Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Sunday 29 April 2018

Dheo's ~ Anjell

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Siapa sangka di balik kepolosan wajahnya, Nurissa Rose pernah berperang dengan maut? Kemalangan teruk yang berlaku bukan sahaja menyebabkan dia koma setahun, malah sebaik sahaja dia membuka mata, tiada langsung memori silamnya.

Tiga tahun berlalu, kehidupannya kembali normal meskipun tanpa ingatan. Hanya dikelilingi oleh orang-orang kesayangannya. Sehinggalah suatu hari, kematian ayahnya membawa kepada perkenalannya dengan lelaki bernama Dheo Han.

Dheo Han. Punya aura penuh misteri. Di balik wajah beku dan mata dinginnya itu, Nurissa tahu pasti ada rahsia yang tersimpan. Sesuatu yang gelap dan juga bahaya! Bukan sembarangan orang kalau dah bekas samseng pun tunduk hormat kepadanya. Apatah lagi lelaki itu sendiri pernah memberi amaran kepadanya.

“You can’t have things for me. I’m out of your league.” – DHEO HAN

Namun bagaikan magnet, dia tertarik jua dengan lelaki itu. Setiap apa yang dilakukan Dheo, pasti rasa dekat dalam hati. Bagaikan déjà vu. Firasat ternyata betul. Dheo merupakan seseorang yang mengenalinya dulu.

“Kenapa pura-pura tak kenal saya?” – NURISSA ROSE
“Saya kenal awak. Tapi tak bermaksud kita rapat. Mungkin saya adalah seseorang yang awak benci.” – DHEO HAN

Suami Berat Mulut ~ Laydee Amarfi

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Ni cincin merisik. Sekali dengan nombor telefon laki tu. Hang kenai-kenai tengok. Kalau tak berkenan, hang habaq elok-elok- Itu dialog emak semasa memberitahu yang aku dirisik orang.

-Maksud saya....err...awak betul-betul serius ke nak kahwin? Dengan saya? Confirm?- Ini ayat aku semasa berjumpa dengan Si Dia kali pertama.

-Saya yakin, awak jodoh saya. InsyaAllah- Ini pula jawapan Si Dia yang buat aku mati kata.

-Lelaki pendiam ni banyak rahsia tau. Perangai buruk dia pun tak boleh nak detect- Ini ayat Linura bila aku mengadu tentang Si Dia yang susah benar nak diajak berbual.
-Apalah nasib badan....rindukan orang yang tak ingatkan kita langsung- Dan ini, keluhan aku bila Si Dia langsung tak reply mesej aku semasa kami berjauhan.

Suami aku, bukan setakat mulutnya saja berat. Jari jemari dia pun ikut sama berat nak menaip mesej!

Luluh ~ Ezza Mysara

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Tapi bagaimana pula jika terlebih kenal hingga hilang rasa cinta?

“Maaf. Saya memilih untuk tinggal di hati yang lain.” Haura Ameena.
“Saya mencintai awak sepenuh hati, tapi awak sekadar menyintai saya separuh hati?” Ariq Zafri.

Haura yang degil. Haura yang ego. Tapi kenapa masih Haura yang bertahta dalam hati Ariq? Demi menyelamatkan Haura dari lelaki seperti Muaz, Ariq merancang sesuatu.

“You kahwin je dengan Ariq. Buat dia terseksa. Bila dah tak tahan, mesti dia akan ceraikan you.” - Muaz.

Bermacam masalah dilakukan Haura untuk menjentik kemarahan Ariq setelah mereka berkahwin. Namun kesabaran Ariq bagai tiada batasnya. Sehinggalah sesuatu terjadi membuatkan Ariq mengalah.

“Tolong bahagiakan saya walaupun secara berpura-pura. Saya tak mintak lama, sebulan je. Bahagiakan saya walaupun ianya cuma satu lakonan.” - Ariq Zafri.

Maka, bermulalah kisah kebahagiaan rumahtangga mereka. Masalahnya, benarkah semua itu hanya satu lakonan atau Haura akan sedar bahawa sisa cintanya pada Ariq masih belum terpadam? Bagaimana pula dengan Muaz? Adakah lelaki itu akan tinggal diam dan membenarkan Haura bahagia?

Friday 27 April 2018

Layakkah Aku Mencintaimu? ~ Nani Yuhanna

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

kerja apa saja asalkan halal, itu prinsip Nur Ainuha. Atas sebab itu, dia tak kisah menjadi pembantu rumah. Cuma yang dia kisah apabila hati terjatuh suka pada Tuan Dariss, si tuan rumah yang tak pernah memandang dirinya.

Kemunculan Ammara dalam hidup Tuan Dariss mula memporak-perandakan perasaan Ainuha yang selama ini ditayang tenang. Kemesraan Tuan Dariss dan Ammara merobek hati Ainuha.

Di saat Ainuha mula belajar menerima hakikat yang cinta Tuan Dariss bukanlah miliknya, lelaki itu pula telah meranapkan masa depannya dengan kejam. Kata Tuan Dariss, dia tak sedar tapi dia sanggup bertanggungjawab. Dan Ainuha akur, mereka sebenarnya mangsa keadaan. Lantas, terjadilah sebuah perkahwinan tanpa cinta.

Perkahwinan secara sembunyi-sembunyi. Hakikatnya, Ainuha isteri Tuan Dariss. Tapi di pandangan orang lain di rumah itu, Ainuha hanyalah orang gaji. Jalan hidup mereka penuh gelora, sama seperti dada Tuan Dariss yang sentiasa bergelora saat berduaan dengan Ainuha.

Rindu Pada Dia ~ Aidah Bakri

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

HINGGA saat itu, Inara masih terus mengasah diri. Mengasah diri untuk terus tabah. Dan dia harap, dia akan terus berkembang menjadi wanita yang lebih baik. Wanita yang tahu diri semestinya. Semoga alunan langkah kakinya tidak akan sumbang lagi selepas ini. Inara meraup muka. Dia baru selesai solat maghrib dalam keadaan duduk, masih lagi duduk di kerusi dan masih memakai telekung. Dalam ruang yang sunyi begitu, ada rindu yang mencengkam hati Inara. “Nara rindukan Abang Is!” Pelupuk matanya terasa panas. Inara sedar, dunia ini ibarat lautan yang luas. Inara juga tahu, telah banyak kapal yang karam di dalamnya. 

Pesan arwah ayahnya masih teguh tersemat di hati. 'Muatan kita adalah iman dan layarnya adalah takwa. Nescaya kita akan selamat daripada tersesat di lautan hidup ini.' Tiba-tiba Inara jadi rindu kepada arwah ayah dan ibunya di kampung. Kalaulah boleh dia meminta ibunya datang menemani dia, alangkah bagusnya. Tapi dia tak sanggup ibunya melihat kesedihan yang melingkari hidupnya sekarang. Pintu bilik diketuk dari luar. Pun Inara tetap membatu dalam duduknya. Sudah pasti jururawat yang datang. Kalau bukan untuk mengambil tekanan darahnya, sudah pasti untuk mengambil suhu badannya. Inara membiarkan sahaja sehingga pintu bilik ditolak dari luar. 

Thursday 26 April 2018

Husband-To-Be ~ Lynn Safiya

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Walaupun yatim pada usia 5 tahun, Deja tidak pernah lekang daripada kasih sayang dan perhatian. Dia ditatang bagai minyak yang penuh bukan saja oleh papa dan mamanya, tetapi juga ketiga-tiga abang angkatnya. Tiada yang kurang dalam kehidupan Deja, walaupun ada saja mata yang dengki akan tuah yang dikurniakan kepadanya.

Deja membesar di depan mata Aidan, Irfan dan juga Nazran, abang-abang yang terlalu menyayangi dan memanjakannya. Seiring dengan peredaran waktu, Aidan mula menjarakkan diri daripada Deja, kerana dia sedar hukum tidak membenarkan mereka bergaul mesra seperti adik-beradik kandung yang lain. Tetapi adakah benar kerana hukum Aidan tidak lagi mahu mempamerkan kasih-sayangnya kepada Deja seperti yang lazim dilakukannya selama ini? Apakah sebenarnya yang dipendam oleh Aidan?
“Kalau apa-apa terjadi pada mama dan papa, percayakan along. Trust him! Promise me!” – Encik Fahmi
“So do you trust me?” – Aidan
“Of course I trust you.” – Deja
“Then marry me…” – Aidan

Kembalikan Merah Cintaku ~ Tulip Ungu

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Demi lari daripada kerakusan abang kandung sendiri dan marahnya kepada bekas kekasihnya Harraz, Ava membuat keputusan nekad untuk berkahwin dengan Haydar; lelaki yang pada pemerhatian awalnya merupakan lelaki stok baik yang naif.

“You tahu tak yang you ni jenis yang limited edition. Tak ramai yang macam you. Susah nak ambil kesempatan dengan perempuan macam I. Kiranya you ni spesies lelaki baik.” – Ava
“Baik? Lepas kahwin nanti saya tunjukkan bagaimana ‘baik’nya saya.” – Haydar
Tetapi semakin lama mengenali Haydar, Haydar tidaklah sesuci yang dia sangka. Lelaki yang dia sangka baik itu, ada juga ‘bahaya’nya.
“You ni kurang hormon testosteron ke, tiba-tiba saja layan I macam ni. Seingat I, masa kali pertama jumpa, tak adalah perangai you macam ni, gentleman aje.” – Ava
“Nak test hormon saya?” – Haydar
Perkahwinan tanpa paksaan, hari demi hari Ava semakin lemas dalam lautan cinta Haydar. Kedua-duanya saling menyimpan rindu, cinta dan sayang dalam hati masing-masing.

Tukang Masak Cik Mafia ~ Aein Dhiyauddin

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Mata tu letak kat lutut ke sampai tak nampak manusia sedang melintas? Aku ni manusia tau bukan ayam sampai kau tak nampak!” – Orked Adelia

Pertemuan pertama bukan sesuatu yang indah. Bukan juga sesuatu yang manis untuk dikenang sehingga akhir hayat mereka. Bagi Syed Haidar perempuan itu hanya cantik pada nama, namun bukan perangainya. Pantang silap sedikit, penumbuk bakal naik. Akibat ugutan cik mafia, mereka bekerja di bawah satu bumbung. Bergaduh, bertekak, bertumbuk sudah jadi kebiasaan.
Hidup Syed Haidar mula huru-hara selepas kemunculan cik mafia. Mahu sahaja dia campakkan perempuan itu ke dalam jurang. Manakala cik mafia pula, seronok membuli tukang masak hidung seksi itu. Namun jalinan takdir bukan di tangan mereka. Tanpa cinta, jodoh yang sudah tersurat pasti akan tiba. Kedua-duanya menolak, kedua-duanya membantah.
“Kalau saya punya pilihan saya tak akan cari lelaki tua macam Tuan Syed sebagai suami.” – Orked Adelia
“Kenapa awak setuju kalau awak tak mahu? Kenapa tak tolak?”- Syed Haidar

Biar Berbekas ~ Roza Roslan

(SEM & SS) RM40.00 > RM35.20

“Duhai anakku, mama mohon maaf.

Barangkali awak membesar sendirian tanpa cukup bimbingan seorang ibu. Barangkali ada tangisan dalam diam. Air mata kering sendiri tanpa mama mendakap dan mengelapnya.

Barangkali awak tergelincir, jatuh lalu terluka. Namun, mama tiada di sisi. Malah tangan yang terkapai mama tidak pernah sempat menyambutnya. Luka itu barangkali dalam, tetapi awak diamkan. Langsung tidak pernah mengadu, jadi mama tidak pernah tahu.

Mungkinkah ia belum sembuh atau bekas lukanya masih berbekas hingga kini? Mama tidak pasti.

Anakku, awak membesar tanpa mama sedar. Sedangkan ketika itu mama begitu sibuk mengejar seisi dunia. Mama mahu itu dan ini. Mama mahu semua.”

Semalam, saya terbayang ketika anak-anak sibuk mahukan ibunya, si ibu lebih menyibukkan diri. Majikan diutamakan dan didahulukan melebihi keluarga sendiri. Si ibu lebih takut kepada majikan daripada takut tidak menjalankan amanahnya terhadap Ilahi. Diam-diam, anak-anak berdikari tanpa si ibu di sisi.
Astaghfirullahal-ʻAzhim!

Terlena Di Salah Syurga ~ Serban Putih

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Lagu bergemuruh di atas pentas, meloncat-loncat kehabisan nafas, mencekam botol arak buatan gelas, dipeluk erat si gadis bertubuh apas, Alunan-alunan azan dari langit berseruan, memanggil hamba-Nya yang beriman, kecuali yang masih lagi nyanyian, tanpa resah duka hari esok yang tersimpan. Jangan terlalu selesa Sehingga terlena di salah Syurga.

Log-in Diri ~ Aqil Shariff

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Control nafsu, Delete dosa, Enter Syurga

Kahwin Paksa Ke? ~ Yumi Hyra

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Kahwin Paksa + Gaduh manja + Momen manis bergula = Happily Ever After
Itu formula kahwin paksa luar biasa Dian Eryna. Baru sahaja dia berangan-angan dengan jalan cerita kahwin paksa versinya, watak hero kahwin paksa pilihan abahnya pula menolak.

Maka terus tamatlah jalan cerita kahwin paksa versi Dian!
Beberapa tahun kemudian, calon kahwin paksa tak jadi Dian tiba-tiba muncul di hadapan mata. Bermula dari saat itu, hidupnya mula huru-hara. Semuanya gara-gara si apek poyo a.k.a. Ariq Huzair Cheah. Mula-mula Dian rasa macam terseksa tetapi lama-lama jadi suka pula. Dia sebenarnya suka menyakat Ariq. Ada sahaja idea nakalnya.
“Nak pergi mana?” – Ariq
“Pergi ke hati awak.” – Dian
Bagi Ariq Huzair, siapa sangka calon kahwin paksa yang pernah ditolaknya itu sebenarnya menghiburkan hati. Dian itu comel dan kelakar. Tapi… kalau sudah berjodoh memang
takkan ke mana. Kisah Ariq dan Dian yang tiba-tiba tular di media sosial menyebabkan mereka bersatu juga akhirnya.

Thursday 19 April 2018

Andai Lenaku Terhenti ~ Mia Kiff

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Tanpa prasangka, DIANDRA menerima MALIQUE sebagai suami dan perkahwinan mereka direstui keluarga Malique. Namun kebahagiaan seakan-akan berakhir setelah Diandra berjaya membongkar niat sebenar Malique mengahwininya selama ini. Dunianya seakan-akan gelap kerana hidup dengan keluarga yang berpura-pura. Konflik yang mula tercetus telah menanmbahkan kelukaan hati Diandra. Dia rasa dikhianati suami sendiri!

Sejak awal lagi Diandra sedar yang rupanya biasa-biasa saja. Cantik dan bergaya memang jauh sekali. Dalam fikirannya, lebih fikirkan nak cari duit untuk teruskan hidup daripada melawa. Dah hidupnya hanya sebatang kara dan dibesarkan di rumah anak-anak yatim. Hanya kerana seorang lelaki, tiba-tiba hidupnya berubah. Berubah 360 darjah. Tak sangka!

Muncul Malique memberi jambangan hati biarpun pada mulanya Diandra rasa curiga terhadapnya, namun akhirnya dia terpaut pada kesungguhan lelaki itu. Lagipun selama ini lelaki langsung tak pernah memandang dirinya yang selekeh. Masih terngiang-ngiang perbualannya dengan Malique dahulu, sebelum dia menerima lelaki itu…

Aku Ada ~ Syu Ariani

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Hidup Lyssa yang selama ini aman dengan rutin seorang penuntut di sebuah kolej, tiba-tiba berubah selepas Lyssa jatuh tergelincir di Ledang. Sudahlah didiagnos dengan Retrograde Amnesia, malah boleh mendengar suara-suara halus. Dan kebolehan itu akhirnya membawa Lyssa kepada penemuan satu mayat di dalam hutan.

“Jangan percayakan papa Lyssa, Saf dan Fitri.”

Itu yang dititipkan suara halus itu. Lyssa panasaran. Namun, ketenangannnya sekali lagi berkocak. Kali ini, Lyssa bisa melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesuatu… Atau seseorang?

“Kau... Siapa kau sebenarnya? Kau nak apa daripada aku?” – Lyssa

“Aku cuma nak stay dengan kau aje. Aku nak ada kat sisi kau selalu, setiap masa...” – Hafiy

Dalam ketakutan, ada rasa bahagia yang menjalar. Dalam keengganan, ada rasa dilindungi yang menerpa. Menunaikan permintaan suara-suara itu ditemani Hafiy, Lyssa terpaksa akui dia juga mahukan Hafiy di sisinya.

Filosofi Mak Singa ~ Anie-Alja

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Buku ini sesuai buat mak yang keletihan. Mak yang percaya mereka akan pergi suatu hari nanti dan anak yang harus dilengkapi dengan ilmu kemahiran hidup. Mak yang tidak mahu anaknya menyusahkan orang sekeliling apabila dia sudah pergi bertemu Tuhan. Tapi mengapa ‘singa’?

Ya, kita garang bukan dengan niat menbunuh anak-anak. Sakit kot beranak, ingat senang ke? Niat kita hanya mahu menasihati dan mengingatkan anak-anak supaya mereka kenal adab dan disiplin. Menghormati dan berbudi bahasa kepada mak ayah dan orang sekeliling. Kuat daya tahan, bercita-cita tinggi dan jangan mengharap duit KWSP mak ayah.

“Filosofi Mak Singa adalah ilmu keibubapaan yang tidak akan jumpa dalam mana-mana buku keibubapaan zaman moden. Ia berkisar ilmu keibubapaan mak bapak kita dulu-dulu yang tegas dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Inilah buku yang memberi jawapan kepada mereka yang hendak tahu mengapa mak bapak moden hari ini melahirkan’TUAN’.” -KHAIRUL ABDULLAH- (Penulis buku MENTALITI JAMBAN & UNTUNGLAH MALAYSIA MASIH AMAN

Budak Meja Belakang ~ Shah Ibrahim

SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00
"Catatan pengalaman penulis ini membawa kita mengimbau kembali zaman persekolahan yang pernah dilalui satu ketika dahulu. Mereka yang membesar dalam era 80-an dan 90-an pastinya akan sering kali tersenyum dan mengangguk sendirian sambil membaca buku ini. Ia bagai mesin masa yang menyelusuri kisah hidup seorang pelajar dari zaman hiruk-pikuk sekolah rendahnya hingga ke era kematangan di sekolah menengah."
- Ahmad Affzan Abdullah, penulis buku Mat Cleaner UK

"Naskhah ini adalah satu bentuk tulisan yang jujur dan tak dibuat-buat. Kisah pengalaman peribadi penulis digarap secantik boleh untuk mengajak para pembaca mengikuti bersama-sama pengalaman yang dia rasa, sedikit kritikan dan perbandingan sosiobudaya serta pendidikan antara dua negara, Malaysia & Scotland ditulis secara cynical dalam naskhah ini. Naskhah ini bukan untuk orang yang cepat terasa hati, buku budak meja belakang ini, ditulis khas untuk orang yang menang."
- Rafiuddin Rabu, Penulis Ujian/Masharakat, Februari dan Cerita Bangsa Gemok

Fragile ~ Syira Lokman

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60
Sabarlah, kadangkala takdir kita hanya bertemu dan kenal tapi bukan berjodoh.

ANTARA ISI KANDUNGAN
- Pasangan sempurna
- Hebatnya al-Quran
- Cinta untuk siapa?
- Impian
- Tiada yang sempurna
- Be yourself
- Bangkitlah demi hidupmu
- Memberi kerana apa?
- Kejayaan aku dan dia tidak sama
- Mengapa mudah lemah
- Batas dan panduan
- Kahwin awal
- Sendiri cipta stress
- Bukan hanya melepas senafas kata-kata
- Penjara jiwa
- Masalah? menguatkan atau melemahkan
- Terbang tunduk
- Dalam dakapan Tuhan
- Semoga jiwa ini makin utuh
- Khabar kepada Tuhan
- Allah sebaik-baik perancang

Cerita Bangsa Gemok ~ Rafiuddin Rabu

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Kalau kau tak mampu nak jadi kurus, berusahalah untuk terus menjadi seorang gemok yang sihat dan berjasa.

Monday 16 April 2018

Aneh ~ Khaidir Helmi

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

MISTERI bermula apabila AQIRA mencari rumah sewa untuk tinggal pada semester tiga pengajiannya, demi memberi tumpuan kepada pelajaran dan hobinya, menulis. DIANA, kawan baiknya mempelawa Aqira serta dua orang rakan lagi untuk menyewa di sebuah rumah lama. Walaupun berasa aneh dan tidak sedap hati, Aqira menerima sahaja cadangan dan pelawaan itu kerana kesuntukan masa dan percaya tiada apa yang aneh akan berlaku. Aqira cuba memulihkan keadaan dengan memanggil kawan baiknya, Aulia untuk memagar dan memulihkan rumah itu serta rakan serumahnya yang diganggu. 

Namun ia berakhir dengan tragis. Aulia kemalangan setelah pulang dari rumah sewa itu. Ketika pengebumian Aulia, Aqira terpandang seorang perempuan misteri berbaju batik memegang sebuah buku hitam. Aqira cuba untuk mengenal pasti wajah perempuan itu namun terhalang oleh selendang yang dipakai. Malah perempuan misteri itu juga ghaib secara tiba-tiba. Sebuah buku hitam, perempuan berselendang dan berbaju batik, kejadian aneh saban waktu dan kematian yang tragis menghantui Aqira. Mengapa ia terjadi, mengapa dirinya menjadi mangsa gangguan, mengapa semua kejadian aneh itu berlaku bertimpa-timpa? Aqira bertanya kepada dirinya sendiri sehinggalah dia melihat dirinya sendiri. Aqira yang aneh. Siapa dia yang sebenarnya? Dari mana asalnya?

Kau? C.E.O Aku? ~ Maya Rahman

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Dari seorang majikan egois a.k.a 'bapa singa' menjadi seorang suami? Danial Firdaus, lelaki yang diburui kerna harta, rupa. Tapi siapa sangka jodohnya disatukan kedua ibu bapanya bersama Aisya Sofia. Gadis yang berpendidikan tapi masih dididik penuh agama.

"CEO kita yg dah macam singa tu kau tak kenal?" - Fatini
"Awak, nak pergi honeymoon tak?" - Aisya Sofia
"Kalau kau nak pergi, pergi lah sorang-sorang. Kalau nak pergi dengan aku, honeymoon kita dekat lobby office."- Danial Firdaus
"Kau atau aku perampas? Aku kenal Danial dah berbelas tahun! Kau kenal dia baru setahun!" - Mila Armilia
"Ini kesilapan terbesar aku pernah buat, jatuh hati terhadap wanita selain isteri aku" -Danial Firdaus
"Kalau ini takdir kita berdua, Aisya terima dengan hati terbuka" - Aisya Sofia

Kerana sahabat bertukar menjadi cinta, rumahtangga mereka makin goyah. Bertahankah Aisya dengan pilihan keluarganya? Bertahankah Danial Firdaus untuk terus ego dan menafikan kebahagiaan yang muncul tanpa disedari?

Friday 13 April 2018

7 Hari Mencintaiku 2 ~ Siti Rosmizah

(SEM & SS) RM39.90 > RM35.10

Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.

“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.” Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya.

Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.

“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama!Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!”

Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.

“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!”

Banja Manggala ~ Ramlee Awang Murshid

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

AMAR diselamatkan sepasukan komando Malaysia di sebuah telaga pada penghujung Perang Bosnia pada tahun 1995. Askar-askar Serbia yang memburunya ditemui mati dibaham kawanan serigala. Amar bersama sebilangan kanak-kanak Bosnia dibawa ke Malaysia dalam program anak angkat. Dia akhirnya diasuh dan dibesarkan oleh keluarga seorang jeneral, iaitu Dato’ Husam dan isterinya, Datin Normazlina. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Rania.

Dua puluh tiga tahun berlalu, Amar sering dibayangi seekor serigala salji. Sering bermimpi berada di lembah banjaran Bosnia-Herzegovina yang hanya dihuni kawanan serigala. Dipercayai lembah banjaran itu kehilangan seorang Armel. Sejak peristiwa itu kehidupan Amar menjadi serabutan. Akhirnya dia pulang semula ke Bosnia-Herzegovina untuk mencari jawapan tentang asal usulnya yang diyakini berasal dari lembah berjiwa kosong.

Rania yang bertugas di sebuah stesen penyiaran antarabangsa membuat penggambaran travelog musim kedua tentang perang Bosnia. Bagaimanapun perancangannya tidak menjadi apabila diculik di Saravejo bersama dua rakan sekerjanya. Amar yang kebetulan berada di Wilayah Balkan nekad untuk menjejaki adiknya. Pada masa yang sama pembunuhan bersiri turut berlaku. Culik dan bunuh, jenayah kejam yang sedang disiasat oleh seorang pegawai polis veteran bernama Hasanovic.

Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman ~ Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

"Ya Allah, aku mohon keampunan-Mu. Ya Allah, aku mohon kerahmatan-Mu. Ya Allah, aku mohon taufik dan hidayah-Mu. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu, izinkanlah aku bercerita tentang pengalaman dan pengajaran yang telah aku lalui semasa menunaikan fardu haji. Ya Allah, aku bukanlah ingin berlaku riak, menyombong diri, apatah lagi untuk bersikap angkuh."

"Aku mohon izin-Mu semata-mata kerana aku ingin khabarkan tentang keagungan-Mu, keesaan-Mu dan kehebatan-Mu kepada sanak-saudaraku, rakan-rakanku dan masyarakat umum. Ya Allah, berikanlah aku ilham, permudahkan dan berikanlah kekuatan untuk aku memulakan dan menyudahkan penulisan buku ini."

Itulah doa sebelum meninggalkan Masjidilharam. Doa yang dibaca bersama linangan air mata. Doa yang dilafazkan ketika mengadap Multazam. Ia adalah doa sebelum bersembahyang subuh, sebelum melakukan Tawaf Widak dan sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Masjidilharam. Di kala inilah bibir dan hati bertutur sepenuh perasaan, melahirkan keinginan ‘luar biasa’ kerana terpegun dengan kehebatan Pencipta sehingga meleburkan sekeping hati setelah 35 hari berada di Masjidilharam.

55 Petua Orang Berjaya ~ Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Fadzli Yusof

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Sebuah buku motivasi yang "evergreen" dan "bestseller". Sudah terjual melebihi 30 000 naskah. Bukan sahaja mengandungi cerita-cerita menarik, bahkan tips-tips praktikal yang dapat diamalkan terus.

Kandungan:
Anda Bukan Gagal, Tapi Belum Berjaya
Jika ingin perubahan, anda mesti berubah
Berfikirlah seperti juara
Saya tidak mahu berjaya, saya mahu LEBIH berjaya
Serang! Mana tiang gol?
Gambarkan matlamat anda dengan jelas
Meniru untuk berjaya, berani?
Bernafsu untuk bekerja
Jadilah seperti asap dan air
Nilai masa anda: Guna kaedah Log Masa
3 Peraturan Menggunakan Log Masa
Masa itu emas, lombonglah ia
Masa itu pedang, jangan sampai terluka
Orang menangguh selalu lenguh
Usah gopoh jika belum masanya

My Mr. Blind Date ~ Julia Ayu

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

AMMARA bertemu Rizki kerana mahu menemani kawan-kawan mereka yang berdating blind date.

“Awak pernah pergi Paris?”
“You tengok I ni nampak macam berduit sangat ke nak bercuti sampai ke Paris? I nak bercuti dalam Malaysia pun kena kumpul duit bertahun-tahun. You salah orang.”

NAMUN, pertemuan itu melelahkan Ammara. Rizki, lelaki blind datenya itu tak sudah mengejarnya hingga sedikit demi sedikit rahsia hatinya terbongkar. Anak yang dianggap derhaka, Isteri yang dianggap curang…

“Kalaulah kenangan tu I boleh padam sesenang I padam kesalahan pada kertas, I dah buat lama dah.” - Ammara
“I tahu you baik. Penerang dalam setiap sudut. Penerang kepada hidup orang lain. Kalau telefon ada flashlight, I ada you. You’re my flashlight.” - Rizki

SAAT cinta Ammara kembali berputik, saat lamaran diterima, saat perkahwinan baru terbina…

“Sekarang I ragu dengan akad yang you lafazkan. Sahaja aku berkahwin kerana cina buta, am I right?” - Ammara
SIAPAKAH sebenarnya Daniel Rizki yang memerangkap Ammara hingga ke alam perkahwinan?

Jadikan Aku Co-Pilotmu ~ El-Husaini

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Hisy, geramnya! Mama aku ni pun satu, paksalah aku kahwin dengan mana-mana pilot, aku tak kisah. Dengan rela hati aku terima nikahnya, tahu tak?

KEHIDUPAN Tengku Maria Sherina tidaklah seindah kehidupan seorang berketurunan raja yang lain. Berbapa tirikan seorang lelaki yang tegas, membuatkan Sherina ingin lari dan mengubah nasibnya dan mama. Kerana itu dia berusaha keras mengejar cita-citanya menjadi seorang peguam.

“Awak ni pilot, kan?”
Harriz ketawa, namun dia tetap juga mengangguk.
“Tapi, saya rasa awak tak sesuailah jadi pilot.”
“Kenapa pula?”
“Sebab awak memang pandai jual minyak pada perempuan. Jadi, saya rasa awak lebih sesuai jadi playboy atau maybe kerja yang lebih ke arah bidang tu,” jawabku selamba.
“Awak rasa macam tu? Hurm... maksudnya, minyak yang saya jual ni berkualiti juga ya sehingga awak pun tertarik.”
“Satu lagi, awak memang suka perasan,” ujarku.
“Tapi saya selalu perasan benda yang betul,” jawab Harriz seakan-akan berbisik.

Friday 6 April 2018

Hidup Dalam Sunnah ~ Haji Jafri Abu Bakar Mahmoodi

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20
Buku ini menghimpunkan beberapa sunnah Nabi Muhammad SAW sehari-hari yang mesti kita contohi. Bermula dari bangun tidur, membersihkan dan menghias diri, cara berpakaian, cara duduk, cara makan sehinggakan cara bergaul dengan sahabat dan juga isteri.
Disertakan gambar dan didatangkan hadis yang menjelaskan sunnah Baginda SAW.

Semoga ia mampu menarik pembaca untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan seharian sebagai bukti cinta dan iman kepada Rasulullah SAW.

Antara Kandungan:
1. Muqaddimah
2. Bangun Tidur
3. Mandi
4. Membersih Gigi
5. Masuk Tandas
6. Keluar Tandas
7. Memakai Pakaian
8. Rambut
9. Bercelak
10. Perhiasan
11. Serban
12. Wangi-Wangian
13. Sepatu
14. Memberi Salam Ketika Memasuki Rumah
15. Makan Dan Minum

Nota Haji & Umrah: Syurga Untuk Mereka yang Taat ~ Mohd Hasnil Abu Bakar

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60
Hasrat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah bukanlah suatu yang mudah dilaksanakan.

Hasrat murni ini perlu diterjemahkan dengan usaha mempelajari ilmu-ilmu agama, usaha mencari rezeki yang halalan thoyyiban (halal lagi baik) dan juga menabung dengan niat untuk menyempurnakan manasik haji dan umrah.

Buku ini tampil membantu bakal jemaah haji dan umrah untuk melengkapkan pengetahuan tentang perkara-perkara berkaitan ibadah haji dan umrah agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna seterusnya menghasilkan umrah dan haji yang mabrur.

Antara Kandungan:
· Langkah Menuju Jihad
· Rezeki Makkah, Rezeki Syubhah
· Tunai Haji dengan Duit Hutang?
· Check-in Manasik
· Amalan-amalan Utama Ketika di Tanah Suci
· Pakaian Ihram Selain Warna Putih
· Apakah Pengertian Ihram?
· Bilakah Perlu Berniat Haji?
· Apa Ada Pada Miqat?
· Sahkah Haji dan Umrah Tanpa Miqat?
· Tidak Sempat Wukuf – Apakah Hukumnya?
· Mabit: Penghayatan Ibadah

Pelan-pelan Kayuh ~ Bonda Nor, Rohamiah Muda

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Sahabat, mari andaikan proses kehidupan ini bagaikan satu proses penyediaan makanan. Kita tidak pandai memasak agar-agar. Tapi kita nak cuba. Kita pun buat carian di internet. Kita ambil resepinya. Beli bahan-bahan. Dan kita pun ikut setiap langkah demi langkah yang ditunjukkan. Sukses! Menjadi agar-agar kita. Transformasi telah berlaku. Kita - daripada tak tahu apa-apa kepada mampu melakukannya. From zero to hero. Kita tidak jahil lagi!

Sekarang, kita sudah tahu cara memasak agar-agar. Kita tahu agar-agar tersebut perlu dibekukan dahulu selama 1 jam sebelum boleh dimakan. Kita malas menunggu. Kita nak cepat. Baru 15 minit, kita dah terbalikkan acuan. Apa berlaku? Cuma separuh saja agar-agar itu sudah mengeras, sebahagian yang lain masih lembik. Aduhai. Penat kita guna acuan yang cantik tapi rosak teruk bentuk agar-agar kita.

Kenapa? Sebab kita degil! Kita tak ikut arahan yang terdapat dalam resepi. Kita nak ikut fikir logik kita sendiri. Kita gagal sabar. Inilah yang dimaksudkan dengan tagline Pelan-Pelan Kayuh. Tentang bahaya jahil. Tentang bahana degil.

Dia... Encik Imam Ekspres ~ Cik Tet

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Pertama kali bertentang mata, ada rasa aneh menjengah hati kedua-duanya. Namun rasa yang terbit terpaksa disembunyikan di sudut hati yang paling dalam kerana si dia itu bakal menjadi milik orang.

Tiga tahun berlalu, kedua-dua hati itu ditemukan kembali. Masing-masing dengan lara di hati lantaran kesakitan yang ditinggalkan insan tersayang. Cinta kembali mengetuk hati kedua-duanya. Bagi Diyana Aqilah, rasa cinta itu perlu dilawan. Bimbang kalau hati bakal dilukai lagi. Namun, bagi Engku Razil pula, peluang yang muncul takkan dilepaskan lagi begitu sahaja. Cukuplah tiga tahun dia memendam rasa. Kehadiran si cilik, Sarah Akisya yang comel dengan pelatnya melancarkan lagi misi memikat Engku Razil.

“Sebab Kisya aje?”~ Diya
“Sebab… hati abang juga inginkan Umi Kisya ada di sini. Hati abang cakap, jangan sesekali lepaskan Umi Kisya pergi dari sini.” ~ Engku Razil

Ketika hati sudah bersedia untuk menerima, sebuah musibah mula menguji kedua-duanya. Lain yang diimpikan, lain yang berlaku. Walaupun mereka bersatu, namun rasa kecewa di hati mengatasi segala-galanya hingga Diya ambil keputusan untuk menjauh.

Jangan Benci Cintaku ~ Emy Roberto

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan.

“Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal
‘A NO is always a NO Shah.' Itu jawapan hati Rafeeqa.

Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan. Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. Tetapi…..

“Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal

Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah.

‘Make him fall for you!'- Damia

Semanis Kaseh ~ Azieana Ismail, Sania Yasmin, Cik Tet, Dilla Ahmad

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

SEMANIS KASEH....kompilasi cerpen EDISI KHAS dari penulis-penulis kesayangan anda:
Awak Cinta Hati Saya ~ Azieana Ismail
Ikhlas Cinta Anggun ~ Cik Tet
Sehangat Malam Petama ~ Sarnia Yahya
ku dan Sofea Jane ~ Dilla Ahmad

Usu Lijah ~ Zaifuzaman Ahmad

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Jasmin diburu keresahan setelah kematian Usu Lijah. Dia dapat rasakan yang bayangan Usu Lijah sentiasa berada di mana-mana untuk mengganggunya. Di sekolah ketika mengajar jiwanya tidak tenteram. Dia bagaikan terdengar suara Usu Lijah memanggil-manggil namanya. Di rumah semasa nak melelapkan mata, kelibat Usu Lijah sering melintas di kelopak matanya. Membuatkan dia susah nak tidur. Bayangan Usu Lijah sentiasa menghantuinya.

Setelah kematian Usu Lijah, keadaan kampung jadi huru-hara. Penduduk kampung sering diganggu oleh bayangan Usu Lijah. Selagi dia tak dapat apa yang dihendaki, selagi itulah dia akan menjelmakan diri tak kira siang mahupun malam. Yang paling terkesan ialah Pak Zaki dan Mak Bedah. Kedua-dua orang tua ini adalah mangsa seterusnya selain Jasmin.

Pak Long Din dan Imam Zakaria telah cuba menghalau gangguan ini tapi tidak berjaya. Malah makin ramai yang kena rasuk. Siapa sebenarnya Usu Lijah? Kenapa Usu Lijah sering memburu Jasmin? Siapa pula Imam Zakaria? Kenapa orang tua Jasmin pula dikaitkan dalam hal ini?

Bukan Rahsia Lagi ~ Maya Iris

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Dia makin cantik, kan?”- Shamsul

Afif Izzat terpaku. Ya, dia masih cantik. Dia masih lagi Insyirah yang sama. Empat tahun lalu, itulah gadis yang menjadi pendampingnya. Gadis yang membawa kebahagiaan dalam hidupnya.

Dia tertunduk. Kerana wang hantaran, dia terpaksa memutuskan hubungan dengan Insyirah. Kerana menjaga satu hubungan, dia melupakan cintanya pada gadis itu. Dan, kerana melindungi hubungan itu juga, Afif Izzat hanya membawa kenangan indah bersamanya. Kenangan cinta Ain Insyirah!

“Kau masih tak jawab soalan aku. Kenapa korang break?”- Shamsul
“Ada perkara yang lebih penting untuk dipertahankan. Kalau hubungan aku dan Syirah diteruskan akan mengeruhkan keadaan” – Izzat

Namun kini, semuanya bagai baru bermula. Dia ditakdirkan bertemu dengan Insyirah untuk kali kedua. Kerana masih cinta, gadis itu bakal ditawan semula. Dia sanggup jadi apa sahaja agar dia dan Insyirah bersatu.

Monday 2 April 2018

Jodoh ~ Fariesya Fauzy

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

SETIBA di apartmen, Hana masuk dengan berhati-hati. Dia masih teringat setiap apa yang terjadi di situ. Di tubir matanya bagai bermain kembali peristiwa malam terakhir. Hana terdiam seketika, air matanya yang bertakung segera disapunya.

Hana mengelilingi setiap ruang. Cuba dilawan perasaan yang makin menyesakkan. Hatinya benar-benar sebak, setiap ruang bagaikan menceritakan kembali setiap babak-babak pahit yang telah berlaku. Satu per satu. Hana menutup matanya.

“Tidak... Tidak!” Hana menjerit.

Ameer yang sedang memasukkan beg ke dalam bilik, terkejut. Ameer berlari turun ke bawah. Hana berada di kaki tangga. Ameer dapati Hana berpeluh dan mukanya pucat. Segera dia memeluk Hana.

“Sayang kenapa, sayang?”

50 Agama Di Dunia: Antara Risalah Wahyu & Akal ~ Muhammad Takashi Maeno

(SEM & SS) RM37.90 > RM33.40

“Sesungguhnya agama yang diredai Allah ialah Islam…” (Ali’Imran:19)

Kebanyakan agama dalam dunia ketika ini mempunyai sejarah, kepercayaan dan saranan berbeza bagi menjelaskan erti kehidupan atau asal kejadian alam semesta. Walaupun begitu, seperti yang kita ketahui, hanya SATU agama yang diredhai Allah, iaitu Agama Islam.

Buku 50 Agama Di Dunia: Antara Risalah Wahyu dan Akal menekankan 50 agama di dunia seperti agama Yahudi, Hindu, Buddha dan banyak lagi, yang majoritinya diketahui orang ramai.

Himpunan Kisah Pahlawan Islam ~ Sayyidah Nafisah

(SEM & SS) RM21.90 > RM19.30

Zaman perkembangan awal Islam menjadi saksi kepada kehandalan para pahlawan mempertahankan agama dan negara. Mereka sanggup bergadai nyawa, serta bermatian dalam berjihad menentang musuh kafir.

Perang Badar, Uhud, Yamamah dan peperangan lain membuktikan setiap Muslim ketika itu adalah pahlawan, tentera dan prajurit yang sedi melibas perang bila-bila masa.

Cita-cita mereka bukanlah ghanimah atau pangkat perang, tetapi semunya mengimpikan syahid yang mulia di sisi Allah SWT. Dalam buku ini disertakan hanya beberapa pahlawan sahaja daripada beribu syuhada lain.

Sejarah Gerakan Reformation Dunia ~ Muhammad Danial Ramli

(SEM & SS) RM35.90 > RM 31.60

'Reformation' yang berlaku pada abad ke-16 di Jerman bukan perubahan atau pembaharuan biasa, tetapi sebuah gerakan besaryang mengubah agama Kristian secara besar-besaran di Eropah Barat. Gerakan ini dilihat unik dalam sejarah peradaban manusia, lantaran motivasinya telah membawa kesedaran untuk menentang penyelewengan gereja Katolik oleh Protestan. Walaupun gerakan yang bermula di Jerman ini telah memperluas ajaran Protestan, masih ada penganut yang tegar mempertahan Gereja Katolik, sehingga timbul pula Counter Reformation yang menahan atau bertindak menentang sesuatu yang baru.


Kesan daripada gerakan ini, lahir pelbagai sistem. Bahkan Kristian terpisah kepada beberapa tahap dengan beberapa fahaman berbeza. Beberapa negara turut terpisah haluan dan para pemerintah turut hilang kekuasaan. Apakah gerakan Reformation dan Counter Reformation? Mengapakah gerakan ini begitu besar peranannya sehingga disenaraikan sebagai peristiwa terpenting dalam sejarah dunia?

Siapakah golongan Protestan? Siapakah Martin Luther? Semu perkaitan dengan peristiwa yang berlaku di tengah-tengah Renaissance ini akan terjawab dalam buku ini.

Kerajaan Khalifah Islam Kegemilangan Pemerintahan Abbasiyah & Kemunculan Kerajaan Umaiyah di Andalus ~ Raffar Mat

(SEM & SS) RM35.90 > RM31.60

Selepas kegagalan kerajaan Umaiyah meneruskan kekhilafahannya, bani Abbasiyah bangkit sebagai kerajaan baru yang memimpin islam di tanah Arab dengan pelbagai pergelutan dan konflik. Bahkan tidak terhitung banyak pertumpahan darah bagi mempertahankan setiap kerajaan dan wilayah jajahan. Menariknya, sewaktu pemerintahan di Baghdad diambil alih oleh bani Abbasiyah (132-656H/750-1258M), berlangsung sebuah lagi kerajaan Islam bani Umaiyah yang gah berkembang di Sepanyol.

Sehingga beberapa abad itu, sejarah Islam telah memperlihat dua tamadun Islam ini bergerak seiringan. Namun, antara mereka tetap dicelahi dengan pertempuran lantaran ingin mengatasi satu sama lain. Lantas ketika itulah berlakunya peperangan saudara yang pertama di dunia.

Sejarah perkembangan Islam sendiri melihat deretan khalifah yang pelbagai sifatnya. Kebanyakannya tidak menjalankan amanah sebagai muslim sejati. Padahal kewibawaan dan bakat para khalifah sangat berperanan dalam meluaskan, menguatkan mahupun menjatuhkan sesuatu kerajaan itu.

Sejarah Islam juga terlalu luas untuk diterokai, sehinggakan ada juga sisi gelap yang langsung tidak diketahui. Tidak mustahil dalam buku ini terdapat banyaka catatan baru yang selama ini belum pernah dipelajari.