NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 25 November 2016

Resipi Homemade ~ Norzailina Nordin

Jom sediakan hidangan kegemaran anda secara homemade!

Apa kata buat sendiri mi kuning, pasta, laksa, roti, cheesy wedges, pes kari, tepung goreng, jem strawberi, keropok lekor, nugget, daging burger, sos black pepper dan seumpamanya dengan berpandukan buku ini?

Lebih mudah, setiap resipi ditunjukkan secara langkah demi langkah berserta keterangan gambar. Jadikan hidangan anda lebih sihat tanpa menggunakan bahan-bahan pengawet (makanan segera di pasaran) yang membahayakan kesihatan.
***
(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Monday, 21 November 2016

Kenapa Babi Tidak Halal? ~ Samhani Ismail

Membongkar Hikmah Pengharaman Babi

“Banyak sekali perkara yang bermain di fikiran apabila membaca buku ini. Daripada isu mudarat lebih daripada khasiat, pengubahsuaian genetik, peranan kajian, kepada pelbagai lagi idea dan hikmah yang tersirat. Saya memang sarankan untuk anda baca!”
Yang Berhormat Hajjah Mumtaz Md Nawi
EXCO Kerajaan Negeri Kelantan
ADUN Demit

“Sebuah buku yang menarik kerana membincangkan perihal hukum haram haiwan babi dari sudut saintifik, khususnya kesan negatifnya kepada otak dan saraf. Kesan ini secara langsung menular ke bahagian jasad yang lain, oleh itu boleh memberi kesan negatif yang ketara kepada masyarakat. Ia patut dibaca oleh semua individu dalam usaha bagi menjadi ‘lebih bersih dan sihat’.”
Prof. Dr. Zamzuri Idris
Ketua Jabatan Neurosains USM
Consultant Neurosurgeon


“Perkataan BABI adalah satu perkataan yang sinonim dengan hal-hal yang jelik dalam komuniti Muslim. Sedangkan ia adalah sumber makanan utama bagi sesetengah komuniti bukan Islam. Pertembungan ini banyak mencetuskan persepsi negatif antara satu sama lain dan menyebabkan pengkelasan babi sebagai najis berat dalam Al-Quran dipandang serong. Inginkan hujah islamik dan saintifik pengharaman babi dalam Islam? Buku ini ada jawapannya!”
Dr. Zulkifli Mustapha
Pensyarah Neurosains USM
Bidang Kepakaran Comparative Neurosciences

***
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Penawar Bagi Hati Edisi Jimat ~ Syeikh Abdul Qadir Abdul Muthalib Al-Mandili

"Ketahuilah, pada jasad itu terdapat segumpal daging. Sekiranya ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya. Namun, sekiranya ia buruk, maka buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, itu adalah hati." - Sahih Al-Bukhari

Antara Kandungan:
Bahagian Satu: Perihal Tujuh Anggota
Mata
Telinga
Lidah
Perut
Faraj
Tangan dan Kaki

Bahagian Dua: Qalbu (Jantung)
Pendahuluan
Tamak Terhadap Makanan
Tamak Dalam Berkata-Kata
Kemarahan
Sifat Dengki
Kedekut dan Sayang Harta
Bangga Diri
Cintakan Dunia
Besar Diri
Ujub
Riyak
***
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Lembaga Hikmat ~ HAMKA

Buku ini mengandungi pelbagai kisah dan pengalaman hidup orang-orang tertentu yang menempuh masalah. Ia sesuai dijadikan perbandingan dan panduan hidup untuk setiap insan, kerana setiap peristiwa itu mencerminkan naik turun kehidupan manusia yang penuh suka duka, tangis dan tawa.

Antara kandungan menarik buku ini adalah:
Kehidupan Batin dari Orang Besar
Babeek dan Fakir Hindi
Korban
Anak Gembala yang Malang
Imam yang Adil
Jabatan Prisik Zaman Dahulukala
Abu Musum Al-Khurasani
Harun Al-Rasyid dengan Fudhail bin Ayyadh
Usamah bin Zaid (Jeneral Muda)
Rasulullah Sebagai Seorang Diplomat
***
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Tafsir Al-Azhar Juzuk 30 ~ HAMKA

Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

HAMKA telah menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.

Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Antara Kandungan:
Pengantar Juzuk 30
Surah An-Naba’
Berita yang Besar!
Alangkah Hebatnya Penciptaan Allah
Hari Keputusan
Penderitaan dalam Neraka Jahannam
Nikmat Syurga bagi yang Bertakwa
Surah An-Nazi`aat
Bila Kiamat Datang
Sedikit Peringatan tentang Musa
Hal-Ehwal Hari Kiamat
Surah `Abasa
Itab yang Merupakan Cinta
Peringatan!
***
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Sunday, 20 November 2016

Jejak Karmila ~ Nilam Himawari, Rizalwan Ramli

Jejak Karmila adalah pembukaan setiap langkah Suraya, Nonoe dan Karmila untuk bersatu kembali. Konflik demi konflik yang cuba menguji sejauh mana tahap keimanan mereka menghadapi ujian-ujian Allah swt.

Apabila ada yang merana di 'dalam' sana, yang di 'luar' ini sedikitpun tidak mensyukuri kesenangan yang ada. Bila adik cemburukan kakak sendiri pasal lelaki bernama Syed Haikal, segala-galanya jadi kacau bilau. Si lelaki pula tamak. Yang kakak dia mahu, yang adik juga mahu disapunya. Payah-payah, dia beralih pula pada gadis lain.

Konflik cinta tiga segi antara Syed Haikal dengan dua beradik itu mula pudar sebaik sahaja terbongkar rahsia perhubungan Syed Hamidi dengan Karmila.

Siapa sebenarnya Karmila? Siapa wanita itu kepada gadis-gadis yang disukainya? Dan yang paling penting, siapa wanita itu dengan ayahnya sendiri?
***
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Saturday, 19 November 2016

Pengantin Tangkap Muat ~ Dhiyana

Hana Humairah dan Umar Rayyan disatukan di dalam sebuah perkahwinan dek kerana sebuah rancangan. Dengan berbekalkan sebuah janji untuk menjaga dan membahagiakan Hana, Umar melamar wanita itu.

Hana yang pemalu apabila berhadapan dengan Umar Rayyan, kini telah berubah tiga ratus enam puluh darjah selepas berkahwin. Hana terpaksa menukar strategi demi memikat hati encik suami yang kejung di dalam soal hati dan perasaan. Pelbagai strategi diatur demi untuk mencairkan hati keras Umar.

​“ Saya tak cukup anggun dan menawan ker untuk buatkan awak jatuh cinta dengan saya? ” – HANA HUMAIRAH

​“ Mood romantik? Aku... mood romantik? Dalam mimpi kau jer lah! ” – UMAR RAYYAN

​Umar Rayyan yang kejung tidak lah seperti gelaran yang diberi. Perasaan sayang dan cinta pada Hana tetap terusik di dalam hati. Hana adalah segala-galanya bagi dia. Kegembiraan dan juga kebahagiaan Hana ada keutamaan padanya. Cuma... bayangan kisah silam membuatkan bibirnya sukar untuk berkerjasama dan berterus terang pada Hana.

Klong Mai ~ Iman Fadia

Sejak memiliki peti kayu pemberian Phat yang dikenali di sebuah tokong Siam, hidup Dayah mula diselubungi misteri. Klong Mai yang sering disebut oleh wanita bangsawan Siam dalam mimpinya memberi petanda yang peti kayu pemberian Phat bukan sebarang peti biasa.
“Dayah..awak simpan peti tu baik-baik. Saya tak boleh sentuh peti kayu tu. Tangan saya akan jadi panas. Awak simpan ya. Kalau ditakdirkan kita tak berjumpa lagi, saya redha peti tu dengan awak.” PHAT
"Aku harap...aku akan jumpa Phat satu hari nanti" DAYAH

Dayah meneruskan hidup di kampus selepas tamat SPM. Cintanya pada Ezaki, pelajar senior perubatan terpaksa dilupakan apabila mengetahui Ezaki dan Shireen bakal disatukan.

Kecewa dengan Ezaki dan Phat, Dayah terpaksa terima cinta Iqbal. Segalanya bertambah huru-hara apabila Phat muncul semula dan mula membawa kepada pembongkaran Misteri Klong Mai.
***
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Friday, 18 November 2016

Lelaki Penuh Misteri ~ Luna Bulan

DISKAUN 5%
(SEM & S/S) RM26.00 > RM24.70

Majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan menjadikan Nurul Fadhia trauma. Tapi bagus juga batal. Kalau tak, Fadhia tak tahu yang Zachary tu gay. Maknanya dia selamat sebelum menjadi mangsa. Cumanya, Fadhia jadi prejudis pada lelaki. Dan mangsa prejudisnya ialah Rezza Akif. Belum apa-apa kasut ballerina Fadhia sudah mendarat di muka lelaki itu.

“Woi! Penyangak apa kejadahnya. Nak bunuh orang ke?” - Rezza 
“Sebelum aku yang kau bunuh, baik aku bunuh kau dulu.” - Fadhia 

Itu kisah pertemuan pertama. Tapi, ia tak berakhir di situ. Pertemuan seterusnya, Megan Fox merah milik Rezza tercium pokok gara-gara Fadhia. 

“Mata letak kat lutut ke? Meh sini aku siku bagi naik atas semula.” Rezza yang berkaca mata gelap dengan baju Melayu merah siap bersamping itu tak ubah macam red bull di mata Fadhia. 
“Siapa lelaki tu, Dhia?” “Entah! Lelaki misteri.” 

Tiada yang manis pun pada pertemuan mereka. Tapi, aturan Tuhan tu sangat indah. Walau tanpa yang manis-manis, Rezza tetap juga tertarik dengan Fadhia, Fadhia juga kata Rezza lagi menarik dari Zackhary. 
“Awak ada tali tak?”- Rezza 
“Tali apa?”- Fadhia
“Tali untuk ikat hati awak kat hati saya ketat-ketat.”- Rezza 
“Kalau tali tu putus macam mana?”- Fadhia “Awak duduklah diam-diam. Pastikan bergerak seiring detak jantung saya.” - Rezza 
Apakah pengakhiran pertemuan mereka akan ada yang indah-indah? Atau lelaki misteri yang bernama Rezza Akif itu cuma mangsa dalam misi membalas sakit hati?

Friday, 11 November 2016

Suka Benci Cinta Kita ~ Mayesa Iman

“I nak you kahwin dengan Dya ya. Please...”

Kerana cinta Farish Haiqal buat Nia Suraya, Dya Zara dijadikan isteri. Namun, tanpa pengetahuan Farish Haiqal, Dya Zara telah lama mencintai lelaki itu. Dan, Nia Suraya juga tahu akan itu.

Mula-mula memang susah nak bermesra. Tapi, dah nama pun suami isteri kan. Pusing kanan, pusing kiri berjumpa saja. Sudahnya Farish Haiqal ajak Nia Suraya belajar bercinta. Mula-mula memanglah terkejut, tapi akhirnya...

“Tak rugi abang belajar bercinta dengan Dya.”
“Terima kasih bang.”

Namun, bahagia berdua bersama hanya sementara. Hari ini suka, esok pula benci. Hari ini sayang, esok kena hina. Cemburu Farish Haiqal semakin hari semakin menebal. Dya Zara tidak tahu apakah puncanya. Itu bukanlah kesalahannya. Dia difitnah!

Apakah kebenaran akan muncul? Mungkinkah kegembiraan dan kebahagiaan bakal menjadi milik Dya Zara kembali? Dan, selepas semua terjadi mampukah Farish Haiqal merebut kembali hati isterinya?

“Sayang, cinta tidak hanya pada kesempurnaan. Semua orang ada persepsi sendiri. Bagi abang, cinta adalah ketika sayang menerima buruk dan baik abang. Dan abang pun menerima sayang dengan seadanya. Kita dapat mengisi keburukan kebaikan bersama. Apa yang kurang pada abang, insya-Allah ada pada Dya. Dan sebaliknya.”
***
(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Mohon Jatuh Cinta ~ Fatiah Zohar

Seorang si singa, seorang si keras kepala. Bekerja di bawah satu bumbung, tidak pernah mereka berdua sekepala. Si bos dengan lagaknya, si pekerja dengan pendiriannya.

“Nak tercabut skru kepala aku ni layan perangai singa dia tu, tahu?” - Aimin Humairah
“Habis, saya ni tak pecah kepala layan perangai badut awak?” – Dani Isyraf

Tapi, kata orang benci lama-lama boleh jadi cinta. Sifat bersahaja Aimin Humairah itu membuatkan hati Dani Isyraf semakin jatuh cinta. Namun, hati Aimin Humairah yang sekeras kerikil bukan mudah untuk dilembutkan. Dalam penantian rasa, Dani Isyraf akur dan meluahkan rasa hatinya.

“Dalam marahnya saya, sentiasa rindu. Dalam marahnya saya, terbit rasa cinta. Saya betul-betul cintakan awak, Aimin Humairah dan saya ingin memperisterikan awak.” - Dani Isyraf
“Tapi saya tak pernah cintakan awak! Kalau dapat saya putarkan masa, saya berharap untuk kita tak pernah kenal dan berjumpa. Mengenali awak adalah penyesalan besar dalam hidup saya, Encik Dani Isyraf.” – Aimin Humairah

Setelah hati jatuh cinta, akankah lagi ada bahagia?
***
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Rebut Hati Encik Duda ~ Ezdiani Abd. Rahman

Majlis perkahwinan dibatalkan?

Humaira buat gila bila batalkan majlis perkahwinannya dengan Sharnaaz yang bakal berlangsung lagi sebulan. Tak kuasa bersuamikan lelaki curang. Dia rela dapat malu daripada merosakkan masa depannya.

Bila keluarganya kecoh, barulah Humaira terfikir mahu cari pengganti pengantin lelaki. Tapi, siapa yang mahu digantikan? Takkan Pak Mat si duda tua kerepot yang tergila-gilakannya? Bila hati dah runsing, dia lamar sahaja Ziyad si duda anak satu yang baru dikenali.

“Saya nak awak jadi suami saya. Saya nak kahwin dengan awak.”

Terpaku Ziyad bila dirinya dilamar. Bukannya dia tidak kenal si dara pingitan itu. Walaupun dia tegas melayan Humaira, tapi si gadis tidak pernah kisah. Paras rupa Humaira mengingatkan Ziyad kepada arwah isterinya. Dalam detak hati ada satu lagi perasaan yang buatkan pintu hatinya berdetak. Namun, Ziyad menafikan dan dia pilih untuk terus setia kepada Zurin.

Buah bidara dalam perahu,
Aira nak ucap I LOVE YOU.

Istilah Cinta Untuk Dia ~ Anarif

“Nek, anak orang putih mana pulak datang rumah nenek ni?”
“Hush!” Nek Zizah menepuk paha Paan, menegur bicaranya.
“Isabelle, mari duduk sini,” ditepuk-tepuk lantai di sebelahnya.

Isabelle menurut. Mata bulatnya jatuh pada naskhah suci al-Quran milik Paan.

“What is that?” jarinya tegak menghala ke arah al-Quran itu.
“Nek, dia cakap orang putihlah!” komen Paan teruja.

ISABELLE, anak kecil keturunan pan-asia telah diserahkan kepada Nek Zizah dan Tuk Khalid untuk dididik menjadi gadis Timur yang berilmu agama. Kedatangannya mengundang amarah Haliza, ibu Paan sekali gus memisahkan hubungan antara ibu dan anak juga persahabatan Paan dengan Isabelle. Masa berlalu dan kali ini kehadiran Isabelle sebagai Fatimah di rumah besar Paan atas tugas orang gaji adalah arahan Haliza!

“Kau nak tahu kenapa aku nak kau ikut esok?” Isabelle ketap bibir. “Kalau majikan nak saya pergi ke mana pun, asalkan tak berdosa dan tak memudaratkan, apa hak saya untuk bertanya kenapa? Kalau boleh ke matahari tanpa terbakar pun saya kena pergi jugak,” separuh menyindir, Isabelle membalas. Paan tersengih tiba-tiba.
“Tak ada pun aku suruh kau pergi sampai matahari tu. Layak ke kau nak jadi angkasawan?”

Isabelle membesarkan matanya. Aneh lelaki ini. Kejap prihatin, kejap mengutuk.

Bahagia Berganda: Dia Mahu Kita Ke Syurga ~ Mohd Zaini Ariff, Muhd Kamil Ibrahim

DIA Mahu Kita ke Syurga
Kebahagiaan itu mendamaikan, datangnya berbeza arah.
Moga ada manfaat, ingatlah Allah sentiasa.

MOHD ZAINI MOHD ARRIF :
BAHAGIA
Wang boleh membeli kebahagiaan seandainya kita dapat berkongsi kemewahan bersama orang lain dengan penuh keikhlasan.

BERGANDA
Amalan bersedekah adalah kenderaan yang dapat melapangkan rezeki kesihatan, kekeluargaan dan harta benda. Hukum alam adalah hukum timbal balik bahawa jika kita memberi, maka Allah akan membalas perbuatan kita dengan pahala dan kehidupan yang baik lagi bahagia.

*******************************
MUHD KAMIL IBRAHIM :
BAHAGIA
Pada ketika itu jika ada bertanya tentang rasa bahagia, maka saat dan detik dinyatakan saya telah berjaya mendapat PhD merupakan kebahagiaan tertinggi pernah dicapai. Sungguh, ia kemuncak kepada segala rasa susah payah mengejar segulung ijazah. Ramai mencuba tetapi ramai juga kecundang. Ia bukan soal cerdik, pandai atau belajar semata-mata. Hanya mereka yang pernah melalui proses ini dapat memahami ujian dan cabarannya.

Rumah Sakit ~ Muhd Kamil Ibrahim

“Bagaimana keadaan rumah sakit – dahulu atau sekarang – ia tetap bukan kawasan yang mahu saya hampiri tanpa sebab!”

Namun... Jika dunia ini ibarat rumah sakit, pesakitnya dibenarkan pulang apabila menempuh kematian, ingin saya ucapkan, “Jika terdengar berita saya sudah discaj dari rumah sakit ini, maafkan saya atas segala kesalahan zahir dan batin, berdoalah agar saya dilepaskan daripada azab kubur dan api neraka. Selamat tinggal, sehingga bertemu lagi dalam kehidupan kekal abadi di Firdaus.”

Buku RUMAH SAKIT: DIA Mahu Saya Menangis ini merupakan tulisan Prof. Muhd Kamil Ibrahim yang menjurus kepada ujian yang diberikan oleh Allah SWT melalui SAKIT. Kehidupan dan SAKIT tidak dapat dipisahkan sebagaimana kehidupan keluarga sendiri juga tidak dapat dipisahkan dengan kisah-kisah bencana tubuh. Buku ini merupakan catatan-catatan yang ditulis berdasarkan kepada pengalaman dikejarkan dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan penyakit jantung kronik.

Thursday, 10 November 2016

Antologi Cerpen: Helo ~ Ika Madera, Dhuha Steffa, Ijazati Habib, Faiznur, Noor Suraya, Rodier, S. Mahadzir, Kamalia, Nurazz Ahmad, Rhea, Shifa Shahirah, SK, Aidah Bakri, Fatihah Pauzihal

Helo - begitu Antologi Cerpen Adiwarna Kelima (ACA-5) menyapa hati pembaca tahun ini dengan cerita yang kaya plot dan mewah dengan pelbagai isu, tetapi ditulis dengan cermat, santai dan menghiburkan. Ayuh, bacalah sapaan 'helo' daripada 40 penulis dengan 40 ceritanya.

Tahun 2016 - mempersembahkan genre 'meriah' daripada hal kecil tentang hati kepada hal-hal yang serius dan sejagat.

Lalu betullah kata orang tua-tua:

Orang bestari mengangkat talam,
Bedak baiduri dalam cerana;
Adakah matahari terbitnya malam,
Adakah sehari bulan purnama?

Marilah raikan Antologi Cerpen Adiwarna tahun ini.

Dalam Helo, penulis pandai membentuk tanda tanya, bijak menyimpan suspens; dan genius dalam menyudahkan cerita. -Noor Suraya.
***
(SEM & S/S) RM38.00 > RM33.40

Monday, 7 November 2016

10 ~ Rnysa, Hlovate, Noor Suraya, Imaen, Khairyn Othman, Manjlara, John Norafizan, Syud, Pingu Toha, Iman Xara



Antologi 10 - Buku Kembar Siam yang dijual bersama, tidak boleh dipisahkan. Ada 2 jilid.

(SEM & S/S) RM55.00 > RM48.40

Alviso - Demi cinta sanggup makan biskut hari-hari. Kerana cinta, dia berhalusinasi ada nasi lemak, rendang ayam di kedai roti -Syud-
Garpu & Camca - Dia hanya nak buka kedai makan. Kedai makan yang di mana orang kebanyakan mampu nak makan. Dia hanya nak bagi orang kenyang -Hlovate-
Homemade Sweet - Macam mana agaknya kek cawan hasil 'keras tangan' seorang graduan kejuruteraan yang tak pernah buat kek seumur hidupnya? -Rynsa-
Menantu Cikgu - "Siapalah yang tak mahu kahwin, mak. Mak pun kalau ada orang masuk meminang, mesti nak kahwin lagi, kan?" -Iman Xara-
Merah Bunga Kertas - "Berapalah sangat duit tukang jahit. Mana nak sara adik-beradik lagi. Ada hati nak belanja orang." -Khairyn Othman-
Persis Kasih - Manjlara
Romantika Fantasi - Untuk 99 malam, kita bertemu di seberang garis sedar untuk kemudiannya berpisah di hujung lena. Untuk 99 hari, aku mencarimu dalam jagaku. -Pingu Toha-
Sang Pangeran - Biar si dia tahu, dia perempuan yang ada jiwa... Biar si dia menyesal kerana tidak pernah memilihnya. -Noor Suraya-
Seperti Sakura - Memori seperti embun pagi yang akan hilang kala mentari datang dengan sinar gemilang. -John Norafizan-
Tenda Putih Rumah Pengantin - Dia tahu, hatinya telah menemui pelabuhan abadi, tak akan belayar lagi walau harta seluas semesta melambai memanggil di seberang sana... -Imaen-

Biniku Ninja ~ Azlan Andi

Biniku Ninja menceritakan penulis sebagai watak utama yang berasal dari keluarga susah yang akhirnya berjaya merantau ke UK setelah mendapat tawaran menyambung ijazah dalam aliran seni.

Penulis telah berjumpa dengan seorang gadis niqabis bernama Sabatini, semasa terlibat dalam aktiviti persatuan pelajar. Selepas 3 minggu penulis kemudian menikahi gadis tersebut dan perkara itu membuka kisah kehidupan nikah muda mereka yang mencabar.

Sebagai pasangan yang gemar mengembara, pembaca dibawa melalui pengalaman mereka mengembara ke negara-negara asing selain kemelut yang dilandai mereka sepanjang mereka hidup berdikari diluar negara.

Bermula dengan hanya artikel di online http://www.thevocket.com/kisah-perkahwinan-azlan-dan-sabatini/ .. kini kisah cinta mereka telah diterbitkan.

Best sangat cerita cinta diorang. Tak rugi beli!
***
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Cik Sederhana dan Encik Segak ~ Airisz

AKU? Anak yatim piatu. Kerja biasa saja pun. Kadang-kadang aku jadi tukang kebun, kadang-kadang aku kerja kemas bilik di homestay, kadang-kadang aku kerja hantar bunga. Suka hati akulah nak kerja apa. Janji, aku gembira.

Aku jumpa seorang jejaka ni. Bajet kacaklah. Mula-mula jumpa, dia serupa terkejut tengok aku. Macam tak pernah tengok perempuan. Tak tahulah muka aku macam Angelina Jolie atau muka isteri Shrek. Tapi aku target macam isteri Shrek.

Lepas tu mulalah dia cari pasal. Paling teruk, dia tuduh aku curi kemeja dia yang taraf buat kain buruk. Siap nak saman aku sehinggakan aku buat-buat balik negeri, Sierra Leone.

Rupa-rupanya, dia nak berkenalan dengan aku saja. Hampeh betul!

“Saya tanya, siapa nama awak?”
“Rissa…”
“Nama penuhlah!”
Eh, tak puas hati pula dia.
“Saadiah Za’azie Rissa.”
“Siapa?”

Misi Memikat Cik Hitler ~ Nojie

“Sudi tak kahwin dengan saya?” - Naurah

Naurah buat kerja gila dengan melamar lelaki tidak dikenalinya hanya kerana mahu membalas balik permainan Umar terhadapnya. Cinta disangkakan ikhlas, rupanya hanyalah pertaruhan Umar dan rakan-rakannya. Sudahnya, diheret pula lelaki yang langsung tiada kaitan dalam hidupnya. Lelaki yang langsung tidak diketahui asal usulnya. Dan paling penting, lelaki tidak diketahui namanya.

“Nama bakal suami pun awak tak tahu, kan? Kalau awak tak ambil dadah, tak mabuk ketum, macam mana awak boleh buat kerja gila macam semalam?!” - Zhariff

Zhariff betul-betul marah dengan kerja gila dibuat oleh Naurah a.k.a Cik Hitler. Dia ingat kahwin ni senang? Boleh petik orang macam tu saja? Ingat lepas kahwin tu habis kat situ saja ke? Dan ia tak habis selepas ijab dan kabul tapi ia baru bermula!

Kata orang, bercinta bertahun pun belum tentu kenal hati budi pasangan, kan? Ini kan pula pasangan yang berkahwin tanpa sempat mengenali hati budi masing-masing. Huru-hara jadinya.

“Saya tak pernah lupa siapa saya pada awak. Saya suami awak. Dan awak isteri saya.” - Zhariff
“Tapi awak lupa, kita berkahwin sebab kepentingan sendiri.” - Naurah

Pada Zhariff, bila ijab dan kabul dilafazkan, Naurah sudah menjadi isterinya. Jadi, suka atau tidak Naurah itu sudah jadi tanggungjawabnya. Dia nekad, hati keras Naurah harus dilembutkan. Maka, bermulalah misi memikat Cik Hitler.

Thursday, 3 November 2016

Dia Pilihanku ~ Rissa Ahdiya

Auni Soraya dan Ahmad Fahim, dua insan yang tidak pernah saling mengenali. Namun, kedua- duanya reda menerima ketentuan jodoh yang telah ditetapkan. Auni Soraya, seorang yang nakal dan kelam-kabut, manakala Ahmad Fahim pula seorang yang tenang dan matang.

Mereka tidak pernah bertentang mata sepanjang pertunangan dek tuntutan tugas, namun hati mereka disatukan lewat panggilan telefon dan pesanan ringkas.

“Jangan awak tertinggal hati awak merata-rata sudahlah, payah saya nak cari nanti.” - Fahim
“Hati saya aje? Hati awak?” - Auni
“Hati saya dah lama saya tinggalkan pada awak. Sejak hari pertama awak menjadi tunang saya. Nanti saya balik, saya nak minta hati saya semula dan saya nak juga hati awak tu untuk saya simpan baik-baik sampai awak pun takkan jumpa.” - Fahim

Orang kata, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitu juga dengan pasangan ini. Sedang mereka asyik melayari manisnya alam perkahwinan, datang pula badai yang melanda perhubungan mereka suami isteri.

Kemunculan Ezlynn yang pada mulanya diperkenalkan sebagai sahabat lama Fahim, akhirnya menjadi kaca yang menikam hati Auni sehingga berkecai.

Projek Seram: Hostel ~ Hasrudi Jawawi. Eqbal Mohaydeen, Noorfadzillah, Illya Abdullah

Percutian Naurah, Puteri, Nora, Masni dan Musliha ke Air Papan Mersing dilanda malapetaka selepas mereka menginap di sebuah tempat penginapan jenis hostel yang tidak berpengunjung. Sejak mereka menjejakkan kaki di tempat penginapan itu, Naurah sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Ternyata tebakan dia mengena apabila malam menjelma, mereka hilang seorang demi seorang. Makhluk apa yang telah menculik mereka?

Apabila yang berada di hadapan mata, bukanlah yang sebenarnya... / HILANG


Hari pertama Aida melangkah di hostel jururawat Cempaka Sari, dia dibelenggu misteri. Sebuah hostel lama yang terletak bertentangan meninggalkan tanda tanya di fikiran. Bangunan hostel itu terpasak pagar papan di sekelilingnya yang tertulis kata-kata amaran. Cerita-cerita menakutkan daripada senior tentang hari 10 Oktober membuatkan Aida kian tidak betah. Hari demi hari yang dilalui kian menggerunkan sehinggalah pada suatu hari papan yang mengelilingi hostel lama itu patah. Sesuatu yang terkurung lama di situ telah terbebas! Kematian demi kematian berlaku. Siapa dalang yang membebaskan ‘ia’? Dan apakah kaitan tarikh puaka 10 Oktober dengan bangunan hostel lama itu?

Setiap kali ia menjelang, kematian penamatnya. / 10 OKTOBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...