Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 29 December 2017

Gentleman ~ Ailah Diela

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Dia manis.
Dia pemalu.
Dia perahsia.
Di matanya ada seribu satu duka. Dia adalah Nur Hannah.

Aryan Mirza, dia adalah lelaki yang akan memastikan wanita miliknya sentiasa bahagia. Berkahwin dengan Hannah bukanlah sesuatu yang pernah dia impikan. Tetapi apalah dayanya kerana saat mata bertentang mata, hati lelakinya dah jatuh suka.

“Senyum dan ketawa ini masih milik saya rupanya. Bukan mudah nak dapat tau.”- Aryan Mirza
“Tapi, dah dapat pun kan...”- Nur Hannah
“Mestilah. Bak kata orang tu... Saya kan...” – Aryan Mirza
“Suami gentleman!” – Nur Hannah

Wahai Aryan Mirza,
Bahagiakan dia. Pastikan senyuman manis dengan pipi merah delima itu sentiasa miliknya. Bimbing dia hingga ke syurga.

Superhero Hati ~ Wardina Aisyah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Akasyah Alimin, dia duda terhangat idaman wanita. Kehilangan isteri tercinta menyebabkan dia menjadi seorang yang menyendiri. Masanya hanya dihabiskan pada kerja dan pesakit-pesakitnya. Sehingga dia tidak sedar, perbuatannya ini mengundang rasa kecewa di hati si kecil bernama Adam. Satu-satunya permata hati peninggalan arwah Zahida.

“Kalau abah sayangkan Adam, abah tak mungkir janji. Abah kata nak datang awal… tapi abah tak datang pun. Kalau Adam masih ada mama… tentu mama tak biarkan Adam tunggu lama-lama kat sekolah.” - Adam

Dahlia Suhana. Kenangan cinta monyet itu tak pernah dilupakan. Walau telah bertahun lamanya, lelaki pertama yang pernah dicintai dalam diam itu tetap bernafas dalam hati. Meski dirinya merupakan tunangan orang, namun si dia juga yang dinanti.

Wan Daniel, dia kasanova terhebat. Tak pernah kekal dengan mana-mana wanita. Baginya cinta ibarat menukar baju. Tak perlu kekal lama. Siapa sangka, hatinya tunduk pada seorang gadis gemuk yang comel. Berbagai usaha dilakukan sehingga dia berjaya meraih hati si gadis pujaannya itu.

Luq ~ Dilla Ahmad

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Gadis bisu? Gila! Dia tak pernah menerima gadis bisu untuk berkhidmat di kelabnya. Tapi kerana sekeping surat, dia pula yang terpaksa menerima gadis yang tak diundang ini.

Luqman Hakim. Dia sakit kepala memikirkan apa nak dibuat dengan beban yang baru dia terima ini. Apatah lagi gadis itu hanya tahu pandang dia sahaja.

“Kau ingat aku faham dengan bahasa tangan kau tu? Bahasa tubuh kau tu aku fahamlah!” – Luqman

Irdina. Walau tak punya suara, tapi dia bukan gadis biasa. Pantang tubuhnya dicuit. Kerana satu niat, dia berani untuk berhadapan dengan Luqman Hakim. Namun, dia silap percaturan. Luqman Hakim bukan mudah seperti yang dia fikirkan.

“Kalau kau jadi mistress aku, kau kena layan aku tiap-tiap malam sampai aku bosan dengan kau” -Luqman

Tidak! Untuk hambakan diri itu bukan dia. Biarpun terpaksa hilang nyawa, maruah diri akan tetap dia jaga. Jadi, dia pula yang akan lamar Luqman untuk jadi suami dia.
Luqman garu kepala. Kahwin dengan gadis bisu? Gelap dunia dia!

“Kau ingat, aku nak sangat ke kahwin dengan kau yang bisu ni?”-Luqman

Sindrom ~ Tey Marzuki

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Afifah, seorang gadis yang tercampak ke zaman silam. Purnama Nilam, seorang panglima yang setia. Mereka bertemu dalam satu suratan, gelang dan belati. Membina persahabatan dalam sebuah kembara, menemani Raja Muda mencari seorang bakal permaisurinya, Seri Cahya.

“Izinkan hamba untuk melindungi Afifah,” pinta Purnama Nilam.

Hukum alam, seorang manusia tidak bisa hidup dalam dua zaman yang berbeza dalam satu masa. Lantas, adakah takdir bakal merenggut di saat hati mengecap bahagia rasa? Afifah perlu kembali ke dunianya.

“Maka, siapakah yang akan melaksanakannya, kanda?” tanya Seri Cahya kepada suaminya.
“Biar patik melakukannya, Tuanku,” sampuk Purnama Nilam

Garis ~ Khairul Aswad

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Alfira yang buta kedua belah matanya selepas terlibat dalam kemalangan ngeri yang turut meragut nyawa walidnya buntu bila dia sering diganggu mimpi ngeri dan menakutkan yang datang berulang-ulang di dalam tidurnya hampir setiap malam.

“Fira mimpi lagi ke? Nek Jah boleh dengar Fira menjerit dari bilik tadi.”

“Tak apa, nek. Fira okey. Lama-lama nanti bila Fira dah biasa dengan mimpi-mimpi ni.”

“Nek Jah risaukan Fira. Kita pergi berubat ya lepas ni?”

Tanpa Alfira sedar, sebenarnya mimpi-mimpi yang dialaminya itu menjadi garis pemisah dunia nyata yang menceritakan segalanya. Sebenarnya kedua orang tuanya dibunuh

Thursday 28 December 2017

#Ghost ~ Zura Rahman

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Dia bagaikan seorang halimunan. Kewujudannya diakui, tetapi tidak kelihatan di mana-mana. Gerakannya tangkas dan cukup senyap. Kejam dengan senjatanya; dia membunuh tanpa belas kasihan. Dia bergerak di atas satu nama. Codenamenya - GHOST.

Apabila Geng Gagak Hitam mengesyaki ada anggotanya belot, mereka melancarkan buruan. Pencarian mereka membawa Geng Gagak Hitam kepada lelaki yang bergelar GHOST. Terselamat dari cubaan dibunuh, dia tercedera. Takdir menemukan dia dengan seorang doktor yang prihatin, yang berada di tempat yang betul, pada waktu yang tepat.

Budi yang ditabur, telah mengheret Dr Daryn Areena ke kancah dunia gelap mereka. Dia turut diburu oleh Geng Gagak Hitam, namun diselamatkan oleh lelaki yang digelar GHOST. Keadaan tergugat apabila dia mengetahui sesuatu tentang lelaki itu. Siapa yang cukup jahat untuk diburu begitu?

Apabila melarikan diri satu-satunya pilihan yang dia ada, Dr. Daryn Areena tersepit. Antara hidup dan mati, dia memilih untuk hidup. Antara percaya dan tidak, dia keliru.

Surat Untuk Orang Yang Putus Cinta ~ Adnin Roslan

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

"Untuk mendapatkan cinta manusia, kau sanggup berkorban segalanya. Tetapi, untuk mendapat cinta Allah, kau hanya berkorban ala kadar..."

Kami dapat ribuan mesej, anak muda hari ni sikit-sikit bermasalah tentang cinta. Pelajar sekolah biasa terjebak, pelajar sekolah agama pun terjebak. Dari couple pegang-pegang tangan, sampailah couple acah-acah islamik. Parah. Bermacam-macam bentuk soalan kami terima, yang membuatkan kami rasa sangat sedih dan sebak. Dari isu couple sampai isu terlanjur, hingga isu anak luar nikah, hingga isu nak bunuh diri, senang cakap, terlalu banyak soalan yang kami dapat tentang masalah cinta ni! 

Korang pun tahu, kes anak luar nikah dari 2006 sampai 2016, cecah 500,000 kes yang di laporkan. Itu baru anak luar nikah yang di daftarkan. Belum yang tak di daftarkan. Belum yang buang bayi lagi. Belum yang berzina tapi tak dapat anak lagi. Belum cerita yang langgan pelacur lagi. Belum campur yang couple pegang-pegang tapi tak berzina. Belum cerita yang couple acah islamik. Belum cerita yang TAK couple, tapi ketagih video lucah. Belum cerita yang tak tengok video lucah, tapi ketagih drama yang di dalamnya banyak unsur yang bertentangan dengan syarak! 

Kerna Syurga Bukan Percuma 2 ~ Najmi Fetih

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

“Mustahillah dia hidup balik. Kau jangan main-main Raziq, mana ada manusia yang dah mati hidup balik!”

Khai berang. Dia tidak kisah andai sahabatnya itu ingin bergurau dengannya. Tapi satu, jangan bergurau tentang lelaki yang paling dicintainya. Lelaki yang pertama menjentik hatinya, memberi semangat dan sentiasa ada dengannya sehinggalah dia berjaya tinggalkan jahiliahnya.

Tapi tak lama..

“Aku tak sangka kau buat benda ni Khai. Sejak bila?” tempik Raziq.
Khai yang terkejut dengan kehadiran Raziq yang tiba-tiba itu menggelabah.

“Kau pilih Khai. Aku, atau benda haram tu?” Soal Nafisah kepada Adawiyah, kakaknya.

Sampai hari ini, Adawiyah masih tidak dapat melupakan lelaki itu. Lelaki pertama yang dapat menarik hatinya. Tetapi malang, jodoh tak panjang. Lelaki itu meninggal dunia ketika ingin menyelamatkan seorang budak yang hampir mati terbakar di surau. Ya, Khai.

Kerna Syurga Bukan Percuma ~ Najmi Fetih

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Takkan nak ngorat awek tengah-tengah jalan kot bro? ni set-set tudung labuh pun kau minat?” tanya Khai.
“Bukan Khai.. Ni haaa dua perempuan pakai khemah atas kepala ni rasa dah besar sangat nak tegur aku. Hahahaha.” Gelak Is kuat, diikuti Hanif.
“Eh kau cakap baik sikit eh? Siapa yang kau cakap pakai khemah atas kepala?” marah Solehah. Darahnya naik setelah diperli sedemikian rupa.
“Takkan sebab tu je kau nak buang masa bergaduh dengan dua budak tak matang ni Is? Hanif? Come on la.” Kata Khai sambal menepuk bahu kedua-dua kawannya itu.

Khairul Rafeeq. Ya, mungkin melihat pada barannya dia seakan bukan manusia. Tapi satu; baginya perempuan bukan untuk dikasari. Orang selalu mengambil alih kerja Tuhan. Lantas, Khai dihukum Neraka oleh manusia yang memandangnya dengan penuh hina.

Hidayah, kerja Tuhan. Kita hamba, wajib percaya. Mudahnya menghukum, padahal kita perut tak pernah kosong. Selalu memaki, lupa bahawa aib sendiri bergunung tinggi.

Manusia tak jahat, it is the dose that makes the poison. Pain – changes people.
“Kerana Syurga bukan percuma. Sebab tu kena usaha.” – Khai.

Allah Kan Ada ~ Thebingkisanhati

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80
Buku ALLAH KAN ADA dikarang oleh empunya nama pena The Bingkisan Hati adalah sebuah buku motivasi yang mengumpulkan pesanan-pesanan selain coretan dan nukilan di dalamnya. Buku ini juga disisipkan dengan puisi dan kata-kata mutiara serta beberapa kisah pengalaman hidup agar lebih dekat dengan pembaca.

Setiap ujian dan musibah yang Allah hantarkan dalam kehidupan kita bukan disengajakan. Apabila diuji, kita hanya perlu cari jalan penyelesaian. Sepanjang proses kehidupan, akan ada pelbagai kesenangan dan kesusahan yang datang silih berganti. Jika mahu dihurai satu demi satu episod kehidupan, ia terlalu banyak untuk dipersembahkan. Tentang takdir, tentang kematian, tentang kehilangan, tentang penghijrahan dan pelbagai lagi ujian dan peringatan yang Allah hantarkan. Bersama semua itu, Allah turut hantarkan hikmah agar kita tahu bahawa setiap sesuatu yang terjadi di dunia ini bukan sengaja Allah biarkan kita melaluinya.

Penulis persembahkan buku ALLAH KAN ADA ini sebagai sebuah buku motivasi yang mampu mendidik pembaca untuk membuka mata dan menyingkap makna di sebalik kehadiran ujian dalam kehidupan kita. Selamat membaca buku ini. Moga ada ibrah dan kebaikan yang kalian temui di dalam buku ini dan semoga perkongsian di dalam buku ini mampu memberi manfaat kepada pembaca serta ladang pahala buat penulis.

Pemburu Hartanah ~ Abe Nazz

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40
Himpunan kisah benar dan ilmu teknikal asas pelaburan hartanah binaan pemaju.

Pemburu Hartanah adalah satu daripada dua jilid Daimyo No Sakuhin. Daimyo itu bererti Raja Negeri pada zaman Perang Sengoku di Jepun. Daimyo berkuasa penuh bagaikan seorang raja dan mengenali setiap inci tanah jajahannya.

Abe Nazz melabelkan dirinya sebagai Daimyo Setia Eco Park. Beliau meminati hartanah di jajahan Barat dan Utara Greater Kuala Lumpur (GKL). Yang menariknya, selama 15 tahun melabur dalam bidang hartanah, kesemua 14 hartanah beliau ialah hartanah dalam pembinaan (under construction / undercons).

Ibu dan bapa Daimyo Eco Park ini kedua-duanya ialah bekas guru sekolah. Maka, di sinilah datangnya kemahiran beliau untuk mendidik dalam susun atur yang ringkas tetapi padat.

Beliau sedar untuk melangkah jauh dalam pelaburan undercons, beliau perlu mencari enam lagi Daimyo dari kawasan jajahan lain. Setelah berjaya mengumpulkan enam Daimyo, beliau mula mengumpulkan pelabur-pelabur undercons yang tegar.

Awak Saya Punya ~ Cheritasis

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Gara-gara hendak membantu Owais dan Anina, Talhah dan Hanan yang tertangkap. Talhah pensyarah, Hanan anak murid. Sangka mereka itu sajalah hubungan mereka. Rupanya tidak. Mereka juga sepupu yang terpisah jauh gara-gara salah faham keluarga. “What’s your name?”

“Wan Hanan binti Wan Hanafee. Kenapa Mr. Talhah tanya?”
“Saja. Mungkin boleh praktis dari sekarang.”
“Praktis apa?”
“Praktis untuk sebut depan tok kadi.” 

Bagi Talhah apa salahnya dia kahwini Hanan, anak pak cik yang membesarkannya selama ini. Dia tak ada masalah. Tapi Hanan yang bermasalah. Bukan saja tiba-tiba dapat suami, tiba-tiba juga ayah yang dikatakan telah tiada hidup semula. Hanan tak boleh terima semua itu. Hanan tak boleh terima Talhah juga.

Tapi suami Hanan itu bijak orangnya. Talhah pergi goda dan menakal dengan Hanan sampaikan Hanan sendiri akhirnya telah jatuh suka kepada suami sendiri. Suka suami sendiri, tak salah kot. Tapi yang menjadi salah bila kawan baik Hanan, Anina, meminta suami Hanan.

Kata Anina alang-alang sudah berkawan baik apa salahnya mereka berkongsi suami macam berkongsi rumah. Tambahan pula Talhah sepatutnya jadi suami Anina. Jadi Anina nak menuntut haknya

Pujaan Hati Encik Bos ~ Aunie Ayunie

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Tak banyak yang dia mahukan dalam hidupnya. Fokus utamanya dalam kerja ialah mahu menolong bapak, emak dan adiknya di kampung. Kerjanya tak teruk, tapi yang teruknya ialah bila dia dapat bos yang garang macam singa.
Dinda Suhana terpaksa akur bila jawatannya ditukar menjadi pembantu peribadi Encik Fayyadh Ahnaf. Ya, namanya memang sedap. Tapi, perangai entah apa-apa. Pembuli nombor satu! “Saya nak awak panggil saya bos, faham?” Nampak tak perangai cipan dia? Tapi, Dinda tak mampu nak melawan. Rela dalam paksa, dia ikut juga arahan itu. Dia kan bos walaupun hakikat sebenar Dinda rasa nak berhenti kerja saja.

Tapi, bila Dinda kecewa dek cintanya ditolak Tuah, Encik Bos hadir bagaikan super hero. Menenangkan hatinya yang gundah dan dalam diam, Encik Bos berjaya cantumkan hatinya yang hancur berderai itu. Eh, apa dah jadi ni? “Dinda, tolong behave sikit boleh tak? Sekarang awak cuma boleh pandang saya sorang aje macam tu. Now, I’m your man.” Bila dah jadi kekasih, Encik Bos jadi lelaki paling manis bak madu. Setiap hari dia buat hati Dinda kembang bertaman-taman. Tuah datang meminta kasih yang dia buang dulu. Tak cukup dengan itu, Tumirah juga hadir menghuru-harakan hubungan mereka. Bila Dinda membawa diri, terbongkar pula sisi lain Encik Bos yang menjadikan dia lelaki paling spesial. “Saya cuma lakukan apa yang saya mampu untuk dapatkan awak secara gentleman. Awak pujaan hati saya.”

Tutor Terlajak Garang ~ Shazie Kamaruzaman

(SEM & SS) RM21.00 > RM18.50

Nama diberi Kayla Sofeeah. Studen degree part 3. Gagal dan kena repeat paper Statistik. Misinya, mencari studen senior untuk dijadikan tutor ASAP!

Nama diberi Adam Noah. Studen degree part 6. Gara-gara menfriend zonekan seseorang, hidupnya rimas dikejar seperti artis. Solusinya, mencari volunteer untuk dijadikan girlfriend olok-olok!

Noah jadi tutor Kayla. Kayla jadi girlfriend Noah. Kayla ingat bila dah ada tutor senanglah hidupnya. Tapi, makin haru adalah. Sudahlah Noah itu garang. Asyik nak membuli, maki, kutuk, perli orang saja kerjanya. “Paper ni paper repeat kut. Takkan kau tak belajar dari kesilapan lepas? Ni ada dua sebab aje ni. Satu, malas. Dua, bebal. Dalam kes kau, mungkin dua-dua.” – Noah

Love-hate relationship antara Noah dan Kayla buat masing-masing mula keliru. Adakah kisah tutor terlajak garang dengan studennya ini akan terhenti bila sem berakhir.

Friday 22 December 2017

Lakaran Hati ~ Izma Qahiera

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

“Ada ke tak?” – Izan
“Ada apa?” – Dina
“Boyfriend. Ada tak?” – Izan
“Tak ada. Jangan risau. Kalau ada yang cuba tackle saya, encik orang pertama yang akan saya beritahu.” – Dina

Izan tak terkesan langsung dengan gurauan itu. Dia bukan nak menggatal. Tapi itu memang soalan wajib untuk setiap pekerja baharu di tempatnya. Semuanya demi kelancaran kerja-kerja yang bakal dibuat nanti. Tapi…
“Kau okey tak ni?” – Izan
“Temankan saya balik kampung. Boleh tak Abang Izan?” – Dina
Dina terpaksa. Namun Izan menganggap itu satu kebetulan yang amat menggembirakan hatinya. Namun ketika ingin meluahkan rasa…
“Dina janji ya. Tolong jaga anak-anak akak.” – Fida
“Kak Fida cakap apa ni?” – Dina
“Akak nak pulangkan Abang Nazri pada Dina. Terima kasih sebab bagi akak peluang untuk bersama dengan dia.” – Fida
Hajat Izan tidak kesampaian. Hasrat murninya hanya mampu disimpan kemas dalam jiwa. Hanya lakaran-lakaran hati yang dia ada untuk mengubat kerinduan yang tidak bertepi. Mungkinkah bahagia yang dia impikan hanya mampu dilakar?

Mama Ekspres ~ Cici Aida

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Duda pemalu, mudah melatah; dialah Dini Al-Farid. Ada pula anak bijak dan petah seperti Dafi Wirdad, baginya hidup sudah cukup sempurna. Akan tetapi, apabila si anak tiba-tiba buat permintaan mengejut…

“Carikan mama untuk Dafi. Nanti papa ada kawan gaduh-gaduh bila Dafi pergi tuisyen.” – Dafi
Permintaan si anak buat hati Dini jadi kecut. Bila makin diam, makin merayu pula si anak. Dapat pula kawan baik seperti Ryzal yang suka menyakat.
“Kau dah sunat ke belum?” – Ryzal
Apa lagi, terjegil besar mata Dini untuk soalan tak masuk akal begitu. Bercakap senang, tapi agak susah pada Dini bila mahu mencari siapa yang layak menjadi pengganti. Sebaliknya mudah pada Sharifah Al-Zaherah, apabila calon menantu sudah dipilih. Nak menunggu Dini mencari, memang dia tak akan merasa dapat cucu ramai.
“Kalau tak cukup seksi, umi boleh carikan yang lebih seksi dari tu. Yang pakai bikini saja pun umi boleh dapatkan.”- Sharifah
Terbuntang lagi mata Dini dengar. Tambahan pula, bila calon isteri pilihan umi muda dan cantik.

Kunci Hati Hanim ~ Jaja Ahmad

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

“We’re connected not physically, but emotionally.” – Izzat
Hanya kerana bait ayat itu, IZZAT tegar melamar HANIM untuk dijadikan isterinya. Namun bukan semudah itu untuk seorang Hanim menerima lelaki yang baru dikenali.
“Beri saya peluang Hanim.” – Izzat
“Peluang apa?” – Hanim
“Peluang untuk jaga awak.” – Izzat
“Macam mana saya nak beri awak peluang sedangkan peluang itu tidak pernah wujud pun?” – Hanim
“Hanim…” – Izzat

Hanim yang kecewa… Hanim yang terluka… bukan hanya dalam kisah cinta, tetapi dalam kisah kehidupannya juga. Pelbagai kisah sedih terpaksa Hanim hadapi, tetapi Izzat tetap menghampiri dan menawarkan diri untuk melindungi.
“Ya, saya dah jelas tentang status awak. Tapi itu tidak bermakna yang saya sudah lupakan niat saya itu, Hanim. Saya masih nak jadikan awak isteri saya.” – Izzat
“Tapi kenapa saya?” – Hanim
“Tolong jangan tanya kenapa lagi Hanim.” – Izzat

Mazrik's Signorina ~ Aiza Qriselda (AQ)

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Kata Mazrik, dia ada lima orang adik. Kata Tia, sebab Mazrik tua lima tahun daripadanya, macam tidak beradab pula jika dia terus panggil lelaki itu dengan nama. Jadi mereka declare, MAZRIK adalah ‘abang’ dan TIA CLARISSA adalah ‘adik’.
Baik Mazrik mahupun Tia, masing-masing mengetahui yang mereka telah dimiliki. Mazrik, milik tunangannya sejak tiga tahun lalu manakala Tia, setia kepada Am yang sekejap ada sekejap tiada.

“Kak Suria sihat, abang?” – Tia
“Am bagi birthday present apa pada adik?” – Mazrik
Karakter Mazrik yang cool dan matang menyebabkan Tia selesa jadi diri sendiri tanpa perlu kontrol ayu. Di matanya, Mazrik bukan Am yang dia perlu berkelakuan sempurna. Mazrik adalah abangnya yang sentiasa menerima kekurangan dan kelebihan setiap adik-adiknya.
“Kalaulah kita berjumpa lebih awal…” – Mazrik
“Abang bila nak kahwin dengan Kak Suria? Jangan lupa jemput tau!” – Tia
Saat ada hati yang berubah, ada jiwa yang rasa terperangkap. Satu pihak cuba meluahkan, satu pihak berkeras menafikan. Bagi Tia, Suria terlalu baik untuk dikhianati dan dilukai. Jadi apabila Mazrik meletakkan syarat, dia sedaya upaya memenuhinya, asalkan pernikahan Mazrik dan Suria diteruskan. Ditegarkan hati menerima ketentuan Ilahi, namun mengapa mesti lelaki yang bernama Mazrik Hakimuddin muncul saat jari manisnya tersarung cincin milik Amir Hamzah?

Monday 18 December 2017

Kau Bunga Aku Kumbang ~ Sha Ehan

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Dijadikan ganti kepada hutang si ibu tiri, membuatkan Bunga Nur Mikayla nekad melarikan diri daripada pernikahan yang tidak direlainya. Membawa diri ke rumah ayah saudaranya, menemukannya dengan si kumbang yang bermulut laser.

“Bunga?” aju Fariz dalam ketawa.
“Bunga ya? Oh, hai, aku kumbang,” katanya sinis sambil senyum mengejek.
“Kumbang konon. Macam baja taik ayam adalah.”

Pertelingkahan mereka membawa kepada cinta. Namun ternyata cinta yang disangka sejati itu diuji jua apabila cinta Fariz beralih kembali kepada kekasih lama.

“Saya tak rasa dia ikhlas cintakan awak, Fariz.”
“Awak boleh baca hati dia ke?”
“Saya tak perlu baca hati dia. Cukup untuk saya tahu dia tak cintakan awak berdasarkan perangainya.”
“Perangai apa? Kay, kalau awak cakap macam ni sebab nak saya kembali pada awak, awak silap. Saya cintakan Emilia.”

Suka Awak Dari Dulu ~ Emma Mariam

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Adam Shahmin, seorang nelayan kampung. Anna Qaireena, bakal CEO Arena Holding.

15 tahun berlalu. Anna kembali semula ke kampung setelah dikecewakan teman lelakinya. Kepulangannya tanpa menyedari ada seseorang yang setia menanti dan tidak pernah melupakannya.

“Sebab awak Adam Shahmin. Seorang Adam yang pernah berjanji untuk jadi kawan saya sampai bila-bila.” - Anna
“Itu zaman kanak-kanak kita, Anna. Tak sama. Awak tak boleh nak samakan semua tu dengan sekarang. Keadaan dah tak sama macam dulu.” - Adam

Walaupun Adam cuba menafikan, hatinya masih mendambakan kehadiran seorang Anna. Pertemuan kali kedua itu membuka lembaran baru buat mereka. Mereka berkawan semula seperti tempoh masa 15 tahun tidak pernah memisahkan.

“Adam, awak bergurau, kan? Saya tak percaya. Macam mana awak boleh mencintai saya 15 tahun lamanya? 15 tahun, Adam. Tempoh itu terlalu panjang untuk awak simpan perasaan awak tu.” - Anna.

Sesuatu berlaku, menggugat kepercayaan Anna terhadap Adam. Walaupun telah memiliki Anna, namun Adam terpaksa meladeni kebencian Anna yang seakan-akan tiada berpenghujung.

Isteri Atas Kertas ~ Zaza Qry

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Abyana Ruzda ingatkan cintanya itu hingga ke akhir hayat. Rupanya hujan turun di tengah hari. Dia ditipu hidup-hidup oleh lelaki yang dia ingat akan menjadi khalifahnya hingga ke akhir hayat. Segala pengorbanannya tidak berbaloi selama ini.

Dua tahun Abyana Ruzda melarikan diri daripada lintah darat. Dia ingatkan dia hanyalah penjamin kepada pinjaman wang Wazir, rupanya dialah peminjam wang itu. Bertemu dengan lintah darat yang kacak membuatkan hati Abyana Ruzda berdebar kencang.

Jangan cari pasal dengan lintah darat, Abby!

Tapi, Encik Lintah Darat buat perjanjian melupuskan hutangnya yang banyak itu. Hampir berbuntang mata Abyana Ruzda apabila hanya ada satu saja syaratnya. Kahwin dengan Encik Lintah Darat a.k.a Rafeez.

“Aku tak ingin nak jalankan tanggungjawab sebagai suami kau. Aku cuma mahu surat nikah saja. Surat nikah tu yang penting.” - Rafeez
“Kalau macam tu sampai bila kita kena kahwin?” - Abyana Ruzda.
“Sampai bila-bila.”-Rafeez

Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Bicara Sifat 20 menghuraikan perkara-perkara asas dalam mengenal Allah SWT dan para rasul melalui pendekatan Sifat 20.
Ia disampaikan dengan bahasa moden, sederhana dan mudah difahami namun dalam masa yang sama mengekalkan isi dan kandungan seperti yang ada dalam kitab-kitab ilmu Tauhid dalam bahasa Arab atau tulisan Jawi.

KANDUNGAN
Bab 1: Umum
Pelajaran 1: Pengertian Ilmu Tauhid
Pelajaran Ke-2: Mabadi’ (Dasar-Dasar) Ilmu Tauhid
Pelajaran Ke-3: Fardhu Ain Paling Awal Ke Atas Setiap Mukallaf
Pelajaran Ke-4: Beriman Dengan Sifat-Sifat Allah Ta‘Ala
Pelajaran Ke-5: Ma‘Rifah
Pelajaran Ke-6: Hukum Dan Pembahagiannya
Pelajaran Ke-7: Pengertian Dan Perbezaan Antara Hukum Akal Dan Akal Hukum

Bab 2: Mengenal Istilah Dalam Ilmu Tauhid
Pelajaran 1: Zat Dan Sifat
Pelajaran Ke-2: Mengenal Makhluk
Pelajaran Ke-3: Tingkatan “Ada”/ Maujud Dan “Tiada”/ Ma‘Dum
Pelajaran Ke-4: Perbezaan Di Antara Ada (Wujudi) Dengan Sungguh (Tahaqquq)

Solat Mukmin VS Solat Muslim ~ Ustaz Muhammad Nasib Zawawi

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Buku SOLAT MUKMIN vs SOLAT MUSLIM dikarang oleh Ustaz Muhammad Nasib Zawawi bertitik tolak daripada keadaan semasa umat Islam di seluruh dunia terutamanya penderitaan umat Islam di Palestin, Syiria dan umat Islam Rohingya. Kenapa semua ini terjadi sedangkan akidah mereka sama dengan akidah kita. Sama-sama menyembah Allah. Adakah Allah tidak lagi menyayangi kita?

Berhenti menyalahkan Allah tetapi salahkan diri kita sendiri, umat Islam yang telah lama tidak menjaga hubungan kita dengan Allah SWT. Kita juga tidak bersungguh-sungguh mengabdikan diri kita kepada-Nya dan telah banyak pula larangan Allah yang kita kerjakan.

Melalui solatlah kita dapat memperbaiki hubungan rasmi kita dengan Allah SWT. Kita tingkatkan solat kita daripada solat Muslim kepada solat orang Mukmin. Daripada solat yang hanya mementingkan kuantiti kepada kualiti. Solat yang mengharapkan upah semata-mata kepada solat yang memberikan ketaatan dan cinta. Moga dengannya Allah pasti membantu kita umat Islam seluruh dunia untuk kemuliaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Insya-Allah.

Kapsul Iman: Satu Ubat Seribu Rawat ~ Ustaz Mohd Fadli Yusof

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00
Pernah suatu ketika, seorang pesakit datang kepada seorang arif, Sofyan r.m. Pesakit itu bertanya kepadanya, “Ya Sofyan, aku ini menderita penyakit jauh daripada Allah Taala. Tolong beri aku ubat penyembuhnya, ya Sofyan.”

Sofyan r.m, ulama yang arif itu lalu berkata kepadanya, “Ya saudaraku, hendaklah kau mengambil beberapa buah akar KEIKHLASAN, daun-daunan KESABARAN, dan perahan KERENDAHAN HATI. Letakkan semua dalam wadah KETAKWAAN, lalu tuangkan ke dalam cairan RASA TAKUT, kemudian adun dengan api KESEDIHAN.

Saringlah dengan saringan KEWASPADAAN dan kemudian ambil ramuan itu dengan tangan KEJUJURAN, lalu minumlah dari gelas ISTIGHFAR yang telah dicampurkan dengan air KESOLEHAN.

Sesudah itu jauhkanlah dirimu daripada RAKUS dan SERAKAH, insya-Allah, dengan izin Allah Taala, engkau akan SEMBUH daripada penyakitmu itu.”

PENULIS
Lahir pada 4 April 1967 di Lumut, Perak. Mendapat pendidikan di Qismu Dakwah Wal Qiadah Kuala Lumpur. Beliau berpengalaman berdakwah di Asia Tenggara dan Jepun. Beliau juga menyumbang kepakaran sebagai konsultan untuk program di beberapa agensi kerajaan dan swasta serta menjadi pembimbing umrah bersama Nexus Holidays Sdn. Bhd.

Raikan Cinta ~ Roza Roslan, Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Selamat Pengantin Baharu: RAIKAN CINTA – Pesanan Buat Semua merupakan anekdot pemikiran yang dicatatkan penulis tentang urusan perkahwinan, menantu, mentua, anak dan kaum keluarga melalui satu detik penting kehidupan manusia.

Ia berupa panduan dan pesanan-pesanan yang boleh dimanfaatkan khalayak. Salah satunya, bagaimana mengatur majlis perkahwinan yang patuh syariah.

Amat sesuai untuk bacaan bakal pengantin dan bakal mentua. Malah, sesuai dijadikan cenderamata untuk jemputan yang hadir pada majlis perkahwinan.
-----
Dengarlah pesanan ini duhai anak …
Jika hati sudah dimiliki, segera khabarkan kepada mama dan ayah. Biar keluarga berurusan dengan keluarga. Usah berkawan berlama-lama.

Thursday 14 December 2017

Objection ~ Rehan Makhtar

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

GERHANA pasti seketika. Setiap kesabaran akan diganjari. Aira hadapi hidup dengan penuh syukur bertemankan Zariq yang begitu jujur padanya. Tapi, suatu hari Zariq pergi tanpa sebarang pesan. Aira menangis. Kecewanya dia. Zariq kejam!
Namun, hidup perlu diteruskan. Aira terus tabah demi budi yang telah dia telan selama ini. Hingga pada suatu hari dia dibawa lari oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, Aira rasa dunianya yang selama ini sekadar gerhana; menjadi gelap-gelita.

“Aku hanya sebut nama Zariq. Tapi, aku tak cakap dekat kau dia pelukis. Kau siapa sebenarnya?” - Aira

“Aku adalah hakim yang akan jatuhkan hukuman pada kau, Aira…” - Zafiq

Dia sakiti Zariq? Tak! Zariq yang tinggalkan dia. Aira bingung. Atau salah Airin, adiknya? Tapi, kenapa nama dia yang lelaki bengis itu sebut?

“Oh, jangan risau. Aku tak ambil bekas orang!” - Zafiq

“Kau boleh kata apa saja. Tapi, kau tak boleh cakap aku ni bekas orang! Sepanjang hidup aku, kau orang pertama pegang kulit aku, tahu tak?” - Aira

Utusan Cinta Buat Adam ~ Myra Ameer

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Sibuk mengejar cita-cita, di usia awal tiga puluhan, Aireen masih menyendiri lagi. Puan Azra asyik mendesak tetapi jawapan Aireen tersangatlah mudah. Jodohnya masih tersesat entah di mana dan dia hanya menginginkan lelaki kaki masjid untuk dijadikan suami.

Adam Firdaus, umurnya juga sudah di ambang pertengahan tiga puluhan. Tapi Adam kata sekiranya ada perempuan yang berani melamarnya, dia akan terima.

Tiga kali ternampak Adam di Masjid Besar Kuantan, Aireen sudah terjatuh suka tetapi masalahnya, dia tidak kenal siapa gerangan orangnya. Sebaik mengetahui Adam adalah anak kenalan ibu saudaranya, Aireen langsung menyuruh ibu saudaranya mengirimkan utusan melamar Adam untuk dijadikan teman sehidup semati.

“Ermmm… Bakal isteri Adam tu macam mana orangnya?” – ADAM
“Kata tak kesah?” – HAJAH ROSNAH
“Memanglah tak kesah tapi mak dengan Ina buat Adam tertanya-tanya. Buruk sangat ke rupa dia?” – ADAM

Kekasihku Si Ratu Drama ~ Mona Rossa

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

“Kau rasa kalau aku nak tackle si Fattah Amin tu, logik tak?
“Sofi, banyak lagi lelaki yang kacak dekat dunia ni. Kenapa perlu Fattah Amin? Come on, dia tu kontroversi dengan Neelofa dan Fazura kut. Kau tu siapa je wey.”
“Fazura dengan aku, aku lagi cantik. Fazura dengan Neelofa, Fazura lagi cantik. So kau rasa?”
“Aku rasa kau ni dah gila. Followers Fattah Amin 2.4 juta kut. Kau tu, 100 followers je. Itu pun kau paksa follow back.”
“Kurang ajar kan mulut kau.” Sofi tergelak sendiri.

KERANA jiwa Aisyah telah mati, Sofia kembali berdiri. Menjadi drama queen memang makanannya. Mempermainkan lelaki adalah kepuasannya. Kekayaan adalah syarat utamanya dan perkahwinan adalah larangannya.

AMAR DARRIS. Dia terluka kerana Aisyah, dia bangkit kerana Sofia. Janjinya, membahagiakan wanita itu adalah pilihannya. Membuat wanita itu menangis adalah larangannya. Kerana cinta dia terpaksa sembunyi. Kerana takut kehilangan, dia terpaksa pendam dan kerana penipuan, dia dapat mengikat Sofia.

Haq Mawar ~ Anna Kay

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

“Ya Allah... kau orang dua laki bini ni pasaipa? Mula-mula Paan jumpa Haq tepi hutan nuh. Ni Mak Suri jumpa kamu tepi jalan. Gaduh laki bini ka?”
Aku melopong walaupun ada bait katanya yang tidak aku fahami.
“Betul Mak Suri, tapi... saya tak tahu kat mana suami saya sekarang ni. Mak Suri tahu?”
“Dia baru ja balik KL semalam. Dia tak tunggu Mawar ka?”
Aku menggeleng. “KL, Kuala Lumpur kan?”
Ketiga-tiga mereka berpandangan sebelum sama-sama mengangguk.
Ya Allah... syukur. “Kuala Lumpur tu luas tak?” Aku bertanya lagi. Aku lihat mereka keliru namun tetap mengangguk.
“Macam mana saya nak cari suami saya...”

SYUKUR, sekembalinya Mawar ke dunia realiti, dia masih kenal suami dan kisah Indera Kayangan. Cuma Haq a.k.a Dhiyaulhaq yang tidak mengingati alam sana. Dia seorang yang penuh rahsia…

Tuesday 12 December 2017

Chinta Untuk Ali ~ M. Mariann

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

KATA Ali, dia cintakan Uya sejak dari darjah satu.
Disakatnya gadis kecil itu sesuka hatinya.

"Chintaku.. Janganlah marah. Abang Ali nak buat kubu ni. Kubu cinta kita. Hehe. Nanti Abang Ali letak la balik. Chinta jangan marah na?" - Ali
"Chinta kahwin dengan Ali kalau tak ada yang nak kat Ali. " - Uya

TAKDIR membawa Uya pergi jauh darinya. Namun, janji Uya tidak langsung Ali lupa. Dalam diam Ali mencari. Dalam diam Ali melindungi gadis bernama Chinta Ulwiyya itu.

“Abang nak jadi pelindung Chinta. Abang nak bagi sebesar cinta buat Chinta abang. Abang nak jadi penawar luka di hati Chinta.”

“Abang Ali memang sentiasa menjadi penawar buat Chinta. Dulu, kini dan selamanya...”

SAYANG, cinta mereka tidak direstui. Uya tersepit antara cinta dan kasih ibu yang telah lama didambanya.

Aku Bukan Jurujual Cinta ~ Zura Fayyad

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

PERTEMUAN secara kebetulan antara Fawwaz dan Husna Nazihah ataupun dikenali sebagai Hunny tidak seindah yang disangka. Dan kalau boleh dielak, pasti Fawwaz akan rasa bersyukur kerana tidak perlu bertemu dengan gadis ego dan perasan bagus.
“Apa ni?”
“Baju Cik Hunny tu dah koyak. Takkan nak berjalan depan public dengan baju yang koyak tu? Lainlah kalau Cik Hunny tu bintang Hollywood yang suka tayang badan kat public...”
“Busuk tak jaket kau ni? Kalau busuk, kau simpan sajalah...”
“Biar jaket busuk, Cik Hunny. Jangan hati kita yang busuk dengan sifat angkuh dan bongkak.”

Namun dari insiden malang tersebut, mereka menjalin persahabatan. Dan daripada hubungan yang biasa-biasa, hati si gadis mula terpaut dengan karakter si jurujual. Tapi bukan senang untuk tackle hati si jurujual bernama Fawwaz. Hati si jurujual telah dimiliki oleh seseorang.

“Saya cintakan awak, Fawwaz!!!...”
“Saya minta maaf, Husna... Tapi cinta saya bukan untuk dijual beli. Saya bukan jurujual cinta yang begitu mudah memperdagangkan cinta saya kepada sesiapa saja termasuklah awak, Husna.”

Rahsia Diari Merah ~ Iman Fadia

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

ADAM, penyiasat persendirian separuh masa terjebak dengan kemunculan sebuah diari merah yang tiba-tiba dihulurkan kepadanya ketika satu kejadian di sebuah restoran. Perasaan ingin tahu yang membuak pada diari merah usang itu, telah mengheret Adam ke dunia yang penuh drama dan mistik.

HAWA, menjadi pelarian dan buruan diari merah yang disimpannya. Diari merah itulah yang membawa pertemuan Hawa dan Adam ke dalam kancah sihir dan dendam. Siapa sangka, penyiasatan Adam ke atas sebuah banglo putih di sebuah kawasan elit dahulu ada kaitan dengan diari merah itu. Diari merah yang menjadi bukti siapa dalang di sebalik kematian misteri mereka.
Kemunculan BENJAMIN, SAKINAH dan KAMIL, kawan satu sekolah dahulu telah menghuru-harakan penyiasatan Adam! Siasatan Adam telah membawa kepada pembongkaran misteri seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Mr. X. Siapakah yang sebenarnya menjadi dalang dalam kematian keluarga Hawa?

Lelaki Neraka ~ Asraf Shaari

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Iskandar yang baru sahaja bekerja di sebuah hotel mengalami gangguan pelik sehingga dia dituduh membawa sial. Kehilangan pekerja sehingga kepada kes kematian amat sukar untuk dirungkai seperti satu rantaian yang telah dirancang dengan teliti.
​Malik, seorang pemuda yang hidup sebatang kara menyara hidupnya sendiri dengan satu aktiviti yang di luar jangkaan fikiran waras manusia. Ilmu hitam seperti satu permainan bagi dirinya. Kekejaman tetap akan berlaku setiap hari selagi dia masih hidup.

“Semua ni sebab kau punya sial!” – ALYA
“Iskandar, percayakan Allah dan percayakan saya. Cuba tenangkan diri dan insyallah semuanya akan baik-baik.” – YUSUF
“Hari-hari memang kaya aku kalau daging tu laku. Kehkehkeh...” – MALIK
Yang pasti, dalang di sebalik semua kejadian amat hampir seperti musuh dalam selimut. Si pelaku bijak menyembunyikan sifat yang sebenar. Berjayakah Iskandar merungkai misteri kejadian aneh itu? Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam hal itu?

Bukan Sekadar Home Schooling ~ Khadijah Gani

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

Konsep bersekolah di rumah atau homeschooling mula menjadi pilihan rakyat Malaysia sejak konsep ini mula bertapak di negara ini 20 tahun yang lalu. Ada ibu-ibu berkerjaya yang memilih untuk meninggalkan alam pekerjaan demi memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak di rumah. Ketika bersama anak anak di rumah, akan bermulalah konsep homeschooling ini secara langsung dan tidak langsung kepada anak-anak.

Masalah Remaja Autisme ~ Fariza Md Sham, Manisah Mohd Ali, Zuliza Mohd Kusrin, Siti Nurlina Muhammad, Rosmawati Mohd Rasit, Salmihah Che Mud

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60
Autisme adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat. Kajian membuktikan bahawa dewasa ini berlaku peningkatan jumlah anak yang dilahirkan mengalami autisme. Anak- anak ialah insan istimewa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada ibu bapanya. Namun sejak kebelakangan ini, isu yang menjadi persoalan dalam kalangan ibu bapa dan guru adalah berkenaan perihal seksualiti yang di alami oleh anak autisme, terutamanya apabila mereka melangkah ke usia remaja.

Amalan Penghapus Dosa ~ Imam Ibn Al-Dayba'

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00
Harapan tertinggi seorang Muslim adalah meninggalkan dunia ini dengan senyuman yang terukir di wajah. Puas selepas mempersembahkan yang terbaik sepanjang hidupnya. Hari kematian menjadi saat yang paling dinanti-nantikan. Kedatangan malaikat maut akan disambut dengan gembira. Roh keluar ibarat seseorang yang hendak bercuti selepas penat bekerja. Buku ini menghimpukan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis, kalam ulama serta syair-syair berkenaan amalan menghapuskan dosa.

Kami melihat kitab ini amat wajar diterjemahkan sebagai pendorong kepada kita, umat manusia yang sering terpalit dengan dosa. Boleh dikatakan setiap hari kita melakukan dosa. Sama ada dosa dengan Allah atau yang bersangkutan dengan manusia. Tambahan pula, teknologi dan media yang tidak terbatas membuatkan umat masa kini lebih mudah terdedah kepada dosa.

Paradigma Baharu Guru Pendidikan Jasmani & Sains Sukan ~ Junaidy Mohamad Hashim

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.30

Penulis menerapkan teori konstruktivisme sebagai asas penulisan bagi mengenal pasti paradigma baharu yang perlu di miliki oleh setiap bakal guru serta guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. Model standard Guru Malaysia (2009) yang dibentuk berdasarkan Falsafah Pendidikan Guru (1982) dijadikan sebagai panduan dalam penulisan bagi menjelaskan profesionalisme keguruan bakal guru serta guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan.

Penulis mengupas mengenai saranan untuk meningkatkan tahap kesediaan, kesedaran dan profesionalisme bakal guru dan guru. Terdapat juga kajian-kajian berasaskan ukur lilit WHR, Amalan 7 Persepsi Corbin & Lindsey (1978) dan Bateri Ujian Prudential Fitnessgram®.

Seronoknya Belajar Scratch 2.0 ~ Hafizah Husain

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Kemahiran menulis aturcara memerlukan kemahiran komputasi, berfikir secara logik dan kemahiran untuk mencari penyelesaian kepada masalah. Scratch tidak hanya terhad kepada kanak-kanak. Para remaja boleh menggunakan Scratch untuk menghasilkan atur cara yang lebih kompleks. Ia juga boleh digunakan untuk berantara muka dengan papan pembangunan berasaskan mikropengawal.

Thursday 7 December 2017

Cinta Zara ~ Aein Dhiyauddin

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Perjalanan rumah tangga ZARA AULIA jauh berbeza dengan cerita dalam novel. Walaupun kahwin paksa, dia diulit bahagia. Namun entah di mana silapnya, dia diceraikan kerana orang ketiga.

“Kalau tak cinta kenapa mesti pura-pura mencinta? Kenapa manjakan saya? Kenapa layan saya macam permaisuri? Kenapa! Kenapa!”- Zara Aulia

Enggan dibelenggu kekecewaan, dia membawa diri.
Selepas bertahun-tahun dia kembali ke Kuala Lumpur untuk satu misi. Misi yang bakal merubah perjalanan hidupnya. Pertemuannya dengan seseorang membuatkan dia terkesima. Selepas bertahun-tahun, senyuman seorang jejaka menambat hatinya. Namun begitu, dia serik untuk menghulurkan cinta buat mana-mana lelaki.
Hati DANIEL HADEE sudah terpaut sejak kali pertama bertentang mata dengan Zara. Dia sedar sesuatu, pasti Allah menghadirkan bidadari cantik ini untuknya. Dia sanggup buat apa saja untuk menambat hati Zara.
“Awak jangan bagi hati awak kat lelaki lain. Saya nak terjun masuk dalam tu. Dan duduk dalam hati awak hingga akhir hayat saya.” – Daniel Hadee
Berkali-kali Zara menolak lamarannya. Tapi dia yakin, suatu hari nanti hati Zara bakal menjadi miliknya. Di sebalik penolakan Zara, dia tahu sekeping hati itu merindui secebis cinta seorang lelaki, namun kelukaan membuatkan Zara trauma.

Monday 4 December 2017

Impian Kasih ~ Anis Ashikali

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

NUR IDDYA MELISSA… Sungai Melaka yang gah menjadi tempat pilihannya untuk membunuh diri. Dia terlalu kecewa dengan cinta. Namun ada yang prihatin akan keselamatannya.

“Awak, jangan!” –Izdham
“Jangan awak berani-berani nak halang saya! Pergi! Saya tak ada urusan dengan awak!” – Melissa
“Awak tak takut dibaham buaya ke?…” – Izdham
“Buaya ke, tak buaya ke, saya punya sukalah nak buat apa pun!” – Melissa
UMAR IZDHAM SYAH… Gadis seiras Zooey Deschanel itu menjadikan dia sanggup merentasi gunung bersalji. Sejak pertemuan pertama yang tidak manis itu, tidurnya tak lena, makan tak kenyang dan mandinya juga tak basah. Sikap dingin dan beku Melissa tidak pernah mematahkan semangatnya.
“Awak nak apa sebenarnya ni Izdham? Saya rimaslah macam ni.” – Melissa
“Saya nak awak. Kita kahwin jom?” – Izdham
Saat huluran kasih Izdham Syah ingin bertaut, Melissa menepis sehabis usaha, serik maruah dan keluarganya dihina.
Berkali-kali Izdham mencuba. Namun tika hatinya yakin cinta gadis itu miliknya, dia diduga. Sangkanya Melisa berpaling pada memori silam. Tapi sebenarnya dia yang tersalah sangka.

Fail Rockefeller ~ Gary Allen

(SEM & SS) RM37.90 > RM33.40
Amerika Syarikat sememamgya memiliki sebuah keluarga yang luar biasa kekayaannya. kekayaan Biill Gates pun tidak akan tertanding dengan keluarga ini yang mampu menyara keturunannya selama beberapa generasi, keluarga itulah Rockefeller!

Gary Allen, penulis buku Rockefeller’s Files pernah berkata kekayaan dan kekuasaan mereka dapat menciptakan krisis kewangan global dalam waktu semalaman?

Jangan lupa, mungkin kali ini kita memahami ke manakah impian lain Rockefeller, Penaklukan Dunia dan New World Order.

Never Give Up! Allah Kan Ada ~ Ustaz Hanafiah Abd Malek

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Hidup ini ibarat roda yang berputar. Kadang berada di atas kadang berada di bawah. Hidup ini juga seperti laut. Adakalanya tenang, dan adakalanya bergelombang di hantam badai.

Itulah kehidupan. ..

Ujian dan musibah? Setiap orang akan lalui semua itu, sesuai dengan kadar kemampuannya. Itu janji Allah. Jangan pernah sekalipun berkeluh kesah dan berasa seperti dibebani. Jangan membiasakan diri selalu berfikiran negatif, kerana jika kita terus menerus dirundung rasa khuatir, maka sampai bilapun kita tidak akan boleh meraih apa yang kita mahukan. Yang ada hanyalah kegelisahan yang akan mendampingi kita, sedangkan kita perlu ingat bahawa kegelisahan itu adalah milik mereka yang selalu berputus asa. Dan Allah sangat tidak menyukai orang-orang yang cepat give-up.

Matla' Al-Badrain: Panduan Sempurna Ibadah Seorang Muslim Jilid 1,2,3 ~ Susunan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

(SEM & SS) RM100 > RM88.00

Ketebalan:
Jilid 1 – 368 halaman
Jilid 2 – 328 halaman
Jilid 3 – 440 halaman

Matla’ al-Badrain merupakan kitab fiqh yang terkenal di Tanah Melayu. Walaupun usia kitab ini sudah menjangkau lebih daripada 130 tahun, namun isi kandungannya tetap relevan untuk dijadikan rujukan utama generasi kini dalam beribadah. Naskhah ini telah disusun semula dalam tiga jilid dan dikemaskini oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk memudahkan lagi pemahaman pembaca terhadap istilah-istilah yang digunakan.