Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 28 April 2017

Lelaki Versi Hero ~ Shazie Kamaruzaman

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Puncanya satu saja! Atas sebab kecuaian sendiri, identiti rahsia Dean Raphael sebagai Anon, penulis novel cinta anonymous/unknown terdedah. Terkantoi pula tu dengan si die-hard fan Anon, Yara Sabrina. Tak ke haru hidup dia?

Menjadi satu-satunya individu yang tahu rahsia besar penulis best-seller itu, haruslah Yara gunakan segala peluang yang ada. Semua rahsia mahu dikorek. Malah, siap ofer diri jadi girlfriend sementara. Konon nak tolong Inche Anonnya itu seru semula mood menulis yang hilang selama ini.

“Kita... bercinta nak?” - Yara
“Kita? Bercinta? Kau gila?” - Dean

Gila tak gila. Sudahnya, mereka couple olok-olok juga. Hari-hari Yara muncul di BFF, buat jantung Dean nak pecah melayan. Itu belum lagi part kena kuarantin dengan Pak Enon. Tapi, bila ada lelaki lain cuba nak mengurat Yara, pandai pula hati dia jadi cuak. Dan-dan, terkeluar terus statement berani mati.

“Yara... Be mine.” - Dean
“Inche Anon, kita sekarang ni bukan dekat dalam novel tau. Yang awak boleh buat scene ala-ala hero ajak heroin kahwin macam tu aje. No, no, no!” - Yara

#DudaDara ~ Rehal Nuharis, Nia Qurratun'aini', Hanny Esandra, Zany Ezatie, Bikash Nur Idris

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

UdaDara - Rehal Nuharis
Abang Pilih Yang Mana
“Aku pendekkan cerita ya. Dulu masa sekolah aku tak tau pun yang rupanya dia dengan kawan baik dia, Wawa syok kat aku. Dia orang berebut nak dapatkan aku. Satu hari tu dia orang datang jumpa aku tanya abang pilih yang mana? Laju ajelah aku jawab aku pilih Wawa sebab masa tu Wawa lagi cun daripada dia,” cerita Uda mula membuka kembali cerita zaman sekolah dengan Dara.

Nadim Syafa - Nia Qurratun’aini
Mr. Dudarella
“Mulai hari ni saya nak tukar. Bukan Cinderella.”
“Habis tu?”
“Dudarella.”
Nadim Qhairuddin menghadiahkan senyuman. “Dudarella?”
“Ya. Dudarella,” ucap Syafa Athira disulami jelingan manja dan bermakna.
“Kalau macam tu, duda ni memang rela sayangkan awak sampai akhir nafas dia.”

Zafri Airis - Hanny Esandra
Duda Dilarang Masuk
“Kenapa, Airis? Awak tak suka kawan dengan duda?”
“Erm, lebih kurang macam itulah. Saya tak suka berselindung. Lebih baik saya berterus terang. Saya tak terfikir pun nak berkawan dengan duda. Awak memang dilarang masuk.”
“Masuk ke mana?”
“Masuk ke dalam hati saya!”

Tuan Inspektor Cik Drama ~ Emma Mariam

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Mereka berdua berbeza latar belakang. Berbeza kerjaya dan minat. Hanya satu persamaan mereka... Cinta. Fareeq dan Karmila saling mencintai sejak pertemuan pertama lagi.

Fareeq yang menyangka Karmila merupakan seorang peragut, terus bertindak menggari tangan itu. Bagi Karmila pula, bukan sahaja tangannya yang digari, malah hatinya juga. Karmila jatuh cinta pandang pertama kepada Tuan Inspektor itu. Pelbagai cara yang dia lakukan untuk mewujudkan pertemuan demi pertemuan antara mereka.

Walau sejauh mana pun mereka cuba menyangkal kehendak hati, rasa itu tidak mampu mereka buang. Dalam diam mereka menyulam cinta. Dalam diam mereka menyimpan rindu. Namun, keindahan cinta mereka tidak berpanjangan apabila kerjaya memaksa mereka mengakhiri segalanya.

Mampukah bahagia itu dicapai andai masih tiada kepercayaan pada sebuah perhubungan? Mampukah impian cinta itu direalisasikan andai masih ada rahsia yang tersimpan?
Tuan Inspektor, Cik Drama. Bisakah bahagia itu milik mereka?

Blur ~ Bonda Nor

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

“Kalaupun ada musibah yang Allah nak beri kepada kita, biarlah kerana 
kasih sayang-Nya. Bukan kerana murka-Nya terhadap kedegilan kita!”

BLUR – Tidak ada satu hal pun yang sia-sia. Semua ada hikmahnya. Buruk atau baik yang berlaku tetap memberi nilai tambah kepada kita. Kau stres sebab kau BLUR!

Buku PURIS ini merupakan hasil daripada siri Bengkel Penulisan Bonda Nor. BLUR adalah salah satu medan untuk para peserta mengaplikasikan segala ilmu yang mereka perolehi menerusi bengkel ini.

Bonda Nor tidak mahu sekadar berusaha seorang diri menyumbang bahan-bahan penulisan yang baik buat masyarakat dan bergerak atas objektif utama bengkel, dia bertekad mahu melatih masyarakat melahirkan sendiri karya-karya yang bermanfaat.

BLUR – membawa maksud kabur, tidak jelas dan samar-samar. Situasi yang sering menimpa anak-anak remaja yang sedang menginjak ke alam dewasa. Pada usia seperti ini, masing-masing ibarat baru sahaja menerima kunci kebebasan dan harus bijak mengendalikan keterujaan. Jika tersilap langkah, pasti membawa padah!

Bajet Power: Simpan dan Labur Gaya Orang Muda ~ Harith Faisal

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Simpan dan Labur Gaya Orang Muda

Sebaik sahaja mendapat gaji pertama, pelbagai keinginan muncul di kepala. Maklumlah teruja kerana pertama kali memegang duit hasil titik peluh sendiri. Andai ketika itu kita tersilap langkah mengatur bajet bulanan, pasti ia akan memberi kesan kepada kewangan kita.

Jadi, sebagai anak muda yang sangat berwawasan, kita kena bijak dalam mengatur dan merancang kewangan masing-masing. Tanpa mengira sama ada bergaji besar atau kecil, semua kita boleh mulakannya. Ia lebih kepada bagaimana kita menyusun kewangan kita.

Tip yang paling utama, mulakan menabung. Jangan tunggu ada duit lebih baru menabung, tapi simpan dulu ... selebihnya baru belanja. Pelbagai lagi tip dan panduan yang terkandung dalam buku ini yang boleh menjadi inspirasi kepada anak muda khususnya.

Buku ini ditulis secara santai, sentap dan sempoi untuk semua anak muda yang sedang mencari hala tuju kewangan, pelaburan dan kehidupan yang lebih baik. Ia berdasarkan pengalaman penulis dalam bidang perbankan, pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah.

Anda perlu memiliki buku ini jika:
* Baru mula bekerja.
* Ingin mengurus kewangan ke arah yang lebih baik.
* Mahu kahwin tapi belum ada simpanan.

Syam Negara Misteri Akhir Zaman ~ Anwar Majdi Ashan

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Bersesuaian dengan namanya Syam Negara Misteri Akhir Zaman ini dihasilkan untuk mengupas sekali gus menjelaskan tentang perjalanan negara Syam yang penuh misteri dengan 1001 kisah berkisar tentangnya. Antara bahagian menarik yang terkandung dalam buku ini adalah mengenai asal usul dan sejarah Syam serta kelebihan Syam yang disebut dalam Al-Quran dan hadis.

Negara Syam dibahagikan kepada empat buah negeri iaitu Syria, Jordan, Lubnan dan Palestin yang sedang bergelombang dengan pancaroba. Walaupun begitu percayalah, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menyarankan supaya kita menetap di Syam saat fitnah bergelombang menimpa dunia. Subhanallah.

Tenang Dengan Ujian ~ Dato' Dr. Hj. Abd. Basit Hj. Abd. Rahman

(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Apakah itu fitnah? Apakah pula sebab dan punca fitnah? Bagaimana akhlak dalam menghadapi fitnah? Bagaimana pula mahu berbaik sangka (husnuzzan) sesama Muslim?

Buku Tenang Dengan Ujian ini menjawab semua persoalan di atas dan banyak lagi persoalan lain yang berkaitan. Buku ini patut dihadam oleh setiap generasi dalam pembentukan ummah yang positif dan cemerlang. Tanpa fitnah, kita tidak akan susah. Tanpa fitnah, kita mendapat reda Allah. Tanpa fitnah juga, pastilah ketengan yang abadi dapat diraih.

Prophet Yusuf Series 2 ~ Ummu Ammar Amir, Ris Melati Shamsuddin

(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Prophet Yusuf Series 2 merupakan siri kedua kepada Prophet Adventures Series terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Buku ini merupakan kesinambungan daripada Prophet Yusuf Series 1 yang mengisahkan nasib Nabi Yusuf setelah ditinggalkan oleh adik-beradiknya di dalam perigi buta. Kemudian Nabi Yusuf ditemui kalifah dagang dan membesar menjadi pemuda yang sangat kacak.


Akibat satu peristiwa baginda dipenjarakan. Turutan cerita ini dikisahkan dengan begitu menarik melalui gambaran yang berwarna-warni bagi memudahkan pemahaman pembaca. Pengajaran yang diterapkan dalam penceritaan ini juga mampu mendidik jiwa kanak-kanak agar mencintai Al-Quran dan Sunnah.

Thursday 27 April 2017

Dictionary For Backpackers And Business Travellers ~ Prof Madya Dr. Muhammad Sabri Sahrir

(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Bagi anda yang sukakan melancong ke luar negara atau mempunyai perniagaan di sana, pastikan buku Dictionary For Backpackers And Business Travellers sudah anda miliki. Semestinya buku ini di susun bagi memudahkan komunikasi anda bersama masyarakat tempatan dan jabatan kerajaan di tempat asing. Contoh perbualan asas dan dokumen yang dilampirkan begitu membantu sesiapa sahaja yang selalu memikirkan kesukaran berkominukasi bersama mereka. Apabila perkara ini dikuasi, tiada lagi kerunsingan ketika berada di sana bahkan perjalanan anda menjadi lebih menyeronokkan!

Thursday 20 April 2017

Servis Pesta Buku Antarabangsa KL 2017



Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Pesta Buku Antarabngsa KL kembali lagi.
Untuk ulat buku, bookworm, bookaddict, booklover, kaki novel yang teringin nak dapatkan buku baru, buku lama, kitab, koleksi majalah, buku travelog dan pelbagai buku lagi, anda boleh dapatkan servis kami selama 3 hari di PWTC (28/4, 30/4, 2/5)

Servis kami:
*Anda berikan tajuk & cover buku, kami cari
*Autograf penulis untuk naskhah tertentu
*DISKAUN 5%-20% (berdasarkan harga promosi)
*FREE GOODIES belian melebihi RM70 (tidak termasuk pos)
Hari terakhir tempahan/bayaran pada tengahari 3/5/17.

Sebarang belian/pertanyaan, boleh Whatsapp/Telegram kami di 013-6786571 atau emel di belidiskaun@gmail.com

Booksville Enterprise

Jangan Menangis Cinta ~ Siti Rosmizah

(SEM & S/S) RM33.90 > RM29.80

Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.

“Aku taulah aku ni handsome, anak orang kaya. Tadi mesti kau nampak aku naik Porsche. Tu yang kau saja jatuhkan buku, padahal terkena sikit aje, saja nak kenal dengan aku, kan?” sindirnya.

“Helo! Mamat muka selengga. Awak nak saya azan dekat telinga awak ke? Jangan perasan boleh tak? Karang tak pasal #pelempang,” marah Riyana.

Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia. Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.

“Jangan ingat anak aku tergilakan kau! Perempuan macam kau, sebelah mata dia tak pandang! Kau tu hanya jadi kambing hitam, untuk dia balas dendam! Kau tak layak jadi isteri Zafran! Aku akan pastikan dia ceraikan kau!”

Izinkan Aku Mencintai Dia ~ Aein Dhiyauddin

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

“Tolong …tolong. Perogol…. Pencabul…penjahat!” Aisya menjerit. Jeritan yang tak mungkin didengari sesiapa pun.
“Saya bukan orang jahat lah. Jeritlah kuat-kuat. Pergi mintak tolong kat burung-burung kat tepi tembok tu atau panggil kapal terbang tu turun tolong awak!” Jerit Shauqi kembali.

“Lepaslah penjahat gila!” Aisya meronta-ronta dan cuba melepaskan tangannya. Pertama kali berdepan dengan lelaki gila dia tak tahu apa yang perlu dia buat selain menjerit meminta tolong.

“Awak tuduh saya penjahat. Cik Sumi Jeli yang cantik manis, awak yang tarik saya tadi lepas tu nangis kat dada saya jadi awaklah yang cabul saya. Awaklah penjahat.” Shauqi enggan mengalah walaupun sedikit sebanyak memang salahnya. Kalau dia tak mendekati Cik Sumi tadi pasti perkara ini tak terjadi. Sepatutnya dia membiarkan sahaja Cik Sumi menangis sorang-sorang. Tapi sebelum ni Cik Sumi tak perasan pun dia duduk di sebelah.

“Cuba ingat baik-baik Cik Sumi. Awak panggil saya Maria tadi. Awak yang gatal nak peluk saya sampaikan saya tak sampai hati nak marah. So secara teknikalnya awak yang jahat sebab awak yang cuba cabul kejejakaan saya. Betul tak?”
“Kejejakaan? Apa tu?” Aisya buat muka pelik. Tak pernah pulak dengar ayat tu.
“Perempuan kan panggil kehormatan lelaki panggil kejejakaanlah. So sekarang awak mengaku je yang awaklah penjahat sebenarnya kat sini.”
Aisya diam membisu. Betul ke dia yang menarik lelaki di hadapannya ini.

Cindai Berdarah ~ Indah Hairani

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Saat pandangan Mak Nang menyentuh wajah lelaki itu, nafas Mak Nang terhenti. Wajah itu direnungnya dalam-dalam. Lelaki itu tiba-tiba meletakkan kepala di ribaan sosok wanita itu.
“Suamiku.” Beritahu sosok perempuan itu sekali lagi disusuli ketawa nyaring.

Ah! Itu Imran. Imran majikan aku! Mak Nang ingin menjerit memanggil nama Imran, jeritan Mak Nang hanya bergema di kerongkong. Mata Mak Nang merenung Imran di ribaan sosok perempuan itu. Kepala Imran diusap perempuan itu dengan senyum panjang.

“Suamiku sedang sakit.” Beritahu perempuan itu sambil mengusap–usap kepala Imran. Mak Nang masih lagi tidak mampu mengalih pandangan dari wajah Imran. Kepala Imran terkulai di ribaan perempuan itu. 

“Syt...”Desis perempuan itu dengan nada suara bertukar parau dan serius. Perempuan itu tiba-tiba mengangkat kepala Imran dari ribaannya kemudian diletaknya di atas bantal di sebelahnya. Perempuan itu mencapai sebuah gelas di atas meja kecil di sebelah katil berkerawang itu. Sebilah pisau berkilat dikeluarkan dari lacinya. Perempuan itu tiba-tiba bangkit dari katil dan berdiri merenung ke wajah Mak Nang. Jantung Mak Nang berdegup pantas.

I'm A Backpacker: United Kingdom ~ Shahkang

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Ada penyokong Manchester United, yang turun ke lapangan terbang London, sedangkan jauh lebih mudah sekiranya turun ke lapangan terbang Manchester.

Ada yang kata darurat dan terpaksa makan makanan tidak halal, sedangkan UK adalah antara negara yang banyak menjual makanan halal.

Ada yang rasa bosan, hanya berlegar-legar di kota, sedangkan UK mempunyai kawasan countryside antara yang tercantik di Eropah.

Senarai 'kerugian' ini sebenarnya lebih panjang, dan buku ini bertujuan bagi memadamkan segala 'kerugian' yang mungkin anda alami.

Segala panduan dan tip disusun rapi. Sehingga, kita berasa tahu segala-galanya tentang UK. Jadi adakah ia akan menjadikan anda seperti melancong dengan travel agency? Tidak sama sekali.

Panduan dan tip di dalam buku ini tidak akan menjadikan 'nikmat' backpacker itu berkurangan, malah ia menambah jauhnya perjalanan, dan memberi sensasi tambahan kepada anda sebagai backpacker

Mars And Venus Together Forever (Edisi Bahasa Melayu) ~ John Gray

(SEM & S/S) RM34.00 > RM29.90

"Semoga kekal bahagia sepanjang hayat”
“Moga cinta kalian kekal abadi”

Inilah antara ucapan yang seringkali disampaikan kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Bunyinya indah, namun dengan perbezaan yang begitu ketara antara lelaki dan wanita, mampukah sebuah cinta dan perhubungan yang terbina itu kekal hingga ke akhirnya?

Menerusi buku Mars and Venus Together Forever Edisi Bahasa Melayu ini, kita akan memahami dan menyelami setiap perbezaan antara lelaki dan wanita, supaya hubungan yang terbina kekal utuh.

Tuesday 18 April 2017

Pasangan Kopi Susu ~ Qhayra Qhayriesa

(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

Kali pertama bertentang mata, Julia Laiqanisa dah jatuh cinta. Tapi, kerana dia dan Zul Shahriman berbeza tingkah dan perwatakan, Julia pura-pura tak suka. Mulut saja kata benci, padahal hati dah kena curi.

“Kurang asam punya Shahriman. Dia cuba-cuba nak goda aku ya? Huh. Jangan haraplah aku nak terpikat. Kulit hitam macam air kopi, ada hati nak pikat aku yang putih macam susu ni? Jangan mimpilah aku nak tergoda dengan madah berhelah kau tu.”

Lama-lama Julia tak tahan. Bagaimana nak tahan kalau makin hari makin dia sayangkan Zul Shahriman? Dia nak bercerai! Tapi, dengar saja syarat yang diberikan ayahnya, Julia rasa macam nak pengsan! Mahu tak mahu, Julia usahakan tunaikan syarat Encik Jamal walaupun Zul Shahriman macam keberatan.

Maka, bermulalah perjalanan Julia menggoda suami sendiri.

“Hmm, penat-penat saya urut awak, takkan awak berterima kasih saja?” Julia sudah tayang senyum gatal. Sengaja dia mengangkat-angkat keningnya.

Had Laju Cinta ~ Gee Azeez

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

“Boleh tak kalau kau pandu tu laju sikit? Aku rasa macam kereta ni tak bergerak pun. Orang yang kayuh basikal lebih laju daripada kereta ni…” – Darius

Darius tidak menyenangi pemandu wanita yang diupah oleh bapanya tanpa kerelaannya. Hari-hari pemandu wanita itu dimaki dan diherdik. Sumaiyah pula terpaksa menelan segala makian itu dengan sabar kerana hormat kepada bapa Darius.

“Papa nak Darius kahwin.”- Tan Sri Iskandar Shah

Perubahan sikap Darius yang ketara setelah kejadian beberapa tahun lalu membuatkan bapanya mengambil keputusan untuk menyuruhnya berkahwin. Keputusan itu juga dibantah sekeras-kerasnya oleh Darius. Namun, setelah diugut oleh bapa sendiri, Darius akur. Dia memilih untuk berkahwin dan pengantinnya adalah pemandunya sendiri.

Pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi oleh Sumaiyah sepanjang hidup bersama-sama dengan Darius. Diherdik dan dihina sudah menjadi makanannya. Namun, cinta tetap hadir dalam hati Sumaiyah. Tambahan pula dalam Darius benci kepadanya, ada ketika layanan Darius buat hatinya berdebar dan sayangnya bergolak.

“Sebab kau perempuan yang papa aku sayang. Sebab itu aku benci kau.”-Darius
“Kalau saya bukan perempuan kesayangan papa, tuan boleh suka saya? Tuan boleh terima saya sebagai isteri?”-Sumaiyah

Satu Meter Ke Hati ~ Nia Qurratun'aini

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Sebab kahwin punya pasal, Kasturi Raudhah pulang ke Malaysia. Bukan dia yang nak kahwin, tapi pengawal peribadinya, Nina, sekali gus mahu meletak jawatan. Hendak ataupun tidak, Kasturi Raudhah harus mencari pengawal peribadi baru. Pilih punya pilih, calon misteri daripada Nina yang jadi pengganti.

Pengawal peribadi yang dipilih itu adalah lelaki kacukan Melayu-Cina. Apa yang lebih memeranjatkan, mereka pernah bertemu dan berkongsi payung. Orangnya pemalu lagi pendiam, tapi gelaran diri lelaki itu memang mengancam. Namanya Merah Miqael.

“Saya rasa baju warna merah putih ni sesuai dengan awak. Sama macam nama awak, Encik Merah. Lagipun, orang cakap merah tu…”
“Merah tu?”

Seksi. Itulah jawapan Kasturi Raudhah. Bila bos dah cakap begitu, mahunya tak merah padam wajah Merah Miqael. Kasturi Raudhah apa lagi, makin ligat dia menyakat pengawal peribadi yang sentiasa berjarak satu meter dengannya itu.

“Awak ni, drama sangatlah, Encik Merah. Kalau awak tak nak kawan dengan saya, awak nak apa dengan saya? Kahwin?”
“Ha?! Kahwin?”

Projek Seram: Pokok ~ Ebriza Aminuddin, Aziah Zainal, Syasya Bellyna

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

MEGALOMANIA – EBRIZA AMINNUDIN
Azad telah membawa keluarganya berpindah ke rumah baru yang dibeli dengan harga agak murah akibat tidak tahan mendengar leteren ibu mertuanya dari hari ke hari. Hidup yang aman mula bertukar menjadi tidak keruan apabila mereka sekeluarga mengalami sesuatu yang di luar jangkaan. Apa yang dilihat tidak seperti apa yang berlaku membuatkan mereka mengambil tindakan di luar kawalan. Adakah masalah itu dapat diatasi? Apakah puncanya ia berlaku?
Tiada iman, maka jiwamu milikku. / MEGALOMANIA

MAKKAR – AZIAH ZAINAL
Azuna , Fieza dan Nadia tiga sahabat yang sentiasa mahukan kebebasan didalam hidup mereka. Lagenda yang dibaca oleh Azuna mengenai pokok hajat di Internet telah menarik perhatiannya untuk pergi bercuti di Pulau Penantian. Program mencari harta karun adalah satu taktik untuk menarik minat pengunjung untuk berkunjung ke pulau yang indah itu. Namun, setelah mereka sampai ke sana sesuatu telah berlaku. Tanpa mereka sedar ada makhluk yang sentiasa merayap di pulau itu sambil memburu mangsanya. Jika tersalah langkah maut padahnya. Berjayakah mereka keluar daripada pulau itu dengan selamat ataupun hanya maut sahaja jalan keluarnya?
Jika percaya kata-katanya, maut padahnya./ MAKKAR

FABEL – SYASYA BELLYNA
Waktu yang berlalu tidak mengubah apa-apa. Peristiwa yang bermula pada tahun 1950 telah berulang sehingga menginjak ke tahun 2017. Persengketaan antara dua pihak iaitu di antara pengiring bala dan pendukung kebaikan telah mengakibatkan banyak nyawa menjadi korban. Fabel, si penguasa rimba yang mencetuskan angkara dan menyesatkan ramai manusia. Apakah kesudahan peristiwa itu? Adakah Fabel terus menguasai alam rimba?
Pabila pembisik kejahatan menyeru namamu, kau jadi tunggangannya. / FABEL

Monday 17 April 2017

Adi Fara ~ Ezi Afiza

(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

"Selamat pagi, Fara," teguran Fadli membuatkan Fara yang sedang menyimpan topi keledarnya berpaling. 
"Woi Pali. Kau lagi lambat dari aku pagi ni. Nampaknya aku dah menang," Fara tersengih-sengih. Setiap hari mereka berdualah jaguh datang lambat ke tempat kerja. 
"Malam tadi aku tengok bolalah," Fadli memberikan alasan yang sememangnya boleh diterima pakai. 

Malam tadi pun, abang sulung Fara layan bola sampai ke pagi. Siap boleh minta dia temankan. Nasib baik dia tak turut serta. Kalau tak, pasti punch kad dia merah lagi agaknya. Fara terus melangkah ke ruang kerja. Saat dia melangkah ke depan, pandangannya tertembung dengan pandangan Adif. Seketika suasana bisu tercipta antara keduanya. Fara terkedu seketika. Isy Fara! Kenapa aku tak boleh nak berlagak macam biasa ni? Kenapa perlu menjadi orang lain saat berdepan dengan mamat seorang ni?

 "Selamat pagi," sapa Fara ceria. 
Cuba bersikap biasa. Senyuman segera diukir walaupun nampak plastik saja. Adif diam tidak menjawab. Senyum pun tidak membuatkan Fara rasa seperti tidak berbaloi bersikap baik dengan pemuda itu. Apa masalah mamat ni agaknya?

Oh My Hati ~ Wannie Nordin

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Come on Wanda... siapa yang tak minat dekat Tasha? Dulu pun kau cakap kalau kau lelaki, kau sendiri akan suka dekat dia, kan? Jadi, janganlah nak rasa sedih atau kecewa. Kau dengan Hafeez langsung tidak mempunyai apa-apa hubungan. Setakat dia pernah belanja makan di kafe senyap-senyap, pernah kenyit mata dekat kau, itupun dah nak perasan ke? 

Mungkin Hafeez sengaja nak mengusik dan menyakat saja. Takkanlah mengharap sebenarnya kad ini ditujukan untuk kau pula? Kalau untuk kau, mesti dia hantar kad mintak hutang, bukan kad luahkan perasaan minat. Lagipun kau tak dengar apa Rania cakap tadi, mesti Hafeez tu tahu yang buku ni kepunyaan Tasha. Mesti Hafeez dah tanya Lida dan tak main hentam selit kad tanpa mengetahui siapa yang empunya buku. Wanda, Wanda... Tolonglah jangan perasan! Dan tolong jangan nak bandingkan diri tu dengan Tasha, okey? Terima hakikat. Natasha memang ramai peminat dan tentu-tentunya salah-seorang daripada peminatnya ialah Zulhafeez. Tapi... tapi... tetap rasa macam nak menangis... uwaaaaaa!

Dosa Dan Insan: Perjalanan Menuju Tuhan ~ Hilal Asyraf

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Dosa dan Insan, jika kita teliti dua hal ini, sesungguhnya tidak dapat kita nafikan bahawa kedua-duanya tidak terpisah. Sebagai manusia biasa, kita punya dosa. Pasti ada kekurangan dan kelemahan kita. Mungkin ada yang telah mampu kita tinggalkan, mungkin ada yang masih bertempur untuk meninggalkannya, dan mungkin sahaja ada antara kita yang jatuh semula, lagi dan lagi.

Mukjizat Surah Al-Kahfi ~ Muhammad Mokhtar

(SEM & S/S) RM9.90 > RM7.70

Adakah mengelakkan fitnah dajal itu penting?
Sudah pasti, ya.

Fitnah dajal itu adalah fitnah yang paling dahsyat. Fitnah dajal bukan sekadar fitnah fizikal, bukan sekadar gosip-gosip liar. Fitnah dajal itu adalah fitnah yang halus, seumpama silap mata. Fitnahnya membuatkan perkara yang baik kelihatan buruk. Sementara perkara yang buruk pula kelihatan baik.

Namun, Tuhan itu maha adil. Dia menyediakan kita bekalan. Bekalan itu adalah surah Al-Kahfi.

Mukjizat Surah Al-Kahfi menekuni satu per satu perbincangan perihal surah Al-Kahfi. Kita dapat mengetahui banyak perkara, seperti sebab turunnya surah ini, tafsiran ayat, dan kelebihan-kelebihan ayatnya.

Rahsia Ashabul Kahfi
Rahsia Zulkarnain
Rahsia pengembaraan Nabi Musa dan Nabi Khidir
Rahsia teguran Allah kepada Nabi Muhammad
Ternyata, ini adalah surah pendinding dajal. Ini adalah mesej daripada Tuhan kita.

Friday 14 April 2017

Kakak Kemboja ~ Naim Tamdjis

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

"Mak...ada orang teman adik malam-malam..."

Siti adalah seorang ibu tunggal telah dihalau oleh emak mentua dan abang iparnya dari rumah peninggalan suaminya. Bersama anaknya, Johari yang berusia sembilan tahun, mereka berdua terpaksa berpindah ke sebuah rumah flat di Bandar Baru Bangi kerana dia bekerja di salah sebuah kilang di sana.

Memandangkan Siti sering bekerja lebih masa pada setiap malam minggu, maka tinggallah Johari seorang diri di rumah. Johari sentiasa terdengar bunyi aneh dan gangguan sama ada dari dalam atau luar rumahnya. Pada suatu hari, Johari menyiasat dari mana datangnya bunyi aneh itu dan dia terserempak dengan Kakak Kemboja. Mereka berdua menjadi 'kawan' sejak hari itu dan Kakak Kemboja berjanji akan melindungi Johari.

Adik, tolong abang. Abang ada hutang dengan adik. Tolong abang, dik.”- Jelmaan Salleh.

Aku selalu tengok dia cakap seorang diri. Kadang-kadang macam berbisik.”- Khamis Al Jafri
"Akak kan dah janji nak jaga adik?” - Kakak Kemboja

What's Up Turks? ~ Ayza Gursoy

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Orang kata, susah kahwin campur ni. Budaya lain, bahasa lain, makanan pun lain.

Tapi...dalam perbezaan itu, seronok juga belajar perkara baru.

Kadang nak tergelak pun ada masa mula-mula nak suaikan diri di bumi Turki.

Kadang menangis tiba-tiba bila teringat ibu di Malaysia.

Tapi itulah...tak kenal maka tak cinta. Dan saya jatuh cinta kepada bumi Turki!

Run Back ~ Syafiq Nasri

(SEM & S/S) RM17.00 > RM15.00

Jika kita tidak kembali bertuhan kepada Allah.

Sampai bila-bila kita akan penat berlari tanpa menjumpai penghujungnya.

Dengan lafaz yang hakiki, kita mulakan larian ini.

Let's Run Back to Allah.

Memori ~ Mr. Apis

(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70
Hidup ini pilihan.
Dan pilihan itu sentiasa ada pada diri kita.
Jangan disebabkan pilihan yang kita lakukan hari ini, buat kita menyesal kelak.

Betul!
Pilihan ada pada diri kita,
Tapi jangan abaikan panduan daripada Maha Pencipta.

Semua orang pernah jatuh ke dalam lubang maksiat,
apa yang buat dia hebat adalah,
dia berusaha cari keampunan daripada Allah.
Dan ajar diri untuk istiqamah dalam kebaikan.

Segelas Air Segenggam Kopi ~ Dato' Ustaz Badli Shah Alauddin

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60
Ramai orang suka makan ketam. Tapi tak ramai orang tahu bahawa ketam adalah binatang yang memiliki sifat dengki yang sangat kuat. Jika ketam-ketam yang masih hidup dimasukkan ke dalam baldi, kita akan dapati perkara yang menghairankan iaitu tidak ada seekor pun ketam yang akan merangkak atau memanjat keluar. Kenapa tidak ada ketam yang berjaya keluar?

Itu antara puluhan kisah penuh iktibar dan kisah kejayaan beberapa individu yang istimewa di dalam buku ini. Istimewa kerana daripada tiada apa-apa, berkat kesungguhan dan kesabaran, Allah kurniakan mereka kejayaan luar biasa. Malah kejayaan mereka turut dinikmati oleh ramai orang.

Kisah bukan sebarang kisah tetapi kisah penuh pengajaran. Membacanya membuatkan fikiran yang tepu jadi terhibur, jiwa yang stres jadi kendur bahkan jiwa yang kendur dan lemah akan menjadi bersemangat semula.

Kisah-kisah ini mungkin nampak kecil atau biasa-biasa sahaja, tetapi siapa tahu ia bakal memberi kesan besar kepada individu yang benar-benar memerlukan sokongan hidup.

Maya ~ Rekka

(SEM & S/S) RM21.90 > RM19.30

Myra mula sedar ada misteri yang berlaku di rumah sewanya sejak sepupunya, Hanis berpindah masuk.

“Macam mana kau boleh ada kat luar sedangkan kau tidur di bilik aku semalam? Macam mana kau boleh masuk dalam bilik air kat luar? Masa aku keluar tadi kau masih lagi tidur.”

Hanis tergelak. Bagi Hanis hantu tidak wujud.

Segalanya berubah apabila Myra terbaca satu cerita seram di internet tentang Maya. Hilai tawa seorang gadis mengacau hidup mereka. Tragedi berlaku apabila mereka keluar bercuti.

“Hari pertama kita kat sini aku ada nampak sesuatu dalam bilik air. Ada bayang-bayang hitam yang ikut aku kat belakang. Bila aku masuk tandas bayang-bayang itu pun ada sama. Lepas tu hilang.” Bayang-bayang itu buatkan Sarita jadi takut. Dia tidak mahu tinggal di rumah banglo itu lagi.

Masuk hari keempat rumah banglo itu riuh dengan kehilangan Rafiq. Tetapi malam itu…

“Mana kau pergi hah? Tahu tak kita orang semua risau pasal kau. Mana kau pergi? Kenapa tak bagitahu kita orang sebelum kau pergi?” marah Balqis sambil merenung anak mata Rafiq tajam.

“Balqis dengar sini. Rafiq tak balik sini. Kita belum jumpa dia lagi. Balqis dengar tak?” marah Hanis.

Tuesday 11 April 2017

Pemusnah Hati ~ Siti Khadijah

(SEM & S/S) RM29.00 > RM25.50

"Ada ke dalam dunia ni orang yang kena culik, boleh jatuh suka pada penculik? Mengarut, kan? Aku dah mula sukakan kau, Qartal." -AISY RAISYA.

"Jangan pernah berharap yang aku ni baik. Kau tak kenal siapa aku yang sebenarnya. Nanti kau akan menyesal! Kita berdua tak boleh jadi kawan ataupun musuh. Lepas keluar dari hutan ni, kau ikut haluan kau dan aku, ikut haluan aku. Anggap saja kita tak pernah berjumpa!" - QARTAL.

"Kalau awak perlukan teman untuk ketawa, saya ada. Kalau awak perlukan telinga untuk ceritakan masalah, saya ada. Kalau awak perlukan orang untuk hilangkan kesedihan awak, saya ada! Tak perlulah awak cari orang lain!" - UMAR FARUQ.

Gigitan ~ Zaifuzaman Ahmad

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Seorang demi seorang mangsa mati lemas di pantai perkelahan Port Dickson. Mayat mangsa tidak ditemui dan hilang ghaib begitu sahaja. Insiden ini membuatkan Inspektor Hadi keliru dan bingung memikirkan hal ini. Belum pernah terjadi insiden seperti ini.

Inspektor Hadi telah meminta bantuan Imran, pengawal pantai yang bertugas di situ untuk menyiasat. Namun masih gagal mendapat apa-apa maklumat. Seorang wartawan bernama Jamal telah menulis cerita tentang insiden ini dan mengatakan yang mangsa bukan lemas tapi dipercaya dibaham buaya.

Inspektor Hadi dan Imran tidak mempercayai cerita itu sehinggalah pada suatu hari abang ipar Imran, Darus mendapat kecederaan di kaki ketika berkelah di pantai itu. Kesan gigitan itu telah disahkan oleh Doktor Rayan yang mangsa digigit buaya. Mungkin buaya itu sesat dan masuk ke laut untuk mencari makanan. Berita itu telah menggemparkan penduduk di situ. Mereka tidak berani lagi keluar berkelah di hujung mimggu dan ini membuat sektor pelancongan Port Dickson terjejas teruk.

Benarkah pantai Port Dickson tercemar dengan buaya? Betul ke cerita yang ditulis Jamal atau hanya rekaan semata-mata? Tapi Doktor Rayan mengesahkan yang mangsa digigit buaya. Inspektor Hadi dan Imran Buntu memikirkan hal ini. Sama ada ia betul ataupun tidak, hanya akan terjawab dalam novel ini.

Mageddo: Petaka Ahzab ~ Web Sutera

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Buku PURIS ini, MAGEDDO: PETAKA AHZAB karya oleh penulis WEB SUTERAmerupakan novel ketiga bagi Trilogi Armagedon. Kesinambungan dari dua novel sebelumnya, PERANG ARMAGEDON dan BAITULMAQDIS: PETAKA ARMAGEDON.

Novel ini meneruskan sebuah epik perjuangan bangsa. Perang dan petaka masa hadapan ini berlaku akibat daripada konspirasi Zionis-Yahudi yang berterusan memacu dendam Ahzab untuk memenuhi ramalan muncul sebagai kuasa baharu dunia. Pertempuran berlaku dengan para Mujahid Islam yang berjuang menentang gerembolan Zionis-Kabbalah yang mengadu domba ini.

Manusia dan jagat menjadi rosak rentetan daripada perang berdarah. Muncul Islam di persada dari bumi anbiya, melayari horizon buana kemanusiaan atas nama jihad atau mati syahid. Petaka yang tiada belas kasihan ini terhampar dari Palestin dan Al-Quds sehingga ke Nusantara, termasuk juga petaka Yakjuj dan Makjuj ke dunia ghaib.

Mulai muncul kesedaran banyak pihak yang selama ini menuding jari kepada ‘teroris Islam’, bahawa ia hanyalah propaganda Zionis-Yahudi yang berpusat di negara haram Israel. Tewaskah gerombolan syaitan dan tentera hibrid yang diketuai oleh Zionet? Berjayakah anak muda Mujahid Islam menggenggam kemenangan apabila perjuangan mereka dipandu oleh ulama sedunia?

Duo Ejen ~ Syarq Nasri, Da'i Azrin

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60
Jadilah seorang Mukmin yang kuat luar dan dalam, supaya segala urusan dapat dilaksanakan dengan mudah dan tersusun. Usia muda semestinya punyai kekuatan fizikal yang lebih, jadi gunakanlah ia untuk menyumbang ke jalan kebenaran.

DUO EJEN ini cuba membantu para pembaca di luar sana agar berada di landasan dakwah dan menjadi manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain. EJEN yang dimaksudkan itu bukanlah ejen kepada mana-mana syarikat, sebaliknya menjadi ejen kepada-Nya untuk melaksanakan amanah sebagai pemimpin Islam di atas muka bumi ini. Tugas itu bukan tugas mereka berdua sahaja, tetapi tugas dakwah itu untuk semua selaku hamba-Nya.

Buku ini mengandungi dua bahagian yang istimewa, yang mana pada bahagian pertama, mereka membawa pembaca untuk menelusuri kisah bagaimana permulaan berdakwah dan saat terdetiknya rasa untuk masuk ke dunia dakwah ini. Manakala di bahagian yang kedua pula, mereka muatkan dengan semangat, inspirasi, panduan, kisah teladan untuk pembaca semua berjinak dalam dunia dakwah.

Mari Menjadi Hamba: Langit Ilahi ~ Hilal Asyraf

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Kawan biar dengan semua, tetapi sahabat cari yang betul-betul.

Buku PURIS Mari Menjadi Hamba oleh Hilal Asyraf ini telah diberi nafas baharu serta garapan mesej yang lebih terkini terdiri daripada pengumpulan artikel-artikel yang membawa kita terus pulang kepada Allah, tanpa melupakan praktisnya dalam kehidupan.

Mari Menjadi Hamba hendak membawa kita semua pulang menjadi hamba kepada Allah. Tidak memisahkan dunia dengan akhirat. Tidak memisahkan akhirat dengan dunia. Seterusnya mengajak kepada disiplin hidup yang mapan dan kehidupan yang matang serta berwawasan.

Mari Menjadi Hamba kali ini diharap dapat memberikan anjakan dan gesaan agar kita melihat persoalan-persoalan itu dari satu sisi yang baharu. Bagi HILAL ASYRAF, dia menulis kerana mahu menyampaikan, sebagai peringatan buat diri sendiri sambil mahu mengajak orang lain agar sama-sama kembali menjadi hamba Ilahi. Menyumbangkan apa yang ada pada dirinya itu untuk pembangunan umat. Sesungguhnya umat yang mantap itu, dibina oleh isinya yang mantap juga.

Projek Hafal Hadis: 1 Hari 1 Hadis ~ Mohd Solleh Ab. Razak

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80
Buku Projek Hafal Hadis ini bersesuaian dengan tajuknya iaitu untuk mengajak semua golongan baik kanak-kanak mahupun dewasa untuk menghafal dan menghayati hadis Rasulullah SAW. Buku ini terbahagi kepada empat bahagian dengan setiap bahagian menerangkan tentang ilmu hadis secara tepat dan padat. Apabila kita sudah menguasai dan mengetahui tentang sesuatu hadis itu sudah tentu kita lebih yakin untuk menyampaikan ilmu atau berhujah bagi mengajak lebih ramai lagi golongan untuk meminati Islam, insya-Allah.

Di Sebalik Fiqah Forensik ~ Ahmad Syukran Baharuddin

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.00

Ilmu sains forensik merupakan salah satu cabang daripada teknologi kini yang jarang diberi perhatian dalam perbincangan melibatkan hukum Islam. Pelbagai persoalan timbul mengenai penggunaan sains forensik dari kaca mata Islam. Justeru, buku ini merupakan kompilasi soal jawab yang disusun daripada Kolum Soal Jawab Fiqah Forensik, majalah al-Ustaz. Buku ini juga mengupas mengenai forensik makanan, harta pusaka dan jenayah seperti mencuri, zina, liwat, arak, judi, dadah, sihir dan sebagainya. Hukum penggunaan sains forensik dalam Islam juga dijelaskan. Buku ini sangat bermanfaat untuk dimiliki kerana huraian kepada setiap persoalan yang dikemukakan adalah lengkap dan mudah difahami.

Al-Quran Al-Karim Dengan Panduan Waqaf & Ibtida' (Kecil) ~ Telaga Biru

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40
Mempunyai panduan Waqaf & Ibtida’ berwarna bagi yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf yang sedia ada. Menggunakan tanda waqaf mengikut mushaf Madinah terbaru dengan menggugurkan tanda waqaf lam. Mendapat pengiktirafan daripada ulama tajwid dan qiraat yang disegani di dunia iaitu Almarhum Syiekh Mahmud Amin Tantawi, mantan Ketua Lajnah Rujukan Mushaf Syarif di Mesir, mantan Wakil Ulama-Ulama Qiraat di Mesir dan mantan Naib Ketua Persatuan Ulama Qiraat dan Tajwid Dunia. Empat warna cover yang menarik dan sesuai untuk pembelajaran dan hafazan bagi semua lapisan masyarakat. Bersaiz 10 X 14 cm.

Warna: Kuning, Merah, Hijau, Ungu

Saturday 8 April 2017

Miliki Aku Sejujurnya ~ Dhila Asyfa

DISKAUN 5%
(SEM & S/S) RM26.00 > RM24.70

Syifah terpaksa akur bila orang yang bakal dinikahi mengahwini perempuan lain. Nasib baik Huzair sudi menawarkan diri menjadi pengganti. Tapi, ikhlaskah lelaki itu?

“Aku nak kau patuh apa sahaja peraturan yang sepatutnya kau ikut sebagai isteri aku.” Terkebil-kebil mataku memandang ke arah Huzair. 
“Peraturan? Kontrak?” dugaku dan Huzair tergelak kecil pula. 
“Kau ingat kita ni kahwin kontrak ke apa?” Huzair yang dingin dan kasar bahasa pertuturannya tapi kadangkala mampu mengkhayalkan jiwa sehingga buat Syifah jadi keliru dengan perasaan sebenar Huzair terhadapnya. 
“Aku nak kita berkenalan dulu. Kemudian, baru sama-sama jatuh cinta.” Huzair berbisik. Aku terkedu. 
“Macam pasangan kekasih,” sambung Huzair lagi. 

Aku paksa diri untuk lelap. Mata kukatup rapat. Tidurlah wahai diri. 
“Kau tak pandai bercinta. Aku boleh ajar kau sampai pandai.” 
Meremang tengkuk mendengar bisikan Huzair yang ini. Harap ini hanya mimpi. Mimpi. 
Mampukah perkahwinan tanpa cinta ini bertahan apabila di depan mereka ada Dayana dan Saidatul yang tak pernah puas mencari titik kelemahan Syifah? 
“Syifah jangan sia-siakan Huzair, sebab dia tak pernah ada niat nak buat kamu derita dengan perkahwinan ni.” – Hajah Mastura. 
Bolehkah Syifah yang polos itu mencipta bahagia bersama Huzair yang penuh rahsia?

Sunday 2 April 2017

Nasi Lemak Tepi Kubur ~ Izma Qahiera

(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

“Awak ni jenis anti perempuan ke?” –Yusma
“Kalau ya kenapa?” –Haliq
“Boleh saya tahu kenapa?”-Yusma
“Itu bukan urusan awak.” -Haliq

Jangan sebut tentang perempuan di depan Haliq. Kalau boleh dia tak mahu kaum Hawa wujud di dunia ini. Kaum itu hanya tahu menghancurkan harapan dan impian pencinta sejati seperti dia.

“Ayah ni dah tua Haliq. Ayah sunyi…” -Ayah
“Ayah nak kahwin ke? Kalau ayah berhajat, orang tak ada halangan. Kalau ayah nak orang tolong pinangkan calon mak tiri orang tu pun orang tak kisah.”-Haliq

Haliq tahu, ayah mahu melihat dia mendirikan rumahtangga. Dia pun bukannya tak nak kahwin. Dia masih trauma dengan kenangan silam. Tapi kini dia terjerat dengan permintaan ayah. Apa cara yang dia ada untuk memujuk ayah menjalani pembedahan?

“Ayah saya suruh kahwin dengan awak.”-Haliq
“Tak naklah kahwin dengan awak. Muka banyak parut jerawat. Berlubang-lubang pulak tu.”-Yusma

Yusma tak main-main. Mati hidup semula dia tak mahu dipasangkan dengan Haliq. Jadi apakah jalan yang Haliq ada? Dalam ramai-ramai pekerja di Warung Nasi Lemak Tepi Kubur ini, takkan seorang pun tak boleh menjadi isteri olok-olok Haliq?

Manja? Kau sudi tak? Kalau kau sudi, aku terus jadi ni!

Jodoh Yang Tertangguh ~ Rose Ezadora

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

“Ilyna Suffiyah apa khabar?” – Rafiq

Dia ternganga. Betul ke lelaki ini Abang Rafiq? Lelaki yang dulu tak punya pesona di matanya. Ilyna Suffiyah cuba menafikan namun hakikat tidak membenarkan. Dia lelaki yang sama tapi tak serupa. Kacak!

Separuh hati dah mula setuju tanpa banyak syaratnya. Tambah pula senyuman ibu bagai mengeyakan lagi agar Ilyna menerima pinangan ini. Rafiq bukan orang jauh. Jiran depan rumah ibunya di kampung. Kawan baik abangnya, Fadil dan lagi kuat bila Rafiq memang suka padanya sejak dari bangku sekolah lagi. Itu luahan yang jujur.

Tapi… Fahmi?

“Encik Fahmi jatuh, ya?”-Doktor
“Hemmm… Sikit aje tapi orang sebelah ni yang sibuk nak saya pergi klinik juga,” – Fahmi.
“Yalah, Encik Fahmi. Isteri mana yang tak risau? Kalau jadi apa-apa nanti dia juga yang susah.”- Doktor

Isteri? Eh, doktor dah salah sangka ni. Rasa berdendang pula hati Ilyna walaupun sebenarnya hanya dia dan Fahmi yang tahu status sebenar. Jiran sebelah rumah! Fahmi hanya jiran dia yang suka membantu. Suka berjalan beriringan dengannya, malah sentiasa ada bila dia memerlukan.

Menu Campak-campak: Ayam ~ Chef Fendi

(SEM & S/S) RM6.50 > RM5.70

Siri Menu Campak-Campak menerbitkan Resipi Ayam untuk buku pertama dalam siri ini. Resipi-resipi di dalam buku ini menunjukkan 30 resipi ayam yang menggunakan bahan-bahan yang mudah dengan kos yang murah dan cara memasak yang singkat. 30 menu bajet yang sesuai untuk dimasak dan dimakan oleh pelbagai peringkat usia 'wajib' dicuba dan dirasa. Buku ini lengkap dengan gambar langkah demi langkah, serta info yang berguna untuk setiap jenis resipi. Gabungan masakan kampung, barat, dan fusion yang pasti tidak menghampakan semua.

Antara Kandungan:
1)Ayam Tiga Rasa
2)Ayam Bakar Barat
3)Ayam Masak Lengkuas
4)Ayam Goreng Berempah
5)Ayam Kicap Bujang
6)Ayam Masak Halia
7)Ayam Percik Ibu
8)Ayam Bakar Kicap
9)Ayam Goreng Rangup
10)Ayam Masak Merah Bujang
11)Ayam Bujang Senang
12)Ayam Black Pepper Kampung
13)Ayam Butter

Puteri Naga Tiberius: Kronikal Empat Bahtera ~ Sri Rahayu Mohd Yusop

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

500 tahun berlalu semenjak bahtera Tiberius tiba di Benua Semilir. Persahabatan antara Maharaja Tiberius dan naga-naga Benua Semilir telah lama dilupakan. Kini, Kerajaan Tiberius sedang mengalami kacau-bilau akibat perbuatan khianat dan kelemahan pemerintahan.

Basilius, sang putera mahkota memberontak dengan melarikan diri dari istana. Takdir menemukannya dengan gadis hamba pembuat racun. Tidak dia sedari yang tempatnya di istana diintai oleh bapa saudaranya yang berhati gelap, Raja Angas.

Sula, gadis hamba pembuat racun yang melarikan diri dari rumah tuannya yang kejam Bregheda terheret dalam kancah politik Kerajaan Tiberius apabila Basilius menyelamatkannya daripada ancaman pemburu upahan Bregheda.

Sedang Basilius bergelut dengan intrig yang dirancang oleh Raja Angas, naga-naga Tiberius keluar mengganas, menjadikan semua yang menghuni Hutan Meraung – kaum bunian dan manusia – tahu yang zaman yuda sudah bermula.

Takdir Itu Anugerah ~ Mohd Sukur Ibrahim

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Himpunan status inspirasi daripada FB Tuan Sukur yang dikategorikan mengikut tema berserta gambar-gambar berkaitan yang menarik.

Bahagia Itu Gembira
Berjaya Itu Usaha
Berniaga Itu Sunnah
Bersahabat Itu Ukhuwwah
Hebat Itu Anugerah
Kaya Itu Subjektif
Keyakinan Itu Kekuatan
Memaafkan Itu Positif
Reda Itu Penerimaan
Umrah Itu Ketenangan