Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 31 October 2016

Mikayla ~ Melur Jelita

Dengan…
Atau tanpamu…
Aku tetap berlari!

Hardi-E. Ar Rahman
Produk muda dari Pusat Latihan Polis, Air Hitam (PULAPAH)
Gila-gila, ceria dan playboy ayam-ayaman.

Wan Adra Mikayla
Kononnya berdarah Bugis
Dicop keturunan Si Bongkok Tanjung Puteri!

Gadis lanun diusik jejaka Minangkabau
Jadilah asam pedas astaghfirullah al azim bertemu masok lomak cili api alhamdulillah

Hati Jiran Jendela Sebelah sudah terpaut
Jawapan Hardie: Saya main-main je.

Berani kau cuit-cuit gadis Johor Bharu?!
Cap mohor Mikayla jelas bertanda di dada Hardie!

Dengan…
Atau tanpamu…
Aku tetap tersenyum!
***
Cerita biasa-biasa. Hero heroine biasa-biasa. Biasa sangat-sangat.
***
(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Sunday 30 October 2016

Cinta Han dan Nad ~ Jaja Ahmad

Cinta pandang pertama. Ramai yang percayakan cinta pandang pertama tetapi tidak ramai yang mampu memilikinya. Nadia Aliff, seorang gadis yang kuat dan cekal tetapi hidup di dalam bayangan cinta pandang pertama yang tidak pernah kunjung tiba. Farhan Shah Umar. Saat terpandangkan wajah gadis yang kalut itu, jantungnya mula berdetak laju. Pertemuan demi pertemuan tetapi tidak juga mencambahkan sebarang ikatan.

Dua tahun berlalu, masing-masing masih mencari dalam bisu. Pertemuan yang tidak disengajakan berlaku lagi dan kali ini Farhan melangkah laju, mencari titik mula perhubungannya dengan Nadia.

“Balik lambat ni suami tak marah ke?” – Farhan
“Belum kahwin.” – Nadia
"Tunang tak jemput?” – Farhan
“Tak ada tunang.” – Farhan
“Boyfriend tak temankan ke?” – Nadia
“Doktor nak tahu saya dah berpunya atau belum sebenarnya kan?” – Nadia

Penantian yang lama walau dengan perkenalan yang singkat menyatukan mereka untuk menghalalkan segalanya.
“Jadi, jawapan untuk lamaran saya tu?” – Farhan
“The answer is yes.” – Nadia

Friday 28 October 2016

Selamanya Di Sisiku ~ Dhila Asyfa

Penyatuan mereka di atas pilihan keluarga. Dafina Eryna yang ditinggalkan kekasihnya menerima Elman Akhil tanpa sebarang bantahan.

Alam perkahwinan mereka cukup bahagia umpama mimpi jadi nyata. Elman seorang penyabar, Eryna kadang kala menyimpan seribu satu rahsia. Perbezaan tidak menghalang mereka menyemai rasa cinta bersama.

“Abang tak pasti apa yang menganggu fikiran Eryna. Cuma satu yang abang minta, Eryna jangan cuba sembunyikan apa-apa daripada pengetahuan abang. Setiap apa yang Eryna pendam selama ini, abang perlu tahu. Sebab, abang suami Eryna.” – Elman Akhil

Bahagia yang diharap akan sentiasa mekar dan berbunga diduga dengan takdir Illahi. Elman hilang di kawasan ladangnya. Hati Eryna resah gelisah.

Dalam tidak sedar, Hazri Iskandar datang kembali di dalam hidup Eryna. Menguji hati seorang wanita yang sedang kehilangan suaminya.

“Hanya satu sahaja yang saya harap awak lakukan sekarang ni. Doakan semoga Abang El selamat. Dan, Hazri mungkin awak tak faham apa maksud ayat saya selama ni. Saya tak nak jumpa dan lihat muka awak lagi. Cukuplah kehadiran awak kusutkan fikiran saya. Hati dan perasaan saya sekarang ni hanya untuk Elman seorang.” – Dafina Eryna

Tuesday 25 October 2016

Mahasiswa Jutawan ~ Lutfi Latif

Buku ini ditulis bagi berkongsi idea-idea tentang kewangan untuk mahasiswa agar golongan ini mampu untuk survive dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran. Selain itu, turut mendorong mereka untuk terus berusaha mengumpul wang dan meningkatkan pendapatan dari semasa ke semasa. Tidak mustahil, dengan usaha gigih yang dilakukan boleh memberikan kekayaan dan kebahagiaan buat mahasiswa di Malaysia.

Kita perlu melakukan sesuatu jika ingin berjaya. Maka sebelum itu, kita harus belajar terlebih dahulu cara untuk menjadi kaya.
***
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Itu Juga Jalan Ke Syurga ~ Muhammad Luqman Makhtar

Karya ini berkaitan dengan syurga dan amalan -amalan yang mendekatkan dan mengundang reda Allah SWT. Risalah ini berdasarkan sumber al-Quran dan sunah Nabi SAW yang dilampirkan untuk diamalkan oleh setiap insan yang ingin kembali kepada Tuhannya dengan hati yang sejahtera.
***
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Zero To Hero ~ Airol Irwan Limin

Zero to Hero sebuah buku yang begitu banyak peringatan dan manfaatnya buat kita. Melalui penulisan penulis ini, kita akan dapat mengetahui betapa luasnya pembacaan dan pengalaman beliau dalam dunia motivasi atau boleh kita katakan sebagai dunia dakwah. Kejayaan beliau dalam bidang rundingan ini telah menarik banyak perhatian media sehingga sering kali dijemput dalam program-program motivasi.

Kini, buku ini merupakan medium untuk beliau mencurahkan dakwah ilmu dan pengalamannya.
***
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Talaqqi ~ Anwar Majdi

Ikuti perjalanan kisah benar seorang anak muda di bumi Syria dalam misi mendalami Ilmu, sebelum meletusnya krisis peperangan demi peperangan seperti hari ini. Diceritakan juga 1001 keindahan dan kunikan Syria semasa beliau di sana, namun kini, semuanya semakin terhakis.
***
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Saturday 22 October 2016

Degupan Kasih ~ Siti Noriha

Di saat matanya bertikam pandang dengan mata Hayfa, gadis comel yang baru berpindah ke sini dari Kuala Lumpur itu telah membuatkan hatinya berdegup kencang.

Tapi,…untuk mencuri hati gadis comel dan manis itu perlu ada modus operandi yang dirancang dengan baik. Dia mahu kelihatan seperti lelaki yang budiman.

Siapa sangka, dia seorang lelaki yang tidak pandai langsung mengatur modus operandi yang baik sehinggakan peluangnya tertutup terus.

“Su, kalau susah-susah sangat, kalau sampai tak ada orang yang hendak kahwin dengan kau, kau kahwin dengan aku ajelah!” teriak Hanafi kuat. Biar bergema di udara, biar zarah-zarah udara berlari-lari membawa kata-kata itu ke telinga Sukasih.

“Cantik tak dia?” Cepat-cepat Hanafi bertanya soalan, bimbang apa yang ada di hati terkeluar di mulut.
“Cantiklah.” Sukasih tersenyum. Dia terbayang wajah Hayfa yang cantik dalam make up yang nipis pada majlis pertunangannya tempoh hari.
“Kau pun cantik,” kata Hanafi perlahan.

Apakah ada peluang lain untuk dia walaupun bukan dengan orang yang sama? Degupan Kasih untuk siapa?
***
(SEM & S/S) RM23.90 > RM21.00

Demi Rindumu ~ Diya Jamal

Bertemu tidak sampai beberapa hari, Haznik sudah berani membuat pengakuan cinta. Katanya, mahu memikat Nurhana. Siapa yang akan percaya?

“Ada apa-apa ke kat muka saya ni?” - Nurhana
“Takde apa-apa.” - Haznik
“Habis tu, kenapa tenung muka saya?” - Nurhana
“Kat dalam mata awak, ada saya.” – Haznik
“Tolonglah jangan buat macam tu, Nik. Saya rasa tak selesa kalau awak asyik tenung saya. Nak makan pun susah.” – Nurhan
“Apa boleh buat? Mata saya tak boleh berhenti tengok orang yang cantik.”

Jiwa Nurhana hampir terpikat namun dia enggan cari nahas dengan terjerat dalam permainan lelaki buaya darat. Mulut sentiasa manis bergula. Apatah lagi, hatinya pernah terluka. Luka itu tidak mungkin akan sembuh sampai bila-bila. Dia serik! Lebih baik dia cabut lari.

Dia kembali bukan untuk mencari cinta. Semuanya gara-gara lelaki bernama Nasrul. Kerana lelaki ini, dia terbang pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara. Ada urusan yang perlu dia selesaikan. Ada hutang yang perlu dituntut.

Opsss... Terpikat Cik Sombang ~ Cici Aida

Ego! Cengil! Pendendam!

Cukup pakej sifat Ira Harisya. Cantik, manis dan penuh gaya dengan aura memikat. Namun begitu, Ira Harisya benci lelaki yang suka ambil kesempatan pada perempuan cantik sepertinya. Lebih-lebih lagi, lelaki itu Zeid Farhans.

“Saya Cuma tak nak cik jatuh ‘terguling-guling' sendiri dekat tangga tu.Tumit kasut cik tu, cuba nak malu kan cik. Cuba cik tengok, dah ‘terpatah' pun. Dan bukan niat saya nak ‘terpeluk' cik dengan sengaja.” - Hans.

Bengang! Benci! Meluat! Tiga rasa bersatu dalam hati Ira Harisya, bila Farhans bekerja sebagai pemandu peribadi Tan Sri Rashid. Ingat dia hairan sekalipun depan mata dia tu cucu lanun. Silap besarlah. Berani cuba nak dekat-dekat dengan dia memang merasa jadi punching bag.

Tapi tiba-tiba…

“Kenapa kau datang sini, hah? Aku benci tengok muka kau. Kau yang menyebabkan anak aku lumpuh. Keluar!”- Puan Sri Marlia

Thursday 20 October 2016

As-Syamail Al-Muhammadiyah (Edisi Kemaskini Ekonomi) ~ Imam At-Tirmidzi

Setelah cetakan pertama, beberapa penuntut ilmu di Mesir meminta supaya edisi terjemahan Syamail Muhammadiyah ini dicetak lagi. Dengan rasa rendah diri, kami memenuhi permintaan itu. Lalu kami melakukan beberapa penambahan dan perbaikan, supaya terjemahan Asy-Syamail Al-Muhammadiyah ini dapat lebih autentik dan lebih mudah.

Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW.

Mereka itu di antaranya:
Al-Muhaddith Syeikh Dr. Mahmud Said Muhammad Mamduh.
Syeikh Muhammad Amin al-Harari al-Buwaithi.
Syeikh Hamid Alkaf al-Makki (Khalifah Syeikh Yasin di Mekkah)
Syeikh Dr. Ahmad Shâdiq (Beliau bersama Syeikh Thantawi (Grand Syeikh al-Azhar 1996-2010), Syeikh Sayyid Sabiq (Fiqhu s-Sunnah), dan Syeikh Muhammad Bakr ismail (pengarang al-Fiqh al-Wadhih); mereka berguru kepada Syeikh Mahmud Syaltut (Grand Syeikh al-Azhar 1958-1963).
Syeikh Prof. Dr, Nashr Farid Washil
Syeikh Prof. Dr, Ali Jum'ah
Syeikh Prof. Dr. Ali as-Salûs
Syeikh Dr. Shabri Abdur Ra`ûf
Syeikh Dr. Ahmad Yusri
Syeikh Dr. Abdurrahman al-'Adawiy
Syeikh Ibrahim Abdul Ba'its al-Kattani
Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari

Peribadi ~ HAMKA

Seringkali kita membicarakan orang yang kita cintai atau hormati dan telah berpisah dengan kita. Kita ingat segala kebaikannya dan tidak ketinggalan juga kita membicarakan kelemahannya. Perangainya halus, hatinya suci, sikapnya jujur, perkataannya teratur, dan budinya mulia. Semuanya itu, iaitu budi, akal, pergaulan, kesehatan, dan pengetahuan, berkumpul menjadi satu pada satu orang. Kumpulan itulah yang membentuk suatu peribadi. Lemah ataupun kuat, lebih ataupun kurang dari segala yang disebutkan itu menyebabkan lemah ataupun kuat, lebih ataupun kurangnya peribadi. Itulah yang menentukan mutu seseorang.
***
(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Wednesday 19 October 2016

Kadar baru bagi kurier Pos Malaysia


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Kami di Booksville Ent. ingin memaklumkan bahawa kadar caj penghantaran buku menggunakan kurier Pos Laju telah dinaikkan. Kadar caj baru ini telah bermula dari 15 Oktober 2016. Di sini, kami lampirkan makluman daripada pihak Pos Malaysia (boleh rujuk juga laman web Pos Malaysia) dan kadar terkini yang diberikan.


Kadar Caj Pos Laju mengikut Zon :
SEMENANJUNG:
kurang dari 0.5kg - RM7.20
0.51kg hingga 0.75kg - RM8.50 (anggaran untuk 1 novel atau buku yang harga pasaran RM21)
0.76kg hingga 1kg - RM9.80 (anggaran untuk 2 novel)
1.01kg hingga 1.25kg = RM11 (anggaran untuk 2 novel)
1.26kg hingga 1.5kg = RM12.50

SABAH / SARAWAK
kurang dari 0.5kg - RM7.20
0.51kg hingga 0.75kg - RM11.80 (anggaran untuk 1 novel atau buku yang harga pasaran RM21)
0.76kg hingga 1kg - RM13.80 (anggaran untuk 2 novel)
1.01kg hingga 1.25kg = RM15.80
1.26kg hingga 1.5kg = RM17.80

Untuk belian yang banyak, pihak pelanggan boleh meminta sama ada ingin menggunakan kurier Pos Laju atau Pos Domestik Malaysia (harganya sedikit murah dan ambilan masa penghantaran oleh posmen adalah 4-5 hari bekerja)

Terima kasih

Booksville Ent.

Monday 17 October 2016

Aku Pikat Dia ~ Dhiya Shiha

Dalisya Irdina ala-ala tomboi. Zafrin pula agak pemalu dengan perempuan tetapi bermulut vokal. Bila bertemu ada sahaja pertikaman lidah yang berlaku. Kata orang, macam kucing dengan anjing. Pertemuan pertama mereka di dalam Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Ipoh ke KL Sentral. Suatu insiden yang tidak disengajakan di antara mereka telah berlaku. Malu!

"Kenapa awak renung muka sayasemacam aje? Saya tahulah saya ni hansome".

Wajahnya merah menahan malu. Kalau ikutkan hati mahu saja dia tampar mulut mamat terlebih perasan itu. Mujurlah kata-kata lelaki itu sekadar cukup untuk didengar di telinganya sahaja.

"Sengal betul mamat perasan handsome ni. Kalau ya pun tariklah bag tu perlahan-lahan, ini main sentap aje. Sakit dada aku".

Dia masuk semula ke dalam tandas dan berdiri di depan cermin. Insiden sebentar tadi amat memalukannya.

"Apa punya malanglah nasib aku hari ni? Pagi tadi dia terlanggar dan terpeluk aku, sekarang aku pulak terpeluk dia, eeee...."

Dalisya Irdina menahan sebak. Kelopak matanya sudah mula berkaca. Bila-bila masa sahaja air mata akan gugur.

Mimpikan Kamu ~ Aja

“Selama ni I harap bakal suami I seorang yang baik. I selalu rindu dia even I tak kenal dia. Tiap-tiap kali solat, I doa biar Allah jaga dia siang dan malam. Pimpin dia dalam apa saja keputusan yang dia buat. Untuk kebaikan dia, untuk kebahagiaan masa depan kita orang. Turned out, that person is you. I kecewa.” Itu kata Pia.
***
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Friday 14 October 2016

Cinta Terlebih Saiz ~ Reeani Annur

Amell berharap jodohnya dengan perempuan cantik berbadan slim. Tapi, kenyataannya terbalik. Jodoh dia dengan perempuan yang berlawanan saiz. Aduh! Jatuhlah maruah sebagai lelaki handsome kalau macam ni. Lalu, macam-macam cara Amell buat untuk mengelak perkahwinannya dengan Orkid daripada berlaku.

“Aku tak peduli. Aku nak kau beritahu dekat bapak kau, suruh dia pergi jumpa mama dan abah aku, putuskan pertunangan kita. Aku tak nak jadi tunang kau.”

“Eleh, habis ingat saya nak sangat ke jadi tunang awak? Beri 10 ringgit pun saya tak ingin tau. Malang bertunang dengan lelaki macam awak ni.”

Bagi Orkid, dia pun tak nak kahwin dengan lelaki mulut jahat macam Amell. Justeru, apa yang Amell pinta, dia segera tunaikan. Pertunangan mereka akhirnya putus. Tapi, dia jadi tak faham pula apabila Amell tiba-tiba datang merapat semula dengannya selepas itu.

“Ada apa hal awak datang rumah saya?”
“Kenapa? Rumah kau ni termaktub dalam senarai kawasan larangan ke?”
“Ha'ah. Memang kawasan larangan untuk awak. Lain kali kalau saya tak jemput, jangan pandai-pandai datang.”
“Tak baik halang bakal suami nak jumpa bakal isteri. Kejam namanya tu.”

Dah pulak? Dulu benci gila-gila. Sekarang, apa kes pula nak tackle balik? Apa yang membuatkan Amell berubah fikiran nak berbaik-baik semula dengan bekas tunang terlebih saiz itu?
***
(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Teka Hati Dia ~ Emma Mariam

Kerana takut kariernya sebagai wartawan musnah begitu sahaja, Yuhana tekad untuk menyamar sebagai orang gaji di rumah seorang lelaki misteri yang dia gelar Hakim di Bukit Impian.

Hari pertamanya di Bukit Impian tidak seindah yang dia sangkakan. Demi laporannya yang belum menemukan noktah, Yuhana turutkan juga sikap dan perangai jelik Hakim Bukit Impian. Misinya untuk mengorek rahsia lelaki itu semakin sukar apabila Hakim menyukarkan keadaannya di sana. Sekali Yuhana memulakan langkah, seribu kali langkah Hakim menghalangnya.

Bilik Encik Hakim? Aduh, aku ingatkan bilik rahsia!
“Keluar sekarang juga dan aku anggap tak ada apa-apa yang berlaku. Keluar!”

Hidupnya semakin kucar-kacir setelah Hakim mengisytiharkan dirinya sebagai bakal isteri. Yuhana hilang kata. Lelaki bernama Hakim itu sewenangnya bermain dengan hidupnya. Namun, kerana satu pengkhianatan, Yuhana relakan jua menerima lamaran lelaki misteri itu. Ya, Hakim lelaki misteri yang belum dia kenali sepenuhnya. Oleh kerana itu, Yuhana dan Hakim tetapkan satu syarat.

Sayang Awak, Encik Penganggur ~ Qhayra Qhayriesa

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Sejak Qaila ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan Tan Sri Rashid, banyak perkara tak dijangka berlaku kepadanya. Paling tak sangka, dia diekori seorang lelaki yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Ray. Orangnya kacak seperti pelakon lelaki popular. Tubuhnya pun tegap lagi tinggi macam model. Tapi yang menghairankan Qaila, kenapa gadis kasar seperti dia pula yang dikejar lelaki hebat seperti Ray?

“Baik awak cakap. Kenapa awak ekori saya?”
“Sebab saya suka awaklah. Takkan itu pun awak tak faham.”

Hairan-hairan pun, Qaila terima juga lamaran Ray. Bukan kerana suka. Hanya kerana Ray berjanji akan jaga dia selama kes Tan Sri Rashid belum selesai. Tapi, ada syaratnya. Perkahwinan mereka haruslah dirahsiakan dan untuk satu tempoh tertentu saja.

Dah nama pun tinggal serumah, hari-hari pula bersua muka. Mustahil bagi Qaila kalau tak jatuh sayang kepada suaminya. Tambahan pula Ray tak lekang dengan perangai sasaunya. Semakin angaulah Qaila jadinya.

Monday 10 October 2016

Kelahiran Agung Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w ~ Ustaz Muhadir Hj. Joll

Buku ini bukan hanya memaparkan fakta dan sejarah, tetapi juga memuatkan kisah-kisah atau dialog-dialog yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang ada kaitan dengan kehidupan Nabi sebagai ibrah dan penyegar minda. Ia akan lebih mendekatkan pembaca dengan suasana sebenar pada zaman Baginda.

Terbahagi kepada dua bab. Bab pertama membicarakan tentang keturunan, nama dan ahli keluarga Nabi Muhammad. Manakala bab kedua membicarakan kronologi perjalanan hidup Nabi Muhammad mengikut tahun dan umur.

Disokong foto-foto eksklusif yang berkaitan dengan perjalanan hidup Nabi SAW.

“Sebagaimana dengan melihat pokok-pokok yang menghijau akan memberi ketenangan kepada hati dan membawa ketenteraman kepada jiwa, begitulah juga hati dan jiwa akan menjadi tenteram, bahagia dan tenang ketika melihat, membaca atau mendengar akhlak dan peribadi agung yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.”
*****
(SEM & S/S) RM60.00 > RM52.80

Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin ~ Umi Syidah

Kalau duda tu tak nak, aku lagi tak hingin!

Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam enggan menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.

“Perempuan apa awak ni ha?! Tak malu ke merayu pada lelaki yang tak sudi? Inilah orang kata, perigi cari timba. Tengok awak pun saya tak ada selera. Inikan lagi nak menikah.”– Saiful Mizan.

“Saya tak akan minta apa-apa dari awak, saya tak akan tuntut apa-apa dari awak. Apa saja permintaan awak, saya akan ikut. Saya merayu, tolonglah.”- Yuhanis.

Yuhanis tidak peduli dan terus mendesak. Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat.

“Saya tak mahu awak mengganggu hidup saya. Bila saya berada di rumah, awak jangan lalu-lalang menyemakkan mata saya, faham? Awak nak buat apa, nak ke mana pun, suka hati awaklah. Saya izinkan dan saya tak kesah sebab awak bukan urusan saya. Jangan fikir perkahwinan ini untuk selamanya. Okey?”- Saiful Mizan

Q&A Muamalat ~ Dr. Asmadi Mohamed Naim

Buku ini menjelaskan pelbagai isu kewangan dan muamalat yang sering menjadi isu dalam masyarakat Muslim hari ini. Setiap persoalan dihuraikan dengan definisi, diperjelaskan dengan contoh dan dikukuhkan dengan dalil serta fakta yang sahih oleh penulis yang berpengalaman luas dalam muamalat dan kewangan Islam. Antara isu yang diberi pencerahan:

* Berniaga melalui internet
* Jual beli rumah melalui bank
* Riba tambahan bayaran
* Awas pelaburan emas
* Hukum-hakam ‘main’ saham
* Hukum ‘main kutu’
* Komisyen orang tengah
* Menang cabutan bertuah
* Kenaikan harga barang
* Kena bayar cukai, GST pula!
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Bahagia Tanpa Zuriat ~ Noor Laila Aniza

Karya ringkas ini menjelaskan serba sedikit terapi untuk pasangan yang belum dikurniakan zuriat. Jangan berputus asa daripada rahmat Allah, pasti ada jalan dan ketentuan yang terbaik untuk kita. Redakan hatimu, tenangkan jiwamu, hapuskan air matamu. Selamat berbahagia dunia dan akhirat sekalipun tanpa zuriatmu sendiri!
*****
(SEM & S/S) RM8.00 > RM7.00

Surah Yasin, Tahlil, Doa-doa Pilihan & Kaifiat Solat Jenazah ~ Telaga Biru

Naskah Surah Yasin ini dipersembahkan dengan tujuan untuk menggalakkan umat Islam mengamalkannya.

Terdapat doa-doa pilihan dan kaifiat solat jenazah untuk diamalkan.

Keluaran esklusif dengan adunan warna-warna dan reka bentuk yang menarik.

Reka bentuk saiz yang kecil mudah dibawa ke mana sahaja.

Sangat sesuai dihadiahkan buat permata hati, suami isteri, ibu ayah serta sahabat handai.
***
(SEM & S/S) RM1.80 > RM1.60

Tuesday 4 October 2016

Hitler: Hancurnya Third Reich ~ Al-Ghazali

Nazi Jerman juga dikenali sebagai Third Reich. Ia menjadi kuasa yang bukan sahaja unggul di Jerman, malah digeruni di Eropah.

Nazi adalah Hitler, dan Hitler adalah Nazi.

Di tangan Hitler, Nazi mula mengembangkan kuasanya ke luar Jerman. Ia akhirnya memicu kepada Perang Dunia Kedua.

Untuk permulaan perang, tentera Third Reich tiada tandingan. Sehinggalah akhirnya, Hitler semakin tamak dan silap percaturan.

Satu per satu kekalahan menimpa, dan pada akhirnya Hitler dan Third Reich hancurnya di Berlin.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40