin memarakkan api kehancuran sebuah masjid yang awalnya terbina dari rasa cinta suci.

“Selagi ada cinta, berjanjilah yang Tihah akan bertahan dalam apa jua keadaan pun. Tihah bahagia kan dengan abang?” - Airil

“Bahagia itu bukan bermakna memiliki semua yang kita cintai. Tapi mencintai semua yang kita miliki.”- Fatihah

Ya dan selagi ada cintalah, Fatihah masih terus memberi harapan dan kemaafan kepada Airil. Biarpun beratus sepak terajang singgah di tubuhnya, namun segala kesakitan itu lenyap tatkala Airil merayu memohon ampun daripadanya.

“Ampunkan abang, Tihah. Cakaplah... Jangan hilangkan suara Tihah dari pendengaran abang... Jangan butakan mata untuk abang... Tolonglah...” - Airil

Begitulah setiap kali tubuh Fatihah dibelasah, kata-kata rayuan dan kesalan terbit dari lelaki berjiwa penyayang dan romantik itu. Namun bila cemburunya datang, dia mampu berubah menjadi raksasa paling menakutkan. Fatihah terus menitipkan kata semangat. Berharap dan terus berharap agar lelaki yang pernah dicintainya itu berubah.

“Entah-entah dia ada skandal dengan bomoh ke ustaz tu. Yalah nak bolot duit abang, kan? Macam-macam boleh jadi kalau sebab duit ni!” - Norlin

“Kalau ada yang tak cukup, bagi tau aje pada Airil, Tihah. Tak payah nak main bomoh-bomoh macam ni. Kau tu nampak alim, selalu tazkirah kan orang tapi diri sendiri? Syirik!” - Normah

Hasutan serta fitnah daripada ahli keluarga sendiri menyebabkan rantai ikatan sesebuah perkahwinan mampu putus. Justeru, mampukah mereka pertahankan cinta dan mahligai pernikahan mereka andai takdirnya cinta itu bersulam derita yang tak berkesudahan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...