Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 29 August 2016

Misi Terlajak Cinta ~ Mytun Abdullah

Lain yang dirancang, lain pula yang jadi...

Misi: Misi balas budi
Target: Cucu jiran sebelah a.k.a mamat Benggali karpet
Umur: 28 Tahun
Jantina: Lelaki
Tempoh misi: Sehingga target mampu berjalan semula

Kronologi kes:
Kerana kemalangan yang tak diduga, dia menjadi ‘penghutang’ kepada seseorang. Hutang duit dia mampu bayar, tapi hutang budi dan nyawa? Memang dia kenang sampai mati.

“Kerana budi, bertukar nyawa pun saya sanggup...” - Teja Iman.

Tapi, misi yang dirancang tak semudah macam makan kuaci. Memang haru biru jadinya apabila interior designer seperti dia yang sah-sah buta ilmu perubatan nak jadi pembantu fisioterapi. Untuk berhadapan dengan Uqail Wasim, hati seorang Teja Iman kena kebal, kuat dan padu. Telinga kena kalis peluru setiap kali ‘ditembak’. Kena sentiasa positif walaupun ada ketika dia rasa macam nak cekik diri sendiri. Mental tak boleh calar. Jiwa kena 200% kental! Nak pula berhadapan dengan mummy Uqail yang kerek tahap jingga.

“Ni hah! Apa pasal kau tak bawa baldi aje? Kan senang! Boleh aku berenang terus!” - Uqail Wasim

Mau'izhah Hasanah: Malam Pertama di Barzakh ~ Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani

Pengakhiran bagi setiap kehidupan adalah kematian. Kematian yang Husnul Khatimah menjadi idaman setiap orang beriman. Pun begitu, hakikat akhir kehidupan tidak terhenti di situ. Liku-liku perjalanan yang bakal kita tempuhi setelah itu adalah lebih mencabar dan masih panjang.

Buku ini membicarakan tentang kehidupan selepas kematian yang jarang manusia mahu mengambil tahu tentangnya. Sedangkan alam barzakh itu, seandainya manusia tahu realitinya yang sebenar, pasti dia akan mengabaikan dunianya. Malah menumpukan seluruh hayat untuk mempersiapkan bekalan menghadapi alam barzakh. Membacanya bukan untuk menambah takut, tetapi menambah ilmu dan takwa supaya giat menyiapkan bekalan kerana kita semua pasti akan menghadapi malam pertama di barzakh.
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Hwaiting: Nak Berjaya Kena Fight Baru Jadi ~ Syafiq Nasri

HWAITING! Nak berjaya kena fight. Baru jadi.
Kawan-kawan. Hidup usah fikir orang lain terlebih dahulu. Fikirkan diri kita sendiri yang jahil ini. Next, baru fikirkan tentang mereka. Ciptalah kejayaan dengan ilmu yang dimiliki. Adakah anda cari ilmu untuk mereka? Sudah semestinya tidak. Kerana kita mencari ilmu kerana Redha-Nya. Dan ingin cipta kejayaan.

Kejayaan tidak akan hadir dengan ilmu yang banyak di dada. Tetapi akan terhasil melalui ilmu yang diamal. Hwaiting!
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Motivasi Anak Pintar: Power Parenting ~ Tengku Asmadi

Buku ini lahir daripada persoalan-persoalan yang sering penulis terima selaku pengasas kepada syarikat latihan dan juga merupakan seorang 'Public Speaker' dan motivator terkenal

Antara persoalan dan keluhan ibu bapa yang sering diperolehi ketika ini:
* Anak saya rajin belajar tetapi kenapa tidak cemerlang?
* Saya tahu anak saya ada potensi, bagaiman mahu saya gilap potensinya itu?
* Anak saya dulunya baik kenapa kini berubah watak?
* Anak saya dulunya alim, kenapa sekarang solat pun disuruh?
* Kenapa anak saya malas belajar dan tidak siapkan kerja sekolahnya? Bagaimana nak buat?
* Anak saya pendiam, sedangkan saya ibu bapanya banyak celoteh?
* Sudah berbuih mulut ini bercakap tetapi kenapa macam masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri?

Penulis merasakan sudah sampai masanya untuk ibu bapa berubah walaupun tidak dinafikan ibu bapa mempunyai gaya yang unik dan tersendiri dalam mendidik anak-anak. Persoalannya adakah gaya keibubapaan mereka itu positif atau negatif? Ibu bapa sememangnya mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak. Tetapi sedarkah ibu bapa, ada waktunya mereka melakukan kesilapan tanpa mereka sedari? Bagaimana pula cara untuk memperbaiki kesilapan itu?

Bertolak daripada itu, penulis kongsikan dalam buku ini tip keibubapaan termasuk memberi peluang kepada ibu bapa untuk sama-sama menilai tahap sebenar keibubapaan mereka.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Friday 26 August 2016

Daftar Semula Cinta ~ Afifah Yusof

Ini kisah tentang Nadhirah. Dia merupakan seorang anak, adik, sahabat dan cikgu di Pusat Disleksia. Rona hidupnya sedikit berubah apabila dia dan lelaki itu bertemu.

“See. You are too cute, Nadhirah. Sampai I tak boleh pandang tempat lain.” - Syed Adwan

Takdir memang sudah tertulis yang mereka akan berjumpa lagi dan lagi. Nadhirah berada dalam dilema apabila rakan baiknya meluahkan perasaan.

“Aku nak Adwan jadi boyfriend aku. Suami aku.” - Siti Hawa

Syed Adwan bin Syed Salleh. Dalam hidupnya tiada yang lebih penting selain ibunya, Puan Maimun. Walaupun bapanya masih hidup, kehadiran lelaki itu sering mendatangkan pergaduhan di antara mereka kerana rahsia silam.

Cinta Datang Menyapa ~ Hanny Esandra

Riezman membuktikan kesucian yang lahir daripada hatinya dapat memadamkan dosa-dosa yang pernah terpalit di tubuhnya. Merogol Safieya kemudian bertanggungjawab menikahinya adalah satu perbuatan yang patut diterima.

Memang pada mulanya Safieya benci kehadiran Riezman. Kerana Riezman percintaannya kecundang, kerana Riezman, Adif Farhan pulang kepada yang Maha Penyayang dan kerana Riezman impiannya hilang.

Melayar bahtera rumah tangga cukup mencabar bagi Riezman kerana dialah nakhodanya. Kedinginan Safieya mula beransur hilang apabila melihatkan kesabaran Riezman. Cinta mulai subur dan seterusnya menghasilkan benihnya.

Namun, keimanan Safieya mula teruji apabila kekasih lama ‘muncul kembali’. Allah SWT mendatangkan Hairy sebagai ujian dalam menempuh kehidupan berumah tangga. Dalam diri Hairy mula terbit Adif Farhan.

Safieya harus bijak menilai. Antara momen silam dan angan baru. Penilaian mana akan menjadi paksinya?
*****
(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Cik Kembar Encik Tunang ~ Hana Norisa

Kata orang tak kenal maka tak cinta. Begitulah kisahnya dengan Rihan, si gadis campuran Melayu dan Perancis yang telah bertunang tanpa pernah berjumpa dengan pasangannya, Hazriq. Neneknya siap suruh dia kembali ke Malaysia untuk membuatkan mereka bertemu atas nama urusan syarikat.

“Kenal dia dulu. He can be as sweet as candy you know!”

Rihan bukannya tidak mahu memberi peluang kepada Hazriq, tapi rasa bersalahnya kerana meninggalkan Haiqarl tanpa berita masih menghantui. Namun, kenapa setiap kali dia mendekati Hazriq, dia terasa seperti dekat dengan Haiqarl?

“Macam mana awak nak tahu, kalau awak tak nak kenal saya?”

Sampai sahaja Malaysia, Rihan diburu. Sekumpulan lelaki botak telah bertindak menangkapnya dan mencederakan Hazriq. Rihan keliru. Tanpa Rihan sedari, dia diburu kerana wajahnya mirip seseorang.

Fiqah Perkahwinan ~ Muhammad Fathi Yusof

Perkahwinan merupakan perkara yang dituntut dalam Islam. Hubungan antara suami isteri merupakan satu rahmat yang besar daripada Allah SWT. Perkahwinan ialah satu ikatan yang suci dan murni yang Allah SWT kurniakan kepada insan yang bergelar suami dan isteri. Banyak lagi kebaikan dan manfaat yang akan diperoleh sekiranya berkahwin. Tetapi sebelum perkahwinan dibina, setiap pasangan perlulah mendalami ilmu rumah tangga sedalam-dalamnya.

Setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga perlulah mendalami ilmu agama agar hubungan yang bakal dibina mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Perkara yang penting untuk mempertahankan rumah tangga ialah hidup dalam suasana agama. Agama mestilah menjadi teras kepada rumah tangga. Suami dan isteri perlulah menanamkan sifat syukur dengan pemberian pasangan hidup yang Allah SWT tetapkan untuk kita.
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Istimewanya Puasa Wanita ~ Farah Aisyah Ahmad, Abdul Hakim Othman

Bulan Ramadan menyimpan banyak limpahan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Allah SWT amat pemurah untuk merahmati setiap amal ibadah hamba-Nya dengan pelbagai ganjaran pahala. Lantas, menjadi tugas hamba-hamba-Nya pula untuk berebut-rebut meraih sebanyak mungkin ganjaran daripada-Nya. Tidak kira sama ada lelaki, wanita, orang tua atau orang muda, semuanya berpeluang menikmati ganjaran pahala daripada-Nya.

Cuma, ada beberapa kemusykilan yang masih wujud tentang hukum-hakam dan do and dont’s dalam bulan Ramadan, terutamanya dalam kalangan wanita. Wanita juga wajib melaksanakan ibadah puasa sebaik mungkin. Oleh itu, setiap kemusykilan perlu dileraikan dengan jawapan yang pasti agar wanita juga dapat melaksanakan ibadah ini dengan hati yang yakin dan tenang.
*****
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Tuesday 23 August 2016

Alahai... Rindunya Ustaz Handsome ~ Kamsiah Abu

Pertemuan pertama kali Syarina atau ‘Ena’ dengan Azreel Hadi atau ‘Abang Reel’ ketika Syarina masih di sekolah rendah, tidak pernah membuat Syarina lupa akan wajah tampan lelaki itu walaupun setelah terpisah lebih dari 12 tahun. Namun Syarina jadi amat kecewa apabila Azreel Hadi langsung tidak mengenalinya lagi ketika mereka bertemu tanpa diduga.
Hati Syarina bertambah parah apabila Azreel Hadi yang merupakan majikannya, sering menggalakkan Syarina menerima cinta Irfan iaitu adik kandung Azreel Hadi yang mencintai Syarina secara diam-diam.

Namun Syarina amat terkejut apabila mengetahui Azreel Hadi sebenarnya sentiasa merindui ‘Ena’ gadis comel yang pernah ditolongnya dahulu. Sehingga membuatkan Azreel Hadi menutup pintu hatinya pada perempuan lain. Bagaimana pula reaksi Irfan apabila mengetahui kisah ‘Ena’ dan ‘Abang Reel’ ketika hatinya sedang dikemuncak untuk melafazkan cintanya pada Syarina?
“Hati yang sudah mencintai seseorang tidak semestinya menjadi kekasih orang yang dicintainya itu. Kerana… Cinta tidak semestinya memiliki tetapi memberi” – Syarina

“Jadi, kalau kita sama-sama masih seperti dulu, mengapa mesti kita halangi kemesraan kita dulu dengan panggilan ‘tuan’ dan saya?” – Azreel Hadi

Abang longlah kekasih ‘cinta monyet’ Syarina tu? Ohhh!... Kenapa abang long rahsiakan semua ini dari Irfan? Sampai hati abang long buat Irfan macam ni.” - Irfan
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Projek Seram: Restroom ~ Akma Saidon, Aziah Zainal, Fazrin Fauzi

Jalan Kematian – Akma Saidon
~Pilihlah... aku beri kau dua pilihan~
Satu demi satu ahli kumpulan Geng Berlima ditemui mati di dalam tandas di Kem Serikandi. Semuanya terjadi apabila mereka menyumbat salah seorang serikandi Kem Serikandi di dalam tandas di kawasan larangan kem itu. Apa kaitannya kematian ahli Geng Berlima dengan serikandi yang menjadi mangsa kenakalan mereka? Mengapa kematiannya mesti berlaku di tandas?

Seriau – Aziah Zainal
~ Jangan biar ia mengawasi diri!~
Mak Andak tidak disenangi oleh penduduk Kampung Serumpun sejak dulu lagi kerana mengamalkan ilmu hitam. Tiada siapa yang mampu menghalau Mak Andak dari kampung itu. Sehingga terjadi satu kemalangan yang menyebabkan Sarah terpaksa pulang ke kampung itu dan membawa Salina bersamanya. Sarjan Khalil yang mendapat laporan mengenai kehilangan binatang ternakan di Kampung Serumpun menjadi hairan apabila semakin dia membuat siasatan semakin dia merungkai misteri kisah Mak Andak.

Dendam Seri - Fazrin Fauzi
~ Tiada yang mampu menangkis dendam selain korban nyawa~
Kemunculan Seri sejurus selepas pintu tandas yang sudah lama terkunci itu dibuka membawa kepada pelbagai kejadian aneh. Hampir setiap hari kehidupan di asrama SMK Mayang Sari diselubungi misteri. Beberapa nyawa juga telah menjadi korban dendam kesumat. Keadaan semakin teruk apabila ada nyawa yang bakal diragut di dalam tandas tersebut. Nyawa keturunan terakhir yang telah ditunggu-tunggu hampir bertahun. Darah harus berganti darah. Nyawa perlu berganti nyawa.
*****
(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

Friday 19 August 2016

Saat Kau Dakap Cintaku ~ Adra Adiella

“Kau tahu tak sayur-sayur yang aku cakap tu?” Thia sengaja menduga.
“Tahulah.”
“Ni sayur apa?” Thia mengeluarkan seikat sayur dan ditunjukkan di hadapan Nazhan.
“Kangkunglah,” Nazhan menjawab. Penuh keyakinan.
“Tadi kemain kerek lagi kau kan? Kangkung dengan bayam pun tak kenal,” Thia tersengih. Terasa tawanya ingin meledak keluar melihat keyakinan lelaki itu.
“Eh kangkunglah tu,” Nazhan bertegas.
“Umur dah tua dah, sekolah bukan main tinggi, sijil tebal berlapis-lapis tapi bengap. Sayur pun tak kenal.”

BEGITULAH Thia Zulaikha dan Nazhan Irsyad. Masing-masing ego dan punyai kepentingan sehingga menjerumus mereka ke dalam sebuah perkahwinan.

THIA ZULAIKHA- Gadis biasa yang juga punya cita-cita. Dia membesar dalam serba kekurangan dan dibelenggu oleh ibu dan kakak tirinya menyebabkan dia bersetuju berkahwin dengan Nazhan Irsyad untuk menyambung pengajiannya. Thia reda walaupun tahu cinta Nazhan bukan untuknya namun, dia juga punya pendirian. Apa yang telah menjadi haknya akan tetap menjadi miliknya.

NAZHAN IRSYAD- Dia juga punya impian untuk bersama kekasih hatinya, Jasmin lalu dia tinggalkan Thia keseorangan di Langkawi ketika mereka sedang berbulan madu. Di saat Thia keseorangan pula, Zaim sentiasa ada untuknya.

Lakaran Cinta di Garis Waktu ~ Luvis Eija

"Kenapa renung saya macam tu? Mulut saya comot lagi ke?" Mulut disapu laju. Mana tahu masih ada lagi sisa aiskrim tadi.
"Awak ni manislah." Jujur Firash. Senyuman mula menguntum di bibir.
"Awak baru tahu ke?"Hanim tertawa manja. Tapi pipi dia tetap merah. Malu sebenarnya.
"Eeii.. Perasannya!" Firash tertawa juga. Bahagia mendengar tawa manja Hanim.
"Awak yg cakap saya manis tadi, okey? Saya ia kn aje.." Bibir Hanim masih senyum-senyum.

Mata Firash masih tetap lurus pada muka Hanim. Dalam kepala mula menghitung berapa banyak masa lagi yang tinggal untuk mereka.

"Hanim.. Kalau kita dah tak bersama nanti awak rindukan saya tak?" Tiba-tiba saja hati melonjak ingin tahu.
Mati terus senyuman di bibir Hanim. Terus mukanya dipalingkan ke arah tasik teratai.

"Cantik kan teratai tu?" Senyuman kelat bermain di bibir Hanim. Soalan Firash dibiarkan sepi tanpa jawapan.

"Hanim?" Firash masih belum berpuas hati.
Hanim tarik nafas panjang. Kali ini mata Firash ditentang dalam.
"Awak memang nak lepaskan saya ke?"

Monday 15 August 2016

Terlerai Satu Janji ~ Ameera Ameer

Bakal menimang cahaya mata siapa yang tidak bahagia? begitu jugalah Hannah dan Ilham. Hannah dilayan bagaikan puteri. Hari-harinya dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang daripada Ilham. Setiap keinginannya dipenuhi walaupun suaminya terpaksa belajar kuih talam keladi.

"Kesian suami Hannah. Dah basah dengan peluh," bisiknya.
"Dekat sini tak nak lap ke?" Lehernya ditunjukkan. Sengaja Ilham hendak bermanja.
"Amboi, beri betis nak peha pulak dia ya," giat Hannah sambil ketawa tapi tangan tetap juga menjalar ke leher suaminya.
Ilham turut ketawa. Penyapu ditangannya terus dijatuhkan ke tanah dan pinggang isteri dirangkul.
"Abanggg...Hannah tak boleh bernafas!" Tubuhnya cuba dilepaskan. Ilham tergelak. Pelukannya dilonggarkan.
"Geram!" bisiknya dan bibir merah jambu itu dikucup.
"Astaghfirullahalazim!" panjang Mak Cik Lela beristighfar.
"Dah takda tempat lain lagi nak bercium?" sergah Mak Cik Lela dengan kening terjongket.
"Terrr mak," Ilham malu-malu.

Dalam menyulam kasih bersama Hannah, Ilham mendapat tahu Suraya, bekas tunangnya, kehilangan suami saat mengandungkan anak sulungnya. Simpatinya menebal dan dia rasa bersalah! Hannah pula, saat dia bertegang urat dengan Ilham tentang Suraya, dia mendapat tahu bekas kekasihnya, Alvin masih hidup. Dia juga perlu mengembalikan senyuman Alvin. Hannah buntu.

Friday 12 August 2016

Sultan Abdul Hamid II ~ Abdul Latip Talib

Kisah Sultan Abdul Hamid II yang cuba memulihkan kembali Empayar Uthamaniyyah, yang digelar orang Sakit Eropah. Pelbagai cabaran yang perlu baginda tempoh, Bukan sahaja cabarand aripada kuasa luar seperti British dan Rusia yang perlu baginda hadapi, malah, serangan dalaman dan pemberontakan juga perlu ditangani. Namun, segala-galanya sudah tersurat. Baginda jatuh juga, dan digantikan dengan seorang sultan boneka. Ini menjadikan baginda, Khalifah Terakhir Empayar Uthamaniyyah.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

101 Info Seronoknya Rukun Islam dan Iman ~ Tie Maryam Tajuddin, Ezzat Adnan

Buku ini dapat membantu anak-anak mengetahui dan memahami apa itu Rukun Islam dan Rukun Iman. Ini pasti menjadi pengalaman dan pembelajaran yang menyeronokkan kerana buku ini dipenuhi dengan ilustrasi menarik dan berwarna-warni.

ISI KANDUNGAN
Pengenalan berkenaan Islam dan Rukun Islam
Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Mendirikan Solat Lima Waktu
Solat dan Waktu-Waktunya
Zakat
Puasa
Menunaikan Haji
Rukun Iman
Beriman kepada Allah s.w.t.
Beriman kepada Malaikat
Beriman kepada Kitab
Beriman kepada Nabi dan Rasul
Beriman kepada Hari Akhirat atau Kiamat
Beriman kepada Qada’ dan Qadar
*****
(SEM & S/S) RM9.50 > RM8.40

Pakej Cinta Kombo ~ Dhyana

Pakej cinta yang paling unik! Tackle satu dapat dua

Semuanya bermula bila dia mengahayati ciptaan Tuhan. Aufa Norjannah, berada dalam mimpinya saat terpandang wajah kacak Ameer Fayyadh yang berjalan ke luar rumah. Persis filem Hindustan. Bagai ada angin yang mengiringi adegan itu. Jeritan Ameer kepadanya membuatkan Aufa tersenyum manis. Tapi...

"Awak! Pandang depan!" - Ameer Fayyadh
"Arghhh!!!" - Aufa Norjannah

Pertama kali terjatuh di hadapan lelaki itu, sakitnya tak terasa. Namun, pertemuan demi pertemuan mula memahat rasa cinta dalam hati.

"Kenapa saya raksasa dan awak pula Ultraman?" - Aufa Norjannah
"Sebab hati saya selalu berkelip-kelip bila terpandang akan awak." - Ameer Fayyadh

Affan Muqri, doktor 'hot' yang setia pada Nur Awliya yang mula diminati 14 tahun lalu. Namun, status Awliya sebagai isteri orang mengundang kecewa di hati. Parah! Sehingga di hatinya tiada pengganti. Namun, pertemuan semula Affan dan Awliya membibitkan perasaan yang sama antara mereka. Tebu mula ditanam ditepi bibir...

Hasya & Syafik ~ Wawa Taufik

Berpisah... namun tiada apa yang berubah.
Kasih sayang masih sama. Perasaan tetap serupa.
Mereka cuma perlu menunggu Tengku Maimun berubah fikiran.

Luth dan Nuh sudah ada bahagia sendiri. Hanya dia dan Syafik sahaja yang masih tarik-tolak.

Payah bila bonda cakap... “bonda ada target ada syarat bonda sendiri. Berjaya atau tidak Syafik mencapai target bonda, hanya bonda yang buat keputusan. Kalau berjaya, he will have you as his wife. Otherwise, just say bye bye to him.”

Amboi! Bonda ingat anak bonda ni hebat serba-serbi? Setakat buat nasi lemak yang Uzma ajar, tahulah. Lebih dari itu, anak bonda ini yang akan dibye-bye oleh Syafik.

Syafik selalu cakap... “I know that I’m not the most handsome, wealthy, fun and exciting...” Tapi baginya lelaki itu ada segalanya yang cukup buat dirinya.

Datanglah berapa ramai lelaki lainpun termasuk Amir... namun Syafik yakin... “but I do know that you will never find somebody that loves you like I do.”
Betul tu bonda!

Tolong jangan memilih sangat! Hasya cuma mahukan Syafik sahaja! Susah senang...masalah ujian...itu belakang kira.
*****
(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Thursday 4 August 2016

Perempuan paling Bahagia ~ Syamnuriezmil

Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia.

Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam.

Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa.

"Baby Rayyan? Encik letak nama dia, Rayyan?" –ARISSA
"Kenapa? Awak nak letak nama dia apa?"-RAFA
"Rosyam Nor." -ARISSA

Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissalah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri.

Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu.

“Dia berikan saya peluang untuk bahagia. Apa salahnya, saya berikan dia peluang untuk bahagia juga? Saya tak ada sesiapa, begitu juga Rayyan. Kita orang hanya ada satu sama lain saja, pak encik.” – ARISSA

Islam Hina Wanita? ~ Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Ketahuilah bahawa wanita merupakan makhluk Allah yang sangat mulia. Wanita menjadi seindah-indah perhiasan dunia. Wanita pembawa bahagia, pendamai jiwa. Wanita pelengkap kepada dua jiwa; seorang jejaka maka seorang lagi wanita. Wanitalah tonggak penting dan watak signifikan yang rancak memacu kemajuan. Baik intelektual mahupun spiritual. Sudah terlalu banyak bukti ditonjolkan melalui cerminan zaman.

Lantas ketahuilah bahawa Islam tidak sekali-kali merendahkan wanita. Islam datang mengangkat darjat wanita. Berdesas-desus pseudofakta yang hanya dilapik dengan hujah selapis. Manakala justifikasinya tidak berpasakkan bukti yang sahih. Mereka menyebarkan bahawa Islam datang menghina wanita? Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi. Kita sediakan jawapannya. Kita petakan solusinya. Dengan izin-Nya, kita berjaya sederap meluncurkan sebuah karya yang amat baik untuk diketengahkan kepada umat Islam mahupun umat alam.
*****
(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

X-Plorasi Surah Yasin ~ Muhammad Luqman Makhtar

Surah Yasin sememangnya sudah menjadi amalan masyarakat kita yang sangat baik untuk diteruskan. Bukan sekadar itu, bahkan sewajarnya kita bersama berusaha memahami dan mentadabbur surah ini dan al-Quran secara keseluruhannya. Itulah perintah dan tuntunan Allah SWT serta Rasulullah SAW atas kita agar al-Quran sentiasa hidup di dalam hati dan kehidupan kita.

Untuk siri eksplorasi ini, penulis membawa banyak maklumat menarik tentang kandungan surah Yasin, 83 cabaran uji minda dan pengetahuan serta ilmu yang digarap daripada sumber yang autentik.
*****
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Memburu 27 Darjat: Tatatertib Muafik & Masbuk ~ Nazirul Mubin

Solat ialah rukun Islam yang kedua selepas syahadah. Kefarduan solat yang istimewa – direct daripada Allah – cukup untuk menggambarkan keagungannya di sisi Islam. Solat merupakan penghubung utama manusia dengan Rabnya. Pendek kata, jika baik solat seseorang, maka baiklah hubungannya dengan Allah

Solat itu sebaik-baiknya dikerjakan dengan berjemaah. Bagi mereka yang mengerjakan solat fardu secara berjemaah mendapat kelebihan yang amat besar. Ia melambangkan syiar Islam yang mementingkan persaudaraan sesama Muslim, memperteguh dan menyatukan diri kita dalam satu barisan, melatih diri untuk taat kepada keperluan umum dengan mengikut imam untuk menuju kepada matlamat yang satu serta kepada perkara-perkara yang diredai Allah.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Waris ~ Nuris

Deris ternampak dirinya berada di suatu tempat yang sunyi dan sepi. Seluruh kawasan itu ditutupi semak samun. Ada sebuah pondok buruk di hujung-hujung penglihatannya. Tidak jauh dari pondok yang sudah usang itu ada sebuah lubuk. Langkah Deris ditandu menuju ke arah lubuk bersebelahan pondok buruk itu.

Sampai sahaja di lubuk tersebut, dia nampak seseorang sedang berendam di situ. Seorang lelaki yang bertubuh kekar sedang mandi dalam keadaan membelakangkannya. Deris terpasak kaki di tepi lubuk itu. Dia berdiri sambil memerhati. Dalam sekejap waktu sahaja, antara celah-celah semak berdekatan lubuk tersebut, keluar beberapa orang pemuda dengan bertanjak dan berkeris terus menerpa ke arah lelaki yang bertubuh kekar itu.

Pertengkaran bermula antara mereka. Pemuda bertubuh kekar itu cuba melawan. Tetapi dalam keadaan dia berseorangan, berlawan dengan lima orang lelaki yang bersenjata, akhirnya dia tumpas. Keris telah menemui mangsa. Tubuhnya dirodok hingga terburai tali perut. Kemudian jasadnya ditolak ke tengah-tengah lubuk sebelum pemuda-pemuda samseng tersebut menyerbu naik ke atas pondok buruk yang kedudukannya tidak jauh dari situ.

Alih ~ Hakim Ahmad

‘ALIH’ perkataan itu muncul lagi. Aril semakin hairan. Perkataan itu sering muncul sejak dia berpindah ke flat itu. Usikan itu hanya permulaan. Aril dikejutkan dengan jelmaan seorang kanak-kanak perempuan yang duduk bersimpuh di atas dadanya ketika terjaga dari lena. Ditambah pula dengan kehadiran Natasya, anak jirannya. Renungan Natasya yang kosong itu sering menjadi igauan Aril. Taman tasik berhampiran flat itu menjadi titik permulaan terungkai segala misteri!

“Oh…! Ini abang tahu,” ujar Abang Ramli yakin.
“Ha! Apa dia bang?” soal Aril tidak sabar.
“Ini Aliah, mesti kerja dia.” Abang Ramli sedikit tersenyum.
“Aliah? Siapa Aliah?” Aril berkerut.

Satu persatu misteri ‘ALIH’ dirungkai. Ujian yang diharungi semakin sukar.

“Ina percaya hantu?” aju Aril tiba-tiba.
“Kenapa awak tanya macam tu?” Zurina memandangnya pelik.
“Entah.”
“Susahlah nak cakap, sebab saya pun tak pernah nampak. Lagipun zaman sekarang ni mana ada…”
“Tapi saya rasa saya dah nampak,” pintas Aril.

Monday 1 August 2016

Cinta 1000 Bunga ~ Aina Meira

Maihanni, gadis cilik sering mencuri hati sesiapa yang mengenalinya. Namun cintanya setia pada Zafrul walaupun jarak dan masa memisahkan mereka.

"Bukan begitu Mai, Zaf terlalu sayangkan Mai sebab itu Zaf lakukan semua ini. Zaf tak sangka lain pula yang jadi,” katanya tulus dari lubuk hati.
Mak Ngah Ros, dendam yang tidak pernah padam pada ibu Maihanni telah mengheret beliau menjadi mangsa tohmahan.

“Orang buat salah mana nak mengaku! Saya bukan cakap kosong! Saya ada bukti! Dekat KL tu, dah bernanah telinga saya ni kak! Semua orang bercakap pasal Hanni. Malu saya kak! Nasib baik akak tak ada di KL, kalau tak akak lagi rasa malu! Kalau arwah ada, lagi bertambah malu sebab anak gadis yang disanjungnya sanggup menconteng arang di mukanya!”

Rezzal, berbekalkan pengalaman hidup yang lalu, cuba mencari suri hatinya. Perwatakan 'Honey' begitu mengusik jiwa lelakinya.

"Jika Honey sudi menerima saya, seribu kali saya sudi menerimanya.” Rezzal meyakinkan Maihanni.

Tanpa Awak Macam Nak Gila! ~ Zara Ryana

Hessa Yasmin, sukarelawan yang bekerja di Rumah Kirana tanpa mengharapkan balasan. Sikapnya yang berani dan lasak itu ada kalanya menyusahkan diri sendiri. Satu hari, satu insiden yang tak disengajakan berlaku.

"Lain kali, hati-hati bila reverse kereta. Jangan main ikut sedap kaki aje nak tekan minyak. Apa guna cermin pandang belakang kalau tak tahu fungsi?"- Zafrel

Sekali lagi mereka bertembung dalam situasi hampir sama.

"Lain kali, nak buka pintu tu tengoklah kiri kanan. Sekalipun awak nak balas dendam kat saya, bukan ni caranya. Tak macolah!" - Hessa Yasmin
"Am I to blame? Saya tak perasan awak lalu kat sini. Sekalipun Neelofa yang lalu, dia tetap akan kena." - Zafrel
"Saya harap kita takkan berjumpa lagi," - Hessa Yasmin
"I hope so. If we happen to meet again, it means we are meant to be." - Zafrel

Ternyata, ucapan itu akan menjadi realiti apabila pertemuan semula Hessa Yasmin dan Zafrel membawa kepada ikatan perkahwinan. Cuma kebahagiaan itu tak seperti yang diharapkan apabila bekas kekasih Zafrel kembali mengganggu. Sikap dingin Hessa kerap menguji kesabaran Zafrel. Cemburu, ego dan curiga sering membayangi Hessa tatkala Zafrel mula mendapat tempat di hatinya.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00