Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 26 February 2018

Tidak Mungkin Berpaling ~ Nurfaz

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

“Baiklah. Saya janji. Saya tidak lagi buat semua tu... dan biarlah kali ni pertemuan terakhir kita. Saya nak awak tahu. Cinta saya ikhlas. Tapi saya janji tidak sesekali kacau awak lagi...”

ITULAH janji Thia, gadis cantik, bijak, berkerjaya dan sukakan kanak-kanak setelah meluahkan rasa cintanya terhadap Zarul, lelaki yang dikenali di alam maya.

TETAPI siapa sangka ada pertemuan kali kedua untuk mereka. Ia bukan pertemuan indah seperti novel-novel yang Thia tulis. Cintanya dihina, diragui sedangkan dia hanya insan terpilih yang dipertanggungjawabkan oleh arwah Qalisya, kakak Zarul untuk menjaga anak-anak saudara lelaki itu.

“Perempuan macam Nur? Apa maksud abang dengan perempuan jenis saya?”
“Perempuan yang sekadar perempuan. Tidak lebih.”
“Perempuan yang habis madu sepah dibuang? Atau perempuan untuk lepaskan nafsu seperti pelacur?” Thia makin mengasak. Dia tidak peduli ayat sinikal yang digunakan. Memang itu kan pandangan Zarul padanya?

Sayangku Hana ~ Kay Omena

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

untuk meluahkan, dia tidak pernah yakin diri. Apabila berdepan dengan gadis itu, selalunya ayat puaka yang keluar dari mulutnya. Kebetulan yang tidak disangka, apabila mula kerja dan tinggal di bandar, jiran sebelah rumah juga orang yang sama. 

“Hana duduk dekat rumah sebelah ni. Abang baru pindah sini ke?” - Hana 
"Hidup aku ni memang kena berjiran dengan kau sampai mati ke?"- Aiman 

Pada Hana, mulut puaka Aiman itu memanglah menyakitkan hati tapi dia tidak boleh hendak buat tidak endah saja dengan lelaki itu. Lebih-lebih lagi bila dia dibuli oleh teman serumah, Aimanlah yang membantunya. Lagipun, Aiman itu memang sudah lama melekat di hatinya. Peristiwa hitam Hana hampir dirogol rakan sekuliah menjadi titik tolak Aiman melangkah lebih jauh. 

Dia berjanji mahu menjaga Hana dan melamar Hana dengan alasan yang sama. Tapi syarat yang diberi oleh orang tua mereka, Hana tidak boleh mengandung sehingga habis belajar. Tinggal sebumbung bila sudah halal, mana mungkin mampu bertahan lebih-lebih lagi bila di hati masing-masing memang sudah lama wujud rasa cinta. Masalah timbul bila Hana mengandung, masing-masing takut mahu memberitahu keluarga. Lebih bermasalah lagi apabila timbul salah faham akibat daripada tidak berterus terang tentang perasaan masing-masing. 

Friday 23 February 2018

Gegar Hati Bang Gazza ~ Liz Haliza

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

"Amna bukan disleksia. Dia keturunan mama, keturunan Ghaz dan Gina. Keturunan bijak pandai.” - Puan Syatilla.

Gazza buntu. Bagaimana lagi dia harus terangkan kepada ibunya tentang keadaan Amna, si anak buah yang menderita disleksia? Penderita disleksia bukan orang bodoh malah ada di antara mereka lebih bijak daripada orang biasa. Walau dicuba sehabis daya tetapi ibunya tetap tidak mahu menerima hakikat itu. Risau dipandang rendah oleh masyarakat kerana mereka daripada golongan keluarga terpelajar. Itu yang dirisaukannya, bukan risaukan Amna. Sesak dada Gazza memikirkan tentang hal itu. Dalam keadaan risau yang membelenggu diri, Gazza tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor dengan caranya tersendiri. Gila-gila dan sukakan muzik. Bahkan sewaktu merawat pesakit pun dia mendengar muzik.

"Nak lagu apa?”
"Haaa...”
"Saya suruh pilih lagu. Nak lagu apa? Lagu Anuar Zain ada. Lagu Dayang Nurfaizah pun ada. Cepat cakap nak lagu apa?”
"Doktor ada lagu Sepohon Kayu tak?”

Sentap ~ Adnil Zaff

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

“Kau fikir aku hairan? Aku dah lama sabar dengan perangai kau ni. Baiklah, Darlina… kau nak sangat, kan? Aku ceraikan kau dengan talak tiga!” – Johari

Perkahwinan melankolik. Episod bahagia Darlina menjelma setelah dirinya tiba-tiba dilamar oleh bosnya, Dato’ Farid; seorang lelaki pendiam dan suka menyendiri. Namun setelah puas berduka nestapa, hidup Darlina kembali diterjah bahagia sekali lagi.

Tidak seperti Darlina, hidup Sarina lebih dahsyat cubaannya. Diduga kemiskinan, Azhan berhijrah ke Kuala Lumpur. Sayangnya, kenaifannya menjebakkan dia ke kancah hitam
sehingga terheret ke dalam tuduhan berat yang berdepan dengan hukuman mati.

“Betapa kejamnya kau, hai lelaki. Aku tak tahu di mana nak aku letakkan muka ni! Sekarangkau mengaku semua hasil yang masuk ke dalam perut aku dan anak kau tu duit haram!” – Sarina

Adakah benar hidup mereka berada di jalan mati?

40 Hadis Amalan Penghapus Dosa ~ Ustaz Zulkarnain Dollah, Masilah Muhammad

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Buku ini menghimpunkan amalan-amalan yang dapat menggugurkan dan menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan oleh seseorang hamba. Buku ini juga membicarakan amalan-amalan yang menjadi sebab untuk mendapat pengampunan Allah SWT.

Antaranya:
· Berwuduk dengan sempurna
· Memelihara solat fardhu
· Qiamullail
· Melaungkan azan
· Solat berjemaah
· Menyebarkan salam
· Berbuat baik
· Bersedekah
· Menghadiri majlis ilmu Akhlak mulia dan lain-lain.

Tuhan Aku Mohon Jawapanmu ~ Azura Zamri

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60
“Kenapa aku diuji?”

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Al-Ankabut 29: 2-3)

Dugaan kita hari ini, insya-Allah Dia tetap permudahkan jalan kita untuk melaluinya biarpun kita merasa seakan tidak menemui apa-apa harapan lagi. Allah yang kirimkan masalah itu untuk menguji sebentar. Jadi, kita mahu keluar daripada laluan kesulitan itu tentunya Tuhan juga yang akan membantu. Sesungguhnya, pertolongan Tuhan tidak pernah diiringi lambat, cepat atau tidak, yang dijanjikan-Nya adalah pada masa yang tepat.

100 Soalah Panas Perkahwinan ~ Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Buku ini menyenaraikan 120 panduan berumah tangga berbentuk soal jawab sebagai pengetahuan dan panduan pembaca sama ada yang belum berumah tangga atau telah berumah tangga. Malah juga untuk yang telah bercerai dan ingin berumah tangga semula.

Antaranya:
· Kahwin lelaki muda
· Berkahwin di Thailand
· Berkahwin setelah terlanjur
· Hukum pak sanggup
· Agensi mencari jodoh
· Jodoh media sosial
· Perkahwinan dengan warga asing
· Layanan terhadap suami/ isteri
· Perbezaan cerai dan fasakh
· Ibu bapa campur tangan urusan rumah tangga

Hayatus Sahabah 2: 20 Pemuda Wira Rasulullah ~ Ustaz Mohd Nazri Hashim Al-Bindany

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60
Sewaktu dakwah Islam bermula, golongan muda turut terlibat dan sama-sama menghadapi penyeksaan dan penindasan oleh kafir Quraisy. Namun semua itu tidak pernah mematahkan semangat dan cinta mereka kepada Rasulullah SAW dan agama Islam yang bagaikan cahaya dalam kehidupan mereka. Cahaya itulah yang menjadi jihad mereka untuk disebarkan ke segenap dunia. Membesar dengan asuhan dan didikan Rasulullah, merekalah antara pemuda yang dibanggakan Baginda sebagai generasi terbaik.

Bella; Love, Unlikely ~ Acik Lana, Lynn Safiya

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

BELLA – ACIK LANA
Bella – si ‘Ugly Betty’ yang sering dipersenda, dibuli dan diejek. Dengan kaca mata tebal, baju berwarna pelangi, dia dilabel sebagai perempuan kolot. Dalam kolot-kolot pun, Bella berangan juga nak cari true love. Sebab dia percaya cinta sejati memang wujud.
Faid – si tampan yang menjadi rebutan dan dambaan ramai gadis. Lelaki yang biasa-biasa saja hartanya, tapi punya hati dan karisma yang cukup memikat. Di mata Faid, si Ugly Betty itulah pujaan hati. Tapi setiap kali dia buat confession, setiap kali itulah kena reject. Kenapa susah sangat Bella nak terima cintanya? Sebab Amalina?
Amalina – Kembar seiras kepada Bella. Raut muka yang sama, namun penampilan dan sikap mereka berbeza. Kalau Bella the beast, dialah si beauty. Dari kecil lagi mereka tak pernah sebulu. Hubungan yang berantakan semakin memuncak saat Bella ‘merampas’ sesuatu daripadanya. Dalam hati Amalina, dendam perlu dilunaskan tak kira apa!
Ini kisah cinta tiga segi penuh drama. Jadi di mana penghujung kisah antara Bella, Faid dan Amalina? Siapa yang sengsara? Siapa pula yang bahagia?

Monday 19 February 2018

Spy Hati Dari Chantilly ~ Mazni Aznita

(SEM &SS) RM30.00 > RM26.40

TIGA tahun lalu, Suri Imani ditemukan dengan seorang lelaki yang menyelamatkan dirinya dari nyaris maut di Paris. Bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang menjadi buruan seluruh dunia. Sejak itu, dia mencari-cari lelaki itu untuk membalas budi.

“Dia pencuri yang agak terkenal dalam kalangan pihak berkuasa di sini. Sasarannya selalu tak pernah gagal. Dah lama pihak Interpol cuba memburunya tapi sentiasa gagal. Tak sangka kamu berpeluang bertemu dengan dia. Bagaimana rupanya?”

Kecewa dengan Farid yang memilih kakaknya, Suri Imani menjauhkan diri dari keluarga lalu berjiran dengan seorang lelaki yang sering pulang ketika mabuk. Permulaannya Suri Imani membenci lelaki itu. Namun satu insiden membuatkan dia semakin dekat dengan lelaki itu. Malah dia menjadi PA lelaki itu di tempat kerja.

“I harap you boleh jadi PA yang baik untuk I. Because I need you more than you think.” - Mikey Mikhail

Travelog Jodoh ~ Noriah Jusoh

(SEM & SS) RM8.00 > RM7.00

Travelog Jodoh mengisahkan seorang wanita (penulis sendiri) yang diuji dalam pencarian jodohnya. Sepanjang pencariannya, penulis turut menerapkan nilai-nilai keislaman seperti berlapang dada, sentiasa menjaga batas-batas syriat pergaulan, memupuk nilai positif dan akhlak yang baik dalam diri serta menghindari perkara-perkara yang terarah kepada maksiat.

Surah Yasin (Tahlil, Doa-doa Pilihan, Solat Jenazah, Talkin) Terjemahan Dwi Bahasa ~ Prof. Madya Ustaz Dr. Abdul Rauf

(SEM & SS) RM55.00 > RM48.40

Surah Yasin merupakan salah satu surah yang sering diamalkan oleh masyarakat Islam bagi memeohon hajat atau perlindungan daripada Allah s.w.t. Surah ini sentiasa meniti di bibir dan terpahat di hati masyarakat Islam sama ada dalam kalangan anak-anak kecil ataupun dewasa berbanding surah-surah yang lain.

Surah Yasin ini mempersembahkan dengan tujuan untuk menggalakkan lebih ramai masyarakat Islam mengamalkannya. Antara elemen menarik yang disuntik dalam bahan ini adalah:

• Panduan tajwid berwarna.
• Panduan wakaf dan ‘Ibtida berwarna.
• Terjemahan dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
• Mengandungi 10 naskah Yasin dalam 1 kotak.

Hadis-hadis Hukum ~ Ibn Al-Mulaqqin

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Hadis-hadis Hukum ialah hadis-hadis yang membincangkan tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf. Hadis-hadis dalam kategori ini telah menjadi perhatian ulama hadis sejak dahulu. Mereka menghimpun, mengira dan mengkaji hadis-hadis tersebut dengan teliti. Perkara ini jelas tercermin dalam pelbagai ucapan para ulama salaf dan iman mujtahid yang menjadi ikutan umat.

50 Mutiara Nabawi ~ Mohamad Razif Mohamad Fuad

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Sebenarnya buku ini seakan “kit rawatan hati” yang ringkas, padat dan bermanfaat berdasarkan hadis-hadis pilihan Kitab al-Riqaq daripada Shahih al-Bukhari yang dihuraikan secara ringkas dan mudah difahami. Ada diantara hadisnya mungkin hanya menyentuh hal-hal harian yang sering kita lalui, namun pendekatan yang dibawakan dengan sokongan al-Quran, hadis dan pandangan-pandangan para ulama muktabar memberikan kelainan kapada buku ini.

Selain itu, susunan dan huraian hadis yang dihasilkan oleh penulis menggunakan bahasa yang tidak terlalu berat bagi memudahkan pemahaman pembaca apabila membaca kalam-kalam mulia Nabi ini.

Tuesday 13 February 2018

Hilang ~ Jibrail Fitrah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Pernahkah dikau merasa kehilangan dalam diri ?

Kau mencari dan mencari akan kehilangan itu namun kau tidak temui?
Kau rasa resah.. Gelisah..
Hidup kau tidak tenang akan ujian demi ujian yang datang menemani hidup kau.

Zikir dan solat kau itu tiada tagi rasa nikmat.
Kau merasa sangat berat, kerana terpenjara dalam musakat
Hidup kau serabut ! Rupanya cinta dunia yang selalu kau jemput.

Dan itu membuat kau merasa hilang.

Apa yang hilang”? “Ku mencari dan mencari diri ku yang hilang, baru ku sedar yang hilang itu cinta ku kepada-Nya.

Saturday 10 February 2018

Jangan Padam Rindu ~ Rina Farizq

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

“Stop thinking nonsense and get the unwelcome thought out, lady. Saya tahu apa yang awak fikirkan.”
“Of course you do.” Sahutnya dengan sinis sambil melarikan pandangan. Fauzan, lelaki yang… gatal!

Fauzan menarik nafas dalam-dalam, Ellina benar-benar mengharu-birukan perasaannya. Dalam pada dia geramkan pemikiran Ellina, bibir tak dapat menahan senyum. Ellina bijak memikirkan sesuatu yang begini agaknya.

Pemikiran Ellina yang nakal itu, membuatkannya rasa tak sabar-sabar nak jadikan Ellina miliknya yang sah.

“El…lina…” Dia menyebut nama itu perlahan. Ellina sekadar mengerling sekilas sebelum memandang ke arah lain semula.

“You’re sweet, beautiful, naughty, weird and so oblivious!” Katanya sambil menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung pula, “and... I really like you, lady.”

Perlahan-lahan Ellina mengangkat muka, memandang Fauzan yang tenang merenungnya. Dada sudah bertukar rentak, irama perlahan dan senandung mula bergendang. Indah dan berbunga-bunga bila ada orang yang memuji dan sukakan kita.

“Makan. Sebelum saya terasa nak makan perempuan yang bernama Ellina Hashim.”

Terus hilang rasa indah dan berbunga-bunga itu tadi bila suara husky mula keras mengugut. Haish… potong betul! Baru nak feeling! Terus pandangannya jatuh ke pinggan yang berisi ayam goreng yang disorongkan kepadanya.

Ayam goreng Fauzan hanya bercuit sedikit. Sekarang dia tak rasa terliur pun pandang ayam goreng tu.
Seleranya mati serta-merta.

“My lady…”

Dia dengar Fauzan berdesis dengan perlahan sambil mengambil semula coleslaw yang ada di hadapannya. Dia lupa coleslaw itu makanan kegemaran Fauzan bila ke sini. My man, bisik hatinya pula.

Tidak Akan Melepaskanmu ~ Rass Lestari

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Terhendap-hendap Luvreen mengikut langkah Kazrai di hadapan sana. Entah apalah tujuan lelaki itu datang ke sini. Nak membeli-belah, tak mungkin. Nampak muka yang beku itu, Luvreen tak rasa dia kaki shopping.

Janji temu? Itu kemungkinan besar! Tapi dengan siapa? Girlfriend? Itu mungkin juga. Biarpun muka dia beku tanpa sebarang riak. Walaupun kata -kata dan tingkah dia menyakitkan hati tapi dia boleh tahan charming jugak!

“OMG, kalau dia dah ada girlfriend habis tu I macam mana? Tak kan nak bersaing kut?” Luvreen bermonolog sendiri.

Kakinya menapak perlahan-lahan sambil mata setia memerhatikan tingkah lelaki di hadapannya itu. Sesekali dia berlagak seakan pelanggan yang sedang membelek barang, dengan harapan tingkahnya tiada siapa yang perasan.

“Ya cik, ada apa yang saya boleh bantu?”
Luvreen sekadar sengih bila salah seorang jurujual menghampirinya. Matanya tak sedikit pun teralih daripada memandang Kazrai. Dia tak boleh biarkan lelaki itu terlepas dari pandangannya.

“Sekarang kami ada menyediakan beg tangan edisi terbaru, Cik nak tengok ke?” Soal jurujual itu penuh sopan.

Knight Templer ~ Muhammad Danial Ramli

(SEM & SS) RM36.90 > RM32.50
Mereka adalah tentera Salib atau Crusaders yang datang dari Eropah ke Baitul Maqdis (Jerusalem). Pernah digelar sebagai ‘the Poor Fellow Soldiers of Christ', ‘very 'pious', dan ‘committed to the Holy War'. Misi utama mereka; melindungi para penziarah yang dalam perjalanan ke Baitul Maqdis.Awalnya, mereka membina sebuah markas di Temple Mount, lalu dikenali sebagai the Pauperes commilitones Christi Templique Solomonici – Kesatria Kristian dan Kuil Sulaiman, yang kemudian lebih dikenal sebagai ‘the Templar Knight'.

Setelah Knight Templar menjadi rasmi dan diterima oleh gereja Council of Troyes pada tahun 1129, mereka menjadi terkenal di seluruh daratan Eropah dengan orde ‘religious men could also carry sword', selain menjadi pasukan elit yang sangat terlatih dan lengkap, bermotivasi tinggi selain mengharamkan mundur dalam pertempuran.Kombinasi antara pejuang dan rahib dalam setiap perajurit menjadikan mereka salah satu kekuatan terhebat waktu itu. Namun, apakah yang terjadi kepada the Knight Templar ini sehingga mereka dihukum dan dihapuskan? Ikuti banyak lagi perkaitan sejarah ‘tentera miskin' ini dalam buku The Knight Templar.

Gerakan Freemasonry ~ Hj. Nik Azran Muhamed, Hj. Mohd Mahadi Hj. Isa

(SEM & SS) RM35.90 > RM31.60

Semenjak bumi ini disinari cahaya Islam,pertembungan antara hak dan batil sentiasa berlaku seolah-olah sudah menjadi rutin harian masyarakat dunia. Permusuhan yang bermula di alam malakut yang tercetus dari keengganan iblis untuk tunduk kepada Adam berpanjangan bersama peredaran zaman dan waktu yang menyaksikan permusuhan ini saling bersilih ganti merebut takhta kerajaan di bumi ini.

Musuh Islam di kalangan Yahudi dan Kristian sememangnya menunggu peluang keemasan ini untuk menarik dan membawa mereka ke lembah kesesatan. Orang-orang yang telah terjebak dengan umpan suapan musuh Islam terutama Yahudi akan menjadi hamba yang taat setia untuk dikerah melakukan apa sahaja kehendak mereka walaupun terpaksa membunuh saudara seagama.

Dalam masa yang sama gerakan bawah tanah seperti Freemasonry dibawa masuk untuk diterapkan ke dalam gerakan kebangsaan yang telah dibentuk. Gerakan-gerakan ini seumpama menyusup masuk menjadi tulang belakang kepada geraka-gerakan yang bersifat kebangsaan. Kehadiran gerakan seperti ini telah membawa masuk slogan-slogan yang zahirnya menampakkan mereka sebagai gerakan yang memperjuangkan nasib bangsa tetapi pada hakikatnya mengandungi agenda rahsia untuk kepentingan musuh Islam.

Penduduk Bumi Sebelum Kita ~ Muhamad Isa Dawud

(SEM & SS) RM27.90 > RM24.50

"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah sesuatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara kedua-duanya. Dan, daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup." (al-Anbiya: 30)

Para ilmuan berpendapat, bumi ini telah wujud lebih daripada 1000 juta tahun lampau. Tapi hal ini tidak bermakna kehidupan manusia di bumi bermula sejak itu, hanya bahagian besar daripada rangkaian kehidupan masa lalu yang hidup dan menguasai planet ini.

Kehidupan manusia dikatakan hanya wujud selepas kebinasaan mahkluk yang terdahulu; makhluk-makhluk yang acing dan tidak kita ketahui. Tapi apakah makhluk itu? Hasil penemuan daripada kubur-kubur, artifak, serta batu bertulis beserta gambar, menambah bukti bahawa kehidupan masa lalu sebenarnya pernah menghuni bumi; sebagai penduduk yang bersistem. In' termasuklah penempatan di sekitar kawasan gunung, lembah sungai dan pesisiran pantai yang membangunkan peradaban. Malangnya, semua itu seperti tenggelam dan lenyap untuk tatapan dan rujukan generasi kita. Jadi, siapakah penghuni bumi sebelum manusia?

Membongkar Rahsia Dunia Melayu ~ Srikandi, Al-Semantani Ibnu Rusydi

(SEM & SS) RM39.90 > RM35.10

Dewasa ini, pelbagai serangan dan tohmahan dibuat mengenai kedudukan Melayu-Islam. Serangan yang dilakukan ini meliputi pelbagai isu seperti hak asasi untuk murtad, penyebaran ajaran Syiah, penyalahgunaan kalimah ‘Allah' dalam Bible dan sebagainya. Selain itu, serangan itu juga dilakukan terhadap sejarah negara amnya dan sejarah Melayu khasnya, demi menimbulkan kekeliruan kepada umat Melayu-Islam agar tunduk kepada desakan dan permintaan mereka.

Serangan terhadap sejarah Melayu merupakan serampang dua mata dalam mencabar kedudukan umat Melayu selaku Bumiputera asal dan pada masa sama melemahkan kedudukan Islam di negara ini, memandangkan Perlembagaan Persekutuan, ‘Melayu' di negara ini secara automatik adalah seorang Muslim. Menerusi ‘serangan' berterusan terhadap putar belit sejarah Melayu, menerusi kenyataan akhbar, media sosial, media massa dan sebagainya, dibimbangi nasib umat Melayu-Islam di negara ini berakhir seperti umat Melayu-Islam di negara Thai, apabila sejarah keagungan Kesultanan Islam-Patani lenyap dan umat Melayu-Islam di sana terpaksa beridentitikan Thai-Muslim, lalu terhapuslah identiti dan jati diri penduduk Islam di sana.

Tuesday 6 February 2018

Calon Untuk Pengantin ~ Azieana

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

IDHAM yang kecewa dan marah dengan keputusan Atikah untuk menangguhkan majlis perkahwinan mereka membuatkan Idham mengambil keputusan untuk membatalkan ikatan pertunangan. Dia nekad akan meneruskan majlis perkahwinannya biarpun tidak diketahui siapakah bakal calon pengantinnya nanti.
Desakan Datin Suhani untuk menerima gadis pilihannya telah membuatkan Idham memilih NURUL sebagai calon pengantinnya. Malah, Idham sanggup bertemu dengan orang tua Nurul untuk menyampai hajatnya itu.

Persetujuan orang tuanya membuatkan Nurul tiada pilihan walaupun dia tahu dia akan mempertaruhkan masa depannya. Nurul reda dengan takdirnya, namun majlis perkahwinan mereka dikejutkan dengan kemunculan Atikah. Malah lebih mengejutkan apabila Atikah tetap merayu Idham untuk kembali kepadanya. Bagaimanapun Idham bertegas menolak Atikah walaupun dia tidak yakin bahawa hubungannya dengan Nurul akan berjaya.
“Kalau bukan sebab I yang cabar Idham untuk teruskan majlis perkahwinan tu, mungkin you takkan jadi pilihan Idham. You takkan berpeluang untuk jadi pengantin, apatah lagi untuk hidup bersamanya macam hari ni.” – Atikah.
“Itu bukan urusan saya. Sekarang ni Abang Idham suami saya.” –Nurul.

Cinta Mamat Sandwich ~ Arsya Aisya

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Adif Arman lelaki yang tidak mempercayai cinta memilih kehidupan yang sederhana. Tiada yang istimewa dalam hidupnya sehinggalah hadir seorang gadis cantik, seksi dan menggoda. Tanpa sebarang isyarat gadis itu mula menghuru-harakan hidupnya.

Setiap tingkah Adhia Adamia menyakitkan mata dan hatinya. Tapi lebih menyakitkan apabila melihat si gadis bersama jejaka lain. Kerana berpegang pada kriteria calon pilihan bukanlah si seksi, maka sedayanya dia menolak. Namun kisah mereka seperti magnet. Makin ditolak menjauh, semakin mendekat.
Bagai janji sudah terpateri di lohmahfuz, kerana ingin melindungi Adhia, Adif memutuskan untuk menikahi gadis itu. Perhubungan jika dilandaskan ego pasti perjalanannya sukar. Cemburu membelenggu. Kasih yang hadir cuba diketepikan. Hingga akhirnya mereka diuji lagi.
Kehadiran Azril membuka lompong pada perhubungan mereka. Menghadirkan rasa curiga dalam hati Adif. Bagi seorang isteri, Adhia tidak mengharapkan kata cinta daripada seorang suami, tapi hanyalah sebuah kepercayaan. Namun mahal harga untuk sebuah kepercayaan itu.

Friday 2 February 2018

Jangan Ada Cinta ~ Hairynn Salehuddin

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

MIRA SOFEA mencintai DANIEL IMRAN sepenuh hatinya. Dialah lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hatinya untuk menerima cinta dari seorang lelaki. Tetapi semuanya berubah semenjak bekas isteri Daniel AMY LIANA tiba-tiba muncul dalam kehidupan mereka. Hubungan Daniel dan Liana menjadi semakin rapat bila mendapat tahu yang Liana menghidapi kanser hati. Dalam masa yang sama, abang Daniel, HAKIM IMRAN kembali ke Malaysia setelah lama menjauhi diri dari keluarga dek terasa hati dengan Tan Sri Mohamed, ayahnya. Hubungan cinta Mira dan Daniel pula semakin dilanda masalah sehinggalah berlakunya kes yang tidak diingini terhadap Daniel yang mengubah segalanya.

" I terpaksa bernikah dengan Liana. I'm sorry sayang." Kata-kata Daniel membuatkan hati Mira terasa pedih sangat. Tak terlintas di fikirannya untuk mendengar ayat tersebut keluar dari mulut Daniel. Hancur luluh perasaannya.

"How could you Daniel? Sampai hati." Disebabkan rasa sakit hatinya, Mira tak fikir panjang lagi. Keputusannya untuk berkahwin dengan Hakim mengejutkan semua orang termasuk Hakim sendiri.

Super-Student: Pelajar Biasa Juga Mampu ke Universiti Oxford! ~ Olav Schewe

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Buku ini membincangkan semua perkara yang menyumbang kepada peningkatan pembelajaran dan gred yang baik. Ketiga-tiga prinsip asas yang menyokong tujuan ini adalah belajar secara efektif, menunjukkan prestasi secara optimum, dan berfikir secara betul. Pengalaman saya yang lalu menunjukkan subjek yang berbeza memerlukan sudut serangan dan teknik yang berbeza. Ramai yang mendakwa teknik seperti kaedah loci dan peta minda sentiasa memberikan kejayaan. Manakala, matlamat saya adalah bagi memberikan senarai teknik berguna dan berkongsi kekuatan dan kelemahan teknik itu. Terpulang kepada pembaca bagi membuat keputusan teknik mana dan pada masa bila mereka hendak gunakan. 

Beberapa teknik, seperti teknik nota ataupun penetapan matlamat, boleh digunakan serta-merta tanpa sebarang usaha tertentu. Teknik lain, seperti membaca laju, boleh mengambil masa hingga sebulan untuk dipelajari. Kita perlu mencari keseimbangan tentang berapa banyak masa yang kita dapat laburkan.

I'm A Backpacker: New Zealand ~ Trip Adik Beradik

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Sebut pasal New Zealand, mana kita nak mula? Ataupun sebenarnya kita patut tanya: Kamu nak apa?

Kalau kamu mahu pantai, bukan setakat pantai putih bersih dengan air jernih yang kita dapat. Bahkan dapat tengok dolfin, ikan paus, anjing laut, dan burung kiwi, macam mana kita nampak kucing di Malaysia.

Kamu nak matahari indah, kamu pergi ke tempat yang betul. Nak salji memutih, sah memang tak silap cari. Apa lagi? Terjun bungy, buaian paling dramatik di dunia, skydive, main ski, tengok tarian haka, gunung Lord of The Ring, padang rumput menghijau macam dalam iklan susu? Ada, ada, dan ada.
Oh ya, itu kita belum buka cerita pasal karavan. Yang itu memang kena datang sini, rasai sendiri.

Dan kalau cita-cita kita sederhana, cuma nak nikmati dan simpan kenangan betapa cantiknya bunga, bintang, mahupun alam, bawalah hardisk. Kamu mungkin terasa nak biar kamera/telefon tu on sahaja pagi petang, siang dan malam.

Listen To Your Heart ~ Nik Alia Hayati

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Selalu kita dengar kata-kata,
“Segalanya bermula dari hati.”

Kenapa hati?

Kerana hati mencerminkan siapa diri kita. Kerana hati akan menunjukkan mana yang betul dan salah. Kerana hati menciptakan perasaan tenang atau resah gelisah. Tinggal kita pilih, hati mana yang kita mahu, damai atau sebaliknya?

Kerana hati adalah segalanya.

La Tastaslim ~ Farid Rashidi

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

hidup manusia itu seperti roda. Ada masa di atas, ada masa turun ke bawah. Kegembiraan dan kesedihan bersilih ganti. Apabila kita gembira, kita selalu melupakan Tuhan. Jadi apabila kita dirundung duka, jangan pula kita menyalahkan Tuhan, sehingga kita terus berputus asa.

Andai ditimpa musibah, hilang orang yanhg disayangi, jatuh sakit atau miskin, lambat jodoh atau belum dikurniakan zuriat, ingatlah, Allah sentiasa ada bersama kita.

“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau mudahkan. Dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah”
-Riwayat Ibnu Hibban-

La tastaslim! Jangan berputus asa wahai teman!

Tunjuki Aku Jalan Yang Lurus ~ Ustaz Zamri Mantop, Khairi Ismail

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

“Buku yang sarat dengan kisah menarik, kisah pengembaraan dakwah yang dipenuhi bimbingan motivasi”.
-Muhammad Sharafi Ishak
Presiden Jamiyyah Khadamatil Quran ,UIAM

“Buku yang memuatkan kisah pengalaman dakwah Ustaz Zamri seharusnya dimiliki oleh setiap orang yang mahu bergelar pendakwah.”
-Mohd Khairi Ismail, Penulis Best Seller

Saat hati sedih fikirkan masalah kehidupan, ada antara kita yang lebih memilih keseronokan untuk melupakan masalah. Dan Tuhan teleh menitipkan kalam Al-Quran kepada manusia supaya kehidupan lebih terpandu dengan baik. Jika terasa diri jauh daripada Tuhan, buka dan bacalah Al-Quran. Sayang Al-Quran lebih daripada apa yang ada di sekeliling.