Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 29 March 2016

Ekstremis Dua Kutub ~ Ustaz Firdaus Zalani

“Aku nampak sekarang ada dua kutub kefahaman ekstremis yang sedang melanda umat ini. Kutub itu adalah kutub teroris dan juga kutub liberal. Kedua-dua kutub fahaman ini telah membawa imej yang buruk terhadap Islam. Islam tidak difahami dengan benar dan tepat, baik oleh penganutnya sendiri mahupun kepada orang kafir. 

Pada kutub teroris, umat Islam dilihat sebagai umat yang ganas jahat suka bom orang! Pada kutub liberal pula, umat Islam dilihat terlalu terbuka, sehingga adakalanya mengiktiraf agama lain sebagai benar. Jadi, orang kafir ini pun rasa, buat apa aku nak masuk Islam, agama aku pun benar apa? 

Kefahaman-kefahaman sesat seperti inilah yang aku akan cuba betulkan melalui siri-siri tulisan aku. Nak tahu lanjut? Mari selak buku ini.”
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Kakistokrasi: Korupsi Politik dan Pemikiran ~ Syed A. Israa'

“Kakistokrasi ertinya sebuah pemerintahan di bawah pimpinan orang yang paling teruk dan tidak layak memimpin. Aneh, jika mereka orang yang teruk dan tidak layak, mengapa masih di tampuk kepimpinan? Namun itulah hakikatnya yang sedang berlaku. Baik di tanah air kita, mahupun di dunia seluruhnya. 

Orang yang jelik fikirannya, buruk lidahnya, keras hatinya – pendek kata korup dalam dan luar – orang itulah yang menentukan letak duduk urusan-urusan orang ramai, berdiri di tengah pentas berucap lalu didengari ramai,dan disandarkan masa depan padanya. Hancurkah negara? Hancurkah dunia? 

Tentulah – kalau tidak ada kumpulan pemimpin lain yang datang menggantikan. Namun itu mustahil kalau tidak ada yang tekun melahirkan ketumbukan baru pemimpin yang benar-benar layak. Dan itu juga mustahil jika di awal sekali, tiada siapa yang menerangkan apa yang hitam dan apa yang putih, apa yang benar dan apa yang tidak!”
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Cerita Budak Design ~ H. Benjamin

“Masa aku masih setahun jagung, bila cikgu mengajar di sekolah tentang subjek cita-cita, jawapan yang aku ada mesti tak lari dari rakan-rakan sekelas lain. Ada doktor, ada firemen, ada tentera. Well, maybe once, I do told that I wanted to be a Superhero.

Menjadi seorang designer bukanlah sentiasa berada pada kedudukan teratas dalam list cita-cita aku. Heck, it was not even on the list. But somehow, ia terjadi, dan sebagaimana orang-orang tua dulu, ustaz-ustaz serta ustazah- ustazah sering sebutkan, things happen for a reason. Tapi diorang cakap dalam Bahasa Melayu-lah. #Duh.

Jadi, aku rasa takdir aku menjadi seorang designer sangat penuh dengan hikmah. Walaupun kadang-kadang, aku masih lagi terkeliru. Jadi, untuk aku hilangkan kekeliruan tu, aku tulis buku. Supaya, satu hari nanti bila aku terkeliru lagi, aku baca buku ni, boleh buat aku tersedar kembali bahawa satu masa dulu aku adalah seorang designer yang ada visi . Ataupun tidak.
Who cares?”
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Friday 25 March 2016

Jodoh Untukku ~ Anne Wanie

NUR AIN... Jodohnya dipermudahkan. Tidak perlu hendak bercouple, tidak perlu hendak merancang bertahun-tahun. Hanya dengan mengangguk tanda setuju, semuanya sudah siap tersusun. Bukan kahwin paksa, bukan untuk berlakon.

AHMAD FUADI... Suka cakap lepas, kerek dan sinis sudah sebati dalam diri. Sayangnya dia kepada Ain, ditunjukkan dengan cara tersendiri. Baginya, kalau sudah namanya isteri, kenalah terima semua perangai suami.

“Eh, mana kulit ayam ni?” – Ain
“Orang perempuan tak elok makan kulit ayam. Nanti lemak berkumpul kat punggung.”- Fuadi
“Habis, orang lelaki lemak berkumpul kat mana?”- Ain
“Nama aje doktor, takkanlah tak pernah belajar lipid metabolism dulu? Ke kau ni kaki tidur dalam kelas?” - Fuadi.

Namun siapa sangka, kehidupan berumah tangga Ain tidak semudah seperti penyatuannya dengan Fuadi dulu. Kehadiran Sofea dan Danish mula mengucar-ngacirkan semuanya. Menjadi titik mula untuk derita dalam jiwa. 

“Abang ingat, senang ke Ain nak terima semua ni? Now, I wonder, antara Ain dengan Danish, siapa yang lebih penting.”- Ain
“Stop Ain! You’re too much. He’s only two years old. Dia tak ada salah apa-apa. Tak sepatutnya dia terima kemarahan Ain.”- Fuadi

Wednesday 23 March 2016

Tolong! Saya Hanya Ada 60 Minit ~ Chef Azian

Dalam masa 60 minit, apa yang mampu disiapkan? Kopek bawang, basuh ayam, potong sayur, masak nasi, potong cili... eh banyaknya. Tetapi saya hanya ada 60 minit sahaja untuk siapkan makanan untuk keluarga saya.

Inilah buku yang dapat membantu penyediaan hidangan kita di dapur. Bukan hanya lauk, buku ini juga mengajar kita menyediakan pencuci mulut dalam masa 60 minit. Sukar hendak percaya? Ya, percayalah.

Mengapa perlu memiliki buku ini? Buku ini memberi idea penyediaan hidangan untuk 20 hari. 5 hari bekerja untuk sebulan. Baki lagi 2 hari? Hari Sabtu dan Ahad kita makan di kedailah.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Minggu Pertama
Hari 1
- Udang Masak Lada Hitam
- Tom Kha Ghai
- Mango Sago

Hari 2
- Gerang Asam
- Kacang Panjang Kerinting Tumis Belacan
- Nachos Pisang Karamel dan Ais Krim

Tuesday 22 March 2016

Genghis Khan ~ Al Ghazali

Kisah hidup Temujin, yang akhirnya digelar Genghis Khan. Pahlawan Mongol yang berjaya menyatukan kaum-kaum Mongol, dan seterusnya menjadi pemilik empayar yang terbesar di dunia.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Halal & Haram Dalam Islam ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Buku Halal dan Haram dalam Islam karangan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini adalah cetakan yang ke-70 ataupun lebih (tidak dapat dipastikan). Beliau berdoa semoga buku ini memberi manfaat kepada penulis, penerbit, dan pembacanya. Beliau juga berdoa semoga umat Islam dapat menjaga tingkah laku selari dengan hukum-hakam yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah tanpa menghiraukan ideologi-ideologi yang diimport daripada luar.

Kelainan Buku Halal dan Haram dalam Islam Edisi Kemas Kini:
Al-Qaradhawi menambah baik isi kandungan berbanding cetakan sedia ada sejak lebih 40 tahun yang lalu.

Hadith-hadith dalam buku ini dijelaskan sumber dan martabatnya berbanding buku sebelum ini yang ringkas.

Beberapa hadith yang dilihat tidak perlu dalam edisi sebelum ini dibuang. Namun, ia tidak menjejaskan hukum asal yang terkandung dalam buku ini.

Al-Qaradhawi turut memuatkan lampiran soalan-soalan berbangkit pembaca buku Halal dan Haram dalam Islam yang sebelumnya. Antara soalan, kritikan, dan jawapan yang dikemukakan dalam buku ini adalah:
Hukum mengharaman sembelihan orang Majusi kerana mereka adalah Musyrikin.
Isu susunan ayat-ayat Al-Quran tentang arak.
Isu aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi dan lain-lain...
*****
(SEM & S/S) RM100.00 > RM88.00

Monday 21 March 2016

Seikat Cinta Tersimpul Rindu ~ Annis Rizani

Suffiya, dia hanyalah gadis biasa. Namun di sebalik kebiasaan itulah, tersembunyi suatu yang istimewa dalam dirinya. Cintanya hanya pada tunangnya, Khairy. Namun, di saat kebahagian hampir menjelma, Khairy mula mengkhianati cinta mereka. Lakonan Khairy tidak dapat menutup segala kecurangan apabila Suffiya sendiri dikasari sehingga meninggalkan trauma dalam hidupnya. Namun, sayang Suffiya pada Khairy masih bersisa.

Di saat Suffiya hilang kepercayaan pada cinta, Mukhriz hadir dalam hidupnya. Hubungan atas dasar kerja telah membibitkan rasa suka dalam diri Mukhriz terhadap Suffiya. Namun bagi Suffiya, Mukhriz hanyalah seperti Khairy yang tidak pernah setia pada cinta. Dua wanita dalam hidup Mukhriz menguatkan lagi andaian Suffiya terhadap sikap Mukhriz yang tidak pernah cukup dengan satu. Rasa menyampah Suffiya terhadap Mukhriz semakin menebal setiap kali mereka bertemu di atas tuntutan tugas Suffiya.

“Nah, ni resit awak,” - Sufi
“Amboi, ganasnya. Cubalah berlemah lembut sikit,” - Mukhriz
“Eh, ambillah cepat. Saya dah nak balik ni.” - Sufi
“Atau kekasih hati dah lama tunggu? Tengok tu.”- Mukhriz
“Huh, suka hati awaklah. Nah, ambil ni. Saya minta diri dulu. Bye.” – Sufi

Hey! Mr. Spotlight ~ Izma Qahiera

Bujang tapi ‘not available’. Meletakkan status dirinya sudah berpunya walaupun sebenarnya dia belum ada teman istimewa.. Azraf Hamidi. Di hatinya sudah tertulis satu nama. Raisya Azzahra aka budak lesung. Setelah lapan tahun berlalu, budak lesung ni muncul semula tetapi tidak mengenalinya. Mustahil! Kalau diikutkan wajahnya tak banyak berubah. Masih lagi kacak. Bergaya. Kenapa Raisya tak kenal dia? Hati mula tak senang.

“Ini sayalah, Azraf. Takkan tak kenal?” – Azraf
“Ooo... Okey... Kenal.” – Raisya
“Yes!”- Azraf
“Encik Azraf ni bos Syarikat Pemadam Api Ghazali Enterprise ni, kan?” – Raisya

Bermula dari situ, pelbagai cara dia buat untuk pastikan ingatan Raisya kepadanya kembali pulih. Semua tidak berhasil. Satu idea nakal mula dibentangkan pada ibunya. Setuju! Ikatan pertunangan antara Azraf dah Raisya telah dimeterai. Tetapi dengan syarat, Raisya tidak perlu tahu siapa encik tunangnya. Hati Raisya mula gundah gulana. Dia pula yang gunakan bermacam akal fikiran untuk putuskan pertunangan. Kerana di hatinya juga tertulissatu nama. Azraf Hamidi.

Variasi Jahitan Langsir 2 ~ Azlinda Debab

Naskhah ini memaparkan kaedah menghasilkan langsir eyelet dan pelmet. Terdapat pelbagai teknik yag berbeza dalam menghasilkan kedua-dua langsir tersebut. Idea-idea yang dikongsikan di dalam buku ini dapat membantu pembaca menghasilkan langsir dengan pelbagai rekaan. Turut dimuatkan dalam buku ini ialah cara pengiraan langsir eyelet dan pelmet. Di samping itu, diajar juga cara menghasilkan aksesori hiasan langsir seperti bunga rosset, bow dan sebagainya.

Variasi Jahitan Langsir 2 memberikan idea kreatif dalam menghasilkan langsir yang lebih menraik dan bergaya. Pasti kediaman anda lebih menyerlah dengan adanya langsir yang menawan. Buku ini sesuai dijadikan panduan dalam menjahit langsir.
*****
(SEM & S/S) RM33.00 > RM29.00

Thursday 17 March 2016

Jom Tanya Murabbi Osem! ~ Maznah Daud, Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj

Mengapa perlu memiliki buku ini?

- Buku panduan murabbi dalam bentuk soal-jawab
- 100 solusi kisah pengalaman sebenar
- Mengandungi ilustrasi-ilustrasi menarik
- Membantu menjawab persoalan hangat yang selalu ditanya seperti: Cinta, rumahtangga muslim, dakwah, kerjaya, kewangan, kehidupan, mengurus stress dan sebagainya.
*****
(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

Kaedah Asy Syafi'i: Cara Praktid Ilmu Tajwid

Membaca al-Quran merupakan satu tugas dan kemuliaan kepada kita sebagai seorang Muslim. Sejak kecil kita diajar sedikit demi sedikit cara membaca al-Quran bermula daripada muqaddam terlebih dahulu. Dari situ kita mula mengenal huruf, mengenal baris, mengenal perkataan dan kalimah- kalimah pendek. Sehinggalah kita mampu membaca ayat-ayat al-Quran dengan baik.

Pengalaman ini lebih manis lagi jika memori itu diterjemahkan kembali dengan watak kita sebagai pelajar dan guru mengaji kita sebagai mentornya. Buku tajwid ini mengetengahkan kaedah praktis membaca al- Quran. Disusun secara ringkas dan mudah agar dapat digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin mempelajari al-Quran.
*****
(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Kaedah Asy Syafi'i: Cara Praktis Membaca Al-Quran ~ Abu Ya'la Kurnaedi

Buku ini memperkenalkan kaedah praktis pembacaan al-Quran. Ia disusun secara ringkas dan mudah agar dapat digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin mempelajari al-Quran. Buku ini dimulakan dengan hal yang paling asas seperti pengenalan huruf dan harakat. Insyaallah dengan keseragaman tertib ini mampu membantu masyarakat Malaysia yang belum baik bacaannya terhadap huruf-huruf hija’iyyah serta cara-cara membacanya.

Kaedah Asy syafi’I ini juga sesuai digunakan sebagai silibus dalam mana-mana kuliah pembelajaran al-Quran. Buku ini juga sesuai untuk digunakan oleh para guru sebagai panduan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
*****
(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Al-Quran Al-Karim Multazam: Tafsir Bil Hadis Nabawi ~ Karya Bestari

Al-Quran Al-Karim Multazam – Tafsir Bil Hadis

Al-Quran terjemahan dan tajwid berwarna ini memuatkan huraian ayat pilihan daripada hadis-hadis sahih sebagai sokongan. Turut dilengkapi dengan Hadis Nabawi, Asbabun Nuzul, Riyadus Salihin, al-Syamaail Muhammadiyyah dan doa Asmaul Husna.

Peluang terbaik untuk dimiliki umat Islam bagi mendalami dua pusaka berharga yang diwariskan Rasulullah iaitu al-Quran dan Hadis.

SPESIFIKASI
Cover: Kulit Keras (Hard cover).
Jenis Kertas: Matte Paper.
Memuatkan ayat al-Quran menggunakan huraian daripada
Berasaskan rujukan sahih
Dilengkapi dengan mu’jam (Kosa Kata)
Mempunyai kata kunci (keyword) ayat.
Kategori: Terjemahan dan Tajwid Berwarna (Resam Uthmani terjemahan Bahasa Melayu), diluluskan oleh Lembaga Tasheh al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Bonus: Tali dan kertas penanda panduan tajwid.
*****
(SEM & S/S) RM55.00 > RM48.40

Tuesday 15 March 2016

Tolong~ Saya Hanya Ada 60 Minit ~ Chef Azian

Dalam masa 60 minit, apa yang mampu disiapkan? Kopek bawang, basuh ayam, potong sayur, masak nasi, potong cili... eh banyaknya.

Tetapi saya hanya ada 60 minit sahaja untuk siapkan makanan untuk keluarga saya.

Inilah buku yang dapat membantu penyediaan hidangan kita di dapur. Bukan hanya lauk, buku ini juga mengajar kita menyediakan pencuci mulut dalam masa 60 minit. Sukar hendak percaya? Ya, percayalah.

Mengapa perlu memiliki buku ini? Buku ini memberi idea penyediaan hidangan untuk 20 hari. 5 hari bekerja untuk sebulan. Baki lagi 2 hari? Hari Sabtu dan Ahad kita makan di kedailah.

ANTARA ISI KANDUNGAN:
Minggu Pertama
Hari 1
- Udang Masak Lada Hitam
- Tom Kha Ghai
- Mango Sago
Hari 2
- Gerang Asam
- Kacang Panjang Kerinting Tumis Belacan
- Nachos Pisang Karamel dan Ais Krim
Hari 3
- Ayam Rangup Bermadu
- Sup Telur
- Melon Bersama Madu dan Yogurt
Hari 4
- Nasi Seafood Berkuah
- Puding Roti Bersos
Hari 5
- Steak Daging
- Puding Yorkshire
- Coklat Marshmellow
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Sejarah Umat Islam ~ HAMKA

Sejarah Umat Islam - Edisi 2016 adalah buku yang komprehensif dalam menceritakan kisah sejarah Islam.

Buku ini tidak hanya terhad menceritakan tentang sejarah Nabi Muahmmad s.a.w., bahkan meliputi serata dunia, dari zaman kegemilangannya hingga zaman keruntuhannya. Antaranya adalah:

- TAMADDUN ARAB SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
DUNIA SEBELUM KEDATANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
- PEPERANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
- KHALlFAH YANG BEREMPAT (KHULAFA’UR-RASHIDIN) [200]
- KERAJAAN BANI UMAIYAH (UMAWIYAH)
- KERAJAAN BANI ABBAS
- KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ANDALUSIA
- KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI AFRlKA
- KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DIMESIR, SYAM, DAN SEMENANJUNG ARAB
- PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI IRAN (PARSI), KERAJAAN MONGOL ISLAM, DAN DAULAT SAFAWIYAH
- PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI INDIA DAN AFGHANISTAN
- KERAJAAN TURKI UTHMANIAH
- PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI NUSANTARA (ACEH, RIAU, SAMUDRA-PASAI, JAWA, MELAKA, DAN JOHOR)

"..Anda akan lihat perjuangan yang tidak habis-habisnya dan anda akan dapat mengambil kesimpulan,"Telah banyak cubaan menimpa Islam. Kerapkali dia jatuh! Tetapi dia bangun kembali, dan tegak lagi, dan berjalan lagi! Islam tidak akan mati!" - HAMKA

"Without history, there will be no future." - anonymous


"Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa cinta, seakan-akan kita turut hidup dengan mereka. Oleh itu, rasa hati dan suka duka kita sekarang, adalah rasa hati dan suka duka yang telah mereka tinggalkan buat selama-lamanya." - HAMKA
*****
(SEM & S/S) RM35.00 > RM30.80

Tote Bag untuk semua Ulat Buku

To all Ulat Buku, Bookworm, Reader, Kaki Novel, Books Lover, Bookaddict...

Kami sudah mula mencetak tote bag cantik, ceria & sesuai untuk anda semua. Letaklah apa sahaja buku dan barang di dalamnya.
Material bag dah tentunya tebal & kanvas.

Harga bagi setiap satu tote bag, RM25 & caj pos RM6 (sem) / RM10 (s/s)
Belian 3 tote bag, RM73 & caj pos RM6 (sem) / RM10 (s/s)

Belian buku / novel / al-quran / buku kanak-kanak melebihi RM180 akan mendapat tote bag ini PERCUMA dari kami.


Untuk belian / pertanyaan:
Emel: belidiskaun@gmail.com
Whatsapp: 013-6786571
FB: www.facebook.com/Belidiskaun
Instagram: books_belidiskaun
Telegram: telegram.me/buuku

Booksville Ent.

Monday 14 March 2016

Uda & Dara ~ Aisya Sofea

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

"Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar."
* Cover tertakluk pada stok penerbit *
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Mak Kau Hijau!: Realiti Budak Melayu ~ Emir Abu Khalil

"Mak kau hijau!

Panas hati! Bengang! Apa teruk sangat bahasa budak-budak ni? Tak tahu apa kepelikan dan kegilaan yang menimpa anak-anak kita sekarang. Menonton video tersebut membuatkan aku terfikir apa bentuk pendidikan yang anak-anak zaman sekarang dapat; apa yang bentuk pemikiran diorang. Seorang membuli, mulut boleh tahan, satu lagi yang dibuli, mesti tunjuk berani, retaliate, mulut pun ala longkang. Paling teruk, yang merakam."

Korang rasa susah nak ajar budak?
Korang rasa budak-budak sekarang ni kurang ajar, tak reti hormat orang?
Memang, tak senang beb nak jadi cikgu, semua pengalaman aku berdepan dan uruskan budak-budak kategori 'nakal' ni aku sumbat dalam buku 'mak kau hijau'.

Ikuti kisah pengalaman seorang cikgu yang mengajar sekolah menengah dengan membaca buku 'MAK KAU HIJAU' ini.

Sebab tu, buku ni korang WAJIB baca! Bukan setakat cikgu-cikgi, bahkan mak abah, abang kakak, jiran tetangga, atuk nenek pun boleh baca. Aku bukan cikgu yang perfect tapi itu tak bermakna aku tak boleh buat apa-apa untuk ubah anak murid aku. Kalau korang tak boleh buat semua, korang jangan tinggalkan semua. Kalau korang faham basic ni, mengajar dan mendidik akan menjadi benda yang korang paling suka sebab ni lah saham akhirat korang.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Opah Gangnam Style ~ Zulaihah Karim

Ini kisah dan coretan opah sebagai anak perantau di negeri abang gangnam. Selama lima tahun opah merantau, sudah tiba masanya opah berkongsi bedtime stories dengan cucu-cucu opah.

Apa yang baik, ambiklah cu. Apa yang buruk mohon flush dalam jamban rumah. Opah bebel tanda opah sayang. Opah tak mintak banyak. Opah cuma mintak korang doakan opah selalu. Ingat opah dalam doamu.

Kamawo, Opahmu.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Melayu ke Bulan ~ Asyraf Farique

Aku perhatikan, selagi orang Melayu masih lagi buat-buat pekak, sengaja tutup telinga, tulikan mata daripada melihat realiti sebenar yang berlaku depan mereka, sampai mati orang Melayu takkan sampai ke Bulan. Orang Melayu hanya mampu bermimpi dan berangan-angan, macam frame gambar tengkorak yang korang tengok depan cover buku tu.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Bebas Jangan Sampai Terbabas ~ Yusri Jamal

Bebas Jangan Sampai Terbabas ? Buku tentang apa wei?

Kau mungkin rasa kau bijak bila kau dapat buat ikut suka hati kau. Kau bangga dengan gelaran liberal sebab jiwa kau yang memberontak tu tak suka dikongkong. Kau pun mulalah mencari manusia-manusia untuk kau ‘sembah'. Kau tengok ke barat, lepas tu kau agungkan diorang.

Kau puja idea-idea diorang dan kau habiskan masa kau untuk menyatakan kekaguman kau terhadap berhala-berhala ni. Kau tu baca buku baru berapa banyak, kau dah rasa macam kau lebih hebat daripada semua alim ulamak. Kau rasa orang-orang lain macam 'otak sempit' dan jumud.

Sebenarnya kau lah orang yang 'otak sempit', masih terikat nafsu kau tu. Kau rasa yang pemikiran kau dapat menyelesaikan masalah dunia, tetapi sebenarnya masalah jiwa kau sendiri pun kau tak dapat nak selesaikan. Kau resah, gelisah dan gelabah tetapi kau tak pasti kenapa.

Percayalah! Kau akan sesat dan 'terbabas' selagi kau tak bebaskan diri kau!
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Thursday 10 March 2016

Cinta Tingkat Tujuh ~ Nia Qurratun'aini

Kamus hidup Shukri Alfatah tiada perkataan kahwin. Sikap dingin terhadap perempuan menyebabkan Alfatah kena cop mohor sebagai anti perempuan dan... alah, selera yang tak normal tu. Tidak semua tahu apa yang dia lalui atau identitinya yang sebenar. Shukri Alfatah ialah kembar Sophea Alfiah, pelakon terkenal. Oleh kerana masalah kembarnya menjadi bahan gosip di media, Alfatah terpaksa menjaga Rayhan Muzaffirah dan Rayhan Muzaffar, sekali gus membuatkan kehidupan lelaki itu menjadi huru-hara kerana budak-budak tersebut. Ini memang pening! Nampaknya dia harus mencari seseorang untuk menjaga si kembar. 

“Kau dah cakap minta maaf sekali tadi, kan? Aku dengar. Aku tak pekak. Satu lagi, dah langgar orang, tak payah nak senyum-senyum. Cakap sikit nak senyum, cakap sikit nak senyum. Tak payah nak gedik sangat.” Kata-kata Alfatah saat pertama kali berjumpa di tingkat tujuh membuatkan mulut Nilam Qadheera melopong. 

Per: Jawatan Isteri ~ Ana Sofiya

Dua insan, dua cinta yang tak kesampaian dan kehampaan. Fahad jadi lemah dan berdendam, Adelia semakin tabah jalani kehidupan. Mereka bertemu dan berkawan tanpa Adelia tahu bahawa Fahad hanya mahu mainkan perasaan Adelia. Hari demi hari, sesuatu mengusik hati. Ada rasa yang mengocak, namun masing-masing beria-ia mengelak.

 “Adel, I bukan Yusri KRU yang boleh terima Erra Fazira yang gemuk dalam cerita Cinta Kolesterol. Maaflah. I mengaku, I hipokrit selama ini. Tapi I lelaki biasa. Lelaki normal yang memang sukakan benda cantik. Dengan keadaan you yang macam ni, you tak cantik di mata I.” - Fahad. 
“Saya bebaskan awak. Pergilah. Jangan cari saya lagi.” - Adelia. 

Selepas lima tahun, Adelia terpegun menerima sepucuk surat. Di dalamnya... dia dilamar seorang lelaki bernama Rizhan. Dalam masa sama, Fahad kembali mahu membetulkan salah faham yang terjadi antara mereka. 

“Kadang-kadang kita tak mampu nak luahkan apa yang ada dalam hati kepada orang yang kita suka. Kadang-kadang kita cuba pendamkan semua rasa kerana kita fikir yang kita tak layak untuk dia. Kadang-kadang alasan demi alasan kita cipta hanya kerana kita mahu lari daripada kenyataan yang semakin hari semakin menyeksa.” - Rizhan. 
Antara dua lelaki, yang mana satu pilihan hati Adelia?
*****
(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Sepupuku Jadi Isteriku ~ Azdiani Abd. Rahman

Kali pertama berjumpa, Tengku Haikal sudah terpikat kepada Zulaikha. Namun, bila terjadi salah faham antaranya dan Zulaikha, semuanya berubah. Daripada seorang pencinta, Tengku Haikal jadi seorang pembuli. 

“Saya tak mahu tengok sikit pun ada habuk. Cermin tu kalau boleh biar nampak macam tak ada cermin. Bersih!”- Tengku Haikal 
“Nak sangat cermin ni macam tak ada cermin, pecahkan ajelah! Banyak pulak songehnya. Ingat aku ni, maid dia ke?” - Zulaikha 

Singa beku gelaran yang diberikan Zulaikha kepada Tengku Haikal, kerana sikap angin bekunya. Namun, atas saranan Nenda Fauziah, Zulaikha akur mendekati Tengku Haikal, abang sepupunya, walaupun hati tersakiti sebab asyik jadi mangsa buli. Tapi, kalau hati dah suka, memang jatuhlah cinta sudahnya. Begitulah Zulaikha dan Tengku Haikal. Saat cinta mereka mekar mewangi, kedatangan Mukriz meragut kepercayaan Tengku Haikal kepada Zulaikha. Kisah lalu Zulaikha mengganggu perjalanan cerita cinta mereka berdua. Mukriz kembali mengejar cinta lalunya, manakala Marsha terus mengganggu perjalanan hidup mereka sebagai suami isteri. 

“Abang akan sentiasa ada dengan Ika. Susah senang, kita tempuhi bersama. Apa-apa rintangan yang datang kita sama-sama tepis. Banyak yang tidak senang dengan hubungan kita berdua sebenarnya. Abang nak Ika tahu. Apa yang datang untuk menghalang hubungan kita ni, kita mesti sama-sama pertahankan. Abang akan percayakan Ika, dan Ika juga kena percayakan abang.” 
Bertahankah cinta itu seperti yang diinginkan? Atau cinta mereka sekeruh air yang dikocak? Berkocak bila diusik?
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Monday 7 March 2016

FREE GIFT & BOOK


Assalammualaikum Ulat Buku / Bookworm / Reader / Bookaholic

Bermula 1 Mac 2016 sehingga 31 Julai 2016, kami di Booksville Ent. akan memberikan pembeli bertuah semua HADIAH & BUKU PERCUMA. Ia sebagai tanda penghargaan kami buat anda sebagai pembeli.


Diskaun 15% diberikan kepada pembelian KOMBO TERPILIH di Instagram.

Untuk makluman lanjut, emel kami atau whatsapp kami.

Books For All
Booksville

Pesona Ahli Syurga ~ Muhadir Haji Joll

Ustaz Muhadir Haji Joll menghimpunkan 170 kisah orang-orang soleh daripada zaman Rasulullah saw sehingga abad ke-20 dalam buku ini sebagai suatu bentuk hiburan jiwa yang bukan sekadar menghiburkan, malah mampu memberi motivasi dan momentum untuk anda. Kisah-kisah benar ini berkisarkan mukjizat Baginda saw, karamah orang-orang soleh, kehebatan mereka dalam beribadah dan mencintai Rasulullah saw. Antara kisah yang dimuatkan dalam siri pertama ini:

* Makanan bertasbih dan air memancar daripada jari-jemari Nabi
* Harimah Makkah
* Solat malamnya 300 rakaat
* Ulama yang dipanggil Habib Neon
* Ibu kepada syuhada’
* Meninggal dengan membaca hadis tentang kalimah la ilaha illallah
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Friday 4 March 2016

Salju Kyoto ~ Sara Aisha

‘When a man truly loves a woman, she becomes his weakness. When a woman truly loves a man, he becomes her strength. This is called Exchange of Power.'

Musim dingin 2015. Kyoto.

Semuanya bermula pada malam itu. Aku cuma seorang wanita biasa yang ingin mencari sahabat yang hilang. Namun, malam itu mengubah segala-galanya. Dia muncul umpama samurai dalam persalinan kimono hitam dan sebilah pedang.

A.K, dia sang jejaka misteri. Bermata helang, beraura garang. Bersamanya, terselit amaran.
“Stay away from him.”

Tetapi, bagaimana mungkin aku lari daripadanya bila dia tiba-tiba mengumumkan bahawa aku miliknya?
“She's my woman. You touch her...and you die.” - A.K.

Hakikat bahawa Badri sudah menjadi yakuza mengeruhkan keadaan. Dia sahabat baik yang tulus, jadi kenapa dia menghumban diri ke jalan ini?

“If you feed an evil soul, he'll become a devil.” - Badri

Pujaan Hati Kanda ~ Aulia Iman

Lelaki mata keranjang? Gelaran itu pernah tergalas di bahunya. Dan kerana kejahatan masa silam, dia terhukum dan termalu sendiri. Siapa sangka, ketika dia sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru, dirinya dihidangkan dengan dugaan yang paling besar.

Anak ini perlukan ayahnya. Saya serahkan kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang. Selamat pengantin baru. - Gadis Misteri

Hadiah yang tidak terduga itu hadir meranapkan mahligai yang ingin dibina. Majlis pernikahan yang bakal berlangsung, akhirnya terhenti tanpa ijab dan kabul. Calon isterinya enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai. Dengan tanggungjawab sebagai ‘bapa segera', Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu pagi dan petang, siang dan juga malam. Dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan Tiara. Seorang pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit.

“Tiara pesan susu, pampers dengan puting susu aje, bang. Ni berat semacam aje. Abang beli stok untuk berapa bulan?”- Tiara

Ingatkan Dia Tentang Setia ~ Emy Roberto

DISKAUN 5%
(SEM & S/S) RM24.00 > RM22.80

Mereka berkahwin atas dasar cinta, tapi kenapa makin lama bagai ada yang tak kena pada rumah tangga mereka? Andi yang sentiasa sibuk, tanpa sedar telah mengabaikan perasaan Elly sebagai isteri. Andi yang masih dengan dunia sosialnya, tanpa sedar melukakan hati seorang isteri. Dan apabila dia tersedar, tempatnya bagai sudah diambil alih oleh adik sendiri.

“Bro, aku nampak Elly dengan Karl, berdua di shopping complex.” 

Bila dia mahu mengubah keadaan, Elly bagai sudah tawar hati. Isteri bagai mahu menjauhkan diri. 

"Saya pergi untuk empat hari. Selepas tu pergi Kuching tiga hari. So....." "Cancel the trip. Or otherwise I will personally call your so-called big boss.” Ayat Elly dipintas Andi. Langkahnya diatur ke arah si isteri. 
"Saya pergi tak lama. Setakat ke KK bukannya jauh pun. It's not like I’m going to Paris and having fun in Wonderland." 
"Elly." Andi kawal nada suara. 

Kahwin Kampus ~ Ain Kamalia

DISKAUN 5%
(SEM & S/S) RM29.00 > RM27.50

Ayah terpaksa berpindah dan Nur Zulaikha harus tinggal bersama Nanny. Tapi, syarat perpindahan itu cukup payah. Ika perlu mengahwini Muhammad Nadzim Shah kerana mereka akan serumah. Bagaimana untuk berkahwin dengan Abang Shah kalau selama ini Ika menganggap lelaki itu sebagai abang sendiri? Lagipun, Ika sudah ada Faez. Lebih penting lagi, Abang Shah juga sudah ada Shira, si rambut karat yang vogue itu. Tapi yang peliknya, kenapa Abang Shah setuju?

“Betul ke Abang Shah setuju kita bernikah?” 
“Ya, memang betul abang setuju!”

 Apa lagi yang Ika boleh kata kalau hanya dia saja yang membantah. Berkeras macam manapun, pilihan ayah tetap Abang Shah, bukan Faez. Perkahwinan mereka menjadi rahsia kerana Ika masih belajar. Duduk sebumbung hanya di hujung minggu. Status suami isteri hanyalah di atas kertas. Tapi, bila tiba-tiba Shira muncul menuntut Shah tunaikan janji, kenapa hati Ika mula terasa pedih? 

“Ika setuju!” – Ika 
“Apa yang Ika setuju?” – Shah 
“Ika setuju abang kahwin dengan Shira, tapi lepaskan Ika.” - Ika 
Apa akan berlaku pada rumah tangga mereka jika Shira berterusan menuntut janji dari Shah untuk mengahwininya? Mampukah Ika mempertahankan haknya atau terpaksa rela menerima keputusan Shah?

20 Checklist Akhlak ~ Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang

Kejahilan dan kedegilan mesti diperangi oleh senjata. Senjata itu ialah kasih sayang. Kasih sayang itulah inti pati akhlak yang menjadikan perjuangan Rasulullah dan para sahabat diterima dengan baik oleh manusia tanpa mengira warna kulit, masa dan tempat. Insyaallah kejayaan ini boleh diteladani dan diulang lagi pada masa kini jika kita berjaya menegakkan akhlak islamiah dalam diri,keluarga dan masyarakat.

Karya ini juga merupakan sebahagian usaha meneruskan legasi ulama dalam menyampaikan hadis Nabi dalam bacaan yang padat dan sesuai dengan keadaan semasa masyarakat moden hari ini. Penulis menyentuh pelbagai isu penting dan sangat wajar diambil perhatian oleh setiap individu serta warga masyarakat.

Antaranya isu rasuah, aurat, etika berinteraksi, tatacara dalam organisasi, menjadi VVIP di Mahsyar, persediaan sebelum menuju akhirat, akhlak sebagai tanda aras tahap keimanan dan banyak lagi yang amat menarik untuk ditekuni dengan insaf.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Fiqh Wanita ~ Fawwaz Fadzil Noor

Buku ini menghimpunkan kompilasi beberapa aspek kehidupan penting yang perlu diambil tahu oleh wanita, malah menjadi persoalan sejak sekian lama. Risalah ini turut menjawab pelbagai topik penting tentang masalah- masalah hukum yang berkaitan dengan wanita.

Banyak daripada permasalahan tersebut terbiar tanpa penjelasan disebabkan oleh ketiadaan waktu yang sesuai untuk bertanya atau merupakan perkara yang malu untuk ditanya oleh kaum hawa. Apatah lagi, pada zaman ini, kemungkinan orang yang bertanya tentang masalah tersebut dipandang tidak baik oleh orang lain.

Oleh itu, buku ini mampu memandu para wanita Muslimah moden hari ini dan golongan lelaki yang ingin membimbing ahli keluarga ke jalan Islam yang benar.
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Solat Sunat Pilihan: Edisi Kemaskini ~ Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Kehidupan bagaikan kerdipan mata. Satu perumpaan yang tersirat, membawa maksud yang begitu mendalam. Betapa singkatnya hayat manusia. Justeru, jangan dipenuhi dengan lena yang panjang. Jangan sampai kita terjaga di kala jasad sudah dimamah tanah.

Buku Solat Sunat Pilihan ini tampil mengingatkan kita agar menjadi hamba yang taat, patuh dan ikhlas dalam melaksanakan ibadat kepada-Nya. Kupasan tentang hikmah solat-solat sunat yang dianjurkan dan doa-doa daripada salaf as-soleh berdasarkan sumber yang tepat dan pencerahan yang menyentuh jiwa sangat bermanfaat dalam proses menterjemahkan diri kita sebagai hamba Tuhan.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Wednesday 2 March 2016

Encik Kutub Utara ~ Yumi Hyra

Bagi Nuha Dhamia, tidak ada istilah kahwin paksa dalam kamus kehidupannya. Kalau sudah berkahwin, kenalah buat cara orang yang sudah berkahwin. Walaupun dia ‘terkahwin’ dengan Benyamin Ziqri a.k.a ‘mamat kutub utara’ (gelaran suka hati yang dia bagi), itu bukan alasan untuk dia tidak mencuba memecahkan tembok ais yang dibina.

“Saya kahwin dengan siapa sebenarnya ya?” – Nuha Dhamia
“Hah? Apa jenis soalan macam tu?” – Benyamin Ziqri
“Jangan banyak bunyi. Jawab ajelah dulu.” – Nuha Dhamia
“Dengan sayalah.” – Benyamin Ziqri
“Hah, tahu pun. Saya ingatkan awak rasa macam Afiqah tu yang jadi suami saya.” – Nuha Dhamia

Nuha tekad melancarkan misi mencairkan hati encik suami yang dingin bak kutub utara. Masalahnya Benyamin ini dingin betul dengannya. Kadang-kadang macam orang tak ada perasaan, kadang-kadang gelakkan dia dan kadang-kadang risaukan dia pula.

“Yang degil sangat nak tunjuk hero tu kenapa? Siap panjat kerusi dengan hammer lagi. Kan saya dah cakap, biar saya yang buat. Kenapa degil sangat? Suka memanjat. Awak ni teringin nak merasa jadi Spiderman ke?” – Benyamin Ziqri

Isteri Dalam Sangkar 2 ~ Wardina Aisyah

Biarpun perkahwinan yang telah dibina selama lima tahun ini sunyi tanpa suara tangisan bayi, namun itu tak mampu mengugat rasa cinta Tengku Iskandar kepada Aisyah. Baginya, Aisyah segala-galanya. Sumber kekuatan dan tulang belakang yang sentiasa menyokongnya. Suka duka dikongsi bersama. Mereka bahagia walaupun hanya berdua.

“Cuma Aisyah cinta hati abang. Datanglah walau seribu jelitawan, hati abang tetap milik Aisyah seorang.” – Tengku Iskandar

Kehadiran Fasha di kondo milik Tengku Iskandar dan Aisyah merubah segala-galanya. Fasha yang cantik, seksi dan menggoda. Aksinya yang manja menggetarkan jiwa lelaki Tengku Iskandar. Akhirnya, dia terkulai layu dalam dakapan gadis berkulit hitam manis itu. Segala janji dan sumpah setianya kepada Aisyah sudah tidak bermakna.

“Daripada abang buat Aisyah macam ni, lebih baik abang lepaskan Aisyah. Biarlah Aisyah cari jalan hidup Aisyah sendiri.” – Aisyah

“Jangan harap! Aku takkan lepaskan kau. Kau milik aku sampai bila-bila.” – Tengku Iskandar.