ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 25 September 2020

Mutiara Dalam Debuan Kabus ~ Manaf Hamzah

(SEM & SS) RM32.00 > RM28.80

Dia seorang perempuan yang cantik. Dia telah ditemui cedera parah akibat kemalangan langgar lari. Tetapi sebaik sahaja sedar daripada koma, dia hilang daya ingatannya. Tidak ingat akan namanya yang sebenar. Apatah lagi masa lampau yang pernah dilalui. Kotak fikirannya kosong sama sekali. Dia seperti sudah menjadi orang baharu.

Dia lantas dikenali sebagai Aslin, isteri kepada Uzzam Zulkarnain. Seorang isteri yang dikatakan ‘melampau’. Seorang isteri yang curang…

“Sebaik kita keluar dari kereta ni, perhubungan kau dengan aku tak lagi seperti suami isteri. Kau akan tidur di bilik orang gaji.” – Uzzam
Bagaimanapun, dia kemudiannya faham bahawa rumah tangganya sememangnya sudah lama goyah. Bak retak menanti belah. Tidak pernah ada kemesraan dan kesefahaman antara dia dan suaminya. Malahan, dia akan diceraikan…

Tuesday, 15 September 2020

Segenap Takdir ~ Tina Derika

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.90

Bagi Haryani cinta itu mudah untuk digapai. Asalkan kena taktik halus pasti beres. Azlan! Itu misinya. Dia tak peduli kalau orang lain mengata. Dia juga tak hirau akibat yang bakal ditanggung oleh emaknya, Puan Maimun. HukumanNya? Lagilah dia sengaja lupa.
Demi nyawa tunangannya yang sedang koma, Azlan terpaksa terima Haryani sebagai isteri pertama. Pun begitu, dia tetap tepati janjinya untuk menikahi Nadira apabila dengan izinNya gadis itu kembali sedar.


Satu peristiwa berlaku menjadi punca Haryani terkenang akan dosa. Daripada jahil, Haryani mula mencari Tuhan. Namun, ketenangan yang diharap, sakit pula yang dihadap. Pedih! Apabila digelar sebagai insan munafik.

“…Tak payah pakai tudung tu kalau alasan nak orang tengok kau macam baik. Aku tak terpikat.” – AZLAN

Tulus dengan diri yang ingin berubah meski liku menguji hasil daripada sikapnya yang terdahulu. Hijrah Haryani itu mendatangkan kesan buat Faisal. Di setiap kesukaran, terungkai satu persatu hikmah yang mengajarnya erti kebahagiaan.

Namun dugaannya tidak pernah ringan. Haryani dituduh pula bersalah atas kecelakaan yang menimpa Nadira. Allahu!
‘Allah tak pernah terhadkan satu jalan untuk manusia berubah, Allah juga tak sediakan pintu syurga tu hanya sebuah.’
Jadikan hidup ini ada rasa kehambaan, rasa berTuhan dan fahami makna Segenap Takdir ujian.

 

The Runaway Princess ~ Dynna Zain

(SEM & SS) RM28.90 > RM26.00

Tengku Hannah Thalia. Sebaris nama yang cukup menggeruni rakyat jelata Kerajaan Akalil. Kerajaan Akalil yang sering menjadi buah mulut di serata tempat kerana ia merupakan satu-satunya kerajaan yang masib mengekalkan adat Perpatih Putih. Sebut saja namanya, pasti penduduk Akalil mula terbayang pandangan mautnya. Bahkan gadis itu diberikan gelaran Puteri Hazel kerana ketangkasannya dalam berlawan pedang, kebijaksanaanya dalam menutur kata, juga kerana keberaniannya seperti seekor singa. Puteri Tunggal itu sentiasa menjadi dambaan rata-rata jejaka di luar sana. 

Biarpun sudah banyak putera datang merisik, satu pun dia tidak pernah terima mahupun memandang dengan sebelah mata. Semua yang keluar dari bibir merahnya hanyalah nista belaka. Kerana kehilangan bapa kandungnya, menjadikan Thalia seorang yang sangat misteri. Dendam yang lama terkubur akhirnya kembali bangkit demi menuntut keadilan. Kehadiran Sultan Habil demi menggantikan takhta Sultan Mursyid membuatkan rasa dendam itu menebal. Mungkin tidak lama lagi pewaris Kerajaan Akalil hakal berubah. Semua pentadbiran mula berantakan apabila ramai sudah mula membangkang adat Perpatih. Bahkan Sultan Habil mula bertindak sesuka hati dalam mentadhir Akalil. 

Kehadiran Ethan dari masa depan, membuatkan Thalia semakin senang untuk membuka langkah demi merampas kembali Kerajaan daripada Sultan Habil. Berundur diri tak bermakna dia kalah. Ditekadkan dalam hati, Sultan takkan mampu melawannya di khalayak ramai kelak. Dia akan pastikan Kerajaan Akalil akan kekal teguh di bawah pimpinannya suatu hari nanti.

Nota My #qurantime Juzuk 1 ~ Karya Bestari

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00


Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH Iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.

NOTA MY #QURANTIME ini akan diterbitkan sebanyak 30 juzuk, yang mana setiap juzuk mempunyai sebanyak 230 hingga 300 halaman.

Nota ini juga merangkumi:
Satu buku, satu juzuk
Nota pilihan daripada penonton
Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih
Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami
Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca

Begini Rasulullah Melayan Keluarga ~ Dr. Ahmad Sanusi Azmi

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Naskhah yang membincangkan mengenai bagaimana Rasulullah memberi panduan kepada setiap yang berkeluarga untuk membina rumah tangga syurga.


Ditulis dalam bentuk point dan disertai dengan penerangan ringkas, untuk memudahkan pembaca memahami satu per satu isi penting yang dibincangkan.

Antara kandungan menarik:
- Akhlak Seorang Suami
- Rasulullah Juga mengemas Dapur
- Tanggungjawab Isteri menegur suami
- Mendidik Anak Dengan Adab
- Rasulullah dan Anak Perempuan
- Memelihara Akidah Anak
- Lelaki Yang Menyebabkan Nabi Menangis

 

Al-Quran Al-Karim Al-Andalus A4 Perkata ~ Karya Bestari

(SEM & SS) RM80.00 > RM72.00

Al-Quran Perkata Warna Al-Andalus ini adalah sebuah metod atau Panduan Belajar Terjemahan Perkata dengan kaedah diberi warna pada setiap patah perkataan ayat-ayat al-Quran di dalam Bahasa Arab dan Bahasa Malaysia pula tepat dibawah tanpa khat tanpa dipisah atau dipotong pada khat dan tulisan Arabnya.

Dengan pengukuhan kata dan tiadanya dipisah khat itu maka ia dapat memberikan kelebihan dan ketenangan dalam membaca kalimah Arab yang lebih besar berbanding yang kebiasanya terpisah.

Ditambah pula dengan kandungan Asbabunnuzul, Hadis Sahih, Riyad al-Salihin, dan kosakata bahasa al-Quran yang disebut dengan Mu'jam (kamus), semakin menambah nilai produk ini.

Al-Quran Perkata ini dilulusan oleh Lajnah Tashih al-Quran, Kementrian Dalam Negeri Malaysia.

 Warna: Biru, Hijau, Kuning, Merah

 

Al-Quran Al-karim Mu'jam A5 ~ Karya Bestari

(SEM & SS) RM45.00 > RM41.00

Al-Quran Per Kata Berwarna ini tampil sebagai panduan mudah bagi mempelajari Terjemahan Per Kata ayat-ayat al-Quran. Melalui kaedah warna yang digunakan pada setiap patah perkataan sama ada di dalam Bahasa Arab mahupun di dalam Bahasa Malaysia tepat di bawah khat tanpa dipisah dan dipotong pada khat atau tulisan Arabnya. Dengan pengukuhan kata yang tidak terpisah maka ia dapat memudahkan dan memberikan ketenangan serta kelebihan dalam membaca khat atau tulisan ayat al-Quran yang pastinya lebih besar berbanding yang kebiasaannya terpisah. 

Turut dilengkapi Kamus Bahasa al-Quran, Indeks Bertema serta Adab-Adab terhadap al-Quran sebagai nilai tambah istimewa pada mushaf ini. SPESIFIKASI 
Cover: Kulit Keras (Hard cover). Jenis Kertas: Kertas Khusus al-Quran.
Warna: Biru, Hiaju, Kuning, Merah, Ungu

Monday, 14 September 2020

Kill me Love Me ~ Fizziany

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Naufal Hadi, bapanya seorang ahli politik terkemuka negara. Ibunya seorang ahli perniagaan berjaya. Punyai seorang kakak yang sangat prihatin terhadapnya. Namun, dia leka dan gemar berfoya-foya. Menghabiskan masa muda dengan perkara sia-sia. Hidup langsung tak kenal erti tanggungjawab sementelah sejak kecil, semuanya sudah tersedia depan mata. Sehinggalah satu ketika, dia terlanggar seorang lelaki dengan anak kecilnya sehingga menyebabkan kematian.


Bagi seorang Izara Hana, kejadian langgar lari yang meragut nyawa orang-orang yang tersayang telah menyebabkan dia berdendam. Parut luka menjadi semakin dalam seiring masa beredar. Namun, dia terpaksa memendam diri sendirian lantaran terpaksa berjuang seorang diri menyelamatkan perniagaan kedai runcitnya yang hampir muflis. Itu sahajalah punca rezekinya demi menyara diri & ibunya yang lumpuh. Lagipun, kedai runcit itu bersifat sentimental dalam hidupnya. 

Saturday, 12 September 2020

Hero Si Pembuli ~ Farra Farisha

(SEM & SS) RM33.00 > RM32.00

Marsya Izara tidak pernah terfikir menjadi janda pada usia muda. Bertemu semula dengan Zahim Rizqi sahabat lama ketika kecil dan merangkap bos di tempat kerjanya menjadikan hidup Marsya bertambah haru-biru. Rizqi yang pernah menyimpan dendam pada Marysa mengambil peluang yang ada untuk melunas dendamnya itu. Bermula hanya membalas dendam lama kelamaan, membuatkan Rizqi bertambah gembira pula bila dapat membuli dan mengusik Marsya. Kena pula dengan Marsya yang memang kuat melawan arahan dan kata-kata Rizqi. Semua itu membuatkan Rizqi rasa tercabar. Tak habis membuli dan mengusik, Rizqi menggoda pula Marsya hingga membuatkan kekasihnya sendiri salah faham.

"Kau ni memang ada hati dengan boyfriend aku tu kan?" - DAYANA

" Hello saya tak ada hati langsung dengan baby awak tu." - MARSYA IZARA

Percaya Pada Janji ~ Cik Mardihah

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00


UYAINA BALQIS Dia tak percaya cinta dan dia tak percayakan lelaki. Bagi dia, semua itu lagi berbisa dan pedih dari ditusuk duri. Ada apa dengan cinta? Awal-awal memang lah manis di mulut. Pijak semut pun tak mati. Tapi lama-lama, cinta ke mana sayang ke mana! 

LUTHFAN RAZIN Dia pernah kata semua perempuan itu hipokrit. Pandangkan rupa dan luaran semata-mata. Tiada perempuan yang ikhlas dalam bercinta. Tapi selepas bertemu dengan seorang gadis bertopi atas kepala , Luthfan sedar, tak semua perempuan begitu. Uya dan Luth. Kedua-duanya ada pengalaman pahit dalam hubungan cinta. Uyaina ditinggalkan kekasih, Luth ditinggalkan tunang. Kerana? Orang ketiga. 

Pertemuan pertama mereka, penuh dengan salah faham. Uyaina fikir Luthfan lelaki buta hanya kerana Luthfan hampir langgar kereta ketika mahu melintas jalan. Sehinggalah selepas empat tahun kembali mempertemukan mereka. 

"Jadi isteri saya." - LUTHFAN 
 "Gila! Lelaki gila!"- UYAINA 

 Kata Uyaina, Luthfan lelaki gila. Jumpa baru beberapa kali, kenal pun tak, tiba-tiba lelaki itu ajak kahwin. Ingat dia ni anak patung? Barang dagangan yang boleh dibeli begitu sahaja? 

 "Izinkan saya jadikan awak isteri saya. Saya janji akan bahagiakan awak. Pegang janji saya." - LUTHFAN Uyaina terima. Kerana janji Luthfan. 
"Saya tak perlukan awak,Luth.Tinggalkan saya." - UYAINA


Thursday, 10 September 2020

Pengasas Beras Faiza ~ Faiza

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

MENARIK DALAM BUKU INI:
- Kisah hidup Faiza dari zaman beliau berada di Kaherah, Mesir membawa ke Malaysia yang penuh pahit getir hingga membawa kejayaan ‘beras Faiza’.
- Kisah tragedi pahit menimpa beliau sehingga cita-cita mahu menjadi doktor tidak kesampaian.
- Kisah tercetusnya pembuatan rempah kari dan beras Faiza sehingga menjadi terkenal.
- Kisah beliau memulakan bisnes dengan bermodalkan RM4 sahaja.
- Menariknya setiap produk Faiza.
- RAHSIA kejayaan dan prinsip beliau sehingga produk dikenali seanterio dunia.

BERMODALKAN RM4: MENGENALI EMPUNYA BERAS FAIZA

Beras Faiza sudah menjadi sinonim dalam pasaran produk Bumiputera. Di mana-mana orang mengenali produk beras Faiza sedangkan Faiza sendiri mengeluarkan produk-produk lain seperti rempah ratus, tepung, kicap dan sebagainya.

Ada Apa Dengan Kuliah Hadis? ~ Dr. Kamilin Jamilin

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Ilmu hadis ialah kunci kepada segala ilmu-ilmu Islam yang lain. Ia membuatkan para penuntutnya lebih mengenali kekasih Allah dan nilai-nilai agama secara lebih dekat.

Naskhah ini merupakan perjalanan hidup penulis sebagai penuntut ilmu hadis dan beberapa sudut pandang berkaitan bidang ini.

Suatu coretan yang boleh menjadi panduan dan inspirasi buat mereka yang masih jauh daripada ilmu hadis mahupun yang ingin menghampirinya melalui pengalaman peribadi penulis sendiri.

Uncle Bos Mama ~ Nurul Syahida

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Jatuh cinta dengan seorang itu mudah. Tetapi bagaimana kalau jatuh head over heels dengan satu keluarga?

Joshua punya perniagaan yang dibanggakan dan kehidupan sosial yang boleh tahan. Tetapi dia sukakan ketenangan dan disebabkan sejarah masa lalu, dia tidak fikir akan menjadi seorang suami dan memiliki keluarga sendiri. Dia sudah menerima hakikat bahawa dia seorang loner yang akan bersendiri seumur hidupnya.

Wanita bujang itu bernama Fish. Hidupnya kacau-bilau. Dia punya anak tanggungan yang ramai. Lelaki yang disukainya dalam diam sepertinya tidak akan membalas cintanya. Dia tidak pasti dia mampu membayar bil bulan ini dan dia bekerja dengan majikan yang datang dari neraka.

“Mungkin ada masanya I rasa nak cekik-cekik dia orang. Tapi they are my responsibility sebab I sayang dia orang. Dia orang tu family.” - FISH

Harga sebuah kegagalan


 
KITA AKAN BELAJAR 'SESUATU' DALAM PERJALANAN KE ARAH ITU.
Gagal atau berjaya, kita tetap belajar sesuatu daripadanya/

BUKU: LUQMMANN. 2018. METANOIA. MUSTREAD SDN BHD. SELANGOR.

Tuesday, 8 September 2020

Raja & Pemerintah Agung dalam Dunia Islam ~ Yusuf Ali, Abrar Ahmed

(SEM & SS) RM29.00 > RM26.10

Buku ini ringkas, padat dan sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat bagi mendapatkan maklumat asas berkaitan pemerintah Islam. Ia meliputi latar belakang para pemimpin dalam khilafah yang berbeza, termasuk mereka yang bergelar Khalifah, Raja, dan Panglima Perang. Sumbangan, peranan, dan legasi mereka dinukil secara santai dalam bahasa yang mudah difahami, hatta bagi peringkat usia kanak-kanak sekolah. Gambar-gambar yang disertakan turut memberikan gambaran umum berkaitan peristiwa atau tokoh yang dibincangkan.

Adalah penting juga untuk dinyatakan di sini bahawa buku ini tidak menggunakan pendekatan kronologikal. Ia bukan ditulis dalam urutan tarikh bermula daripada permulaan Khulafa’ Ar-Rasyidin pada 622M sehingga kepada kejatuhan Daulah Uthmaniyah pada 1924M. Penulis asal buku ini menggunakan pendekatan geografikal, iaitu menulis dengan memfokuskan kepada wilayah atau negara secara berasingan, bukannya urutan tarikh. Dalam dunia penulisan sejarah, pendekatan geografikal sebegini diterima pakai, selain pendekatan kronologikal dan tematik.
 

Gaib ~ Nurul Omar

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Sepatutnya Hash, Hammad dan Nazim tidak menceroboh ke bilik perpustakaan arwah aki pada malam itu. Sepatutnya Sora juga tidak perlu terlibat dengan mereka bertiga. Sepatutnya mereka tidak memanggil makhluk itu....

“Kuseru namamu tiga kali, datanglah menjemputku.” - HASH

Jika mereka tidak menjadi pengacau, sudah tentu gangguan demi gangguan yang penuhdengan misteri itu tidak akan berlaku. Sudah tentu semua keanehan yang menyeramkan dan berbaur mistik itu tidak perlu dialami oleh mereka.

“Tapi yang aku tak tahan, lembaga tu masih kejar aku.” - NAZIM

“Kau fikir apa sebenarnya yang ganggu kita?” – HAMMAD

“Aku diganggu. Kau semua diganggu. Tak kira malam, siang pun diganggu. Sekarang kita nak buat macam mana pun kita tak tau.” - SORA

Patahnya Sayap Icarus ~ Tiey Anam

(SEM & SS) RM29.00 > RM26.10

Dunianya berbeza berbanding gadis lain. Sudah terdidik sejak kecil, minda Kou sudah diprogram bahawa dialah gadis paling hodoh di dalam dunia.

Sikapnya yang pendiam dan tidak bergaul dengan orang lain menyebabkan dia sukar didekati. Siapa saja yang ingin berkawan dengan gadis alien? Itu gelaran yang sudah sebati dengan hidupnya sejak mengenal dunia.

Hadirnya si stalker bernama Isaac Zyy Wasim, menambah kemelut dalam diri. Hari-hari hidupnya tak aman gara-gara Isaac. Si stalker yang tak faham bahasa itu selalu ada di mana-mana. Kou rimas!

Persoalan demi persoalan akhirnya terungkai sepanjang tempoh Isaac mengenali Kou. Dan Kou pulak sedar hatinya sudah lama berubah rentak sejak mengenali Isaac.

Durjana Dari Neraka ~ Nana Amera

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Adakah ini balasan untuknya kerana sesuka hati melantik diri sebagai malaikat maut ciptaannya sendiri?

Anna Evelyn tanpa sengaja menjerumuskan diri ke lembah neraka bersama Ash Diego. Walaupun dia beranggapan kasih seorang durjana itu wujud, namun itu tidak dapat menyelamatkan dirinya dari jatuh cinta.

Neraka yang dicipta si durjana menjadi syurga buatnya. Kekeliruan menyelubungi Evelyn sepanjang berada dalam genggaman Devils. Perasaannya berantakan dan emosinya tidak terkawal. Dia inginkan keluarganya namun dalam masa yang sama, dia tidak mampu untuk menolak aura seorang Diego.

Dunia gelap tidaklah seindah kisah dongeng yang diinginkan oleh Evelyn, namun itulah hakikat yang perlu disave otaknya bahawa untuk memiliki jiwa Diego, dia perlu melalui lorong yang kelam. Pembunuhan, persaingan, kongsi gelap… semuanya terbentang di depan mata, sekali gus membawa Evelyn ke perjalanan yang mengancam nyawanya.

Kaulah Permaisuri ~ Farah Bahazelan

(SEM & SS) RM29.00 > RM26.10

“Langkah yang dimulakan kerana dendam takkan bawa awak ke mana-mana. Malah, akan menjerat diri awak sendiri.” - UWAIS DZIKRAL

Jerat diri sendiri? Ingin sahaja Rana ludah ke muka lelaki gua ini. Hell no! Jerat ini dia yang rancang. Dia mastermindnya! Lelaki ini hanya hamba untuk merealisasikan apa
yang dia mahu.

Uwais tidak menarik di matanya... Dengan wajah berjambang, ditambah pulak pakej muka bengis seperti Hulk… satu kampung menganggap lelaki ini gila dan menakutkan. Sungguh dia merasakan tinggal di rumah hantu lebih baik daripada tinggal di rumah Uwais yang dirasakannya seperti berpuaka.

Ternyata, Uwais tidak seperti yang dia sangkakan. Malah, dalam keadaan serba kekurangan, Rana mampu diangkat sebagai permaisuri sedangkan selama ini lelaki itu dianggap sebagai hamba untuk dia kembali kepada Saif.

Amanah Allah


Setiap perkara yang terjadi dalam kerjaya, adalah ujian dari Allah. Dan untuk anda yang bergelar pendidik, walau bagaimanapun 'peel' anak murid anda, mereka menjadi AMANAH kepada anda.


Buku: Kisah Bilik Guru. 2018. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Thursday, 3 September 2020

Perempuan Tanpa Dosa ~ Fatinilam Sari Ahmad

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50


Fragmen cinta kita telah retak seribu. LILY, gadis yang bebas dan agak liar kehidupannya. Bertukar ganti teman lelaki perkara biasa. Walaupun bebas tetapi dia pandai menjaga diri, sehingga dia diperangkap Eddie yang hanya ingin menjadikan Lily mangsa permainan cinta palsunya. Lily nekad untuk membunuh diri. Datuk Majid kelam-kabut mencari seseorang untuk dinikahkan dengan Lily bagi menutup malu. Dia meminta Rizal, pekerjanya yang baik dan setia itu agar menikahi Lily yang hamil anak tidak berayah. 

“Sekarang, cakaplah... Berapa yang kau mahu? Sejuta? Dua juta? Tiga juta? Aku mampu bayar. Aku mampu!” – DATUK MAJID 

Selepas menikahi Lily, Rizal membawanya pulang ke kampung. Dia sengaja menyeksa Lily dengan tinggal di rumah pusaka emaknya yang usang tanpa bekalan elektrik dan air. Tanpa pengetahuan Lily, Rizal mempunyai kekasih lama di kampungnya itu. Kekasih yang juga adik angkatnya. Mereka pernah tinggal sebumbung semasa ibu Rizal masih hidup. 

Projek Lavender 2: Kanser Catatan Hati Tentang Reda ~ Tim Projek Lavender


 (SEM & SS) RM29.00 > RM26.10


Kanser mengubah kehidupan pesakit dan orang di sekeliling mereka. Kanser seringkali disalah erti sebagai hukuman. Sedangkan penyakit ini takdir Tuhan supaya insan lebih dekat dengan-Nya. Buku ini mengandungi 20 kisah pejuang kanser, penjaga, perawat dan sukarelawan yang melibatkan diri dalam komuniti kanser.

Syukur dan reda menjadi tunggak dalam meneruskan perjuangan.

Berjuang hidup dengan kanser
Berjuang untuk terus hidup
Berjuang dan tidak mengalah

"We Share To Know We Are Not Alone"

3 Kanser 10 Bulan: Bila Doktor Menjadi Penjaga ~ Dr. K. Azlan

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.90


Buku ini memaparkan pandangan peribadi yang unik oleh doktor yang berdepan dengan cabaran apabila tiga orang ahli keluarga beliau disahkan menghidap kanser dalam sepuluh bulan. Buku ini diharap dapat membantu orang lain melawan dan mengatasi pelbagai isu yang dihadapi pesakit dan penjaga mereka. 

Dr. Azlan mendedahkan penderitaan yang beliau dan orang yang beliau sayangi alami berdasarkan pengalaman peribadi dan penyelidikan yang dilakukan. Beliau berkongsi perkara yang dipelajari dalam mengendalikan isu berkaitan penyakit yang sangat ditakuti ini dengan berjaya. Setiap jenis kanser yang dialami keluarga beliau mempunyai simptom fizikal, pilihan rawatan, perkembangan penyakit dan hasil rawatan yang berbeza. Beliau menangani setiap isu dan cabaran ini serta membantu pesakit dan penjaga mereka mengenal pasti cara untuk melawan penyakit ini. 

Beliau menyatakan penilaian penyakit yang jelas dan pilihan rawatan yang ada. Namun, tumpuan diberi untuk membantu keluarga melepasi halangan ini dan berhubungan dengan lebih baik dan saling menyayangi. Bantuan langkah demi langkah yang praktikal untuk mempertimbangkan dan menguruskan pilihan rawatan diberikan dalam buku ini. Ia membantu mengubah perjalanan sukar anda menjadi satu perjuangan yang bermakna dan tidak dapat dilupakan. Dr. K. Azlan adalah pakar perubatan dan Ketua Perkhidmatan Kecemasan dan Trauma. Beliau bertugas di pulau pelancongan Langkawi, satu daripada 104 pulau di kepulauan Laut Andaman kira-kira 30km dari barat laut Semenanjung Malaysia. Beliau menamatkan pengajian di Medical School of Dalhouse University, Hallifax, Nova Scotia, Kanada. Beliau tidak gentar mendedahkan kepayahan yang keluarga beliau alami dengan diagnosis tiga jenis kanser berbeza dalam tempoh yang singkat.

Hargailah Persahabatan


 Sahabat itu datangnya pasti bersebab.

Moga sahabat kita menjadi asbab untuk kita memasuki syurga. 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...