ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Saturday, 30 March 2019

Memori Inara ~ Sara Aisha

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

“I’m your husband.”

Semuanya bermula dengan pengakuan itu. Aku tiba-tiba menjadi isteri kepada Gibran Lutfi, lelaki yang tidak pernah aku kenal seumur hidup aku. Kata mereka, kami pasangan pencinta sejati. Sanggup mempertaruhkan nyawa demi satu sama lain. Kegilaan apa ini? Aku cuma ada tunang. Dan tunang itu bukanlah seorang Gibran Lutfi.

“Ara kehilangan memori empat tahun ini.”

Hilang ingatan? Drama apa yang sedang mereka main? Aku tidak percaya! Tetapi sayang, itulah hakikatnya. Aku tidak ingat apa yang berlaku sejak empat tahun yang lalu. Kata mereka lagi, semuanya gara-gara sebuah kemalangan.

Namun…

Benarkah ada kemalangan yang berlaku? Kenapa aku seringkali dihantui mimpi-mimpi menakutkan? Kenapa aku seringkali mendengar suara-suara aneh? Dan juga, kenapa aku selalu nampak dia berlumuran dengan darah?

Kepada Dia Dengan Cinta ~ Marissa

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Darlina:
-Kak long kawasan di rumah mak dan abahnya sahaja.
-Staf di bahagian sumber manusia sebuah kilang minyak masak.
-Tegas dan garang ketika bekerja sehinggakan mamat Bangladesh tidak berani mahu memanggilnya adik manis.
-Meminati seorang lelaki bernama Encik Naufal.

Naufal:
-Bukan anak emak.
-Ketua di bahagian pengurusan kilang minyak masak.
-Tidak suka menggatal dengan perempuan.
-Tidak suka coklat sejak kecil kerana emaknya berkata coklat diperbuat daripada tahi kambing.

Tiga tahun Darlina usyar Encik Naufal dari jauh. Meminati dalam diam ini susah rupa-rupanya. Angau tak bertempat. Nak-nak lagi bila orang yang diminati tiba-tiba menoleh ketika ‘projek mengusyar’ sedang dijalankan, habis tak tentu arah Darlina dibuatnya. Mulalah perasan seorang diri.

Hmmm... Susahnya kalau dalam hati ada taman ni. Rasa tak serupa orang. - Darlina

Akulah Si Heroin! ~ Syu Ariani

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Pernah tak anda bayangkan andalah heroin dalam sesebuah novel? Inilah yang berlaku kepada Aliya Jasmine. Dia pernah berangan dialah heroin dalam novel yang tersusun di balik cermin kedai buku.

Namun, angan-angan itu lenyap apabila pertama kali bertemu selepas bertahun-tahun tidak bersua muka, Aliya dan Haziq tetap menjadi seteru. Semuanya gara-gara stalker tegar Haziq yang menggunakan nama ‘Aliya J’ hingga tercetusnya salah faham di antara mereka.

“Kau memang miringlah. Kat Mikro, kau jadi Melur. Kat luar, kau jadi mental.” – ALIF HAZIQ

“Ha. Ha. Ha. Kau? Bidadara? Raksasa, yalah kut!” – ALIYA JASMINE

Disebabkan Suraya dan Farizul, si internet-internet tak bertauliah, akhirnya Haziq melamar Aliya.

“Jadi isteri aku, Aliya Jasmine. Let me be your man.” – ALIF HAZIQ
“Genetik gila sepatutnya dihapuskan. Aku tak nak kembangkan pula!” – ALIYA JASMINE

Namaku Khadijah ~ Pena Kayu

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Kibaran kain hitamnya sangat jelas. Sorotan mata hijau zamrudnya tajam. 12 tahun Khadijah menunggu Fahri. Apabila takdir menemukan mereka semula, hanya untuk membawa perkhabaran duka. Fahri telah dimiliki dan Khadijah berdepan cabaran. Cabaran yang bukan daripada tunang Fahri, tetapi kawan baik Fahri, Hafez.

"Saya tak marah kalau awak nak suka Fahri, tapi tolong, suka awak tu biar berpada-pada. Fahri dan Ariana nak berkahwin tak lama lagi. You get what I mean?" - HAFEZ

Khadijah cukup faham apa yang Hafez sampaikan padanya. Hanya Fahri yang tak faham situasi yang mereka hadapi sekarang. Fahri tidak habis-habis mendekatinya.

"Awak tahu kita berdua jauh dari perkataan kawan. Awak pun tahu dari hari pertama saya nampak awak, ada sesuatu yang mengikat kita berdua. Saya minta awak beri peluang pada diri awak dengan saya untuk bahagia." - FAHRI

Bidadari Tanpa Sayap ~ Ezza Mysara

(SEM & SS) RM32.00 > RM28.20

Maafkan aku, Deeja. Tolong jagakan adam untuk aku. - MAYA

Satu mesej ringkas daripada sahabat baiknya, Maya telah membuatkan hidup Deeja berubah 360 darjah. Anak kecil yang tidak berdosa terpaksa membayar harga kesilapan yang dilakukan oleh si ibu.

Atas dasar tanggungjawab, Deeja mengambil keputusan untuk menjaga Adam. Siapalah yang tidak jatuh sayang pada si comel itu? Kehadiran Adam telah merapatkan lagi hubungan Deeja dengan rakan sekerjanya Aali Jazimin yang sarkastik, misteri dan perahsia. Kedatangan Adam juga telah menyingkap satu rahsia AJ yang selama ini tersimpan kemas.

“Aku takut budak-budak. Aku ada pedophobia. Jadi jauhkan Adam dari aku.” - AJ

“What? Pedophobia? Astaghfirullahalazim... Aku tak sangka selama ni kau bernafsu pada kanak-kanak. Itu jenayah dan berdosa pula tu!” - DEEJA

“Woiii... Aku sebut tadi pedophobia bukan pedophilia, mangkuk!” - AJ

Bayang ~ Siti Khadijah

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Ungkapan itu tidak akan dilupakan oleh SYADI ARSYAD buat seumur hidupnya. Diserang, diugut dan dipukul oleh lelaki misteri membuatkan ketenangan hidup Syadi sebagai insan seni, terganggu. Tanpa alasan yang pasti, nyawanya diancam bahaya. Syadi ketakutan. Lantas, keputusan dibuat. Syadi harus diawasi setiap saat dan setiap waktu. Cadangan untuk mengupah seorang pengawal peribadi diterima oleh Syadi tetapi bersyarat.

“Aku cuma nak perempuan ni jadi bodyguard aku. Dia atau bukan orang lain! Itu keputusan aku. Titik!”- SYADI ARSYAD.

Keputusan yang dibuat oleh Syadi menimbulkan tanda tanya kepada semua pihak. Namun, keputusan itu merupakan satu peluang yang terbaik bagi AINAN YUSRA. Dibelenggu dengan hutang yang ditinggalkan oleh ayahnya, memaksa Yusra bekerja keras. Dia sanggup untuk menjadi pengawal peribadi kepada Syadi tanpa memikirkan maksud di sebalik tawaran itu.

“Aku tahu, banyak salah aku kepada kau dulu. Tapi tu waktu kita tak matang. Kau tak boleh libatkan perkara lepas dengan perkara sekarang. Kalau kau yang dulu bukan kau yang sekarang, aku pun sama. Aku tahu aku salah, aku minta maaf! Tak cukup lagi ke?”- AINAN YUSRA.

Sugar? ~ Rehan Makhtar

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Kerana dia seorang anak yang menurut kata, setiap apa yang ayah dan mama pinta, dia tunaikan. Termasuklah Haikal. Dia mencuba tapi kenapa Haikal pandang segalanya sia-sia? Haikal runtuhkan segala yang dibina dalam sekelip mata.

Hingga Nel ada. Nel adalah lelaki misteri. Sukarnya untuk dia rungkaikan apa yang ada dalam kepala lelaki itu. Nel yang begitu pandai berhujah. Penuh dengan prinsip hidup sendiri. Kerana itu, Edian mula hargai hati dan perasaan sendiri.

“Apa kata saya ponteng hari ni?” - Nel
“Nanti kena buang kerja…” – Edian
“Kena buang kerja tak apa. Jangan sampai kena buang daripada hati awak…”-Nel

Nel manis. Dia yang telah jadi hempedu dalam hidup Nel. Kembali menjadi milik Haikal, bukanlah sesuatu yang mudah namun dia tetap berusaha.

“Saya tak patut dekati awak. Meninggalkan luka di hati lelaki sebaik awak…” - Edian

Tetap Dia Dihati ~ Wan Nur Najihah

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

“Kalau aku tahu ni yang terjadi, kau ingat aku akan mulakan dulu? Kau tahu tak selama ni apa yang aku rasa bila ingat balik perbuatan aku? Aku rasa baik aku mati.”

FALIQ NAZRAN- Dirinya tidak sempurna. Didikan agama yang diberi terbang saat diri berada di perantauan. Hidupnya bahagia dengan setiap dosa yang dicipta. Tapi kerana satu kejadian, kesedaran yang muncul sekelip mata mendatangkan rasa insaf.

ZAFRAN- Kahwin? Perkataan itu lenyap sebaik dia memikul tanggungjawab menjaga si ibu yang lumpuh dan cacat. Tapi bila seru berkahwin itu muncul, demi kehendak si ibu dia redha.

“Bila awak dah jadi milik saya, saya tak akan sia-siakan awak. Saya sedar tanggungjawab saya bila saya ada isteri nanti. Walaupun kita tak pernah bercinta, saya akan cuba untuk sayang awak.”

AYUNI- Zafran adalah pilihan yang tepat. Walaupun berkahwin tanpa cinta dia bahagia dengan lelaki itu. Saat menyulam cinta, ujian terbesar datang melanda sehingga memutuskan hubungan mereka. Ayuni nanar saat sedar ada sesuatu yang berharga ditinggalkan Zafran untuknya.

Tuhan Berikan Aku Cinta ~ Sophilea

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Cinta itu satu anugerah memiliki atau tidak itu adalah takdir.
Pertemuan itu Cuma seketika di tengah bandar asing, hati Engku Fadhli jatuh cinta pada seraut wajah manis milik Nadia Arisya. Betullah kata orang cinta itu tak perlu ada sebab untuk memiliki dan di miliki kerana cinta itu unik ia hadir tanpa pernah kita sedari. Tanpa perlu memandang siapa dia atau siapa aku.

“Rom tak di bina dalam masa satu hari, Engku Fadhli.” Nadia mengerling. Salji memutih di tengah bandar England menjadi saksi pengakuan cinta dari Engku Fadhli Badlishah.
“Ya begitu juga dengan cinta Nadia pada saya. Tak akan muncul dalam sesaatkan? Saya sanggup tunggu meski berapa lama pun.”
“Kita tak sekufu.”
“Darah saya juga merah bukan biru atau kuning. Pangkat dan darjat Cuma daki dunia yang tak akan kita bawa ke mati.”

Keikhlasan Engku Fadhli buatkan Nadia menerima lelaki itu menjadi imamnya di tengah bandar England meski di tentang keluarga Engku Fadhli. Takdir juga menentukan Nadia pulang ke tanahair bersama Engku Fadhlina benih cinta dari Engku Fadhli yang telah pergi buat selamanya. Bertahun-tahun Nadia menyelusuri hidup dalam kenangan yang tak pernah putus. , meski sekejap dia menjadi seorang makmum buat Engku Fadhli.

Bangkitkan Aku Kembali ~ Sophilea

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

100 tahun lalu Suri di bawa lari oleh Musa di bantu oleh Mbah Timah ke negara seberang kerana tidak mahu di kahwin kan dengan penjajah Inggeris. Namun di Bukit Tinggi Suri jatuh cinta pada Hendra dan menghawini lelaki itu. Musa berdendam dengan pertolongan iblis yang di bela Mbah Timah Musa bunuh Hendra dan Suri pada satu malam. Namun dia terpaksa ikut syarat yang di tetapkan.

“Syarat kedua kepala dan tubuhnya harus di pisahkan. Di tanam berasingan. Darah dari kepalanya harus di tadah dan di berikan pada aku untuk santapan makhluk itu. Kalau ingkar kau akan terima balasannya. Ingat Musa aku mahukan kepalanya dan darah dari kepalanya. Kitas ama-sama dari Seberang. Aku yang bawa kau dan Suri ke mari.”

Musa mungkir janji kepala Suri di bawa pulang ke tanah melayu. Sejak itu Mbah Timah menjadi hamba kepada iblis peliharaannya. Anak Suri dan Hendra yang menyaksikan kejadoan itu nekad untuk membalas semua perbuatan Musa. Dia akan kembalikan kepala Suri kembali untuk di bangkitkan jasadnya.

Fairytale ~ Puteri Nor

(SEM & SS) RM33.00 > RM29.00

Tiga jiwa - Sofie, Ajmal dan Emry yang pernah terperangkap dalam cinta tiga segi diuji lagi selepas menamatkan pengajian di England. Sikap mementingkan kerjaya Ajmal, egonya, serta persepsinya tentang peranan dan kuasa suami sering buat Sofie berkecil hati.

“Is the feeling over? Is the magic gone?” –SOFIE
Sewaktu trekking di hutan Thailand selepas tamat tugasan luar negara, Ajmal yang bertempur dengan kumpulan penyeludup diisytiharkan terkorban.

Hamil, Sofie tinggal bersama ibu mertua. Ditakdirkan Tuhan, semasa ditimpa kemalangan, dia dibantu oleh Emry.

Tamat edah Sofie, Siah yang melihat Emry sebagai pengganti Ajmal meminang Sofie di luar pengetahuan Emry. Demi mertua, anak-anak dan dendam, Sofie menerima. Tetapi, Emry dilayan seburuk-buruknya.

Berang, mamanya, Zainab nekad memberi Sofie pengajaran. Derita zaman remaja Emry yang diketahui selepas kemunculan adik tiri juga buat Sofie menilai diri.

You Can Call Me A Monster! ~ Aein Dhiyauddin

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

NUR HASNUL HISHAM – Seorang duda, baru kematian isteri. Menyalahkan dirinya sendiri atas kematian isteri dan anak mereka. Larut dalam kesedihan dan penyesalan hingga berniat mahu membunuh diri.

NAJLA ATIKAH - Kelihatan seperti gadis biasa tetapi dia seorang luar biasa kerana mampu melihat apa yang orang lain tidak boleh nampak. Dia digelar monster kerana suka menjerit dan menengking tanpa sebab. Tiada kawan lain melainkan SUFIAN dengan HANA.

“Adoi... Sakitlah. Kenapa kau jentik telinga aku.” - HASNUL

“Aku jentik hantu yang bergantung kat telinga kau tu.” - ATIKAH

Pertemuan pertama HASNUL dan ATIKAH, bukanlah sesuatu yang indah untuk dikenang. Atikah ternampak ‘hantu’ yang menyamar sebagai SOFEA, menghasut lelaki itu untuk membunuh diri. PUAN AIDA, ibu Hasnul merayu Atikah agar menyelamatkan anaknya.

“Tak ada perempuan lain ke, ma? Tengoklah pakaian dia ni. Macam ni nak jadi isteri?” - HASNUL

Maya ~ Iman Fadia

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

ADI seorang wartawan jenayah yang sering membuat liputan dan melaporkan berita jenayah telah terjebak dalam dunia penyiasatan setelah berlakunya kes bunuh diri satu demi satu. Setiap mangsa bunuh diri telah meninggalkan satu tanda pada lengan. Mangsa dikatakan telah mengalami rasukan dan diganggu satu makhluk hitam yang menyebut nama MAYA sebelum membunuh diri dengan cara yang cukup ngeri.

“Cuba kau tengok betul-betul. Torehan tu macam membentuk satu huruf. Aku pada mulanya memang tak ambil port pasal ni.” – ADI

Dengan bantuan JOHAN, rakan satu universiti, Adi mendapat tahu yang adiknya, AMZAR adalah bakal mangsa bunuh diri yang terakhir dan semua itu ada kaitan dengan satu rahsia yang disimpan kukuh oleh Amzar dan tiga kawan rapatnya dulu.

“Adi, aku rasa, kau kena tanya Am. Kenapa dia dan kawan dia jadi mangsa. Kau kena paksa Am cerita! Kalau dapat tahu sebabnya, senang kau nak selesaikan hal ni.” – JOHAN

Mr Racer Encik Mekanik ~ Zura Rahman

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Syarat-syarat pertaruhan :-
Leanne: Tak boleh call/text/jumpa Adrian selama sebulan.
Jude: Tak akan jumpa/flirt perempuan selama sebulan.
Jika Leanne menang : Jude tak akan jumpa/flirt selama sebulan lagi. Leanne boleh jumpa Adrian.
Jika Jude menang : Leanne tak boleh jumpa atau cakap dengan Adrian dan terpaksa ‘date’ Jude selama sebulan.

Ternyata Leanne terpaksa date dengan Jude selama sebulan selepas kalah dalam pertaruhan itu. Leanne, si gadis yang nampak lurus, seperti rambutnya yang lurus. Personalitinya jauh berbeza dengan abangnya Leo dan daddynya yang terlibat dalam dunia permotoran.

Jude, sebut sahaja namanya dalam dunia perlumbaan haram, semua orang kenal. Dialah the king of street racers. Malah, gelaran ‘player’ sinonim dengan lelaki itu. Semua orang tahu. Kerana fizikalnya dan juga perangai bad boynya. Perempuan pula berderet sekeliling pinggang.

Friday, 29 March 2019

My Mr. Nanny ~ Dhiyana

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Nama Uncle, Ryan. Ali boleh panggil Uncle Ryan.” – ULTHAF DARYAN

Perkenalan singkat itu membuatkan Ryan dan Ali semakin rapat dan mesra. Dan melalui Ali juga lah Ryan bertemu semula dengan Aileen, selepas enam belas tahun berpisah. Rasa yang sekian lama terpendam di dalam hati terasa kembali segar dan menggebu.
Demi untuk Ali, Ryan sanggup bertukar menjadi Mr. Nanny. Menemani dan melayani Ali setiap hari tanpa jemu. Tumpahnya kasih dia pada Ali melimpah ruah. Aileen yang melihat kemesraan itu mula menyulam perasaan bahagia. Dia mula menagih rahsia hati Ryan yang sekian lama terpendam.
“Awak nak saya cakap apa lagi, Aileen? Yang saya sukakan awak… sayangkan awak… cintakan awak… sejak dari dulu lagi sampai lah sekarang. Begitu?” – ULTHAF DARYAN
“Hey, jiran sebelah. Terima kasih… untuk rasa yang ada di hati kita.” – AILEEN UFAIRAH

Friday, 15 March 2019

Mutiara Hitam ~ Tiffirah

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Caramu berbicara, kalimatmu, kata-katamu, aku masih igat setiap darimya. Kau kata aku adalah masa depanmu jadi aku memberikan segalanya, namun kini aku adalah masa silammu. - TEJA

Setelah menghabiskan waktu denganmu, seperti yang dijangka aku mengucapkan selamat tinggal. Aku tidak memiliki apa-apa pun, sekarang aku membiarkan air mataku mengalir. Aku tidak bisa mengambil sehari bahkan sejam untuk merindukanmu. - TUAH

Berlayar mengenderai angin, ku bentangkan layar ini. Berusaha memejamkan mata meskipun permukaan air terus berkocak. Bunga bermekaran dalam kegelapan, rembulan berada di atas permukaan laut. Di tempat rahsia ini, adanya Mutiara hitamku yang indah. Dialah mutiara hitamku. - JEBAT

My Precious Iris: Legacy Edition 2 ~ Melur Jelita

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut !

Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan askan dari gelombang. Manusia adlah apa yang mahu dipecayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?

"kaya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua oarang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persingahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!"- FIRMAN

Wednesday, 13 March 2019

Asalkan Dia Bahagia ~ Hani Fazuha

(SEM & SS) RM29.00 > RM26.10

Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira. Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia ‘harus’ mengahwini Haris Aryan demi ‘membawa pulang’ Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu perlu atas nama membalas budi. Situasi menjadi lebih payah apabila orang yang dia anggap abang itu rupanya mencintai dirinya. Tapi, jalan untuk berundur ke belakang sudah tiada.

“Dira isteri aku, Ikmal.” Suara Haris tegang.
“Dan dia juga adik aku,” Balas Ikmal, juga dengan suara tegang.
“Kau tak perlu jadikan alasan adik untuk menjadi orang ketiga dalam rumah tangga kami.”

Haris hantar pandangan penuh makna pada si isteri. Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Dan lebih payah apabila antara mereka suka percaya pada telahan hati sendiri.

Tuesday, 12 March 2019

8 Surah Pilihan ~ Umar Mukhtar, Hafizudin Saad

(SEM & SS) RM7.00 > RM6.30

Al-Quran itu, jika boleh kita katakan, ialah penyembuh, penghidup hati yang mati, dan pemberi ketenangan kepada jiwa yang gundah. Maka kami menyusun lapan surah-surah daripada al-Quran ini, tanpa menafikan kehebatan surah-surah yang lain. Dengan harapan sebagai silibus rohani kepada pembaca yang mengharapkan perubahan positif dalam kehidupan.

Surah-surah yang disusun ini memiliki kelebihan tersendiri terutama pada pengajaran, kisah tauladan dan hikmah-hikmah yang tidak terhitung banyak kepada mereka yang berakal. Bukan sedikit para sarjana mengamalkan surah-surah lazim ini sekali pun sebahagian hadis-hadis fadilatnya berstatus daif. Namun mereka menganggapnya sekadar silibus kehidupan dan jadual peningkatan iman yang dengan membaca, meneliti dan mengamalkan ajaran al-Quran, mereka memperoleh dan manfaat yang tidak terhitung.

Hanya Aku ~ Sharina Elisa

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

RIZ…

Aku suka conteng muka orang. Conteng-conteng sampai hasil dia gempak. Tapi ramai orang tak percayakan aku. Kalau bukan kerana Mai, member aku yang ayu plus comel tu, confirm butik pengantin kami ni akan lingkup.

Rakyat Malaysia ni kolot ke apa? Mereka ingat aku ni tomboi, tak reti nak bagi impak kebabom? Sekali aku mekap muka dia orang, meleleh air liur tak percaya. Itulah, jangan judge orang tak pakai mata.

“Dunia makin hari makin maju. Macam tu juga dengan mekap. Kalau kau still nak kekal ilmu mekap yang lama tanpa pembaharuan, lingkuplah!” – RIZ

MAI…

Aku selalu ada masalah nak yakin dengan penampilan aku. Aku rasa aku gemuk padahal, aku cekeding. Aku… Anoreksia nervosa.

Pemburu Bahagia ~ Hidayahtulhusra

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Diterima bekerja sebagai personal assistant di Black Knight Home Design mempertemukan Afifa Fitiya dengan tujuh orang jejaka dengan karakter dan personaliti yang berbeza.

Nazhirul Hanif yang panas baran dan workaholic; Abid Muttaqqin yang tenang dan penuh dengan karisma; Halim Zahidin yang kacak dan kebudak-budakkan; Nabil Amin yang sentiasa ceria dan menghiburkan; Adnan Syafi yang perfectionist dan memiliki senyuman yang manis; Ariqqin Naufal yang rajin dan sukakan dunia fotografi dan fesyen; dan Affan Sadid yang pendiam dan penuh dengan rahsia.

Pertemuannya dengan tujuh jejaka itu mengajarnya erti persahabatan, kekeluargaan, bahagia dan derita, kesabaran, kesetiaan dan kasih sayang. Segala suka dan duka, jerih dan perih dapat dihadapi dan diharungi selagi mereka bersama.

Semua Untukmu ~ Adry Tihani

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

“Saya takkan lupakan awak. Saya takkan lupakan wajah awak. Saya akan cari awak dulu, sebaik sahaja saya pulang ke Malaysia. Saya janji.” ADI FAKHRI.

“Saya akan tunggu awak balik.” NAJIHAH.

Najihah dan Adi Fakhri bertemu ketika mereka masih di bangku sekolah di Langkawi. Perpisahan terjadi apabila keluarga Adi Fakhri terpaksa berpindah ke luar negara. Najihah yang merupakan anak yatim dan tinggal di Rumah Nur terpaksa ditinggalkan Adi Fakhri dengan hanya satu janji.

Masa berlalu…

Kekangan hidup mula merekahkan suatu jarak antara Adi Fakhri dan Najihah. Anak-anak Rumah Nur dipisahkan secara paksa dan Najihah dibawa pergi jauh dari pulau itu. Hidupnya kini bergantung kepada ihsan orang lain, namun dia tetap berpegang kepada janji Adi Fakhri. Janji itulah yang membawanya pulang semula ke Langkawi. Semuanya hanya untuk Adi Fakhri.

Masa Peliharalah ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Masa boleh menjadikan sesebuah masyarakat dan negara maju terkehadapan dengan pembangunan high technology dan menjadi kuasa besar dunia. Penyusunan masa, time-management, quality times sangat penting untuk diwujudkan dalam diri setiap individu terutama bagi mereka yang ditaklifkan untuk memegang amanah dan tanggungjawab.

Buku ini menceritakan:
Betapa masa sangat penting untuk diuruskan dalam kehidupan
Menganalisis kepentingan memelihara masa dari pelbagai sudut pandang sama Al-Quran, Al Hadis dan juga pada pandangan para Ulama’
Ia turut menyajikan pelbagai kisah-kisah yang sangat mengujakan tentang bagaimana tokoh-tokoh hebat dunia memelihara masa.
Mengandungi nasihat dan panduan yang sangat beguna dan praktikal untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi: Mawaqifnya ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM17.00 > RM15.00

Syeikh Mutawalli Sya’rawi dilahirkan pada 15 April 1911/12 Rabiulakhir 1328H di Daqadus, daerah Mit Ghamir, Negeri Daqaliyyah, Mesir. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Mutawalli Sya’rawi Husaini yang nasab keturunan bapanya sampai kepada Husain bin Ali ra. Beliau dibesarkan di kalangan keluarga petani namun kedua orang tuanya terkenal sebagai orang yang soleh dan mulia.

Baitulmaqdis: Bumi Berkat ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60
Terdapat beberapa persoalan yang mungkin kita tertanya-tanya:
1. Apakah keistimewaan kota BaitulMaqdis
2. Bilakah kota Baitulmaqdis mula dibina?
3. Apakah peranan Saidina Umar. R.A, Salahuddin Al-Ayyubi dan juga Sultan Abdul Hamid II dalam mempertahankan kota suci ini?
4. Apakah fatwa ulama’ berkaitan penjajahan Zionis Israel terhadap bumi Baitulmaqdis?
5. Apakah reaksi dunia terhadap tindakan Donald Trump yang menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel?

Mukjizat Nabi Muhammad s.a.w: Insan Luar Biasa ~ Jaafar Salleh

(SEM & SS) RM25.90 > RM22.80

Mukjizat Muhammad SAW adalah kemampuan luar biasa yang dimiliki Nabi Muhammad SAW untuk membuktikan kenabiannya. Dalam Islam, mukjizat terbesar Muhammad SAW adalah Al-Quran.

Namun, kita jarang-jarang didedahkan dengan kejadian dan peristiwa aneh lain yang terjadi kepada Nabi Muhammad SAW. Antara yang dipaparkan dalam buku ini ialah tentang kejadian semasa Baginda dilahirkan, peristiwa-peristiwa aneh yang dilalui sepanjang usia Baginda dan ramalan-ramalan peristiwa yang bakal terjadi pada akhir zaman menjelang kiamat dan lain-lain yang boleh didapati dalam buku ini.

Menyingkap Kenikmatan Keindahan Syurga ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.30

Keindahan dan kenikmatan di syurga tidak dapat digambarkan oleh akal manusia fana. Pelbagai kisah tentang syurga sering diceritakan dalam berbagai surah Al-Quran sebagai tempat keabadian berupa Jannah (taman yang indah atau kebun) yang terdapat sungai-sungai mengalir dibawahnya.

Allah s.w.t berfirman: “Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa ialah seperti taman mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tidak henti-henti, sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwan; sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.”

Membongkar Rahsia Kiamat ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM39.90 > RM35.10
Banyak tanda-tanda kiamat sudah muncul. Kalaulah esok kiamat, apa persediaan kita? Banyakkah amalan kita? Sempatkah kita bertaubat? Yang pastinya, kiamat itu akan tiba.

“Sesungguhnya hari Kiamat itu tetap akan datang (yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya) supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan”. [Thaha:15]

Buku ini membentangkan dua aspek berbeza tentang soal kiamat dari aspek persepsi yang ditimbulkan oleh sains dan aspek realiti yang ditimbulkan oleh firman dan sabda. Teori-teori sains fizik, pandangan sains tentang kiamat, teori evolusi bintang dan sebagainya juga turut diceritakan bagi memperlihatkan keluasan minda tentang kiamat yang wujud sekitar kita.

Monday, 11 March 2019

Mawar ~ Anis Akhir

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Sembilan mawar kucari...
“Nama saya Mawar Zulina.”

Lapan dari darah sendiri...
“Kenapa tok ma masukkan dua aje bunga mawar tu? Kan ada lagi tujuh botol.” Aina pelik.
“Dua bunga mawar tu aje yang elok. Yang lain belum kembang cantik lagi. Tapi, macam boleh buat untuk sebotol lagi ni,” jawab tok ma dengan senyuman misteri.

Satu lagi liar berduri...
Tiba-tiba satu suara gemeresik lagi halus kedengaran. Merdina mula cuak. Bulu romanya naik mencacak. Peluh-peluh mula terbit. Pelbagai andaian liar mula menapak di fikirannya. Perlahan-lahan Merdina meninggalkan dapur dengan degupan jantungnya yang mula laju mengepam darah ke seluruh tubuh.

Sanggup kutuntut sampai mati...

“Waalaikumussalam. Hati-hati di jalan nanti. Kalau ada yang nak tumpang jangan berhenti,” pesan gadis kaunter.
Terus berubah riak pada wajah masing-masing selepas menerima pesanan

Buruk ~ Shukriah Rodzi

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Nazman disahkan menghidap penyakit hypertrichosis melalui sudut perubatan moden. Tetapi, menurut Nek Mah, dia terkena sumpahan mawas yang diwarisi daripada datuknya.

“Apa pantang larang yang atuk langgar?”
“Atuk tertembak seekor ibu mawas yang sedang bunting hingga mati.”

Beberapa orang model telah mati dibunuh dengan kejam. Sesuatu yang menjadi misteri ialah model yang dibunuh itu kesemuanya adalah duta iklan produk syampu. Kepala mereka dicukur hingga botak dan rambut mereka hilang.

“Syaratnya, kena bunuh sembilan wanita cantik dan ambil darah mereka. Kemudian sapu di seluruh tubuh dan muka. Cukup sembilan orang, semua bulu-bulu itu akan gugur dan hilang. Rupa kamu akan kembali ke paras asalnya.”

Siasatan pihak polis menemui jalan buntu apabila tidak menemui klu yang boleh membawa mereka kepada penjenayah kecuali satu, lembaga yang membunuh itu menyerupai mawas.

CEO Depan Mata ~ Nor Hasnida

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Kahwin dengan CEO?
Itu memang impian Rania, tapi sekadar impian kosong saja kut. Siapa yang tak pernah ada impian, kan?

Tapi, bila dia betul-betul dipinang CEO, Rania blur.
OMG? Biar betul ni? Impian dia dah jadi kenyataan ke?

Bukan sesuatu yang mudah untuk Rania hadapi saat dia tahu lelaki yang dia kenal selama ini adalah CEOnya sendiri. Hampir saja Rania putuskan pertunangan dengan Carl gara-gara lelaki itu tidak pernah bercerita tentang siapa dia sebenarnya. Sangkanya Carl hanya mahu mempermainkan dia.

“Aku tak pernah nak mainkan kau. Kau yang salah faham pasal aku.”
“Oh, jadi awak nak kata semua ni salah saya. Ya, mungkin saya salah sebab tak dapat cam awak, tapi kenapa awak tak berterus terang dengan saya saja?”
“Sebab aku takut kehilangan kau, Rania.”

Cinta Pandang Pertama ~ Cahaya Ainn

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“I don’t have a groom.”
“I can be yours...”
“Setuju tak?” Sekali lagi Akhbar bertanya.

OMG! Adakah Akhbar sedang melamarnya?

Ditinggalkan di malam pernikahannya sendiri membuatkan Adalia tekad membawa diri ke bumi Kashmir. Tujuannya hanya satu. Untuk mengubati luka di hati. Namun, dia tak menyangka yang kedatangannya ke Kashmir bakal membuka cerita cinta yang baru dalam hidupnya. Pertemuannya dengan Akhbar yang secara tidak sengaja, berjaya membuahkan bibit cinta dalam hati Adalia.

Akhbar, lelaki Kashmir yang mempunyai darah Melayu benar-benar membuatkan Adalia jatuh cinta lagi, buat kali kedua. Layanan Akhbar yang istimewa di mata Adalia, membuatkan Adalia turut merasakan yang Akhbar juga punya perasaan terhadapnya sehinggalah kemunculan Malika, sepupu Akhbar, menyentap Adalia daripada mimpi indahnya.

Thursday, 7 March 2019

133 Sejarah Wira Terbilang ~ Abu Mazaya Al-Hafiz

(SEM & SS) RM80.00 > RM70.40

Buku ini adalah terjemahan dari karya agung "Rijal Haula Ar-Rasul" oleh Dr.Khalid Muhammad Khalid yang mengandungi sejarah 60 sahabat Rasulullah s.a.w. clan diberi tambahan sehingga 133 Sahabat Rasulullah s.a.w. Terbilang. Sesungguhnya sejarah mereka dipenuhi dengan nilai-nilai suci dan luhur yang patut dijadikan teladan bagi umat Islam.

Hati mereka yang kuat dalam memegang iman sehinnga tidak tergoyahkan oleh sebarang pujukan dan tipu daya kaum kafir, roh clan semangat jihad yang tinggi sehingga rela mengorbankan nyawa dan harta bench. Kekuatan dan kerajinan dalam beribadah, serta kezuhudan dan budi pekerti mereka yang gugur dalam Perang Badar al-Kubra, Perang Uhud yang menggerunkan, Perang Yamamah dan Perang Nawahand.

Karya ini sangat sesuai dibaca oleh semua peringkat umur untuk dijadikan iktibar dan lampu penyuluh bagi menjalani kehidupan moden yang penuh dugaan serta cabaran. Ianya juga wajar dijadikan rujukan bagi pelajar sehinggalah di pusat Pengajian Tinggi memandangkan penulis dan penterjemahnya yang cukup berkelayakan.

Tuesday, 5 March 2019

Berikan Aku Sebutir Bintang ~ Norra Hassan

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Kata Adhara, dia tidak akan menuntut hak sebagai sebagai isteri.
"Walaupun I tak minta cinta, I minta you berlaku setia." - ADHARA

Pinta Altair, jangan jatuh cinta kepadanya.
"Aku tak akan jatuh cinta dengan kau. Aku hanya mahukan Nazira." - ALTAIR

Demi menyembunyikan aib dalam perut, Adhara mencari seorang suami. Demi melindungi Nazira yang dicintai, Altair rela mempertaruhkan diri walaupun nanti si kekasih bakal membenci. Atas persetujuan bersama, akad dimaterai.

Mereka yakin bahawa bersatu dalam pernikahan, berdua dalam kamar bahkan saling berkongsi tempat tidur tidak akan menghadirkan cinta dalam hati. Yang mengikat hanya persetujuan dan perjanjian yang ada tamat tempohnya.

Namun, akibat fitnah... mereka terpisah dan menjauh. Adhara memilih pergi. Altair hidup dalam teka-teki.

Kurelakan Yang Indah ~ Arniza Idayu

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

“Lina, mulai esok kau tak payah lagi buat kerja teruk-teruk tu. Sepatutnya kau anak dara ni, jaga badan, jaga muka. Bukan buat semua kerja tu. Tengok lengan kau tu, berurat. Entah jantan mana yang suka dekat kau. Dah la perangai mengalahkan jantan.” – PEAH

Sinis kata-kata itu membuat dia berfikir… sampai bila ujian datang tanpa berhenti menguji diri? Membesar bersama Tok Mek dalam keadaan serba kekurangan membuatkan Adlina dlilingkari masalah keluarga yang tiada berpenghujung.

Kadang-kadang, bila kesabaran menipis, dia menyalahkan takdir. Tapi, ada Tok Mek yang sentiasa memberi semangat, sentiasa mengingatkan hal yang baik-baik.

Namun, kehadiran dan kesungguhan Ziyad membantu Adlina bagaikan telah menyuntik satu perasaan halus di hati Adlina.

Sulit rasanya menyatakan cinta kepada si dia kerana sedar kekurangan diri. Takut lelaki yang jatuh cinta kepadanya, tidak dapat menerima kenyataan pahit hidup bersama dengan wanita bernama Adlina. Tapi, bukan Ziyad namanya jika tidak dapat menakluk hati sang bunga yang mula memberi warna pelangi di hatinya.

Carl Faliq ~ Nurwahyu

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

“Ana, saya tahu awak marahkan saya.” – CARL FALIQ
“Habis tu, takkan awak nak saya ketawa dan tepuk tangan dengan gembira?” – ANA AISHA

Demi sebuah misi, Faliq terpaksa akur yang jalan perpisahan adalah terbaik untuk mereka. Bukan hati sudah tidak sayang, tetapi dia tidak mahu episod hitam yang pernah menimpa Camelia dulu berulang. Episod itu telah menyebabkan Camelia dibunuh dengan kejam.

Jauh beribu batu di bumi Brazil, Carl Faliq masih meneruskan misinya. Misi menumpaskan kumpulan Peter yang masih gagal dilakukannya. Namun, siapa sangka takdir semakin menguji apabila muncul kembali si gadis yang masih bertakhta di hati. Gadis yang kini memegang status tunangan orang.

“Kambing awak nak panggil saya?” – CARL FALIQ
“Yalah! Kambing berjanggut! Kambing takutkan air. Sebab tu awak malas mandi!” – ANA AISHA

Perkara lebih menyesakkan hati lelakinya, bila tunang Ana Aisha adalah Hardy Zafran. Bagi Hardy Zafran pula, kedatangannya ke Brazil bukan untuk si gadis. Tetapi, ingin menuntut kembali permata berharga yang berada di bawah jagaan Carl Faliq.

Berjayakah Carl Faliq meneruskan misinya menumpaskan kumpulan Peter? Terbelakah kematian Camelia?

Siapa pula yang akan menjadi pilihan hati Ana Aisha setelah segala rahsia terbongkar?
Carl Faliq yang sentiasa menghantui dirinya atau Hardy Zafran yang mula bertaktha di hatinya?

Akad Dua Hati ~ Zan Zarida

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Utuhkan hatiku buat dirinya...

‘Berkolaborasi’ dengan Zain Arash sampai lelaki itu sanggup memberi cincin? Ingat bercinta ni sama dengan berbusiness? Peliknya, Miya Adeena tidak sedar bagaimana boleh terpikat dengan lelaki itu.

“Tak baik marah-marah. Jom kita pergi masjid kat depan tu. Hari ni kita dirikan solat, siapa tahu hari lain kita dirikan masjid pulak.” ~ Zain Arash

Begitu pun, Miya memulangkan cincin itu kerana mahu Arash menghantar rombongan rasmi. Malangnya sebelum lelaki itu tahu hal sebenar, dia terlibat dalam kemalangan. Adiknya, Haris meninggal di tempat kejadian sementara isterinya parah. Empat bulan berlalu, tiba-tiba Miya menerima berita Arash berkahwin dengan bekas adik iparnya. Meskipun terluka, Miya reda dan memulakan kehidupan baharu. Namun, kehadiran jejaka ofis sebelah membuat dirinya libang-libu.

Koc 13 ~ Naim Tamdjis

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Raiqal, pengembara mistik berada di Stesen Kereta Api Dabong yang terbiar sejak pembinaan rel baru pada tahun 2030. Tujuannya hanyalah satu, menaiki Koc 13 yang akan membawa dia ke dunia lain. Pertemuan dengan Aiman Aklaken, penulis seram bestseller antarabangsa di stesen yang sama untuk menaiki Koc 13 membawa mereka mengembara ke dunia penuh misteri.

Bermula dengan tiket bertulisan Jawi yang datangnya entah dari mana hinggalah kemunculan Koc 13 tepat pada waktunya menyebabkan Urban Legend yang dianggap khayalan semata kini berada di hadapan mata mereka. Koc 13 yang tiada pemandu membawa mereka ke dunia khayalan seperti Pengkalan Kubur menentang kerasukan zombie, menghadapi ahli sihir tua, menghadapi perang robotik dan tinggal semalaman di dunia hospital berpuaka. Mereka harus melepasi cabaran itu atau tetap terperangkap di dunia berpuaka itu selama-lamanya.

Tafsir Surah Al-Mulk dan Juzuk 29 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00
Surah al-mulk (kerajaan)
Seluruh Kerajaan Ada dalam Tangan-Nya
Keindahan Langit
Takut kepada Tuhan yang Ghaib
Keindahan Burung-burung Terbang
Cita-cita yang Tetap Hidup

Surah al-Qalam (PENA)
Tinta dan Pena
Jangan Salah Pertimbangan
Niat Jahat
Akibat Niat yang Salah
Orang yang Masuk Perut Ikan

Surah al-Haqqah (hari Kiamat)
Apa Dia Hari Kiamat?
Kiamat Datang
Apabila Kitab Datang Dari Kanan!
Apabila Kitab Datang Dari Kiri!
Laa Uqsimu

Tafsir Surah Al-Kahfi dan Juzuk 15 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Surah al-Isra (perjalanan malam)
Isra dan Mikraj Nabi s.a.w.
Al-Isra
Tentang Masa Terjadinya
Kejatuhan Bani Israil
Akhlak Muslim (I)
Khidmat kepada Ibu Bapa
Kaum Keluarga dan Fakir Miskin
Akhlak Muslim (II)
Zina
Harga Nyawa
Harta Anak Yatim dan Keteguhan Janji
Kejujuran Berniaga
Jangan Hanya Menurut Saja
Jangan Sombong
Menghadapi Kaum Musyrikin
Dinding Pembatas
Memilih Kata-Kata
Satu Negeri Dibinasakan
Mukjizat
Permusuhan Iblis dengan Manusia

Tafsir Surah Al-Waqiah dan Juzuk 27 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00
Surah Az-Zariyat (angin berembus)
Balasan di Hari Pembalasan
Renungan untuk Mencari Keyakinan
Tentang Nabi Ibrahim
Tentang Nabi Musa
Tentang Bumi dan Langit
Tentang Manusia dan Jin

Surah At-Tur (bukit)
Apa yang Diamal Itulah yang Didapat
Mari Cuba Terangkan!
Mari Teruskan Penerangan

Surah an-Najm (bintang)
Tutur Nabi Ialah Wahyu
Di Sidratil Muntaha
Dakwaan Kamu Hanya Sangkaan
Orang yang Mementingkan Diri Sendiri
Kekuasaan Allah Maha Luas
Peringatan!

Tafsir Surah Yasin dan Juzuk 23 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

SURAH YASIN (YASIN)
Tiga Orang Utusan Allah
Kisah Lelaki itu
Menilik Kekayaan Allah Dalam Alam
Peredaran Falak
Keindahan Laut
Bila Kiamat Datang
Sesalan Allah Terhadap Anak Adam
Al-Quran Bukan Syair
Binatang Ternak
Perhatikanlah Asal Kejadianmu!

SURAH AS-SAFFAT (Yang Berbaris-baris)
Barisan Malaikat
Kejadian Malaikat
Penderitaan
Tolak Bertolak Kesalahan
Tanya Bertanya Penduduk Syurga
Pohon Zaqqum?
Cerita Nabi Nuh
Cerita Nabi Ibrahim (I)
Ibrahim dan Berhala-berhala Kaumnya

77 Resipi Kek lapis Sarawak ~ Noy Yullan

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00
Terdapat penambahan resipi yang diambil dan diolah daripada resipi kek lapis yang lama. Ada resipi tahun 80-an, 90-an, dan awal tahun 2000. Sukatan resipi lama ditukar mengikut sukatan standard (gram, cawan, dan sudu metrik) kerana sukatan lama agak sukar diimplimentasi.

Antara kandungan:
Kek Lapis Diva
Kek Lapis Idola
Kek Lapis Coklat Cheese
Kek Lapis Masam Manis
Kek Harimau Malaya
Kek Lapis Tembikai Cheese
Kek Lapis Siakap Keli
Kek Lapis Cadbury
Kek Lapis Mint, Coklat, dan Cheese
Kek Lapis Mutiara Kasih
Kek Lapis Oreo Cheese
Kek Lapis Tropika
Kek Lapis Tuan Anas Mikael
Kek Lapis Rainbow Cheese
Kek Lapis Ppali-Ppali
Kek Lapis Coco Pie
Kek Lapis Strawberi Bintik

Penunggang Agama? ~ Wan Ji Wan Hussin

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20
1. Fitnah Adalah Dosa
2. Apabila Fitnah Dijadikan Perniagaan
3. Penjenamaan Sunnah untuk Perniagaan
4. Makanan Sunnah
5. Air Jampi
6. Politik Jenama Agama
7. Kesan Politik Berjenama Islam
8. Penjenamaan Negatif Atas Nama Agama
9. Berniaga Dengan Ibadat
10. Ambil Upah Baca Al-Quran Kepada Si Mati

Gula-gula Awan ~ Azlan Andi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Menceritakan tentang Saffran, seorang anak penjaja gula-gula kapas tetapi berimpian besar! Semasa dia tegar mengejar impiannya sehingga ke Universiti Oxford, secara tidak sengaja dia telah terjebak dengan sesuatu yang tidak disangka sehingga mengancam keselamatan nyawanya!

Pertemuan Saffran dan Rosemary walau berbeza fahaman memutik cerita manis yang penuh ibrah. Apakah pengakhiran kisah ini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...