Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 30 November 2015

Kek Batik: Himpunan 30 Resipi Kek Batik ~ Natasha Effyzal

Variasi 30 resipi kek batik dari pelbagai bahan. Kek Batik bukan sahaja terdapat dalam rasa manis. Jangan terkejut, kek batik boleh juga diolah bagi mendapatkan rasa pedas.

Tunggu apa lagi, dapatkan buku ini bagi mengetahui 30 resipi kek batik yang mudah dan menarik.

ISI KANDUNGAN
1. Kek Batik Coklat
2. Kek Batik Aiskrim
3. Kek Batik Bluberi
4. Kek Batik Oreo
5. Kek Batik Nestum
6. Kek Batik Kurma bersama Sos
7. Kek Batik Cherry Clayfoutis
8. Kek Batik Badam
9. Kek Batik Salami
10. Kek Batik Agar-agar
11. Kek Batik Kopi
12. Kek Batik Panna Cotta
13. Kek Batik Rice Krispies
14. Kek Batik Horlick
15. Kek Batik Cream Cheese
16. Kek Batik Cheese Blueberry
*****
(SEM & S/S) RM6.50 > RM5.70

Ayahku ~ HAMKA

Cuma saya harus menjaga satu perkara yang amat penting, iaitu kecintaan anak kepada ayah, sekali-sekali jangan hendaknya saya lupa akan keadilannya, sehingga saya menulis tentang kebaikannya dengan berlebih-lebihan - HAMKA.

Inilah riwayat hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah, perjuangan dan pengorbanannya menegakkan syiar Islam di Sumatera.
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Enziklopedia Solat: A-Z Tentang Solat ~ Dr. Nik Yusri Musa

Membahaskan serba-serbi tentang solat. Direka dalam bentuk dalamannya yang mesra pembaca dan mudah difahami. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda, dan jadual. Gaya bahasa yang mudah, ringkas dan santai. Menggunakan kitab rujukan yang muktabar. Antara kandungan menarik:

• Falsafah Solat
•Tip Khusyuk Solat
• Wudhuk dan Tayamum
• Praktikal Solat Lelaki dan Perempuan
• Solat Berjemaah
• Solat Rukhsah
• Solat Sunat
• Soal Jawab Solat
• Solat Khauf
• Solat Jenazah, dan banyak lagi.
*****
(SEM & S/S) RM60.00 > RM52.80

Kun Anta Muaddaban: Rasulullah ajar... Jadilah Orang yang Beradab ~ Ustaz Zulkarnain Dollah

RASULULLAH AJAR...JADILAH ORANG BERADAB

Menghuraikan 31 ADAB seorang Muslim yang mudah dan praktikal. Dihuraikan berdasarkan al-Quran dan hadis dan pandangan ulama. Berbentuk isi-isi penting yang ringkas dan padat. Antara adab yang dimuatkan:
Cara tidur dan bagun yang betul mengikut sunnah.
Adab makan dan minum.
Adab berguru.
Adab dengan haiwan
Adab dengan tumbuhan
Adab dengan buku.
Adab menggunakan telefon.
Adab melancong.
Adab bersahabat... dan banyak lagi.
*****
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Fiqh Medic ~ Fauwaz Fadzil Noor

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG DAPAT DIMANFAATKAN DARIPADA BUKU INI :

*Selari dengan perkembangan teknologi yang telah menemukan pelbagai kaedah dan metodperubatannya,penulis cuba menampilkan kebersamaan fiqh dalam setiap permasalahan yang diutarakan.

*Bertunjangkan dalil dan hujah daripada al-Quran,hadis serta koleksi fatwa daripada para ulama dan badan fatwa,ia dengan sendirinya meningkatkan lagi kualiti buku ini.

*Penulis mendatangkan kesimpulan dan pandangan yang amat baik setelah memnbentangkan setiap permasalahan dengan penuh tertib dan tersusun,selain cuba meraikan setiap permasalahan berdasarkan konteks atau situasi yang biasanya berlaku dalam masyarakat di Malaysia.

*Fakta kemas,padat.ringkas dan sangat memadai untuk memberi kefahaman kepada orang awam.
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Himpunan Tazkirah Canteek! ~ Ustaz Hj. Kamil Hj. Sidek

Buku Himpunan Tazkirah Canteek (HTC) Mengemukakan pendekatan dakwah secara santai atau lebih kepada catatan travelog dakwah yang menjadi trend masa kini. Fresh, catchy, trendy dan terkini.

Buku ini dihasilkan untuk memberikan kemudahan kepada para pendakwah, pentazkirah, pengkuliah, penceramah agama, asatizah, guru-guru, ibubapa dan individu untuk menjadi bahan mudah guna, mudah baca, mudah faham dan mudah kongsi bagi maksud dan tujuan menyampaikan sesuatu ilmu kepada mad'u (golongan sasaran). Tajuk yang pelbagai, rencam (related by issue) meliputi bab akidah, ibadah, akhlak, muamalah dan sebagainya menjadi pilihan (alternative) untuk pembaca sama ada untuk manfaat diri sendiri atau untuk perkongsian manfaat ilmu dengan orang lain.
*****
(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam ~ Dr. Faszly Rahim, Dr. Wan Nasurudin Wan Abdullah, Prof. Dr. Aminah Abdullah

Makanan ialah bahan yang digunakan bagi menyediakan sokongan nutrisi untuk tubuh badan manusia. Biasanya ia terdiri daripada tumbuhan dan haiwan, dan mengandungi nutrien penting seperti lemak, protein, vitamin dan mineral. Bahan ini dimakan oleh organisma dan diserap oleh sel-sel badannya untuk ditukarkan kepada tenaga, mengekalkan kehidupan dan merangsang peetumbuhan.


Bagi mencapai natijah optimum daripada sumber makanan yang diambil, Islam mengajar umatnya tentang pemakanan yang baik. Ia boleh diertikan sebagai gizi yang halal dan mendatangkan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia. Alangkah indahnya agama ini, bukan sahaja menunjukkan jalan supaya memilih makanan yang baik kepada jasmani bahkan menyuruh agar memastikan ia benar-benar halal demi menjaga aspek rohani.



MENGAPAKAH ANDA PERLU MEMILIKI BUKU "INDAHNYA PEMAKANAN & PERUBATAN ISLAM"
*Dapat menghayati kebesaran Allah SWT menerusi ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW tentang tumbuhan dan makanan.
*Memperkenalkan maklumat baharu tentang dunia tumbuhan yang berada disekeliling kita.
*Boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar dalam menghasilkan kajian dalam bidang berkaitan.
*Menyediakan panduan kepada para pengamal perubatan alternatif.
*Perkongsian maklumat bersama seisi keluarga dan rakan-rakan.
*****
(SEM & S/S) RM70.00 > RM61.60

Friday 27 November 2015

Isteri Untuk Diiktiraf ~ Nurfaza Alisya

“Awak ni dah gila ke apa? Saya pun tak inginlah nak kahwin dengan awak ni. Sudahlah perangai macam harimau, muka macam burung belatuk. Memang malang betul!” – Safiyya

“Eh, sekali aku petik jari, berduyun perempuan yang datang tahu. Tak adalah aku nak kahwin dengan perempuan macam kau ni.” - Tengku Wildan

Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya adalah lelaki yang pernah memerangkapnya sewaktu dia bekerja di Hotel Mahkota Royal. Safiyya terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie demi Tok Aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya menutup mata.

Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti. Safiyya yang suka melawan kata-kata Tengku Wildan akhirnya terpaksa menurut kata-kata lelaki itu yang pandai mematahkan setiap kata-katanya. Sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya benar-benar sakit hati. Tetapi, bila lelaki itu meroyan tiba-tiba, dia mula pening kepala.

“Aku baru nak tag nama kau untuk share kata-kata daripada Ustaz Nazmi Abdul Karim ni. Nabi sebut dalam hadis, makruh seorang suami tidur keseorangan tanpa isterinya. Nak pahala senang aje. Peluk bini pun satu pahala. Mulai malam ni, nak tidur malam aku nak peluk kau.”

Dia Putera Mahkota ~ Cahaya Ainn

“Awak ni serius sangatlah. Macam nak angkat sumpah untuk ditabalkan sebagai sultan Indera Mahkota pulak.”

“Kalau betul saya jadi sultan Indera Mahkota, awak nak tak jadi permaisurinya?”

“Awak jadi putera mahkota dulu, baru saya fikirkan.”

Pertemuan tanpa sengaja antara Dahlia Sophia dan Shah aka Tengku Shah Putra di Kota Paris telah mengubah hidup mereka. Dahlia ke Paris setelah kematian tunang tercinta manakala Tengku Shah Putra pula ‘lari’ ke Paris kerana rimas dengan desakan bondanya tentang bakal permaisuri Kerajaan Indera Mahkota. Di Paris, Tengku Shah Putra yang menyamar sebagai rakyat biasa mula menyedari yang dia sudah jatuh cinta kepada Dahlia, gadis misteri yang dia temui di kota Paris. Namun, hati Tengku Shah Putra hancur berkecai apabila Dahlia mengaku yang dia tunangan orang.

“I found you. At last.” ~ Tengku Shah Putra.

Berbulan lamanya Tengku Shah Putra menanggung rindu kepada Dahlia, mereka akhirnya bertemu tanpa sengaja di majlis pertunangan Suria, sepupu Dahlia. Di saat hati Dahlia sudah hampir terbuka mahu menerima Tengku Shah Putra, rahsia identiti lelaki yang hanya dikenali sebagai Shah itu akhirnya terbongkar. Shah sebenarnya putera mahkota Kerajaan Indera Mahkota!

Wednesday 25 November 2015

Beduk Diketuk Lagi Vol 2: ~ Pahrol Mohd Juoi, Nik Wafdi

Buku ini merupakan susulan buku Beduk Diketuk yang telah empat tahun berada di pasaran. Walaupun konsep dikemukakan masih sama namum mesej dan persoalan yang dikemukakan lebih luas dan menyeluruh.

Cerita-cerita dan huraian dalam buku ini disampaikan secara penuh hikmah: berkisah dalam tarbiah, mengejutkan bersulam kiasan dan membuat teguran bersalut gurauan. Agar segala yang berat mudah difahami dan diaplikasi serta mesej-mesej sarat tarbiah mampu dihadam secara santai oleh pembaca.

Beduk perlu diketuk untuk meneydarkan dan memberi peringatan kepada umat manusia. Beduk Diketuk Lagi pastinya bukan untuk menyakitkan, tetapi untuk menyedarkan. Semoga buku ini mampu memberi peringatan selaras firman Allah

"Berilah peringatan kerana orang Mukmin akan mendapat manfaat dari peringatan"

Mudah-mudahan beduk diketuk akan mampu untuk didengar oleh hati, akal dan perasaan kita agar kita mampu berubah ke arah lebih baik.
*****
(SEM & S/S) RM26.00 - RM22.90

Tanyalah Pakar Tentang Fiqh Dental ~ Dr. Wan Noorina, Dr Nik Salida Suhaila, Dr. Wan Abdul Fattah

Dengan rasa syukur kepada Allah, buku Tanyalah Pakar Tentang Fiqh Dental ini kami dapat sempurnakan serta terbitkan buat bacaan para pembaca yang dikasihi. Buku ini sudah tentu sangat bernilai bagi mereka yang sedang mencari-cari informasi berkaitan penjagaan kesihatan gigi. Tidak terhenti setakat itu, buku ini turut disertakan amalan sunah serta saranan Rasulullah SAW dalam menjaga kebersihan gigi, seterusnya dilengkapkan dengan beberapa hukum hakam berkenaan rawatan moden yang menjadi persoalan ramai.

Para penulis cuba menyentuh soal merancang rawatan pergigian, seterusnya diakhiri dengan soal jawab fiqh pergigian yang diselitkan dengan sunah Rasulullah SAW dalam menjaga kesihatan gigi. Justeru, para pembaca bukan sahaja dapat menjaga kesihatan diri semata-mata bahkan dapat memelihara kebersihan diri mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan supaya bersih diri dan iman.

Buku ini sudah tentu sesuai dijadikan antara bahan bacaan utama, bukan sahaja disebabkan ditulis oleh golongan profesional yang berpengetahuan dalam bidang berkaitan, bahkan penulisan berkaitan kesihatan gigi ini sangat jarang beredar dalam bacaan masyarakat kita, biarpun tidak dinafikan kepentingannya dalam tradisi ilmu Islam

MENGAPAKAH ANDA PERLU MEMILIKI BUKU INI
Dilengkapkan dengan beberapa hukum-hakam berkenaan kaedah rawatan moden yang menjadi persoalan ramai
Menggunakan laras bahasa yang mudah difahami meskipun kadang kala diselitkan dengan istilah sains dan fiqah
Kompilasi lebih 50 soal jawab persoalan pergigian yang sering menjadi tanda tanya
*****
(SEM & S/S) RM20.40 > RM18.00

Nota Jutawan Nota Perniagaan Online ~ Irfan Khairi

*Mengemukan maklumat dan huraian menarik mengenai perniagaan Internet yang perlu diketahui dan dikuasai oleh mereka yang berhasrat menjalankan perniaggan Internet.

*Memberikan panduan dan tip berguna bagaimana untuk menguruskan perniagaan Internet secara berkesan.

*Dipersembahkan secara padat,ringkas dan santai serta mampu menarik minat pembaca.
*****
(SEM & S/S) RM18.00 - RM15.80

Stres? Islam Ada Penawarnya ~ Mohammad Zaini Yahaya, Dr. Mohd Sukki Othman

Buku ini mesti dimiliki kerana:
  • Memberi panduan dan tip-tip berguna kepada individu supaya dapat mengawal tekanan perasaan yang dialami dengan bijak dan secara positif. 
  • Menghurai cara mengatasi stres yang berkesan secara islam.
  • Menyertakan doa-doa yang boleh diamalkan oleh individu untuk mengelakkan stres 
*****
(SEM & S/S) RM15.00 - RM13.20

Dalam Hati Ada Syurga ~ Umar Muhammad Noor

Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Ingatlah, dalam jasad manusia terdapat seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh badan akan menjadi baik. Apabila daging itu tidak baik, maka seluruh badan akan rosak. Ingatlah, daging itu ialah hati.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, demi menjaga, memelihara dan sentiasa memulihara hati kita, buku “Dalam Hati Ada Syurga” ini wajar dimiliki oleh pembaca kerana:
- Dakwah santai yang disampaikan mudah diserap dalam hati dan insya-Allah menjadi penggerak kepada transformasi diri dan gaya pemikiran;
- Disertakan dengan nasihat sebagai pedoman untuk melakukan perubahan diri;
- Boleh dijadikan motivasi kepada semua peringkat pembaca untuk sentiasa mencontohi keperibadian para ulama terdahulu.

Buku ini juga sesuai digunakan sebagai bahan bacaan tambahan buat semua peringkat pembaca, dalam sesi pembelajaran dan pengajaran kelas serta ketika sesi usrah keluarga. Semoga buku ini mampu menjadi kesinambungan dakwah yang berterusan dalam usaha menggalakkan seluruh masyarakat mengamalkan budaya membaca. Kongsikanlah kebaikan buku ini kepada sesiapa sahaja agar usaha dakwah kita tidak berhenti pada satu tahap sahaja.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Monday 23 November 2015

Cinta Awek Despatch ~ Kynn Latif

“Bos ingat saya nak percaya ke yang bos sukakan saya? Saya belum gila lagilah nak percaya kalau ada lelaki yang jatuh cinta pada saya.”

Iwana Kyrana aka Key, nama yang tidak seindah personalitinya. Dia seorang gadis kasar yang bekerja sebagai despatch bagi menampung kehidupannya. Namun, takdir hidupnya mula berubah apabila terjebak dengan dua orang lelaki yang tidak pernah termimpi oleh akalnya yang waras.

“Iwana, saya sayangkan awak. Saya cintakan awak lebih daripada dia cintakan awak. Percayalah...”

Irfan, tidak pernah sekali dia terfikir untuk jatuh cinta dengan gadis kasar itu. Dalam suka membuli gadis tersebut, tanpa sedar perasaan suci itu mula bercambah sedikit demi sedikit. Sehinggakan dia tidak boleh menafikannya lagi.

“Jadi girlfriend saya.”

Muaz Hakimi, pertemuan antara dia dan Key bukanlah dirancang. Mereka bertemu tanpa disangka. Daripada seorang kawan akhirnya dia mula menyayangi gadis itu melebihi yang sepatutnya.

Di saat janji antara mereka mula terpateri, datang fitnah yang melanda sehingga membawa Key pergi meninggalkan kedua-duanya. Masa berlalu, Key kembali semula dengan wajah yang baru. Irfan dan Muaz Hakimi kembali merebut cinta gadis despatch itu. Siapakah yang bakal memenangi hati si gadis? Irfan? Muaz?
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Thursday 19 November 2015

Baju Kelawar, Bedak Sejuk ~ Izawati Eni

Eh, Apa sangat kisah hidup suri rumah sepenuh masa! Duduk di rumah, jaga anak, setakat buat kerja sikit-sikit, nak stres apa? itu persepsi masayrakat kita kepada mereka yang bergelar suri rumah sepenuh masa.Namun kita tak tahu, mereka ini yang bangun palingawal tapi tidur paling lewat, buat kerja tak habis-habis. tak ada slip gaji, tak ada cuti. Disindir dan diperli sampai rendah diri, aduh pedih nya hati!

Buat para suri rumah diluar sana, baju kelawar, bedak sejuk dinukil khas buat kalian yang memegang jawatan paling istimewa didunia. Daripada konflik dan masalah kehidupan harian seorang suri rumah sepenuh masa, sehiggalah pelbagai tip dan panduan yang memudahkan kerja. Semua ada.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Aurat di Bawah Bumbung ~ Waled, Aishun Rafiq, Shah Othman

Kita sering kali terlepas pandang batas aurat dalam kalangan keluarga , sedangkan ia amat penting demi menjaga maruah diri dan keluar.Penjagaan aura bukan sehaja bermula apabila kita melangkah keluar dari rumah, malah ia bermula dari dalam rumah. Semak kembali pergaulan kita sesama ahli keluarga.

Adakah kita bole bersalaman dengan sepupu? dua pupu? atau bapak saudara?

Antara topik menarik dalam buku ini:
Siapa mahram saya?
Boleh Kita bersalaman?
Lesen bertunang\Ketahui pergaulan lelaki dengan wanita ajnabi\kisah viral menantu tidak mahu tidur di rumah mak mertua!
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Check-In Iman ~ Khadijah Khalilah

Tak boleh cepat tak boleh lambat....

Adakala kita rasa macam tak sempat sahaja nak kejar urusan dunia dan tugasan kerja serta belajar. Macam masa 24 jam itu memang tak cukup-cukup. Kenapa itu berlaku?

Sebab itu, kita perlu check-in iman kita.

Masa 24 jam sehari aku, banyak dibazirkan untuk apa?

Sepanjang hidup aku, apa bekalan yang aku dah cari untuk dibawa ke akhirat nanti?

Apa kebaikan yang aku lakukan dalam sehari?

Apa ilmu yang aku dapat hari ini?
*****
(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50

Jejak Sahabat: Kisah Agung 31 Sahabat Rasulullah s.a.w Pembuka Mesir ~ Mohd Nasuha Ismail Al-Azhariy

Kisah para Sahabat Rasulullah SAW yang membuka Kota Mesir (Negara Mesir). Padat dengan kajian yang mendalam tentang permulaan sejarah Mesir dan kegemilangannya. Antara nama para Sahabat yang terdapat dalam buku ini:

Umar al-Khattab al-Farruq.
Amru bin al-As.
Abdullah bin Hudzafah as-Sahmi.
Abu Basrah al-Ghifari
Ubadah bin as-Somit.
Al-Qa'qa' bin Amru at-Tamimi
Sariah al-Jabal
Al-Miqdad bin al-Aswad.
Abu Darda', dan ramai lagi.

Disertakan koleksi gambar istimewa tempat bersejarah para Sahabat dan barang-barang peninggalan RASULULLAH SAW yang berada di Mesir.
*****
(SEM & S/S) RM33.00 > RM29.00

Perjalanan Bersama Al-Quran ~ Dr. Mohd Shafie Md Amin

“Bagaimana untuk mengingati 30 juzuk?”

Tanpa saya sedari, Allah mengajar saya perlahan-lahan. Allah mahu saya melalui onak dan duri ketika menghafaz agar saya dapat menghargai kurniaan-Nya itu. Semangat saya untuk meneruskan perjuangan (menghabiskan 30 juzuk) semakin kuat. Saya tetap berpegang kepada prinsip saya sewaktu di universiti dahulu, kalau orang lain boleh buat, kenapa saya tidak?
*****
(SEM & S/S) RM40.00 > RM35.20

Thursday 12 November 2015

Tangisan Kemarau Cinta ~ Nur Balqis

DISKAUN 5%
(SEM & S/S) RM25.00 > RM23.70

Mahligai mereka dipacak bersaksikan cinta. Mereka bahagia sehinggalah mahligai yang dibina tiba-tiba direntap rakus.

“Makin aku benci tengok muka kau, makin kerap kau muncul depan aku!.” – Puan Shuhada

Baru dia tahu tahap mana kebencian seorang ibu mertua. Walau dia pernah menjadi penyelamat keadaan, Sarina yang dulunya pernah menconteng arang di muka keluarga mereka juga yang disanjung, dipuji.

Kerana syurga sang suami ada pada ibunya, Aliyah cuba reda. Tapi, dugaan lain yang datang bertimpa-timpa buat dia hampir rebah. Rupanya, Komplot merobohkan istana cinta mereka dilakar hebat.

“Siapa pula kali ni? Tak cukup adik ipar sendiri, rembat jantan lain pulak?” – Sarina.

Saat jiwa wanitanya dihunus oleh belati tak bermata, sang suami pula bagai hilang kata percaya. Cinta yang diungkap bagaikan semakin berkemarau di dinding hati!

“Tak boleh ke mengalah sikit dengan ibu tu? Pasal anak-anak pun nak bertekak ke?- Ihsan

Rule Nombor 1 ~ Azwin Zulkapli

DISKAUN 5%
(SEM & S/S) RM27.00 > RM25.60

Rule Number One, boss is always right. Rule Number Two, if the boss is wrong.... see Rule Number One. – Hezree

Bekerja dengan lelaki seperti Hezree tak adalah susah sangat. Cuma hati nak kena tahan, nak kena ada karung besar untuk simpan rasa sakit yang kadang-kadang beratnya berpuluh kilo. 

“Awak tak ketuk pintu? Main terjah macam penyamun.” Hezree menyergah. Aduh ayat menanah telinga. 
“Saya dah ketuk, encik tak dengar ke?” 
“Ada saya suruh masuk?” 
“Encik kata lepas siap sebut harga terus hantar pada encik.” 
“Awak ni banyak cakap. Ingat Rule Number One.” 

Bosan betul. Sentiasa mencari salahku. Tapi, bila bicara Hezree berubah rentak jadi manis bergula, hati Amanina pula bagai diserang penyakit gelabah. Semuanya jadi serba tak kena. 

“Siapa suruh awak ambil hati saya?”- Hezree 
“Saya tak pernah ambil hati sesiapa. Lain kali jangan bersusah-payah untuk saya. Saya tak akan berikan hati saya pada Encik.” – Amanina. 
“Siapa yang minta hati awak? Saya cuma nak berikan hati saya pada awak.”- Hezree. 

Untuk Sekali Lagi ~ Sara Kyoko

Peluang itu... salahkah kalau meminta? Berdosakah kalau memberi?
Ini bukan cerita kahwin paksa, kahwin kontrak, atau juga bukan cerita tentang wanita yang menderita kerana menjadi isteri kedua!
Ini adalah cerita seorang wanita, Rose Raihanah yang telah berjaya menemui cinta pertamanya, Hud Daniel. Lelaki itu datang ke dalam hidupnya dengan seribu satu rasa berkait dengan cinta. Akan tetapi, cinta pertama itu datang dengan pakej harga yang sangat mahal. Dia terpaksa membayarnya dengan tekad untuk menghadapi semua cabaran yang mendatang agar kebahagiaannya dapat dipertahankan.

Lumrah seorang wanita, sekuat mana penampilannya, seteguh mana pendiriannya, pasti akan kalah juga saat diri terasa tidak diperlukan. Kalau hati sudah terluka, walaupun masa boleh menyembuh sakitnya, tapi parutnya tetap ada. Lalu, bersama rahsia yang dikandung di dalam badan, berbekalkan kecekalan seorang wanita yang terasa dirinya dipinggirkan, dia akhirnya mengatur langkah membawa diri ke perantauan. Di sana, dia bertemu dengan Ilhaan Sufiy, seorang teman yang setia dan berjaya mengisi kekosongan jiwa. Demi sebuah kehidupan baru untuk diri dan buah hatinya, Rose Raihanah terpaksa membuat satu keputusan. Sekalipun ada hati yang bakal merana, ada jiwa yang bakal disakiti, namun dia harus memilih.

Untuk sekali lagi, Hud Daniel datang menagih sebuah kemaafan.
“...Berilah peluang kedua pada perkahwinan kita. Berilah peluang kedua untuk abang. Berilah peluang kedua pada cinta kita...” – Hud Daniel
Untuk sekali lagi, Ilhaan Sufiy juga datang menuntut.
“You’ve promised me. Untuk sekali lagi saya nak ingatkan janji itu. Ini bukan rasa yang biasa-biasa, love. Rasa ini rasa cinta, sebab itu saya terpaksa menjadi seorang yang pentingkan diri. Saya mahu cinta saya. Saya mahu awak, Rose Raihanah.” – Ilhaan Sufiy, si teman sejati
Apakah keputusan Rose Raihanah? Antara Hud Daniel dan Ilhaan Sufiy, siapakah yang bakal mendapat peluang itu? Sesungguhnya, walau siapa pun yang bakal menerimanya, peluang itu harus ada!
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Saturday 7 November 2015

Sunan Cinta Nan Sakti ~ Ramlee Awang Murshid

CINTA menuntut seluruh pengertian. Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman menyulam cinta dalam kancah pertempuran, permusuhan dan perjuangan. Cinta – tidak terlafaz dalam lisan. Hanya suara hati yang melagukannya biar dilandai krisis paling parah. Cinta – bakal diakhiri dengan peperangan. Mengorbankan insan tersayang. Apakah semua ini mahar untuk sebuah pernikahan?

Wali Sufi – melarang cinta Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman atas alasan yang berbeza. Cintai Penciptamu terlebih dahulu nescaya cinta fitrah suci bakal dikurnia-NYA.

Maharani - menegah cinta Sang Ratu atas sebab... cinta itu melumpuhkan sifat serikandi seorang pejuang.

“Aku akan kembali mendapatkanmu, Saifudin. Akan kuhancurkan kau dalam gumpalan tanah negerimu sendiri. Akan aku pastikan kuburanmu tidak bertanda. Akan kupastikan kematianmu tidak diratapi... apatah lagi untuk dikenang. Seluruh marga negerimu akan kuseksa. Kujadikan negerimu sebuah neraka dunia!” - Ratna Sang Ratu Sulaman.

“Sebagai manusia... aku sayang padamu.”
Saifudin dengan gelar Laksamana Sunan.

Anugerah Cinta Daripada Dia ~ Dhiyana

Lantaran cinta pertama tidak kesampaian bersama Zara, Bazli membawa diri ke Zurich dan bekerja di sana. Ketika di Zurich, Bazli bertemu dengan Dania yang merupakan seorang graduan tahun akhir di University Of Zurich. Hari-hari dilalui oleh Bazli yang dulunya suram kini diceriakan oleh kehadiran Dania yang sememangnya seorang yang ceria dan ramah.

“Ikmal Bazli... I love you so much.” – DANIA.

Namun, hati Bazli masih belum terubat… Bazli yakin bahawa bukan Dania yang akan jadi cinta terakhirnya.

“Berikan I masa untuk semua ni. Cinta pertama I baru saja hancur, musnah!” – BAZLI.

Dalam menjalani hari-hari di Zurich, Malaysia tanah air tercinta tetap diingati. Laman Facebook jadi pengubat rindu dalam hati. Hanya kerana melihat komen di status akaun Facebook milik Zara, tiba-tiba membuatkan perasaan Bazli bagaikan dilanda ribut. Berkecamuk! Sebaris nama sudah mampu membuatkan Bazli terbawa-bawa ke dalam mimpi.

“Serius? Rindukan saya?” – BAZLI.
“Hah? Saya tak kata rindukan awak. Saya hanya kata rindu. Rindu kepada Si Chemong! Anak kucing gebu jiran sebelah rumah!” – SYAKIRIN.

Anak-anak Abah ~ Nazali Noor

“Anak-anak adalah anugerah dan ujian dalam masa yang sama. Anak kita bagaimana?” – NAZALI NOOR

Komen Pembaca:
Sebuah buku yang menceritakan pengalaman penulis membesarkan lima orang anaknya. Tak tahu nak mula tulis reviu macam mana sebab banyak sangat nak diceritakan, mungkin sesuai diceritakan dalam bentuk poin:

1. Saya kagum kebolehan penulis untuk menulis sesuatu yang sangat dekat dengan kita semua. Pada mulanya saya fikir buku ini hanya sesuai untuk para ibu bapa. Tapi ternyata meleset, buku ini sememangnya mengimbau semula kenangan bersama saya dan ibu bapa (sewaktu kecil). Apabila terbaca kisah penulis dengan anaknya, saya teringat-ingat memori indah saya bersama ibu bapa sendiri.

2. Peluang yang Allah berikan kepada penulis untuk membesarkan anak di Malaysia (3 orang anaknya lahir di sini) dan UK (2 orang) membolehkan penulis membuat perbandingan kehidupan berkeluarga di dua lokasi ini. Antaranya adalah kesukaran mencari wang, cabaran dalam menyesuaikan diri di tempat baru dan sebagainya. Pengalaman ini jarang dipunyai oleh kebanyakan pelajar atau masyarakat Malaysia di UK. Hal ini membuatkan apa jua karya yang dihasilkan penulis bersifat unik, ditambah lagi dengan kehebatan penulis untuk menceritakan sesuatu kisah dengan cukup baik sekali.

3. Boleh dikatakan hampir setiap bab, penulis memberi cadangan bagaimana seharusnya pembaca bergaul dan melayan anak-anak. Antaranya adalah mendengar masalah anak-anak, bagaimana untuk bergembira bersama anak-anak tanpa mengeluarkan wang yang banyak dan bermacam-macam lagi. Terlalu banyak untuk saya senaraikan di sini sebenarnya. Tapi apa-apa pun, teknik dan kaedah yang dicadangkan sememangnya sudah kita sedia maklum, cuma penulis mengingatkan kita kembali berserta dengan contoh praktikal daripada kehidupannya sendiri.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

365 Tip Didik Anak Gaya Nabi ~ Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

Keistimewaan Buku Ini:
- Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama.
- Bertemakan '1 hari 1 tip', disertakan 365 Tip Jom Amal legkap sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun.
- Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya.
- Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak.

Antara Kandungan:
Bahagian 1: Melihat Anak sebagai Amanah
Bab 1: Membisikkan dalam Hati Bahawa Anak adalah Amanah Allah s.w.t.
Bab 2: Jadikan Kalimah Tauhid sebagai Lafaz Permulaan
Bab 3: Ajar Anak Mengenali Allah s.w.t. dengan Sifat-Sifat 20
Bab 4: Didik Diri dengan Ilmu
Bab 5: Didik Anak Mengetahui Kejadian Alam Semesta dan Kebesaran Allah s.w.t.
Bab 6: Didik Anak Mendirikan Solat
Bab 7: Bekalkan Ilmu Agama yang Secukupnya kepada Anak
Bab 8: Hidupkan Bi‘ah Islamiyyah di Rumah
Bab 9: Dekatkan Anak-Anak dengan Masjid ataupun Surau
Bab 10: Tanamkan Semangat Jihad dalam Jiwa Anak-Anak
Bab 11: Ambil Peduli Perihal Sahabat Anak-Anak
Bab 12: Tanamkan Azam dalam Diri Supaya Istiqamah dalam Mendidik Anak
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Thursday 5 November 2015

Mr. Donat Karamel ~ Hanny Esandra

Kisah seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Di situ dia mencurahkan ilham. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya.

Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya.

Faiq pula sudah gila bayang. Dia, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun.

“Kenapa? Cik ingat tak ada lelaki yang baca novel ke? Lelaki yang baca novel tu sangat gentleman tau, cik.”

Suamiku Ketua Gengster ~ Qhayra Qhayriesa

Tengku Ishaan Danish. Orangnya berkarisma, berpenampilan segak dan menjadi rebutan ramai wanita. Dengan jawatan CEO Seri Jaya Holding Berhad yang disandangnya, sesiapa saja menanti peluang untuk mendekati. Namun siapa duga, di sebalik semua itu, dia adalah seorang ketua gengster!

“Kau jangan fikir aku akan berhenti di sini saja Sarah. Selagi kau tak jadi milik aku, selagi itulah aku akan terus kejar kau sampai akhirnya, kau sendiri yang datang menyerah pada aku. Itu janji aku.” ~ Tengku Ishaan Danish

Nurul Salah Sulaiman. Dia hanyalah seorang gadis biasa. Tiada impian lantaran hidup sendiri lebih banyak diatur orang sejak dulu. Caranya kekampungan, rupanya pun tidak seindah mana, tetapi mengapa dia juga yang dikejar Tengku Ishaan Danish sedari dulu? Apa istimewanya dia di mata lelaki itu hingga Tengku Ishaan Danish sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan cintanya?

“Tengku buat apa ni, hah? Suka hati saja nak babitkan saya dalam masalah Tengku dengan awek Tengku. Tengku jangan fikir Tengku tu orang kaya, Tengku boleh cakap apa saja yang Tengku suka tanpa fikir perasaan orang lain!”~ Sarah

Lebih Baik Makan Ini, Bukan Itu ~ Dr. Zahara Abdul Manaf, Nur Nadia Zambri

Gaya hidup kini menyebabkan ramai yang memilih untuk makan di luar berbanding memasak sendiri di rumah. Setelah seharian bekerja, pastinya lebih mudah dan menjimatkan masa serta tenaga jika memilih untuk makan di luar. Hakikatnya, sangat mudah untuk memilih makan di luar kerana banyak gerai dan restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan kepada pelanggan. Kewujudan buku ini adalah untuk memberi maklumat dan panduan kepada pengguna supaya makan secara sihat ketika makan di luar.

Buku Lebih Baik Makan Ini, Bukan Itu perlu dimiliki. Semoga usaha kecil ini akan memberi sebanyak mungkin manfaat kepada pengguna dalam usaha menjaga kesihatan. Sebarkanlah kebaikan daripada buku ini kepada setiap individu agar setiap daripada kita mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT.
*****
(SEM & S/S) RM17.00 - RM15.00

Aku, Muslim & Britain ~ Aizuddin Hamid

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Menuntut ilmu di Negara orang apatah lagi di sebuah Negara yang begitu asing dari segi agama, budaya dan adat resam sungguh memberikan satu impak yang besar kepada kita. Situasi inilah yang dilalui oleh penulis yang sempat dinukilkan satu per satu untuk tatapan dan panduan kepada pembaca. Pengalaman belajar di luar negara lebih terbentang luas dan menjanjikan 1001 hikmah yang kadangkala sangat menguji dan mencabar.

Justeru, beliau ingin mengajak para pembaca menelusuri tinta kehidupan seorang Muslim yang masih mampu mengembangkan dakwah walau di mana sahaja, apatah lagi di bumi yang di dalamnya wujud pertubuhan anti-Muslim seperti English Defence League (EDL). Namun, segala-galanya kuasa Allah SWT. Walaupun di negara bukan Islam yang majority penduduknya non-Muslim dan masih cetek pemikiran tentang kebenaran Islam, penulis masih mampu bergerak aktif menyampaikan dakwah secara langsung mahupun tidak langsung tanpa mendapat tentangan daripada mana-mana pihak.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 - RM19.40

Hadis Qudsi ~ Muhammad Yusuf A. Kadir

Hadis Qudsi adalah salah satu cabang daripada kumpulan hadis Rasulullah SAW. Hadis Qudsi ialah firman Allah SWT yang disabdakan oleh Baginda SAW. Jumhur ulama menyatakan bahawa lafaz hadis qudsi adalah daripada Nabi SAW yang dinisbahkan kepada Allah SWT dan maknanya adalah daripada Allah SWT.

Buku Hadis Qudsi ini menghimpunkan hadis-hadis qudsi dari tujuh kitab hadis iaitu Shahih Al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abi Daud, Jami' Al-Tirmizi, Sunan Al-Nasa'i, Sunan Ibnu Majah dan Shahih Ibni Hibban. Sebagai info tambahan para pembaca, setiap hadis diletakkan hukumnya berdasarkan penilaian para ulama hadis silam dan kontemporari.

Antara kandungan buku ini ialah:
1. Kitab Tauhid
2. Kitab Solat
3.Kitab Rahmat Allah
4. Kitab Melihat Allah
5. Kitab Zikir dan Doa
6. Kitab Kematian
7. Kitab Akhir Zaman
8. Kitab Para Nabi

Monday 2 November 2015

Masuk Syurga Laju-laju ~ Ahmad Damha

Himpunan nasihat yang mampu menjentik diri kita untuk terus masuk Syurga.

Syurga dambaan setiap kita yang hamba kepada Allah SWT.

Masuk syurga laju-laju. Pelbagai kisah yang terus terkena di hati kita, kosah harian yang adakalanya dianggap remeh dan hanya jadi siulan bual kosong di waktu petang. Penulis tampil memberi hikmah bagi setiap senario biasa yang kita lihat dan alami.

Ada kisah Lawak, Makan Dalam, Tarbiah dan Sarkastik.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Meh Dok Kejap ~ Qalam Amiera Ibrahim

Meh dok kejap!
Tak lama
Kejap je
Cuba tengok ni....

"Kenapa perlu pakai tudung? Tak up to date langsung!"
"Ish, kena solat pulak. Orang barat releks aje. Seminggu sekali aje. Kenapa kita disusahkan macam ini?"
"Ish, menyampah betul. Nak couple pun tak boleh. Orang putih, orang Korea tu releks je."

Astaghfirullah.

Ini adalah tanda yang jiwa kita dah lelah.
Meh dok kejap, kita refresh semula diri kita dengan coretan-coretan santai dalam naskhah ini. Ada kisah nyata, ada kisah sirah, ada ksah dialog manusia dan iblis dan kisah suami isteri yang sweet-sweet belaka. Yang pastinya, semuanya untuk diambil pengajaran, dijadikan panduan dan diserap sebagai pedoman. Buat bekalan dalam hidup kita seharian.
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80