ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 31 October 2019

Cermin Diri ~ Ali Hassan

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

"Aku nampak saja jahat, tapi hati aku baik."

"Anak aku nakal sebab terpengaruh dengan kawan kawan"

"Macam kawan angah, cukup berlagak. Bila sembang selalu dia meninggi diri, bila berbincang mesti kene dengar cakap dia"

"Sekarang apabila dia buka mulut je, kawan kawan pergi tinggalkan dia"


Kita sering tidak mahu mengaku kesilapan, sehingga kadangkala mencari kambing hitam untuk menutup kesalahan atau kesilapan diri sendiri. Kita merasakan seperti kita saja yang benar. Kita tidak belajar daripada sejarah kesilapan yang lampau, tetapi sentiasa mencari alasan untuk menang.

Walhal kesilapan lampau itu mampu menjadi cermin untuk menilai diri sendiri, bagi membina identiti yang lebih sempurna.

Jejak Rasulullah di Syurga Baqi' ~ Ahmad Farkhan Daie

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Setelah penghijrahan Nabi SAW ke bumi Madinah. Satu persatu perubahan telah berlaku ke atas bumi bertuah ini. Bumi Madinah yang dahulunya merupakan tanah yang biasa berubah menjadi istimewa asbab daripada penghijrahan Rasulullah SAW. Di sana bermula segalanya, di sana juga terdapat lima tanda syurga. Antaranya adalah Jannatul Baqi'. Kawasan yang menyemadikan kebanyakan para sahabat, para tabiin, dan orang orang yang berjuang untuk agama.

Sehingga sekarang Jannatul Baqi' merupakan kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah sejak 1400 tahun yang lepas. Sesiapa sahaja yang meninggal di Kota Madinah dalam kalangan umat Islam akan disemadikan di Baqi', termasuklah jemaah haji dan umrah yang datang sebagai penziarah ke Kota Madinah. Kenapa dipanggil Jannatul baqi ? Kenapa tanah Baqi yang dipilih ? Apa bezanya Baqi' daripada tanah perkuburan yang lain ? Di manakah letaknya pusara sahabat sahabat dan keluarga Nabi SAW?

Urus Harta Agih Pusaka ~ Shamsuddin Kadir

(SEM & SS) RM29.00 > RM26.10

Kenapa buku ini perlu dimiliki & dibaca? 
- Banyak waris makan harta anak yatim 
- Purata 150 000 kematian setahun 
- Wasiat bukan untuk agih pusaka kepada Waris 
- Pentingnya membuat wasiat 1/3 untuk pencen kubur 
- Risiko apabila harta di mati melebihi RM 2 @ 5 juta 
- Tip mangagihkan harta kepada orang tersayang 
- Beza antara, wasiat, faraid, hibah dan harta SEPENCARIAN 
- 90% rakyat tidak tahu tentang syarat pengagihan harta 
- Lebih 1 juta geran tanah masih dimiliki oleh si mati

Saturday, 26 October 2019

Hey Cinta, Tunggu Aku ~ Hasreeyati Ramli

(SEM & SS) RM28.90 > RM26.00

Mia Aira dan Mil Affandy ditunangkan oleh kedua orang tua mereka atas dasar persahabatan yang telah terjalin sekian lama. Namun kedua mereka sama sekali tidak bersetuju dan cuba untuk minta diputuskan. Mia Aira sebagai seorang anak yang taat pada orang tuanya, memaksa diri utk mengenali tunangnya, namun tidak begitu dengan Mil Affandy. Beliau yang sudah mempunyai kekasih hati lain cuba membuatkan Mia Aira gagal mengenali dirinya. 

Mia Aira akhirnya tewas dengan perasaannya dan akhirnya lari membawa hati yang lara. Tanpa diduga, Mia Aira bertemu kembali dengan kekasih lama yang juga bekas suaminya yang tidak diketahui kewujudannya biarpun oleh kedua orang tua Mia Aira sendiri. Rahsia demi rahsia bakal terungkap. Siapakah pilihan Mia Aira? Cinta siapakah yang ditunggu-tunggunya?

Parasit Maya ~ EB Reeza

(SEM & SS) RM25.90 > RM23.30

Dia pembisik cinta....

Dia mampu menarik wanita ke dalam pelukannya....

Dia tidak akan lepaskan wanita yang berkerjaya.....

Dia sandarkan harapan palsu...

Dia ber manis mulut dalam mengatur ayat cinta...

Dia adalah pemusnah...

Mampukah yang terjebak dengannya menarik diri?

Mr. Kucing VS Mr. Cat ~ Hasreeyati Ramli

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.90

Cerita mengisahkan tentang Katrina yang pulang ke rumahnya setelah tamat pengajiannya, membela seekor kucing putih yang ditemuinya terbiar ketika dia mencari kucing putihnya yang bernama Snow White yang telah hilang. Rupa-rupanya kucing tersebut ialah kucing jirannya yang baru berpindah. Berlaku perebutan di antara mereka berdua. 

Hamshar, yang sering membulinya menjadikan suasana tidak keruan, hinggakan terjadi salah faham antara dua buah keluarga. Pelbagai peristiwa terjadi di antara mereka berdua ketika mereka terpaksa berkongsi hadiah yang sama ketika percutian mereka di Bandung yang menyaksikan pengeboman di sebuah pusat membeli belah terbesar di sana. Ketika hendak menyelamatkan Katrina, Hamshar telah ditimpa kemalangan. 

Adakah Katrina akan membantu Hamshar mengembalikan semula ingatan lelaki itu?

Khayla ~ Ieya Sya

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Mereka bertemu di bumi Itali. Lalu dalam masa yang singkat telah melahirkan rasa cinta yang membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tapi semuanya berakhir sebelum sempat ia bermula. Gara-gara satu rahsia, Khayla terpaksa mengorbankan ikatan perkahwinannya. Luth pergi meninggalkannya dengan salah faham dan dendam. 

Dua tahun berlalu, takdir menemukan mereka sekali lagi di bumi Turki. Kali ini Khayla bukan berhadapan dengan Luth yang lembut dan penyayang. Tapi seorang Luth yang kejam dan pendendam. 

“Aku terfikir, apa aku patut buat pada kau untuk tiga minggu ni? Macam mana aku nak balas balik kesakitan yang kau tinggalkan? Apa yang patut perempuan hamba duit macam kau ni patut dapat?” – LUTH 
“Beri kemaafan pada saya, Luth. Hanya dengan cara itu, awak mampu lupakan segalanya dan mulakan hidup baru. Sudah tentu juga awak mampu untuk bahagia.” – KHAYLA 

Friday, 25 October 2019

The Unsung Hero ~ Melur Jelita

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Dan Dia mengajar manusia apa yang tak diketahuinya…ayat 5, Surah al Alaq. 
Kissing cousin? 
Huh?! 
Bagi Deraman tak berdosa. 
Bagi Blackswan, sangat berdosa! 
Sumbang mahram! 
Dari Blackswan bertukar kepada angry bird. 
Sombong menonggek! 
Blah cam tu je dari Deraman, lelaki serigala jadi-jadian! 

Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan, dia tewas. Tapi seorang insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah swt , sebenarnya memiliki jiwa juang yang sangat kental. Allah pilih, Allah uji kerana dia mampu. Lihatlah bila satu jiwa yang tewas kemudiannya redha dengan ketentuan Allah bangkit menjadi jiwa baru. Dia harus kuat! Kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada. 

Kisah kejiwaan yang sangat meruntun hati di antara sepasang sepupu yang dipaksakan hubungan adik-abang dari kecil. Maryam akur. Irvan enggan. Mereka terpisah dengan satu janji. Tetapi janji itu dimungkiri dengan kehadiran Riyaz. 

Suri Isabella ~ Sya Jamuri

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Kerana terdesak dalam mencari pekerjaan, Suri Isabella terpaksa memegang jawatan sebagai pembantu peribadi kepada seorang lelaki yang berlagak dan miang seperti Adrian. Ini membuatkan hari-hari Bella di pejebat itu semakintidak tenteram dibuatnya.

Setiap hati, ada saja wanita seksi yang datang bertandang ke pejabat itu. Bella juga ditugaskan untuk mengingati setiap nama skandalnya lengkap dengan biodata sekali. Memang kerja gila namanya!

"Encik Adrian, in case you forgot, tujuan saya datang ke mari hari ini adalah untuk interview. Kalau Encik Adrian rasa tak sudi langsung nak tengok my resume that I had spent for hours untuk siapkan, saya rasa lebih baik saya pergi sekarang." - Bella

"Bella, look at me. I tahu, I memang jahat. Tapi itu dulu. I have changed a lot since I met you." - Adrian

Kehadiran Adi, yang sudah beberapa tahun tidak berhubung seakan mengubah segalanya. Bella menaruh hati kepada lelaki itu sejak mereka sama-sama menuntut di Melbourne dulu.

Mr. Saka Biru ~ A'je Fazlina

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Penghinaan Alis Zahira lima tahun lalu membuatkan hati Inspektor Mohd Amsyar diulit rasa dendam, marah dan kecewa. Namun mereka dipertemukan semula dengan satu tujuan. Berkahwin atas aturan keluarga. 

“Kau ingat bila kau goda aku, kau boleh dapat balik hati aku yang dulu macam tu aje? Jangan harap!” – Amsyar 
“Saya akan goda awak sampai awak tunduk dengan saya. Ini janji saya, Amsyar.” – Alis 

Amsyar mahu membuat si isteri terus tersiksa dan menderita demi membayar rasa sakit hati yang pernah dia rasa. Alis pula ingin meraih kembali kasih sayang dari lelaki yang pernah dia hina. Namun sekeras manalah hati seorang Inspektor Amsyar bila saban hari digoda dan disajikan dengan kata-kata pujuk rayu oleh si isteri. Akhirnya sang saka biru tertewas juga. 

“Alis, I’m sorry...” – Amsyar 
“I just want you.” – Alis 

My Boss, Tengku Zaffryel ~ Ella Affandy

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Perbezaan mengharuskan cinta mereka menjadi rahsia. Seorang bos dan seorang lagi hanya pekerja biasa. Bimbang kisah cinta dia dan 'The Boss' dihidu staf lain, Safya menjadi sangat berhati-hati.

"Tak ada orang nampak ke you ke sini?" -Safya
"Kalau nampak pun, kenapa? Since I'm the boss, siapa yang berani persoalkan kehadiran I di department ni?" -Tengku Zaffryel

Bagi Tengku Zaffryel, dia tak peduli siapa pun Safya. Yang dia tahu, hatinya hanya ada cinta buat si gadis.

"Kita kahwin?" -Zaffryel
"Zaff, what if I bukan macam yang you sangkakan?" -Safya
"I pun mungkin tak seperti yang you sangkakan, tapi I cukup yakin dengan you." -Zaffryel

Keyakinan Zaffryel membuka hati Safya untuk melangkah ke alam perkahwinan. Pun begitu, segalanya tidak mudah untuk mereka gapai.

40 Teknik: Mendidik Gaya Rasulullah ~ Dr. Shuhadak Mahmud

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Sesungguhnya Rasulullah SAW merupakan pendidik yang terpilih bagi menyampaikan setiap ajaran dan syariat Islam kepada umatnya. Tugas Baginda itu dilaksanakan dengan pelbagai uslub dan teknik sehingga Baginda berjaya mengubah masyarakat Arab jahiliah menjadi umat yang hebat dan berjaya dalam pelbagai bidang.

Buku ini memaparkan beberapa teknik yang diaplikasikan oleh Baginda dalam usaha mendidik umatnya dengan membawakan hadis-hadis yang merakamkan uslub dan teknik Baginda mendidik Sahabat-sahabatnya.

Jalan Ke Syurga ~ Ummu Nurin, Rohamiah Muda, Mahalabiah Mohamad

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Jalan Ke Syurga memaparkan kisah masyarakat yang dirakamkan oleh para penulisnya secara santai.
Kisah keluarga dan masyarakat yang memerlukan sifat sabar, tekun, takwa dan tawakal menjadi tema kepada kisah yang dipaparkan.

Moga kisah yang berlaku itu boleh dijadikan tauladan dan sempadan. Sesungguhnya, yang terbaik dalam kalangan kita adalah yang paling banyak jasanya kepada ummah.

Hidup penuh dengan perjuangan, seperti pelajar yang berada di dalam dewan peperiksaan. Seluruh bumi Allah inilah dewan peperiksaannya.

Terhumban ke Kawah Neraka ~ Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00
Tidak ada jaminan bahawa kita boleh terlepas daripada dihumban ke dalam neraka. Seandainya terjadi, ia adalah detik yang sangat malang dan sangat merugikan. Hidup selama 1000 tahun sekalipun, langsung tidak ada makna. Sedih sungguh. Namun kesedihan pada saat itu sudah tidak berguna lagi.

Sementara masih bernyawa inilah kesempatan untuk kita membuat persiapan dan beramal sebanyak-banyaknya supaya kita diselamatkan daripada api neraka.

7 Langkah Baiki Diri ~ Pahrol Mohamad Juoi

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Sesungguhnya, masalah-masalah yang kita hadapi kini sebenarnya adalah satu cubitan kasih daripada Allah untuk menginsafkan kita agar kembali ke pangkal jalan. Insya-Allah, Allah sekali-kali tidak akan mengecewakan kita. Cuma kitalah yang sering menzalimi dan mengecewakan diri kita sendiri.

Menerima Islam untuk diamalkan dan diperjuangkan samalah seperti menjemput kedatangan rahmat, kekuatan, keamanan dan keindahan. Menerima Islam tidak akan merugikan, menyusahkan dan menjatuhkan kita. Bahkan dengan Islamlah darjat dan maruah kita akan ditinggikan.

Justeru, buku ini ditulis untuk mereka, khususnya para peserta Modul Mukmin Profesional yang sering bertanya:

• Mengapa kaedah yang sebegini unik tidak dibukukan?
• Alangkah baik kalau modul ini ditulis.
• Apakah cara saya boleh mengulang kaji bahanbahan dalam modul ini?
• Sudah sampai masanya modul yang berkesan ini dibukukan. Buku ini bukan sahaja relevan untuk dijadikan panduan untuk hidup selepas mati, tetapi ia juga relevan untuk hidup sebelum mati.

U-Turn Ke Syurga ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Asalnya manusia memang dari sana, bukan? Ya, di situlah kemuliaan yang telah Allah berikan buat manusia. Tapi itulah, bisikan nafsu jahat kita, hasutan syaitan durjana sering menyesatkan manusia.

Ia menjadi asbab tercampaknya kita ke bumi yang sarat ujian untuk memerangi nafsu dan syaitan ini.
Sungguh, bukan mudah untuk terus bertarung dengan kedua-duanya. Jatuh bangun kita ditolaknya! Cedera parah iman dibuatnya! Tapi kita tak boleh putus asa. Tak boleh mengalah.

Dalam Islam, kita diperkenalkan dengan konsep mujahadah. Lawan tetap lawan! Namun, tentu sahaja mujahadah takkan berjaya jika tak dimulakan dengan muhasabah. Inilah kekuatan naskhah U-TURN KE SYURGA ini. Pada kekuatan penulis merenung kembali diri sendiri dan mencari kesilapan yang perlu diperbetulkan.

Ya, walaupun dah jauh tersesat, kita cari semula jalan untuk kembali ke tempat yang paling selamat. Dengan taubat. Dengan perbaiki semula apa yang telah tersalah. Kerana Allah. Lillah. Allahuakbar. Sungguh ini adalah satu naskhah yang cukup indah dan sarat dengan ibrah!

Sakitnya Tu Di Sini! ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Sesekali bila takdir melampiaskan bahana kesilapan kita, memang terasa benar sakitnya. Tapi mengapa mesti mengeluh pada sesuatu takdir yang kita tak suka sedangkan itulah yang sedang mendidik kita?

Ya. Takdir yang menyakitkan itu juga ada gunanya!
SAKITNYA TU DI SINI! Adalah rangkuman pelbagai kisah kafarah dan teguran Allah yang sangat mahal ditemui ada semasa proses muhasabah.

Tuesday, 22 October 2019

Dari Orion Ke Polaris ~ Riley Fizan

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

“Awak masih hidup, Hakimi. Awak cuma hilang dan sekarang saya cuma perlu cari awak!” – ADRIYANA

Selepas enam tahun berlalu, bersama tekad itu Adriyana merancang untuk memulakan semula misi mencari Hakimi Adam Song, lelaki yang bersinar umpama bintang di matanya. Si bintang POLARIS.

Mustahil manusia hilang begitu sahaja di dunia ini. Bersembunyi mahupun tersembunyi, pasti Hakimi ada di mana-mana. Sekurang-kurangnya itu yang Adriyana harapkan. Namun, memulakan misi pencarian ini tidak semudah yang Adriyana sangka.

“Dah enam tahun dia hilang, Riyana. Tak ada jejak. Tiada khabar berita langsung!” - RAFIQ

“No news is a good news!” - ADRIYANA

“Riyana, berhenti berharap lagi! Apa yang kau harapkan kalau betul Hakimi masih hidup? Berharap yang dia dan kau akan bersama-sama? Kau dah lupa ke dengan apa yang dia dah lakukan kat kau dulu?” – RAFIQ

Jagakan Aku ~ Syu Ariani

(SEM & SS) RM29.00 > RM26.10

“Cuma Doktor Ana Zahirah yang boleh tentukan kematian saya.”

Bergegar dunia Zahirah apabila seseorang datang menemuinya dan mengatakan itu. Semuanya bermula selepas dia menjadi saksi kepada satu babak percubaan membunuh secara tidak sengaja. Kini, tak semena-mena dia terheret sama dalam permainan nyawa Devil Angel.

“Kadang-kadang tak ada niat membunuh, tapi keadaan mendesak.” – AINA NATASHA

“Dia membunuh sebab dia seronok membunuh. Itu aje.” – MUZAFFAR

Di antara kedua-dua sebab itu, yang mana satu yang menjadi punca Devil Angel membunuh? Atau ada sebab lain, yang membuatkan Devil Angel ‘menghantar’ mangsa-mangsanya kepada Zahirah? Sungguh, Zahirah panasaran!

“Ana Zahirah. Kau… Mengecewakan aku.” – DEVIL ANGEL

Insan-insan terdekat Zahirah mulai menjadi mangsa. Emosi Zahirah bertambah kacau-bilau apabila ASP Aydin mengesyaki dia ialah Devil Angel, atau sekurang-kurangnya dia bersubahat dengan Devil Angel. Tetapi suatu hari…

Sayang Arjuna ~ Ma Lee Chuswan

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Shah Imran, lelaki manja yang tak ada pendirian. Segala apa yang dilakukannya hanyalah berdasarkan nasihat dan tunjuk ajar Uncle Lokman.

“Emotionally lembik. Sikit-sikit nak kena refer uncle I dulu. Asyik uncle I, uncle I. Come on! He’s almost thirty years old.” – Suri Indah

Apabila cinta Shah Imran ditolak Indah, dia masih mengejar tanpa putus asa dan hanya satu cara untuk membuatkan Shah Imran berhenti. Indah perlu bertemu dengan Uncle Lokman, seorang lelaki tua yang sepatutnya sudah gayut, pendek dan bulat seperti sangkaan Indah ketika menggambarkan watak Uncle Lokman tersebut. Shah Imran hanya mendengar nasihat lelaki itu.

Tetapi, pertemuan dengan ‘lelaki tua’ yang disangka Indah itu terus meleset tatkala dia dan Luqman bertentang mata. Bukan Uncle Lokman seperti sangkaannya tapi yang ada di depannya ialah Uncle Luqman. L-U-Q-M-A-N bukannya L-O-K-M-A-N yang Indah sebut dan memandang rendah hanya pada ejaan nama. Sebenarnya dia muda, bergaya dan masuk dalam kategori lelaki yang dicari-cari Indah selama ini. Indah terpikat dan mahu mencuba nasib.

“Ada seribu sebab pada diri you yang tidak menepati kehendak I!” - Luqman Hakim

Cinta Belum Tamat Tempoh ~ Rehal Nuharis

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

“Awak tahu tak, muka awak kalau nak dibandingkan dengan Myvi katak saya tu sepuluh kali lebih sejuk mata saya memandang Myvi katak tu tau.” - Qaisara

“Memanglah… Awak pernah tengok cerita putera katak tak? Lepas puteri cium katak, katak bertukar jadi putera yang kacak kan? Cuba awak cium saya.” - Radin

Oh… nanti dulu. Ini bukan kisah dongeng putera katak dengan puterinya. Tapi ini kisah hidup dua beradik, Qaisara dan Qhalish. Disebabkan sayangkan kakaknya dan melihat Radin, sahabatnya, mampu untuk menjaga kakaknya dengan baik, Qhalish benarkan Radin untuk dekati kakaknya. Bagi Qaisara, cintanya kepada sesiapa pun sudah tamat tempoh. Hidupnya hanya kafenya juga adiknya.

“Saya ni dah tua. Bukan sikit, tapi banyak. Jadi, saya rasa kalau awak dah terdesak sekalipun, bukan dengan saya kut. Ramai lagi perempuan muda.” - Qaisara

Aku Ada Bila Perlu ~ Nia Qurratun'aini

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Lain yang dirancang, lain pula yang jadi. Tiba-tiba hati Qhayrul sudah kena curi. Tanpa diduga, Yusra Dahliyaa telah menyelamatkan nyawa Qhayrul saat pertama kali mereka bertemu. Jantung Qhayrul terus berdegup laju. Ada perasaan luar biasa datang bertamu.

Idrus Wira. Pemergian pemilik Restoran Warisan Wira itu meninggalkan pelbagai tanda tanya. Isyraf Wira dan Irdina Wira menyangka hanya mereka berdua waris Idrus Wira. Akan tetapi, sewaktu pembacaan wasiat berlangsung, nama Qhayrul dan Yusra Dahliyaa turut tersenarai sebagai penerima harta.

“Saya tahu siapa saya. Ciri-ciri yang ada pada saya memang tak layak untuk awak. Tapi, saya dah nekad untuk berkahwin dengan Cik Yusra. Bukan sekadar untuk penuhi permintaan arwah, saya dapat rasakan kehadiran Cik Yusra sedang mengubah kehidupan saya.”

Hati Yusra Dahliyaa sudah tertutup untuk insan bernama lelaki. Namun, permintaan terakhir Idrus Wira menyebabkan takdir hidupnya berubah.

Jodohku Babysitter ~ Nureen Ahmad

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Cinta pandang pertama? Karut!

Bagi Adam untuk jatuh cinta buat kali kedua itu sangat mustahil. Namun tak siapa menduga, Adam akan terpaut hati kepada babysitter anaknya sendiri. Babysitter tomboi pula tu. Limited edition!

“Walaweh, ni rumah ke zoo?” - Adel.
“What? Zoo? Amboi belum mula kerja dah nak membawang?” - Adam.

Adel benci apabila sering dibuli oleh Adam. Hendak melawan lebih-lebih, bimbang dipecat pula. Penat sudah dia untuk bertukar ganti kerja. Akhirnya dia terpaksa merelakan saja sikap sewel Adam itu.

“Garangnya bibik. Awak tertelan sarang tebuan ke apa ni? Marah sangat.” - Adam.
“Encik ni memanglah. Wayar putus.” - Adel.

Hartini ~ Iman Fadia

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Hartini yang kematian ibu bapa dalam kemalangan jalan raya, kini tinggal menumpang dengan bekas orang gajinya, Minah. Kehidupan Hartini menjadi semakin tertekan dengan kejadian misteri di dalam sebuah bilik berkunci di rumah Minah. Hampir setiap malam, suara ketawa budak kecil dan bunyi tapak kaki berlari-lari berlaku. Tidak cukup dengan itu, bunyi lontaran barang ke dinding dan ke lantai.

“Mak cik, apa sebenarnya dalam bilik berkunci tu?” – Hartini

Bukan itu sahaja, Hartini juga sering mengalami mimpi ngeri bertemu dengan seorang perempuan yang tidak mempunyai wajah. Tidak cukup dengan itu, di kampus pula Hartini menerima sebuah buku nota misteri yang bertulisan Siam dan seutas gelang kaki emas.

“Apa yang saya sempat baca, tulisan tangan dalam bahasa Siam tu sebenarnya berupa satu catatan diari seseorang. Dan catatan tu juga ada mantera. Mungkin mantera sihir.” – Chad

Membongkar Sejarah Yahudi dan Freemason di Tanah Melayu ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Yahudi dan Freemason sudah lama bertapak di Tanah Melayu. Freemason masuk ke Tanah Melayu melalui penjajahan Portugis, Belanda dan juga British. Portugis telah Berjaya bertapak di Melaka, tetapi mereka gagal hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu. Ini kerana tentangansengit daripada pelbagai penjuru seperti dari kerajaan Johor-Riau, Kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu dan kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh. Belanda juga menyerah kalah di Melaka setelah mengabil alih dari Portugis.


Mereka cuba bertapak di Perak tetapi lodges mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan. Buku ini mendedeahkan tentang orang Yahudi di Tanah Melayu terdiri daripada keturunan Yahudi Sephardi yang tinggal dalam kalangan orang Kristang (Orang Serani), Yahudi Mizrah (Majoritinya adalah orang Yahudi Baghdadi), Yahudi Cochin dari India dan Yahudi Ashkenazi (Kaum Khazar). Perhubungan pertama antara masyarakat Yahudi dan masyarakat di Tanah melayu bermula sekitar kurun ke-9 yang bermula di Lembah Bujang. Pada abad ke-18, kaum Yahudi dijumpai di Melaka.

Ibn Zuhr: Ahli Perubatan & Pakar Jantung ~ Shafie Abdul Rahman

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.90

Ibn Zuhr adalah cerdik pandai Islam kelahiran Sevila atau Seville di Sepanyol pada 1162. Beliau adalah generasi ketiga daripada keluarga Abul Marwan yang amat terkenal dalam bidang perubatan selama lima generasi, termasuk melahirkan beberapa orang doktor wainta.

Beliau dianggap sebagai “Pengasa Ilmu Latihan Perubatan” kerana bertanggungjawab menyusun sukatan pelajaran untuk membolehkan seseorang itu layak menjadi doktor dan mengamalkan ilmu kedoktoran secara praktikal.

Selain daripada itu, beliau juga dianggap antara pakar jantung terkemuka di samping bertanggungjawab mengasaskan pusat latihan kedoktoran atau sekolah perubatan pertama di Sepanyol.

Nota Kasih Smart Parents ~ Ibu Rose

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00
“Kasih sayang adalah tenaga yang paling berkuasa.
Ia dapat menolong setiap anak-anak membesar dengan kuat dan berkeyakinan. Kasih sayang membantu manusia mengatasi semua cabaran dalam kehidupan. Suatu hadiah terindah yang dapat diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak adalah kasih sayang tanpa syarat.

Ini menganugerahkan setiap anak kebolehan dalam mengharungi apa-apa cabaran yang datang dalam laluan kehidupan mereka.”

Allahyarham Tan Sri Dr. Abdul Shukor bin Abdullah,
Education Advisor for Yayasan Al-Bukhari,
Former Director General of Education, Malaysia

Antara Kandungan:
Nota Kasih daripada Seorang Ayah
Penghargaan
Nota Kasih 1: Pendahuluan
Nota Kasih 2: Kau yang Berharga
Nota Kasih 3: Membina Karakter Perkasa

Dunia Diuji Syura Dinikmati ~ Ustaz Halim Din

(SEM & SS) RM13.00 > RM11.70
Adat dunia penuh dengan ujian. Bukannya kita diuji kerana Tuhan tidak sayang. Tapi kita diuji kerana Dia tahu kita tahan.

Dan nanti, tersedia untuk kita segala habuan.

Antara kandungan:
APAKAH ITU DUNIA?
Pasangan Dunia Adalah Akhirat
Jangan Terus Menolak Kehidupan Dunia
Dunia Adalah Penjara Untuk Orang Mukmin
LAYAKKAH KITA MENJADI PENGHUNI SYURGA?
Nikmat Taufik Dan Hidayah
Keindahan yang Tidak Pernah Dilihat
Nikmat yang Tidak Kekal
HARGA SEBUAH TAKWA
Tunjang Kehidupan
Negeri Akhirat yang Lebih Baik
Pakaian Takwa
KEHIDUPAN ADALAH UJIAN
Hartawan yang Beriman
Motivasi Dalam Berzakat

Kerana Dia Anak Syurga ~ Hamka Kereta Mayat

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Jika bersembang dengan ibu bapa yang ada anak autisme, mereka sedang menunggu-nunggu si anak dapat memanggil mereka “ibu” buat pertama kali sebab anak autisme lambat mengenal ibu bapa sendiri. Sedihkan? Ada yang anak sudah masuk darjah satu tapi belum dapat mengenali ibu bapanya, dan ada yang hingga dewasa pun tidak mampu berkata-kata padahal mereka bukan bisu!

Semua itu ujian, dan anak saya pula, alhamdulillah, sudah dapat memanggil ibu bapanya sewaktu berumur 4 tahun, namun sekarang masih tidak mampu membuat ayat, dan selalu menjawab dengan jawapan yang salah. Komunikasi hanya satu hala dan banyak diam dari bercakap, jika bercakap kita tidak faham bahasa mereka. Tak apa pelan-pelan kayuh.

Tadabbur Hikmah Juzuk 'Amma ~ Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Dalam Juzuk ‘Amma terdapat 37 surah yang sering kita baca ketika solat. Dimulai dengan surah Al-Naba’ dan diakhiri dengan surah Al-Nas. Surah-surah yang pendek ini mengandungi pelbagai perbahasan mengenai soal hidup, kiamat, tolong menolong sesama manusia, penjagaan anak yatim, menyantuni fakir miskin, bahkan sampai kepada semangat menghadapi perang dengan kuda yang tangkas berlari pun disuruh menjadi perhatian kita.

Isra'iliyyat, Hadith Mawdu' & Fitnah Sirah di Alam Melayu ~ Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Ibarat sebatang sungai yang sudah mengalir selama 1400 tahun lebih, bermula dari hulunya yang suci bersih-bebas dari segala kekotoran, tetapi apabila semakin sampai ke hujung muara segala sampah-sarap sepanjang sungai dibawa bersama ke muara yang kini kita sedang berada di sana.

Begitu juga Islam, dari awal zaman terbaik yang terjaga ketulenan dan kesuciannya, namun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. pencemaran, keracunan dan kerancuan muncul sama ada dari luar atau dalam Islam sendiri menyebabkan pemahaman dan pelaksanaan Islam sama ada dalam urusan ʿaqīdah, ʿibādah dan muʿāmalah semakin jauh dari sifat tulennya yang suci murni.

Naskhah ini menghujahkan - antara punca kerancuan pemikiran beragama orang Islam-Melayu-Nusantara ada pada fakta sejarah awal perkembangan Islam dan tradisi penulisan karya-karya berkaitan Islam di Alam Melayu. Ia bermula daripada metodologi penulisan Sastera Hikayat Berunsur Islam, Sastera Kitab, Sastera Ketatanegaraan dan seumpama dengannya pasca Islam berkembang di Nusantara. Ini adalah kerana penulisan karya-karya tersebut tidak menjadikan disiplin yang sudah digarispandukan oleh para ulama Islam sejurus kewafatan Rasulullah s.a.w. sebagai metodologi penyebaran maklumat berkaitan Islam.

Monday, 21 October 2019

Terungkap Kata Hati ~ Haiza Haifa

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

NUR FILIA HAIFA... hidupnya dikelilingi kesunyian dan terlalu rutin. Dia juga tiada teman rapat apatah lagi istimewa. Semuanya kerana dirinya pernah dikhianati sahabat baik. Lantaran itu, dia mengasingkan diri daripada bergaul dengan teman sebaya. Istilah persahabatan langsung tiada dalam kamus hidupnya.

IMZI FARHAN... lelaki nerd, skema dan pelik. Entah dari mana hadirnya, tiba-tiba dia mahu menjalinkan persahabatan. Filia menolak dengan keras, pada mulanya. Tetapi, keikhlasan yang dipamerkan melembutkan hati batu Filia.

Namun, ada syarat dikenakan. Seandainya, pendirian Filia terhadap nilai persahabatan masih tidak berubah, persahabatan ini akan terputus dengan serta-merta. Mampukah Farhan mengubah persepsi Filia? Sedangkan dalam diri Farhan sendiri penuh misteri. Amat bertepatan dengan gelaran yang diberi Filia, Farhan si Mahkluk Asing!

“Jujur aku katakan kau istimewa dan tersangatlah bohong kalau aku tidak terasa kehilangan teman baik aku.” -Farhan-

Mastermind ~ Nasa Yusof

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

DANGKAL PADA AKAL, BURU IKUT NAFSU

Mangsa yang diculik semua wanita, namun dipilih. Pilihannya pula menjurus kepada kefahaman psikonya sendiri. Mereka diseksa, dibiarkan dan dibunuh kejam. Organ mereka diambil, mayat mereka dicampak dan dibuang. Namun, perilakunya bertujuan. Tindakannya juga mengikut arahan.

Haikal seorang bekas anggota tentera, sedang cuba mengukuhkan hubungan dengan satu-satunya anak kesayangan. Kisah silam membuatkan hubungan mereka bagaikan jurang. Aina yang berusia 11 tahun sangat sukar untuk dikendalikan, bersikap panas baran dan mudah meradang. Usaha Haikal untuk mendekati anak gadisnya sendiri merupakan satu cabaran.

Apabila Aina diculik dalam satu kemalangan, dia adalah gadis pilihan dalam kes pembunuhan gila yang sedang berlaku. Pencarian Aina membongkar setiap persoalan. Semakin banyak jawapan, semakin Haikal tidak dapat menerima kenyataan. Penglibatan dirinya sudah dirancang, dia adalah sasaran! Penculikan Aina merupakan sebuah permainan!

Projek Seram Gua ~ Suzani Nadzir, Ebriza Aminnudin, Eqbal Mohaydeen

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Kupersembah korban yang kuseru...
Suria sering diganggu kelibat seorang wanita dan kanak-kanak lelaki. Gangguan semakin hebat apabila seekor ular hitam muncul dan mengganggu dirinya. Tidak semena-mena Suria dijangkiti penyakit kulit hingga membawa dia ke Kampung Gua Rastali. Di situ, dia diganggu Jamri. Lelaki tua yang dianggap gila. Keadaan semakin kalut apabila teman lelaki Suria bermimpi tentang sebuah gua.
Kupersembah korban yang kuseru... / KORBAN HITAM

Jeritan suara nyaring sering mengganggu lena Randy. Jingkai terus bercerita tentang mitos gua suara maut di Guilin, China selepas Randy menceritakan mimpinya. Cerita itu menarik perhatian rakan-rakan yang lain sehingga membawa mereka terbang ke Negara China semata-mata untuk mencari gua suara maut itu. Seorang demi seorang rakan-rakan Randy hilang setelah terdengar suara nyaring berkumandang di dalam gua itu.
Ia mengalir di dalam urat nadi... / SUARA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...