Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 21 April 2016

Di Atas Takdir Ilahi ~ Qis Zakirah

Nur An Nisa, gadis yang di anggap liar dan jahat rupa-rupanya menyimpan sejarah duka yang begitu tragis sehingga menghukum dirinya hingga ke akhir hayatnya. Trauma, ketakutan dan mimpi ngeri terus menghambat dirinya baik di dalam jaga mahupun lena.

“Kerana kau oranglah aku jadi jahat! Kerana kau oranglah aku jadi pemabuk! Kerana kau orang aku tak ada semangat belajar! Hidup aku bergelumang dengan dosa! Kau orang hancurkan hidup aku! Kau orang jadikan hidup aku tak ubah macam dalam neraka! Kau orang bunuh kehidupan aku! Bunuh masa depan aku!”

Pertama kali memandang An Nisa, mengundang rasa simpati yang tidak terhingga pada Irfan Maliki. An Nisa seolah sedang bertarung dengan konflik jiwa yang sangat tenat. Gadis itu perlu dibantu. Enggan melihat An Nisa terus tergelincir di jalan salah, Irfan menggalas tanggungjawab untuk membawa An Nisa pulang ke pangkal jalan.

“Di Atas Takdir Ilahi yang telah menjadi ketetapan buat diriku, sesungguhnya aku relakan segala yang telah terjadi di dalam hidupku. Aku relakan takdir itu semata-mata demi meraih redha-Mu. Ya Allah! Kerana hanya redha-Mu yang akan menjamin keselamatan hidupku di dunia dan akhirat.

Wednesday 20 April 2016

Genesis ~ Faiz Zahid

Namanya Shahrul Halim. Itu apa yang dikata oleh mereka. Tapi siapa sebenarnya dia? Dia tidak tahu. Dia tidak ingat. Apa yang diberitahu, dia seorang penyiasat. Dia terkejut!

Ingatannya yang hilang setelah kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Seremban-Nilai itu benar-benar mengganggunya. Apabila tersedar daripada koma, hanya Jamal dan Huda yang berada di sisinya.

Dia diperkenalkan dengan senaskhah al-Quran berwarna biru yang akan menemaninya di sepanjang perjalanannya selepas ini. Ayahnya, Yusri Qadri yang berdarah Inggeris merupakan seorang penulis novel terkenal bertajuk The Lost Guardian.

Dia didatangi lelaki halusinasi yang kerap kali menjelma dan menghilang tanpa dia kehendaki. Lelaki halusinasi itu kelihatan cuba membantu untuk mengingati kembali masa lalunya. Namun lelaki itu lebih banyak berteka-teki.

Ternyata kes rompakan yang melibatkan perompak-perompak yang memakai topeng Guy Fawkes pada 5 November lalu berkait rapat dengan kemalangan keretanya. Dia hanya mempelajari sejarah silamnya melalui imbasan, cerita Jamal, Huda dan lelaki halusinasi itu.

Kau Bunga Syurga ~ Dhiya Shiha

Khairina nekad, dia perlu melarikan diri. Apa guna seorang lelaki bergelar bapa kalau sanggup menggadai maruah anaknya? Pertemuan dengan Qasim membawa episod baru dalam hidupnya. Diharapkan kasih berpanjangan namun dugaan datang melanda.

Khairina sedih. Hatinya hiba. Dia dapat merasakan ini bukan perpisahan sementara tetapi perpisahan yang menjarakkan terus hubungan mereka. Namun, jauh di sudut hati dia mendoakan suaminya akan kembali.

"Apa lagi yang boleh Rina katakan selain daripada akur dengan keputusan yang telah abang buat? Mak abang pun tak menghalang? Siapa Rina untuk mengatakan jangan?"

Qasim memujuk isterinya. Walau dia nampak, tiada lagi sinar keceriaan di matanya seperti saat mereka menunggu terbenamnya matahari di Tanah Lot.

"Rina, maafkan abang. Abang tahu abang bersalah. Abang sekadar minta pandangan mak saja. Abang tak bermaksud Rina tak penting. Percayalah... abang janji akan selalu menghubungi Rina."

Khairina terus diduga. Ibu mentuanya, Hajah Ramlah tidak menyukainya. Berbagai kata nista dilemparkan. Dia didera! Jiwanya terseksa. Ya Allah! Hatinya merintih pilu.

Projek Seram: Istana ~ Maria Kajiwa, Syasya Bellyna, Helmi Effendy, Naim Tamdjis

Pabila mentari pucat-pasi, terbukalah kunci! / GUNDIK UYANG, MARIA KAJIWA
Fenomena jerebu yang melanda negara merisaukan hati Tok Isa. Sumpahan Gundik Uyang terlerai. Keturunan Sultan Sulaiman dan Pawang Taib menjadi buruan. Dia berusaha menentang sebelum lebih ramai yang menjadi mangsa. Namun segala apa yang dicuba ternyata sia-sia; sehinggalah dia kembali ke Hutan Tangga Tujuh menjejak Istana Pelambangan. Apakah rahsia istana itu? Siapakah sebenarnya Gundik Uyang?

Jika aku merupakan sebuah kesilapan, kau juga tidak boleh wujud / WUJUD, SYASYA BELLYNA
Catatan sejarah ketika permulaan zaman Sultan Pertama pada tahun 1913 terpadam satu per satu dari rekod negara sehingga mengubah peristiwa tulen menyebabkan Wangi terpaksa kembali ke zaman lampau untuk memperbetulkan kesilapannya yang mengakibatkan kewujudan si ‘puaka’.

Bangunlah wahai Cempakasari dari 1000 darah perawan sunti / PURBAKALA, HELMI EFFENDI
Siapa sangka ekpedisi Profesor Eqbal dan kumpulannya ke pendalaman Kedah membawanya kepada sebuah kota dan istana lama yang dibina pada zaman purba yang menyimpan seribu misteri dan angker untuk dibongkarkan.

Monday 18 April 2016

40 Hadis Palsu dan Lemah Popular ~ Abdul Razak Muthalib

Amalan hadis palsu yang disandarkan sumbernya kepada Rasulullah boleh merosakkan pegangan umat Islam. Jika tidak dibendung, dikhuatiri menimbulkan amalan yang dianggap sahih tetapi sebenarnya adalah terpesong daripada ajaran Islam. Usaha serius perlu digarap bagi mendedahkan hadis palsu yang wujud dikalangan masyarakat kini. Begitu juga dengan hadis lemah yang tidak boleh dijadikan hujah.

Buku 40 Hadis Palsu dan Lemah Popular - Edisi 2016 ini membincangkan perkara asas berkaitan hadis palsu dan lemah yang berlegar di dalam masyarakat. Himpunan hadis palsu dan lemah ini dikumpul daripada sumber yang dipercayai bagi menjamin pendedahannya berdasarkan bukti yang kukuh.

ANTARA ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN 1 : PENGENALAN
Bab 1 : Mengenali Hadis
Bab 2 : Hadis Sahih
Bab 3 : Hadis Hasan
Bab 4 : Hadis Dhaif
Bab 5 : Hadis Maudu’

BAHAGIAN 2 : 40 HADIS PALSU POPULAR
Hadis 1 : Menuntut Ilmu Sehingga ke China
Hadis 2 : Menuntut Ilmu Daripada Buaian
Hadis 3 : Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya
Hadis 4 : Doa Ketika Membasuh Anggota Wuduk
Hadis 5 : Solat Yang Tidak Mencegah Kemungkaran
*****
(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30

Laki Aku Negro Kau Peduli Apa? ~ Dr. Hayya Bilal

“Tempat awak sejukkan. Kalau macam itu, kenapa awak hitam?” aku bertanya selamba.

Si Negro ketawa. (Apa punya soalan kurang ajar, agaknya).

“Kenapa awak tanya?”

“Yelah, bukankah awak hitam sebab cuaca di negara awak panas?” Hahaha. Si Negro ketawa lagi.

“Awak tak belajar geografi ke?”

“Hahahah...” Aku ketawa sebab terasa macam bodoh sangat.

“Belajar geografi masa dulu-dulu, tapi sudah lupa,” jawabku.

“Orang kulit gelap bukan sebab duduk di cuaca panas. Awak ingat kalau kita letak orang Melayu di tempat Eskimo 100 tahun, mereka akan jadi putih?”

ANTARA ISI KANDUNGAN
Berkenal-Kenalan
Cinta Itu Aneh dan Dungu
Berkenalan dengan Negro
Makan Pisang
Kena Sebiji
Kenapa Negro Hitam

Friday 15 April 2016

Jejaka Macam Dia ~ Daisy Zahra

Kerana satu peraduan cabutan bertuah yang didaftarkan atas nama Durrah, dia memenangi pakej percutian ke Langkawi. Gara-gara pakej itu, dia bertemu dengan Juliana. Gadis yang cuba berlagak gentleman dengannya. Mengambil berat, suapkannya makanan. Mulalah Durrah fikir yang bukan-bukan, tapi ops! Dia bukannya les...Isy! Takkanlah Ju macam tu?

Luth Zafir, pemilik Perkasa Sdn. Bhd. Kenapa gadis yang seorang itu degil untuk menjual tanah dan rumah yang ingin dibelinya? Farhan cakap mustahil. Baginya, mesti ada cara. Caranya...adalah! Bila dah menjadi, dia dituduh gay. Ini boleh mencabar kelelakiannya! Lebih daripada itu, Durrah turut terkena tempias.

Nama baik dan maruah gadis itu dijaja. Dia akui itu berpunca daripada kesilapannya. Ditambah dengan rasa yang bertamu, dia menyuarakan rasa hati kepada Durrah. Dia ajak Durrah kahwin dengannya!

Di bawah satu bumbung dengan suami yang tall, dark and handsome yang memang menepati ciri-ciri idamannya, mulalah Durrah tak keruan. Sikap budiman semula jadi Luth Zafir yang ditunjukkan, membuatkan hatinya degil tidak menurut kata.

Isteri Duda Terhangat ~ Qhayra Qhayriesa

Kehidupan Ellina memang sengsara. Sudahlah tiada mak sejak kecil, abangnya pula melarikan diri dari rumah sewaktu remaja. Tinggallah Ellina bersama ayahnya yang kuat berjudi. Bertambah sengsara hidup bila dirinya hampir-hampir dijadikan pelacur oleh Pak Samad gara-gara mahu menebus hutang ayahnya itu. Mujur Hajah Zainun sudi membeli Ellina, tetapi ada syaratnya.

“Kamu pilih, kamu mahu menjadi pelacur seumur hidup kamu di kelab malam Wong Pai dan bayar balik hutang ayah kamu tu sampai habis atau kamu jadi isteri anak saya? Hah...Dah tentu sangatlah hidup kamu lebih terjamin kalau kamu jadi menantu saya bukan? Jadi, jangan buang masa hidup kamu lagi, Ellina. Kamu kahwin saja dengan anak saya.”

Mahu tak mahu Ellina harus akur memandangkan dia tidak mampu membalas budi yang diberi perempuan tua itu. Syukurlah dia bahagia melayari bahtera perkahwinannya dengan Datuk Zafran walaupun lelaki itu bergelar duda terhangat di pasaran. Namun, dugaan hidup takkan pernah berhenti. Ada saja yang cuba meruntuhkan kebahagiaan rumah tangganya, tak kiralah sama ada Pak Samad yang masih tidak jemu-jemu mengganggu atau Puan Sri Arisa, bekas isteri suaminya.

Kau Sembah Apa? ~ Ahmad Iqram Mohamed Nor

Buku ini mengisahkan tentang agama-agama di Malaysia, serta ulasan dan kritikan terhadap isu-isu sensitiviti antara agama yang wujud di negara ini.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Bahagian 1: Konsep Agama
Bab 1: Pengertian Agama
Agama dan Manusia
Manusia Membawa Agama
Islam dan Agama Lain

Bab 2: Peranan Dakwah
Pendekatan Dakwah
Dakwah dan Malaysia

Bahagian 2: Agama-Agama di Malaysia
Malaysia Masyarakat yang Majmuk

Bab 3: Agama Islam
Sejarah Ringkas Nabi Muhammad s.a.w.,Nabi Akhir Zaman
Al-Quran Adalah Kitab Terakhir
Kewajipan Umat Islam
Islam di Tanah Melayu
Isu-Isu Umat Islam
Salah Fahaman Muslim Terhadap Islam

Bab 4: Agama Buddha
Sejarah Ringkas Sidharta Gautama Buddha
Kematian Buddha
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Anarkis ~ Khairul Nizam Khairani

Sarjan Awai Anak Gamung adalah salah seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia yang ditugaskan di Bosnia di bawah misi IFOR. Kerana terlalu mengikut perasaan, Sarjan Awai telah bertindak di luar batasan dengan membunuh seorang jeneral pasukan tentera Serbia, Jeneral Revan Tanovic. Akibat diburu rasa bersalah atas tindakannya yang melampaui batas, Sarjan Awai telah meringkuk di dalam penjara di Croatia selamat lima tahun sebelum Angkatan Tentera Malaysia berjaya menemuinya dan membawanya pulang ke Malaysia. Namun dosa lampaunya masih terus memburu apabila kerajaan Britain menghantar wakilnya ke Malaysia iaitu Sir Anthony Morse dan ejen MI5, Andrew Doyle untuk menyiasat kematian salah seorang anggota skuad elit SAS British yang dipecayai maut akibat tindakan Sarjan Awai di Bosnia.

Sarjan Awai telah bersedia untuk mengakui kesilapannya, namun berlaku satu perkara yang mengubah segala-galanya. Kematian Sir Anthony Morse dan Jagjit Kaur, peguam yang bertanggungjawab membela Sarjan Awai yang dibunuh dengan kejam. Kini Sarjan Awai menjadi suspek utama. Cif Inspektor Kamarul Zaman yang menggalas tugas menyiasat pembunuhan Sir Anthony Morse dan Jagjit Kaur berpendapat kemungkinan Sarjan Awai mengalami tekanan mental dan telah hilang kewarasan.

Transgenesis ~ Amir Husaini

Apa yang bermula sebagai sebuah kes pembunuhan seorang tauke balak, menjadi semakin rumit dengan kehadiran gadis misteri berambut hijau. Ada masanya dia datang sebagai kawan, dan ada masanya sebagai lawan yang menakutkan. Siapa sebenarnya gadis misteri ini?

Para penyelidik daripada Institut Trans-DNA beria-ia mahu menjejak gadis misteri itu. Apakah rahsia yang mahu diselindungi?

Seorang wartawan, Buraquzzaman, berusaha untuk membongkar misteri pembunuhan dan misteri gadis berambut hijau ini, tetapi kehadirannya tidak disenangi oleh mereka yang mempunyai agenda tersembunyi.

Apakah nilai kehidupan manusia apabila wang dan kuasa yang memegang nyawa?
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Tuesday 12 April 2016

Yang Aku Inginkan ~ Nani Yuhanna

DISKAUN 5%
(SEM & S/S) RM26.00 > RM24.70

Kerana sebuah rencana jahat, Hania terperangkap. Dan hukumannya, dia harus mengahwini Shahrin demi mendapat kemaafan abahnya. Bagi Shahrin, dia sudah tidak punya hati. Cinta dan bahagianya sudah berkubur di hari kematian Ciaralina, tunang yang sangat dia sayangi. Tapi, akur dengan kehendak orang tuanya, dia lafaz juga akad terhadap Hania.

Tiga tahun berlalu, mereka membawa haluan masing-masing. Hania di KL dan Shahrin di Johor. Ikatan yang terjalin tidak mengubah apa-apa antara mereka sehinggalah Hania menamatkan pengajiannya dan Shahrin mengubah fikiran membawa si isteri pulang ke rumah sendiri.

“Kenapa pula awak nak tidur atas sofa?” – Shahrin Irham
“Se..sebab awak kan tidur atas katil. Jadi, saya tidurlah kat bawah.” – Faria Hania
“Malam ini dan juga malam-malam yang seterusnya, tak akan ada sesiapa pun yang tidur atas sofa." – Shahrin Irham.

Maka, bermulalah tugas Hania sebagai isteri. Dia nekad untuk melupakan sejarah hitam dan mencari bahagianya yang mungkin ada pada Shahrin.

Monday 11 April 2016

Di Sebalik Niqab: Kisah Tersirat ~ Roza Roslan

Allah mengajar manusia dengan pelbagai cara. Ada ilmu yang hadirnya melalui kehidupan seharian. Kehidupan inilah yang perlu diamati dan diteroka.

Mengandungi 30 bab. Mengenai kisah penulis semasa berada di Turki dan beberapa negara Timur Tengah. Bagaimana penulis melihat dan memerhati serta menyingkap kisah tersirat masyarakat, budaya dan tradisi setempat. Betapa persepsi awal penulis terhadap sesuatu itu tersasar apabila mula memahami kisah yang terselindung. Sebaliknya ia penuh dengan pengajaran dan natijah yang wajar dihayati oleh setiap manusia.

Senyumlah, menangislah dan tertawalah bersama karya unik ini.

Di Sebalik Niqab: Kisah Tersirat umpama sebuah universiti kehidupan yang penuh dengan keagungan Maha Pencipta!
*****
(SEM & S/S) RM38.00 > RM33.40

Detik Itu... DIA Menguji Kita ~ Noraini Bahari, Muhd Kamil Ibrahim

Seluruh kehidupan adalah ujian, namun ujian duka kelihatan lebih mencabar.

Buku ini merupakan tulisan bersama Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Noraini Bahari. Konsep asas penulisan karya ini adalah untuk mengingatkan diri akan kematian yang pasti menjelma. Namun, sebelum detik itu tiba, kehidupan ini akan dilalui dengan kehadiran pelbagai ujian. Ujian sentiasa hadir. Dia mengajar kita untuk sabar dan solat. Itulah tanda redha menjadi tunggangan yang tidak memenatkan. Benar, sepanjang berusaha dan bertawakal, sudah pasti kita bertemu dengan onak, duri dan ranjau kerana kehidupan itu sendiri merupakan ujian besar. Kita dicipta dan dilahirkan di muka bumi ini semata-semata untuk menyembah dan beramal ibadat kepada-Nya.

Karya ini menampilkan kisah diri dan mereka yang hampir dalam melihat, merasai dan melalui setiap ujian-Nya yang datang bersilih berganti. Ujian biasa-biasa yang tidak terbanding dengan ujian para nabi dan rasul tetapi inilah teras penulisan yang mereka persembahkan kepada khalayak pembaca berkait dengan kisah-kisah kehidupan yang telah mereka lalui bersama dengan keluarga dan masyarakat. Tidak kiralah sama ada ia besar atau kecil, biasa atau luar biasa kerana sesungguhnya hidup adalah ujian. Niat akhir penulis agar karya mereka ini menjadi penyebab untuk mereka dan khalayak mendekatkan diri kepada-Nya. Insya-Allah.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Saturday 9 April 2016

Tidak Pernah Sesal ~ Umie Nadzimah

Syed Azeem lelaki yang dilukai pada hari perkahwinan. Lalu berhijrah membawa diri untuk mengubat hati. Bertahun berlalu, tiba-tiba terserempak bekas tunang, rindu bercambah kembali. Sayang sekali gadis itu bukan Sharifah Zalia. Gadis unik itu Lia Hana namanya. Mereka seiras! Mengenali Lia Hana, baru dia tahu yang watak mereka berbeza, bagai langit dengan bumi. Syed Azeem jatuh cinta sekali lagi. Kali ini sungguh-sungguh cinta! Dan sayangnya berbalas! Namun, impian untuk membina mahligai bahagia tidak mendapat restu dari emak Lia Hana dan walid Syed Azeem.

“Hanya Naim yang boleh jaga dan lindungi Lia, emak tak percaya orang lain!” Tegas kata emak Lia Hana. Tetapi bukankah Abang Naim abang Lia Hana? Pening dengan sikap emak! Apakah rahsia yang emak pendamkan?

Tujuan mereka suci. Ingin cepat menghalalkan hubungan, mengelakkan dosa serta perlakuan maksiat, bukan sekadar cinta budak-budak hingusan, namun restu orang tua tidak boleh diabaikan.

“Nikah dengan saya? Dalam masa terdekat? ” - Syed Azeem.
“Sini (London)? Jalan kita tak mudah selepas itu, Azeem...” - Lia Hana

“Katakan ‘yes'. Kita perlu harungi berjuta-juta langkah di hadapan. Saya hanya nak Hana buat satu langkah saja, yang lain saya akan selesaikan…”

Imaginasi ~ Ramlee Awang Murshid

Mereka... tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Mereka sangat berbeza, namun penuh dengan cinta. Tiga cinta dengan tiga kata. Kelam dan suram menjadi suasana latar kehidupan masing-masing. Warna pelangi itu terlihat, cuma tidak mampu digapai. Maka impian itulah yang melonjakkan hasrat agar mimpi setiap orang tidak berubah menjadi igauan buruk.

Suhaila - Perempuan yang hidup menyendiri dalam sebuah rumah agam di ladang kelapa sawit. Pembela saka seekor singa. Dia terkurung dalam ruang lingkup yang terbatas agar kejahatan tidak terlihat sesiapa pun menerusi mata sirna kebenaran.

Kamil - Lelaki yang baru dibebaskan dari penjara. Pandangan pertama di ladang kelapa sawit telah menjebakkannya ke dalam gelora cinta Suhaila. Apakah Kamil bakal menjadi korban percintaan?

Hafiz - Pengembara eropah yang menemui cintanya di Amsterdam, Holland. Yang dicintai adalah perempuan Indonesia bernama Citra Widya, buruan dua lelaki dari negara seberang. Berjayakah Hafiz membantu Citra Widya melarikan diri ke London supaya cinta mereka terus bernyawa?

Abam - Lelaki lurus bendul. Dia seorang penjaga lembu milik Pak Budin, ayah kepada Juita. Abam sangat mencintai Juita dengan caranya yang tersendiri. Namun, cintanya ditolak Juita.

Friday 8 April 2016

Luahan Hati ~ Eliza AB

Aku tak tahu mengapa aku rindu. Dalam diam aku mencintaimu.

Kepulangan Elisya Erman ke kampung menambahkan rasa benci di hati Firdaus Hakimi. Rasa dendam yang sekian lama tersemat di hati bernanah semula. Apa yang telah dilakukan oleh Elisya suatu ketika dahulu tidak mungkin dimaafkan.

"Aku tak suka kau ada kat sini. Baik kau berambus!" - Firdaus Hakimi

Elisya akur dengan kebencian Firdaus. Akur dengan permintaan Firdaus, dia pergi membawa diri sehinggalah malang menimpa.

"Aku reda, Lia. Bukan jodoh aku dengan dia untuk bersama." - Elisya Emran

Kehadiran Aidid Haikal telah memberi sinar baru dalam hidup Elisya. Rasa terhutang budi terhadap Aidid sukar untuk dibalas. Tatkala Aidid melamar, dia jadi serba salah.

"Saya nak melamar awak jadi isteri saya." - Aidid Haikal

Pertemuan semula dengan Firdaus menambahkan lagi kekusutan di fikiran. Pemuda itu datang memohon kemaafan dan menyesali atas apa yang berlaku. Lamaran yang diberi menyukarkan lagi keadaan.
Adakah sinar kebahagiaan akan menjelma dalam hidup Elisya?
Antara Firdaus Hakimi dan Aidid, siapa yang menjadi pilihan di hatinya?
*****
(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Sufi Indera ~ Fathi Fatim

Dia istimewa, Jika tidak, pasti dia tidak akan terpilih olehNya. Namun, dia masih ada peluang untuk memilih. Samada untuk meneruskan ataupun tidak. Semuanya di tangannya. Jalan sudah dibuka luas. Hanya dia yang mampu menghadapi dan menyelesaikan semua itu. Dan yang paling penting, dia perlu mencari Adra.

"Semua ini kurniaan Allah. Tanpa Dia...saya kosong." - Adra
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Thursday 7 April 2016

Manuscript ~ Saidee Nor Azam

Jangan biarkan dia wujud!
Iman Zaman seorang novelis seram tersohor, sudah tidak mampu menulis cerita seram lagi. Semuanya bermula setelah dirinya mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya, Diana. Dalam diam, Iman mengesyaki Diana curang. Namun,

Diana tetap membantu Iman mencari sebuah rumah sewa di kawasan pedalaman semata-mata ingin membantu Iman menyiapkan karyanya.

Di rumah disewanya itu, Iman telah menjumpai senaskhah manuskrip lama yang belum lengkap. Dia mula bercadang untuk memplagiat karya itu. Sejak itu, Iman sering diganggu pelbagai kejadian seram dan aneh. Termasuk kehadiran seorang lelaki yang menyuruh Iman menyiapkan segera manuskripnya.

Siapakah lelaki misteri yang sering mengganggu Iman? Adakah dia wujud? Apakah misteri yang sebenarnya di sebalik manuskrip itu? Apa yang pasti, manuskrip itu seperti menyimpan seribu rahsia yang terpendam.

“Tidak! Kau tak wujud! Kau iblis! Kau setan! Berambus! Jangan ganggu aku!” -Iman Zaman
“Sudah aku katakan, dia memang tidak boleh dipercayai tetapi kamu lemah dengan mainan nafsu kamu sendiri.” -Yasril
“Kalau aku mati, aku akan bawa kau sekali jantan tak guna!” –Faten Suhanna
*****
(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

Wednesday 6 April 2016

Tafsir Mini Surah al-Duha Untuk Anak-anak ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Ramlie

Buku ini hadir untuk membantu ibu bapa dan guru bagi mentadabbur bacaan ayat-ayat suci Allah SWT kepada generasi muda dengan gaya yang lebih interaktif dan menarik minat anak-anak. Buku ini juga menggunakan pendekatan “Pictorial Mnemonics and Sound Contrasting” yang terbukti mampu menambah perbendaharaan kata. Hampir setiap ayat disertakan dengan ilustrasi yang sesuai dan menarik bagi membantu anak-anak memahami ayat-ayat yang dibaca.
*****
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

40 Hadis Tentang Keberkatan ~ Mohd Khafidz Soroni

Keberkatan juga merupakan satu anugerah daripada Allah SWT kepada setiap hambaNya yang bertakwa kepadaNya. Keberkatan bukanlah diukur dan dinilai daripada nikmat penggunaannya.

Walaupun sedikit, tetapi mencukupi malah banyaknya boleh diagih-agihkan. Itulah yang dinamakan berkat. Manakala yang tidak berkat adalah sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas.
*****
(SEM & S/S) RM8.00 > RM7.00

Khasiat Za'faran Dalam Perubatan Islam ~ Dr. Raden Supardi Raden Budiyono

Pepatah mengatakan,“kita adalah apa yang kita makan.” Oleh sebab itu Allah memerintahkan kepada umat manusia supaya memilih dan menikmati makanan yang halal dan thayyib serta tidak berlebihan dalam pengambilannya sehingga membawa kepada pembaziran.

Risalah ini hadir untuk mengupas khasiat za‘faran secara terperinci berdasarkan tiga prinsip dalam perubatan iaitu penjagaan kesihatan, pencegahan dan detoksifikasi.
*****
(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30